View: 1589|Reply: 4
|
[Tempatan]
Penunggang motosikal tular alami masalah mental
[Copy link]
|
|
Penunggang motosikal tular alami masalah mental
PENUNGGANG motosikal yang tular melalui satu rakaman video di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Foto Ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal yang tular melalui satu rakaman video di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, didapati mengalami masalah kesihatan mental.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata pihaknya mengesan individu itu selepas videonya memberhentikan motosikal di tengah jalan, tular di media sosial.
"Bertindak ke atas aduan diterima, Unit Risikan JSPT Kuala Lumpur mengesan penunggang motosikal terbabit dan didapati subjek ialah lelaki Melayu berusia 40-an dan mengalami masalah kesihatan mental.
"JSPT KL memohon kerjasama orang ramai untuk membuat laporan dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sekiranya melihat perbuatan dan aksi berbahaya di jalan raya," katanya dalam kenyataan.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... lami-masalah-mental
|
|
|
|
|
|
|
|
Mental2 pun,mampu pakai ysuku.. |
|
|
|
|
|
|
|
org mental zmn skg x mcm dulu. dulu klu mental, mmg rambut mengerbang, baju compang-camping, muka berdaki, jln keliling kampung x pki selipar . skg ni mental mcm biasa je, siap boleh buat live ig, boleh drive kereta , boleh bwk motor, boleh buat status pjg2 kt media sosial. dlm forum ni pun ko boleh tgk ada org tulis komen mcm syok sendiri, mental la tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|