CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36915|Reply: 292

Kasih Tercipta(faizal tahir)- TAMAT DA

 Close [Copy link]
Post time 9-7-2010 07:04 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amandaatika at 21-9-2010 11:20

salam jumaat...
aku pun mau meriahkan room ni...


“Chak!”

Terkejut Umairah dengan sergahan yang tiba-tiba itu. Walaupun terkejut, tapi dia tetap tidak mengangkat kepalanya. Masih meneruskan kerjanya. Satu-persatu manik-manik kecil dimasukkan ke jarum, lalu dijahit ke lengan baju yang berada di pangkuannya.Seolah-olah suara yang menyapa tadi tidak sampai ke gegendang telinganya. Apa tidaknya, dia memang sudah kenal dengan suara yang nak main hide and seek dengan dia. Buat apa nak angkat kepala kalau memang dah tahu yang empunya diri.

“Kau ni, buat malu aku saja. At least, buat-buatlah muka terkejutkah, terujakah. Atau sekurang-kurangnya, angkatlah kepala kau. Tengok siapa yang datang. Ini tidak,nak juga dia buat muka kartun macam tu. Tanpa perasaan. Boring tahu...”

Umairah hanya buat tak dengar. Panjang pula bebelan makcik ni. Sepatutnya aku yang kena bising sebab dia dah ganggu ketenteraman aku. Ni terbalik pula, makcik ni pula  angin. Mesti masa dia lunch tadi dia singgah makan angin, sebab tu angin dia mereng sikit.

“Mai...” panjang rengekan Salbiah atau nama glamournya Baby.

Geli tekak Umairah nak panggil Baby. Selalu dia panggil Biah saja. Kadang-kadang kalau geram, dia sebut Mak Biah.

“Kau ni kenapa? Sepatutnya kalau masuk mana-mana pintu kena bagi salam dulukan? Atau sekurang-kurangnya,ketuklah pintu. Kau ni, entah ajaran dari mana kau dapat, masuk saja sebut,chak! Ingat kau masuk gua macam Ali Baba ke? Siap nak password bagai. Bagilah malaikat masuk dengan kau sekali dalam kedai ni. Lebih berkat.”

Tu dia, kalau dah keluar, memang kena tembaklah orang yang cuba cucuk jarum tadi. sekali kena,berdas-das pula tu. Memang peritlah telinga kalau sudah dengar Cik Umairah ni berceramah. Percuma!

“Kau ni, aku nak bawakau bergurau kejap pun tak boleh. Kau tu, serius saja memanjang. Cubalah ceria-ceriakan hidup sikit. Kau jangan risau, tadi aku melangkah masuk guna kaki kanan dan dimulakan dengan nama Allah. InsyaAllah, berkatlah rezeki aku untuk hari ini. Aku pun nak dapat bless from Him,” jelas Salbiah sambil tersengih. Terlakar lesung pipit di pipi kirinya. Single saja.

Keadaan senyap seketika. Umairah masih setia menanam manik-manik kecil menjadi labuci menggunakan jarum. Salbiah pula senyap memandang. Memang tangan subur minah ni.Cantik saja dia tanam semua manik-manik tu membentuk corak yang menarik. Memang tidak sia-sia dia turun padang sekali-sekala. Patutnya berhenti terus jadi peguam dan curahkan bakti di sini. Pasti akan ramai yang menjadi pelanggan datang. Masa tu, Bonda pasti akan lebih gembira dan kami akan dapat bonus banyak sikit. Hehe... panjang pula aku merepek ni. Salbiah meraup mukanya. Kemudian matanya memandang kawasan sekitar butik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2010 07:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by amandaatika at 11-7-2010 19:54

“Kenapa kau gelak?” soal Umairah dengan dahi berkerut.
            Hairan pula Umairah. Tadi kawannya itu dirasakan setia melihat tangannya menjahit labuci. Takkanlah jahit labuci ni lucu sangat sampai menggaru organ gelak yang ada dalam badan Salbiah. Tiba-tiba sahaja kawannya di sebelah itu gelak. Putus pius apa dia ni?
         “Tak adalah. Aku tengok mannequin tu,” jelas Salbiah sambil menunjuk ke arah mannequin yang elok berdiri berdekatan pintu.
        “Hai, selama ini mannequin tu setia berdiri di situ, tak ke mana pun. Tapi kenapa hari ni baru kau terasa nak gelak? Hari-hari sebelumnya tak pula kau gelak” hairan sungguh Umairah.
        Mannequin itu di pandang. Mata lama scan. Apa yang lucu pada benda tak bernyawa tu. Hanya satu boneka yang pakai blouse warna kuning dengan skirt hitam labuh. Tak ada pula ada perkara yang ganjil. Tidak juga separuh bogel. Mata dialih memandang Salbiah. Setia menagih penjelasan.
         “Tak adalah. Tengok rambut dia, tiba-tiba aku ingat kat Puyol,” jelas Salbiah. Matanya masih tidak lepas memandang mannequin itu.
         Mata Umairah turut menala ke arah pandangan mata Salbiah. Kali ini bahagian kepala pula dijadikan fokus. Tak ada yang ganjil pun. Melainkan mannequin itu memiliki rambut kerinting yang berwarna perang. Mesti pekerja di butik terlupa hendak memakaikan tudung. Atau memang tidak dipakaikan tudung? Ada beberapa mannequin yang lain siap dipakaikan tudung.  
         “Siapa tu?” polos Umairah bertanya. Sejak bila pula Bonda bagi nama kepada Mannequin yang ada dalam butik ini?
         “Tulah kau. Orang demam piala dunia, kau still demam dengan kes-kes orang. Bila demam kau kebah sikit, kau pergi lagi bagi demam kau dengan jarum dan benang segala. Jadi demam kau bertambah demamlah. Rambut patung tu macam rambut Puyol. Carles Puyol, defender barcelona. Yang jaringkan gol untuk Spain sampai Spain dapat masuk akhir,” panjang pula huraian yang diberi.
         “Oh!” hanya itu balasan Umairah.
          “Aku sokong Germay, tapi dah kalah. Huhu... good bye Lukas Podolski, Pedro, Torres and the geng. I see you when I see you. Balik kampunglah. Berlatih lebih gigih lagi. Kalau ada masa, nanti aku bagi latihan yang mantap pada korang.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 07:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by amandaatika at 11-7-2010 19:52

Ucapan Salbiah itu membuat Umairah tertawa kecil. Salbiah seolah-olah menyampaikan amanat kepada pemain-pemain Jerman yang ada di hadapannya tika itu. Pasti kecewa besar minah ni. Pasukan idamannya kalah.

“Itulah kau, lain kali janganlah sokong pasukan yang kuat-kuat atau yang hebat saja. Jangan pandang kecil negara yang hanya sebesar biji tembikai dalam glob tu. Tengok juga negara kecil yang lain. Macam Belanda tu. Even ia hanya sekecil negeri Pahang, tapi dah sampai final pun. Semua orang tak jangka pun,” selamba Umairah berkata. Tangannya masih lincah memasukkan manik ke dalam jarum.
        Terlopong sekejap Salbiah. Biar betul yang ada di hadapannya ini adalah Umairah? Mek ni tengok bolakah? Ingatkan tak tengok. Tapi kalau dah sampai tahu siapa ke final, ini dikira tengok jugalah. Ingatkan dia tak tengok. Tak pernah-pernah dia berminat kalau cerita pasal bola. Atau aku saja yang tak utarakan isu ni dengan dia?
        “Kau tengok world cupkah?” penuh teruja Salbiah bertanya. Dia perlukan jawapan yang sebenar, bukan hanya andaian yang dia buat sendiri.
        “Tengok. Kau tak perasankah aku selalu pasang lagu Shakira tu. Siap hafal lagi lagu Waka-Waka(this time for afrika), lagu Akon feat Keri Hilson, Oh Africa pun best...”
          “Termasuk wavin’ flag?” Belum sempat Umairah nak habiskan percakapannnya, dah kena sampuk dulu oleh Salbiah.
Dia hanya mengangguk.
         “But I more like the arabic version. K’naan ft. Nancy Ajram.”
         “Kau biar betul?” masih tidak percaya Salbiah. Minah serius ni tengok bola? Memang di luar alam sungguh. Aduh... hiperbola pula aku ni.
         “Hmmm.” Itu sahaja yang keluar dari bibir Umairah. Malas nak cakap banyak. Dia memang tengok bola. Tapi tidaklah sampai berjaga. Tak larat dia. Biasanya dia akan tengok perlawanan ulangan. Itupun untuk pasukan yang betul-betul dia nak tengok. Tak sanggup dia nak layan untuk semua perlawanan.
         “Kagum sungguhlah aku dengan kau,” tidak habis lagi rasa teruja Salbiah. Memang di luar dugaan sungguh. Malah tak pernah terfikir pun yang sahabat di sebelahnya ini akan tengok perlawanan bola sepak.
         “Hmmm.” Umairah masih malas mengulas.
          “Hebat betul kau kan? Memang tak salah kau jadi peguam,” masih lagi dia luahkan rasa kagumnya. Tapi tiada apa yang perlu dihairankan. World Cup is not a crime and watching a world cup is the best.
          “Hmmm...” hanya itu balasan dari Umairah. Memang spesies manusia yang sangat berat mulut. Nak cakap pun ada timing. Macam ada emas dalam mulut dia.
          Kadang-kadang geram juga Salbiah bila sudah sampai swing mood macam ni. Memang sukar nak bagi perempuan tu keluarkan patah perkataan dari mulutnya. Amat payah sekali. Tapi dia sudah biasa dengan keadaan macam ni. Jadi, tidak menjadi masalah baginya. Nak kecil hati memang tak boleh. Merajuk? Lagilah payah. Tak ada siapa yang nak pujuk.
Jadi... angkat bahu...buat tak tahu dan blahlah dari situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 07:07 AM | Show all posts
jgn keliru ya... ni bukan lagu tema world cup...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 07:08 AM | Show all posts
Faizal Tahir - Kasih Tercipta

Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oo hati lara

Bisiklah kiranya aku bersalah
Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang kumiliki
Cintaku jujur selama ini..

Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu
Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka

Mesra suaramu kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kenangan lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih
Ooo..kasih tercipta..
Ooo..carilah ku sayang

Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu
Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka

Pabila bersamamu..debaran
Darah arus mengalir cinta
Lahir selamanya
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah..
Kasih tercipta..
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah..
Kasih tercipta..

Ooo..kasih tercipta..
Kini kumengerti..
Walau berbisa..
Kurela kira kau bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 07:54 AM | Show all posts
cute...lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2010 08:13 AM | Show all posts
happynya.. pagi2 jumaat ni dah ada cerita baru.
Tahniah & terima kasih pada atika.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:33 AM | Show all posts
yes.....citer baru lagi ...
meriahnye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 08:37 AM | Show all posts
wah... ader citer baru lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:44 AM | Show all posts
dah bertambah cerita...
makin bertambahlah credit bebanyak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:48 AM | Show all posts
yes...ada citer baru ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 09:18 AM | Show all posts
aku selak lembaran lma...
ni cerpen zaman purba.
tengah berusaha renovate nak bg lawa skit
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 09:25 AM | Show all posts
Suka Faizal Tahir...suka lagu nie...so aku pun suka citer nie...hehehe..next..next..next..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 09:39 AM | Show all posts
bestnya ada lagi satu cite baru...next2
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 10:20 AM | Show all posts
patut la semua cite berdasarkan lagu rupa2nya ada pertandingan mencipta novel berdasarkan lagu...emmmm selamat berjuang buat penulis2 WR
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 10:22 AM | Show all posts
aman.... n3 n3 n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 10:37 AM | Show all posts
aik bukak je ada crita baru pagi ni best best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 11:19 AM | Show all posts
Suka Faizal Tahir...suka lagu nie...so aku pun suka citer nie...hehehe..next..next..next..
allamanda Post at 9-7-2010 09:25



    lagu main tangkap muat je.
aku cari kat google kalau ada tajuk lagu cam ni, rupanya memang ada.
xtau pun lgu faizal ni tajuk dia cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 11:44 AM | Show all posts
wow....nak baca jap gi, ni letak tapak dulu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 11:45 AM | Show all posts
congtraz amanda...
memeriahkan WR ni...
theme song cite Waris...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061597 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list