CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19026|Reply: 27

36 penyakit dibenar keluar caruman KWSP

[Copy link]
Post time 15-6-2010 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 15-6-2010 10:02

KWSP senarai lebih banyak penyakit kritikal   

2010/06/15         
           
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini membenarkan pengeluaran meliputi lebih banyak lagi penyakit kritikal membabitkan anggota keluarga berusia bawah 16 tahun sama ada disebabkan penyakit atau kemalangan.  Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Azlan Zainol berkata, senarai penyakit kritikal itu sudah ditambah daripada 13 kepada 36.

“Senarai baru itu mengambil kira kos signifikan diperlukan bagi merawat penyakit kritikal ini dan bertujuan membantu ahli menyelesaikan sepenuhnya atau mengurangkan beban kewangan mereka ketika menjalani rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, untuk merawat anggota keluarga di bawah usia 16 tahun, pengeluaran bersama boleh dilakukan dengan anggota keluarga lain bagi menampung perbelanjaan rawatan perubatan bergantung kepada jumlah bakid alam Akaun 2 dan jumlah keseluruhan rawatan.


Ini termasuk  anggota keluarga termasuk suami atau isteri, anak-anak, anak tiri atauanak angkat yang sah di sisi undang-undang, ibu bapa, mentua, ibu bapa tiri atau ibu bapa atau adik-beradik angkat yang sah di sisi undang-undang.


Semua pengeluaran bergantung kepada kesahihan laporan perubatan, bil serta resit yang tidak melebihi tempoh setahun dari tarikh borang pengeluaran dikemukakan dan mestilah atas nama pesakit atau pemohon.

Pengeluaran tidak dibenarkan bagi penyakit di luar senarai yang diluluskan atau apabila kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan anggota berkenaan atau majikan anggota keluarga terbabit.

Mereka yang menerima rawatan kesuburan atau rawatan alternatif seperti perubatan tradisional atau akupuntur adalah tidak layak menikmati pengeluaran ini.

Berikut adalah senarai 36 penyakit kritikal iaitu Anemia Aplastik,Sindrom Appalik, Alzheimer, Tumor Otak Benigna, Buta, Kanser, Kardiomiopati, Penyakit Hati Kronik, Penyakit Paru-Paru Kronik, Koma, Penyakit Arteri Koronari, Pekak, Ensefalitis, Hepatitis Virus Fulminan, Serangan Penyakit Jantung, Penggantian Injap Jantung, Kegagalan Buah Pinggang dan Kehilangan Upaya Hidup Sendiri.


Penyakit lain ialah Kebakaran Parah, Trauma Kepala Utama, Pemindahan Organ Utama,Penyakit Medullary Cystic, Meningitis, Penyakit Neuron Motor, Sklerosis Berbilang, Distrofi Otot, Kelumpuhan, Penyakit Parkinson, Poliomielitis, Pulmonari Utama, Strok atau Angin Ahmar, Pembedahan Aorta, Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Mephritis, Penyakit Membawa Maut dan Hilang Upaya Kekal.



Untukketerangan lanjut, anda boleh melayari laman web www.KWSP.gov. my, ataumenghubungi 03-89226000 atau berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP.-Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2010 10:09 AM | Show all posts
tingat kat satu berita..
penah kuar paper tak lama dulu
dia nehh suami sakit....teruk sudah
turun naik pejabat EPF mintak kuar duit EPF
nak tampung belanja rawatan...
haram laaaaa....dapat..
orang besar EPF pung kuar statement...dalam proses (hahahaha...jawapan standard sangat)
pastu orang tu pung mati....
pastu orang besar EPF ckp....permohonan tu dah lulus, tinggal nak kuarkan cek ke apa
tapi takde rejeki, orang tu mati dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 11:35 AM | Show all posts
tingat kat satu berita..
penah kuar paper tak lama dulu
dia nehh suami sakit....teruk sudah
turun ...
Syd Post at 15-6-2010 10:09 AM


dulu mmg EPF ni lembab semacam..skang ni dah byk komen positif pasal EPF ni....tu kalau ikut at lapuran Paper la....diri sendiri tak tak pernah alami tak plak tahu camner proses pengeluaran EPF ni...cepat ke..lambat ke??
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 11:36 AM | Show all posts
apa2 pun...syabas pd EPF sbb prihatin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2010 11:42 AM | Show all posts
Reply 3# medangmru

medang,
aku kalu bab kuar duit tuk umah ke, sbb sakit ke apa semua tak penah buat lagi
tapi kalau kuat duit bayar yuran tiap2 semester buat..

pengalaman aku tang kuar duit tuk bayar yuran (off topic skit);

1. branch kat PJ - kemain pantas, kaunter banyakkkkkkkkkkkkkk, laju, staff ok (boleh kasik A) tuk dorang, cekap. dia ckp dalam 2 minggu leh dapat ke apa, nanti dia bank in duit (kalau kita bayar dulu, dia ganti kat kita laa), tup tup dalam 3-4 hari dah ada dalam bank dah duit tuh

2. branch kat Shah Alam - sempit, ramai orang, sesak sangat, mcm tak strategik....cakap dua minggu, tapi JANGAN MIMPI laaa...lambat sangat. cukup la sekali aku buat kat sana, tuk sem sem akan datang, aku deal ngan PJ jelah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 11:48 AM | Show all posts
berrdasarkan pd komen ko tu syd...MUNGKIN...ahanya di Branch2 tertentu je kot Efisiansi EPF ni pd tahap tertinggi.....mungkin jugak bergantung kpd Branch Manager gak kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2010 11:50 AM | Show all posts
PJ tu mmg maha besar sngat tempat nyer...
bersih, teratur..cekap
kat shah alam tu, tempat kecik sangat laaaa....
sesak giler..parking susah..dalam tu bersesak2 lagi...
ke sana ke sini, susunan meja kerusi, tempat tulis2
mungkin aku tak biasa, tapi aku tak selesa...
takkan nak berdiri2 jerk sepanjang masa, sambil nak tunggu giliran..

takpe medang,
ku lalu sana..
ku snap gambar / infor
sape branch manager kat sana nanti

PJ / Shah Alam

heheheee
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 11:52 AM | Show all posts
PJ tu mmg maha besar sngat tempat nyer...
bersih, teratur..cekap
kat shah alam tu, tempat kecik sa ...
Syd Post at 15-6-2010 11:50 AM


maybe derang harap sumer penduduk SHah Alam pergi ke Cwangan PJ utk urusan JPJ kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2010 11:54 AM | Show all posts
medang,
aku belajar kat shah alam
haruslah aku rasa dan pikir
p branch shah alam lagi senang
kan senang abang PEON nak amek surat menyurat,
amek cek ke apa tuk tujuan bayaran yuran segala
rupanya urusan tu semua amek masa lagi lama...kekkeke
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 12:07 PM | Show all posts
tu la syd.....itu cara kita dan org2 lain berfikir...senang, mudah dan dekat ..

TP EPF fikir sebaliknya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 12:10 PM | Show all posts
setakat ni i tak dak masalah keluarkan duit kwsp...tp untuk educationlah..first time ja lambat sikit ,tu pun tak sampai 2weeks...then pengeluaran selepasnya kdg2 2 hari dah lulus....
janji form kene betul, dokumen kena lengkap...

kalau blh bw kluar utk bsalin kan best heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2010 12:11 PM | Show all posts
kalau coti bersalin leh kuar duit EPF, hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 08:11 PM | Show all posts
kalau coti bersalin leh kuar duit EPF, hehehehe
Syd Post at 15-6-2010 12:11 PM


Kannnnnnnnnnnnn.....kalaulah Boleh...

bygkan kalau production setiap  tahun...x sempat kot akauan ke-2 tu nak membiak....selalu kene cantas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2010 09:50 AM | Show all posts
majikan pung rasa 'boleh' amek kesempatan

tak yah laa kasi benefit tang banak tu

dorang leh kuar duit epf...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 11:18 AM | Show all posts
rasanya dah lama KWSP ni boleh digunakan utk penyakit kritikal, cuma bagusnya skrg ni, dah tmbh ke 36 penyakit kritikal...ya la, kos rawatan 36 penyakit ni boleh dikatakan semuanya mahal...

tp tang ayat ni mgkn KWSP ptt ubah skit prosedur utk memudahkan lagi para pencarum....

Semua pengeluaran bergantung kepada kesahihan laporan perubatan, bilserta resit yang tidak melebihi tempoh setahun dari tarikh borangpengeluaran dikemukakan dan mestilah atas nama pesakit atau pemohon.
Syd Post at 15-6-2010 10:00


yg la, bukan semua org mampu sediakan RM 40k - RM 50k dlm masa yg singkat...
kan bagus kalau KWSP boleh bagi surat jaminan pada hospital dulu bila pesakit disahkan kena 36 penyakit kritikal dan pesakit tak perlu dahulukan duit sendiri....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2010 11:35 AM | Show all posts
tu hari 23 jenis penyakit je rasanya
tambah lagi 13
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2010 01:44 PM | Show all posts
majikan pung rasa 'boleh' amek kesempatan

tak yah laa kasi benefit tang banak tu

dorang leh ku ...
Syd Post at 16-6-2010 09:50 AM


camner tu syd???

mcm kes pengeluaran EPF tuk beli komputer dulu tu ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2010 01:48 PM | Show all posts
tak laa
mungkin tak kena komen aku tu

kekadang co tanggung staff dia banak kan?
ataupun dah diperuntukan sekian2 amount yang tittle
tuk staff pempuan (kes beranak)

dah boleh kuar duit EPF nak bayar bil banak
tak payah laa 'susah-susah' lagi

tu just pendapat aku jerk
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 02:14 PM | Show all posts
kalau x silap aku....byk company yg tak tanggung kos kalau staf dia bersalin...tanggungan sendiri kekdahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 02:15 PM | Show all posts
tp kalau ada...berkemungkinan Company akan amik kesempatan suh staff withdraw duit EPF..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.241467 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list