CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11923|Reply: 61

PRINCE CHARMING

 Close [Copy link]
Post time 11-6-2010 02:58 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by MUZRI at 11-6-2010 03:02

RATU BULAN

PROLOG

PRINCE CHARMING! Menurut fakta, Prince Charming adalah watak yang lahir dalam cerita legenda atau hikayat-hikayat zaman dahulukala. Contohnya seperti hikayat Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty dan sebagainya. Itu adalah salah satu contoh hikayat dongeng dari negara Barat yang telah menarik minat kanak-kanak membaca dan hikayat-hikayat tersebut masih lagi segar diperkatakan sehingga ke hari ini. Hikayat-hikayat Melayu juga tidak ketinggalan memperlihatkan watak Prince Charming sebagai watak utama. Prince Charming dan hikayat memang tidak boleh dipisahkan.

      Putera Idaman. Pada zaman sekarang, bukan hanya putera sahaja yang boleh dinobatkan sebagai putera idaman. Putera Idaman juga bukan mesti seseorang lelaki yang berketurunan diraja. Namun begitu, masyarakat zaman sekarang lebih suka mentabalkan seseorang yang kacak, kaya, bijak, bergaya dan sempurna sebagai Putera Idaman atau Prince Charming. Lelaki daripada golongan inilah yang selalu menjadi rebutan gadis-gadis zaman sekarang.

      Rupa dan kekayaan sering menjadi ukuran bagi seseorang gadis mencari putera idaman mereka. Walaupun mereka menafikan sekeras-kerasnya, tapi dalam diam mereka juga menyimpan keinginan itu. Namun, mereka lupa tentang sesuatu. Sesuatu yang mengaburi mata mereka semua.

      Manusia. Prince Charming atau Putera Idaman adalah manusia. Mereka bukan malaikat. Mereka juga bukan Tuhan yang mencipta alam ini. Mereka hanyalah manusia biasa ciptaan Tuhan. Cuma yang bezanya adalah watak mereka dalam dunia ini. Mereka cuma kacak, berduit, bergaya dan bijak. Tapi, adakah mereka ini benar-benar dikategorikan sebagai Prince Charming?

      Mungkin ramai antara kita tidak menyedari hakikat ini kerana kita semua telah disogok dengan cerita-cerita dongeng yang memperlihatkan putera raja atau lelaki idaman sebagai seorang yang sempurna. Hanya lelaki daripada golongan itu sahaja yang layak diberi gelaran Prince Charming.

      Tahukah anda, bahawa tidak semua lelaki yang bijak, kaya, berpelajaran tinggi dan berkerjaya itu dianggap Prince Charming? Dan, tahukah anda juga seseorang lelaki itu boleh ditabalkan sebagai Prince Charming biarpun dia tidak memiliki syarat-syarat Prince Charming?

      Ramai yang tidak menyedarinya…



      1

KAKI lima penuh sesak. Awal pagi lagi mereka sudah berkumpul di hadapan papan kenyataan yang terlekat pada dinding pada kaki lima. Majoriti daripada mereka adalah pelajar perempuan yang begitu taksub dengan Carta Prince Charming yang pasti akan terlekat di papan kenyataan itu pada hari Isnin setiap minggu.

      Kakinya berhenti melangkah apabila tiada ruang lagi untuk dia mencelah melalui kaki lima itu. Nurul Izzati atau lebih mesra dengan panggilan Nurul memeluk tubuhnya. Matanya tajam memandang gelagat pelajar-pelajar perempuan yang berkumpul di situ sehingga tiada ruang sedikit pun untuknya mengatur langkah ke kelasnya. Masing-masing begitu taksub dengan Carta Prince Charming.

      Carta Prince Charming merupakan tradisi sekolahnya dan telah wujud selepas lima tahun sekolah itu ditubuhkan pada tahun 1984. Menurut kata orang lama-lama, tiada sesiapa yang tahu siapakah yang membuat carta tersebut dan kenapa carta itu wujud sehinggalah ke hari ini. Sepuluh tahun dahulu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pernah membuat siasatan untuk menghentikan tradisi ini dengan bermalam di sekolah. Siasatan ini dikatakan sulit dan hanya beberapa guru dan ibu bapa pelajar sahaja yang terlibat dan pada malam itu, mereka menemui sesuatu yang luar biasa.

      Tiada sesiapa tahu apa yang berlaku. Guru dan ibu bapa yang terlibat dalam siasatan malam itu mendiamkan diri, malah memberi alasan bahawa itu adalah tradisi sekolah sejak dahulu lagi dan tiada sesiapa pun yang boleh mengubahnya. Sejak itu, Carta Prince Charming sentiasa wujud setiap hari Isnin setiap minggu.

      Beberapa tahun kemudian, Carta Prince Charming dipersoalkan sekali lagi oleh persatuan PIBG sekolah. Mereka mahu carta itu dihapuskan dan dalang yang membuat carta itu dihukum kerana carta tersebut dikatakan mengganggu pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah itu. Oleh itu, beberapa CCTV telah dipasang sekitar kaki lima untuk menangkap dalang yang mewujudkan Carta Prince Charming.

      Rancangan yang begitu teliti dijalankan beberapa minggu akhirnya menemui jalan buntu juga apabila rakaman CCTV tidak menunjukkan sesiapa yang menampal carta tersebut. Tetapi, anehnya carta tersebut tetap muncul pada keesokan harinya.

      Bukan itu sahaja, seorang guru pernah berkali-kali menanggalkan carta tersebut dari papan kenyataan dan kejadian itu diikuti dengan beberapa kemalangan kecil yang menimpa guru itu. Akhirnya, selepas guru tersebut mengakui kesilapannya, tiada lagi kemalangan yang dihadapinya dan guru itu mengambil keputusan untuk bertukar sekolah.

      Sejak itu tiada sesiapa yang berani mengganggu kewujudan Carta Prince Charming sehinggalah ke hari ini. Bagi pihak guru yang mengajar di sekolah itu, kewujudan Carta Prince Charming tidak mengganggu prestasi pelajar-pelajar, malah prestasi mereka meningkat tahun demi tahun.

      Namun, lain pula pandangan Nurul. Baginya, Carta Prince Charming adalah satu carta yang melalaikan kerana mengagung-agungkan lelaki yang dianggap Prince Charming. Setiap minggu pasti ada pelajar lelaki sekolah itu yang akan diangkat menjadi Prince Charming. Antara mereka yang selalu masuk dalam carta Prince Charming adalah pelajar-pelajar lelaki yang begitu menonjol di sekolah. Terutama sekali ahli-ahli rasmi Kelab Bola Sepak.

      “Aku dah kata, mesti Rezza dapat merampas takhta Prince Charming daripada Fiq.”

      Hangat telinga Nurul mendengar pelbagai suara-suara sumbang memuji nama Rezza yang sememangnya popular di kalangan pelajar perempuan. Sebut sahaja nama Rezza, satu sekolah tahu siapa gerangan orangnya. Siapa lagi kalau bukan kapten pasukan bola sepak sekolah yang telah banyak kali mengharumkan nama sekolah setiap kali perlawanan bola sepak diadakan.

      Fiq atau nama sebenarnya Akmal Fiqri juga merupakan saingan sengit Rezza. Dia juga merupakan salah seorang pemain rasmi Kelab Bola Sepak. Seperti Rezza, Fiq juga mempunyai peminat-peminatnya sendiri. Sememangnya populariti mereka berdua lebih berpengaruh daripada pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya kerana mereka bukan sahaja cemerlang dalam sukan, tapi juga dalam pelajaran.

      Tapi, tidak seperti dalam drama-drama di televisyen, jika dua hero bersaing pasti hubungan mereka dingin. Hubungan Rezza dan Fiq tidak begitu, sebaliknya mereka berkawan baik dan sentiasa kelihatan bersama. Persaingan di Carta Prince Charming langsung tidak mengganggu hubungan persahabatan yang telah terjalin lama.

      Nurul mendengus marah. Sejak tadi dia tidak dapat melangkah kerana keadaan sangat sesak. Dia tidak faham kenapa mereka semua mesti berbangga dengan Carta Prince Charming. Hendak kata ini adalah normal bagi remaja perempuan, dia juga seorang remaja dan perempuan. Tapi, tidaklah taksub dengan Carta Prince Charming, malah dibenci lagi. Baginya, Carta Prince Charming adalah mengarut.

      "Hoi!"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2010 03:00 AM | Show all posts
Tidak tahan dengan situasi itu, Nurul mengeluarkan vokal yang lantang. Menjerit sekuatnya sehingga semua pelajar perempuan yang berkumpul di kaki lima terdiam seketika apabila menyedari ada satu suara yang lebih kuat daripada suara mereka. Masing-masing berpaling memandang ke arah empunya suara tadi.

      "Kau orang ni tiada kerja lain ke? Berkumpul di sini… Orang nak jalan pun susah!"

      Semua terdiam. Masing-masing tidak berani bersuara apabila terpandang wajah Nurul yang bagaikan harimau kelaparan yang tidak menjamah apa-apa makanan lagi akibat sakit gigi.

      Nurul menjeling tajam dan kembali memandang Carta Prince Charming yang terlekat pada papan kenyataan. Dari situ dia dapat melihat wajah-wajah pelajar lelaki yang kononnya Prince Charming diikuti dengan angka carta. Gambar Rezza berada di atas sekali dan diikuti dengan gambar Fiq dan beberapa pelajar lelaki yang langsung tidak menarik perhatiannya.

      Pelik dengan pelajar-pelajar perempuan sekolahnya itu yang begitu taksub dengan carta yang karut itu. Kalau hendak memuja seseorang lelaki pun, janganlah sampai buat carta begini. Bukankah lebih baik kalau buat sesuatu yang berfaedah seperti membuat carta siapakah yang mendapat peratusan tertinggi dalam peperiksaan atau carta pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

      Nurul mula mengorak langkah dan dengan spontan semua pelajar perempuan yang berkumpul di situ memberi laluan kepadanya bagaikan seorang puteri raja yang angkuh memaksa mereka tunduk memberi laluan.

      "Aku tak fahamlah dengan kau orang ini, benda karut macam ini pun nak bangga sangat. Apa yang hebat sangat dengan Carta Prince Charming ni?"

      Dengan beraninya, Nurul menanggalkan Carta Prince Charming yang tertampal di papan kenyataan. Serentak dengan itu, semua yang berada di situ tercengang. Mereka hilang kata-kata. Terkejut juga ada. Ia bagaikan mimpi apabila melihat seseorang menanggalkan Carta Prince Charming dan mengoyaknya.

      Nurul berpaling apabila terasa suasana yang riuh-rendah tadi tiba-tiba bertukar menjadi senyap. Bagaikan tiada sesiapa yang berada di situ. Dia kemudiannya berpaling. Pelik apabila semua pelajar yang kecoh tadi kaget bagaikan patung bernyawa memandangnya.

      "Kenapa? Kesian dengan Prince Charming kau orang? Maaflah, mereka ini bukannya Prince Charming, tapi prince sampah!" Dengan selamba, Nurul membuang carta tersebut ke dalam tong sampah yang terletak tidak jauh dari papan kenyataan tersebut. Tanpa berasa bersalah, Nurul segera mengatur langkah, berlalu dari situ tanpa mempedulikan mereka yang masih lagi terpinga-pinga dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

      Ah, selesai! Nurul tersenyum keseorangan. Puas!

"KAU buang Carta Prince Charming?" jerit Sofea seakan tidak percaya apa yang telah kawan karibnya itu lakukan.

      Sebentar tadi, sewaktu dia hendak berjalan pulang ke kelasnya, dia melihat satu kekecohan yang berlaku di kaki lima. Disangkakan mereka bergaduh kerana lelaki idaman mereka tidak tersenarai dalam Carta Prince Charming seperti yang berlaku selalu. Tapi, alangkah terkejutnya apabila mendapat tahu Carta Prince Charming telah dikoyak dan dibuang oleh seseorang. Apa yang mengejutkannya lagi adalah carta tersebut dikoyak oleh seseorang yang rapat dengannya. Dikoyakkan oleh Nurul Izzati.

      Nurul masih berlagak selamba dan berpura-pura tidak mendengar apa yang Sofea katakan di hadapannya itu. Dia tahu, selain mereka yang terjerit-jerit bagaikan orang histeria tadi, Sofea juga adalah salah seorang daripada mereka. Pemuja Carta Prince Charming.

      "Nurul, kau dah koyak Carta Prince Charming dan sekarang kau boleh duduk selamba di sini?" Sofea bagaikan tidak keruan dengan kejadian tadi. Mujurlah dia tidak melihat kejadian tersebut. Jika tidak, mungkin kawannya itu akan bersekolah di Hospital Bahagia.

      "Kenapa dengan kau ni? Macam ikan haruan aje aku tengok…" tanya Nurul pelik dengan perangai kawannya yang ke hulu ke hilir seperti orang gila kehilangan otak.

      "Masalahnya sekarang ni, kaulah ikan haruan, kau tahu tak?" balas Sofea masih lagi tidak berpuas hati.

      "Tak tahu! Aku pun tak pernah tengok macam mana rupa ikan haruan. Tapi, kalau kau kata aku ni ikan kembung, aku tahu sebab aku suka makan ikan kembung goreng. Tapi, rupa aku bukan macam ikan kembung," balas Nurul seperti orang yang tiada perasaan.

      "Nurul, kau dah buat satu kesalahan yang besar kau tahu tak?" tanya Sofea.

      "Apa dia?"

      "Apa dia! Argh! Apalah nasib aku dapat kawan macam kau ni, hah? Kau dah koyak Carta Prince Charming! Itulah kesalahan kau!" bentak Sofea.

      "Sofea, ia hanyalah Carta Prince Charming dan sekeping kertas yang tak bermakna langsung!" jawab Nurul selamba.

      "Berapa tahun kau bersekolah di sini? Dua tahun, Nurul! Bukannya sebulan dua. Dua tahun dan ini bermakna kau tahu apa yang berlaku di sekolah ini. Aku rasa kau pun tahu yang Carta Prince Charming tu adalah tradisi sekolah. Menurut legenda, sesiapa yang koyak Carta Prince Charming tu, hidupnya tidak akan aman atau dengan kata lain, akan ditimpa bencana!"

      "Benda tu hanyalah carta, Sofea," kata Nurul lagi mempertahankan pendapatnya. "Aku rasa kita pun ada belajar agama, bukan? Benda tu syirik dan kita tak boleh percayakannya. Takkanlah dengan hanya mengoyak Carta Prince Charming, aku akan ditimpa bencana. Mustahillah!"

      "Benda ni pernah berlaku. Ada seorang cikgu yang pernah mengajar di sini dulu pernah mengoyak Carta Prince Charming, tapi malangnya semasa dia hendak pulang ke rumah, dia hampir dilanggar kereta. Nasib baiklah masa tu ada seseorang yang menyelamatkannya. Kalau tidak, cikgu tu pasti akan mati di situ juga. Sejak itu tiada sesiapa pun yang berani mengoyak Carta Prince Charming termasuklah cikgu-cikgu di sini," terang Sofea panjang lebar.

      "Aku tahulah," ujar Nurul yang sudah muak mendengar cerita itu dari mulut Sofea.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2010 03:01 AM | Show all posts
Kononnya hendak buat dia percaya bahawa Carta Prince Charming bukanlah sebarangan carta.

      "Tapi, aku tetap tak percaya cerita dongeng tu. Benda tu melalaikan. Mesti ada orang lain yang buat Carta Prince Charming sebab nak memuja putera idaman mereka."

      Sofea menarik nafas lemah. Tidak guna dia menasihati orang yang berkepala besi macam Nurul ini kecuali jika dia dapat cari sesuatu yang boleh meleburkan besi dalam kepala kawannya itu. Huh! Buang tenaga solar saja.

      "Lantak kaulah. Tapi, kalau kau ditimpa kemalangan masa balik sekolah nanti, jangan salahkan aku sebab aku dah beri amaran pada kau awal-awal lagi. Kalau kau takut ditimpa malang, lebih baik kau keluar sekarang dan cari Carta Prince Charming tu dan tampal semula di tempat asalnya."

      "Kalau aku teringat…" balas Nurul malas hendak ambil pusing.

NURUL melangkah keluar dari perpustakaan sekolah setelah bertungkus-lumus menyiapkan semua kerja sekolah yang telah diberi oleh cikgu tadi. Memang itulah rutin hariannya setelah tamat saja sesi persekolahan. Selalunya, jika ada kerja sekolah, dia tidak akan terus pulang ke rumah kerana jika dia pulang ke rumah pasti dia akan bercinta dengan bantal busuknya sehingga petang sampai terlupa hendak membuat kerja sekolah.

      Kawasan sekolah agak lengang sedikit kerana sesi persekolahan waktu petang telah pun bermula. Manakala, pelajar sesi pagi sudah pulang ke rumah masing-masing. Hanya yang tinggal adalah pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti kelab pada waktu petang.

      Ketika melewati koridor, Nurul sempat menjeling ke arah papan kenyataan. Terdapat seorang pelajar perempuan sedang memandang tepat ke arah notis yang ditampal di papan kenyataan. Bagaikan ada sesuatu perkara yang membuatkan dia tertarik melihat notis yang tertampal di papan kenyataan tersebut.

      URGENT!!!

      PENGURUS PASUKAN BOLA SEPAK DIKEHENDAKI

      Ciri-ciri:

      Mesti berpengetahuan luas dalam bola sepak.

      Sanggup berusaha.

      Minat dengan bola sepak.

      Lelaki / perempuan (perempuan lagi okey hehehe…).

      Seorang yang sanggup menerima cabaran.

      Jika berminat sila hadiri temu duga pada:-

      Rabu (2.30 - 4.30 petang)

      "Gila! Pengurus bola sepak? Nak perempuan? Memang buta sukanlah mereka semua ni."

      Nurul hanya sekadar menggeleng. Kemudian, dia memandang di sebelahnya. Kosong. Tiada sesiapa. Seingatnya tadi ada pelajar perempuan sedang menulis sesuatu di atas kertas di sebelahnya tadi. Mungkin sudah pergi.

      Tanpa membuang masa, Nurul segera mengangkat kaki berlalu dari situ. Melupakan iklan kekosongan jawatan bagi pengurus pasukan bola sepak yang dibacanya di papan kenyataan sebentar tadi.

      Setelah dia melangkah pergi, terdapat dua pelajar lelaki menghampiri papan kenyataan dan memandang ke arah notis yang ditampal. Tanpa berkata panjang, salah seorang daripada mereka menanggalkan notis tersebut dan diserahkan kepada kawan di sebelahnya sebelum berlalu mengorak langkah meninggalkan kawannya itu tanpa sepatah kata.

      Sebaik sahaja Nurul melangkah keluar dari pagar sekolah, dia dikejutkan dengan dentuman guruh yang kuat dan cahaya kilat yang memancar-mancar serentak dengan hujan lebat yang turun secara tiba-tiba. Habis basah baju sekolahnya. Dengan pantas dia berlari ke arah hentian bas yang berhampiran untuk berteduh.

      "Ah, tiba-tiba saja hujan," keluh Nurul lemah. Rasanya tadi langit cerah sahaja, tapi entah kenapa sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pagar sekolah, hujan turun dengan lebat. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Sofea tadi.

      "Gila!"

      Payung lipat yang selalu tersedia di dalam beg sekolah, dikeluarkan. Hujan masih lagi lebat dan Nurul membuat keputusan untuk berteduh di hentias bas sementara menunggu hujan reda. Tidak lama selepas itu, hujan mulai reda dan dia membuka payungnya dan berjalan ke bahu jalan.

      Setelah memastikan tiada kenderaan yang lalu-lalang di jalan raya, kakinya pantas mengorak langkah melintas jalan untuk ke seberang sana. Sewaktu dia berada di tengah-tengah jalan, dia mendengar satu hon yang panjang. Sebaik sahaja dia berpaling dia terlihat sebuah kereta hitam sedang menuju ke arahnya dengan laju. Nurul tiba-tiba kaget. Kedua kakinya tidak mampu bergerak. Otaknya seakan tidak dapat berfungsi untuk berfikir sebaliknya memutar kembali kejadian pagi tadi.

      Kejadian dia begitu marahkan pelajar-pelajar perempuan sedang berkerumunan di tengah-tengah koridor sehingga mengganggu laluannya. Kejadian dia mengoyak Carta Prince Charming tanpa memikirkan akibat daripada perbuatannya itu. Kata-kata Sofea siang tadi masih lagi segar di ingatannya.

      Hon semakin panjang, kereta semakin dekat, tapi dia langsung tidak dapat bergerak. Kakinya seolah-olah digam oleh gam yang kuat di tengah-tengah jalan raya itu. Hanya tunggu masa saja untuk dilanggar.

      Tiba-tiba Nurul merasai tubuhnya di dakap seseorang. Seseorang yang bertubuh besar. Dalam sekelip mata sahaja dia terbaring di atas tanah. Dia masih terkejut lagi walaupun dia tahu ada seseorang telah menyelamatkannya. Seorang lelaki.

      Nurul menguatkan semangat untuk melihat siapakah yang menyelamatkannya, tapi pandangannya semakin kabur dan kabur. Apa yang dia nampak hanyalah jaket kuning yang tidak asing lagi baginya. Walaupun dia semakin lemah dan mungkin akan pengsan sekejap lagi, tapi dia pasti jaket kuning itu merupakan jaket rasmi pasukan bola sepak sekolahnya.

      "Prince Charming…" ujar Nurul sebelum matanya tertutup rapat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2010 12:38 PM | Show all posts
2

SEBAIK sahaja Nurul sedar dari pengsan, dia mendapati dia terbaring di sebuah bilik yang agak asing buatnya. Apabila dia membuka mata, dia terdengar suara Sofea yang seakan memanggil ibu dan ayahnya. Dirinya masih lagi kebuntuan. Pelbagai soalan yang timbul di fikirannya dan soalan utamanya adalah bagaimana dia boleh tidur di atas katil yang asing itu.

      "Kau tak ingat?" tanya Sofea bertubi-tubi setelah mereka sama-sama mengajukan soalan yang sama.

      Nurul melihat wajah ibu dan ayahnya yang jelas terpancar kerisauan. Mana tidaknya, satu-satunya anak tunggal perempuan mereka tiba-tiba terlantar di katil hospital. Dalam masa yang sama dia mula teringat kejadian yang hampir meragut nyawanya apabila dia hampir dilanggar oleh sebuah kereta.

      Dia menceritakan segalanya kepada mereka semua terutama sekali ibu bapanya yang risau dengan kejadian yang menimpanya. Dia turut menceritakan segalanya termasuklah detik cemas dia diselamatkan oleh seseorang.

      "Hah, memang aku dah agak dah. Tulah kau, aku dah kata awal-awal, tapi kau tak dengar. Tulah, siapa suruh kau koyak Carta Prince Charming? Nasib baiklah ada seseorang yang selamatkan kau," ujar Sofea yang sememangnya bermulut becok.

      "Siapa yang selamatkan adik?" tanya Tuan Alif.

      "Err… entah. Adik tak tahu. Macam mana ibu dan ayah tahu adik kemalangan?" tanya Nurul hairan.

      Sekiranya lelaki yang menyelamatkannya daripada dilanggar kereta tadi membawanya ke hospital, mestilah mereka tahu siapa orangnya.

      "Tu, anak Pak Cik Taha depan rumah kita tu yang beritahu. Dia kerja sebagai jururawat di hospital ini. Dia yang bagi tahu adik masuk hospital," ujar Puan Nurain.

      "La, ya ke?" Nurul menggaru kepalanya yang tidak gatal.

      "Betul ke adik tak apa-apa ni?" tanya Puan Nurain risau.

      Nurul sekadar mengangguk. Selain perutnya yang mula menyanyikan lagu rancak, rasanya selain itu tiada apa-apa yang mencurigakan.

"BETUL ke kau tak ingat siapa yang selamatkan kau?" tanya Sofea buat kali kesepuluh dan buat kali kesepuluh itu jugalah Nurul terpaksa menjawab jawapan yang sama.

      "Bukan tak ingat, tapi aku memang tak nampak siapa yang selamatkan aku tu dan sekali lagi kau tanya soalan yang bodoh ni, aku humban kau dari bilik aku," ugut Nurul.

      Sofea sudah tersengih-sengih.

      "Tapi… aku ingat dia tu pakai jaket kuning macam pemain rasmi pasukan bola sepak," kata Nurul.

      "Ha! Mungkin yang selamatkan kau tu pemain rasmi pasukan bola sepak sekolah kita?" teka Sofea.

      "Memang pun! Hanya pemain rasmi saja yang ada jaket tu." Nurul menghempas tubuhnya ke atas tilam yang empuk.

      "Kau tak nak cari siapa orangnya ke?"

      "Nak buat apa? Pasukan rasmi ada 15 orang pemain, takkanlah aku nak temu bual dia orang semua sekali. Gila apa!"

      "Ini bukannya gila, ni untuk ucapkan terima kasih. Takkanlah kau tak nak ucapkan terima kasih pada orang yang tolong selamatkan kau tu."

      "Kau tahu tak, mengucap terima kasih pada seseorang yang tidak dikenali adalah sesuatu yang mengerikan dalam hidup aku?"

      "Hah! Kenapa?"

      "Sebab perkataan terima dan kasih. Aku anti dengan kedua-dua perkataan itu," jawab Nurul pendek sebelum kembali menarik selimutnya, membiarkan Sofea yang masih lagi berfikir apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua perkataan itu.

      Jauh dari sudut hati, Nurul hanya tersenyum dengan gelagat Sofea yang tidak jemu melayan orang yang keras kepala sepertinya. Dia juga mengakui, dirinya memang keras kepala. Pantang menyerah kalah dengan apa yang berlaku. Kalau dia salah pun, dia pasti akan memutar belitkan kenyataan sehinggalah dia mencapai kemenangan. Senyumannya makin melebar.

NURUL kembali ke sekolah seperti biasa walaupun doktor telah memberinya dua hari cuti sakit. Baginya, selagi dia ada tenaga untuk berjalan ke sekolah, selagi itulah dia akan kerah tenaganya habis-habisan untuk ke sekolah. Entahlah! Dia sendiri tidak tahu. Hendak kata dia suka datang sekolah, tidak juga. Kalau boleh dia lebih suka duduk di rumah. Tapi, dalam masa yang sama dia tetap berkeras untuk ke sekolah.

      Hendak kata dia minat belajar pun tidak sebab semasa di kelas, fikirannya asyik melayang dan kadang-kadang dia tidak sedar apa yang telah berlaku di sekelilingnya. Bila cikgu menyuruh menyalin nota, dia sibuk melakar angan-angannya dengan menulis sesuatu di buku latihan dan bila cikgu lalu di sebelahnya, terus diselak halaman tengah dan menulis sebaris nota yang tertulis di papan hitam. Huh, taktik nak hiduplah katakan.

      "Nurul!" pekik Sofea dari jauh sambil berlari anak menghampiri Nurul.

      Setahu Nurul, Sofea datang ke sekolah bersama dengannya, tapi pelik pula apabila Sofea berlari menghampirinya seperti telah tertinggal jauh di belakang. Atau dia yang berjalan laju sehingga Sofea tidak dapat mengejarnya. Kesimpulan lain, Sofea mengelamun semasa berjalan. Nasiblah, Sofea, siapa suruh jalan tak tengok arah, kan dah sesat, omel Nurul dalam hati.

      "Kenapa ni? Kau jumpa ikan haruan?" tanya Nurul separuh lawak.

      Sofea tercungap-cungap cuba bernafas dengan betul. Entah berapa kilometer Sofea tertinggal ke belakang tadi sehingga semput mengejar.

      "Carta… Carta…" ujar Sofea tersekat-sekat sambil cuba menyedut oksigen yang ada.

      Nurul mengangkat kening. Kurang faham dengan apa yang diperkatakan oleh Sofea.

      "Ah…"

      Tidak tahu bagaimana ingin dikatakan, Sofea terus menarik Nurul ke papan kenyataan yang mana ramai pelajar perempuan sudah berkumpul sejak tadi.

      "Kenapa kau bawa aku ke tempat yang sesak ni?" dengus Nurul marah. Baru semalam dia berperang dengan Carta Prince Charming dan hari ini pula Sofea membawa ke tempat itu lagi.

      "Tu… tengok Carta Prince Charming tu…" Tangan Sofea menunjuk ke arah sehelai kad manila yang ditampal di papan kenyataan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2010 12:39 PM | Show all posts
"Hah! Kenapa?"

      "Kenapa? Kau tak nampak ke perubahan ketara?"

      "Oh, yang aku perasan dia orang dah tukar kad manila yang berwarna pink kepada warna emas. Itu saja," balas Nurul selamba.

      Sofea menarik nafas lemah. Entah apa punya kawan.

      "Kau tengoklah siapa yang dapat duduki Carta Prince Charming! Tiada sesiapa!" ujar Sofea sedikit menjerit, cuba menyaingi suara-suara yang kecoh di sekelilingnya.

      "Jadi? Aku perlu tahu ke?" tanya Nurul dengan selamba dan segera mengangkat kaki berlalu dari situ. Dia tidak tahan dengan suara-suara sumbang di sekelilingnya yang sedang berbisik sesuatu tentangnya.

      "Helo, kau tak terfikir ke apa yang berlaku ni pelik? Selepas kau koyak Carta Prince Charming tu semalam, kau hampir kena langgar dan hari ini tiada sesiapa dapat takhta Prince Charming."

      "Ada aku kisah ke semua tu?" ujar Nurul masih lagi seperti orang yang tiada perasaan. "Oh, ya, aku kisah. Aku dah koyak dan buang carta tu semalam dan hari ini ada lagi. Orang yang tampal carta tu tak serik-serik rasanya," tambah Nurul lagi.

      Sofea di sebelahnya hanya melepaskan keluhan yang lemah. Sakit hati sahaja jika bercakap dengan orang yang tiada perasaan seperti Nurul.

      "Boleh tak kalau kau berlagak macam orang yang ada perasaan pada waktu, ketika dan saat ni?" tanya Sofea yang mula sudah tidak tahan apabila interaksinya bersama Nurul telah gagal. "Cuba berfikiran positif walaupun kau tak percaya dengan carta yang karut tu hanya untuk seketika. Cuba kau fikir, selepas saja kau koyak carta tu, kau hampir kena langgar semalam."

      "Ya. Hampir kena langgar dan bukan dilanggar. Ada seseorang selamatkan aku dan kau tak boleh kaitkan kejadian tu sebagai malang sebab aku koyak carta tu. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa," balas Nurul dengan fikiran positifnya.

      "Mungkin pandangan kau boleh diterima, tapi bagaimana kau nak jelaskan tentang Carta Prince Charming pada hari ni? Selalunya Carta Prince Charming akan muncul seminggu sekali dan kali ini, selepas kau koyak Carta Prince Charming semalam, hari ni carta tu muncul lagi dengan tiada sesiapa pun yang berada di takhta pertama Prince Charming. Ini baru kali pertama benda ni terjadi," balas Sofea cuba meyakinkan Nurul.

      "Ini juga kali pertama Carta Prince Charming dikoyak. Mesti orang yang buat carta tu bengang tahap gaban sebab mensia-siakan usahanya mencari siapa Prince Charming dalam sekolah ini. Jadi, sebab dia terlampau marah, dia sengaja kosongkan takhta Prince Charming. Sengaja nak buat orang marah dengan aku. Kau tak tengok ke tadi macam mana mereka semua mengumpat pasal aku? Itulah tujuannya," balas Nurul panjang lebar.

      "Aku tak fahamlah dengan kau ni!" Sofea menggeleng lemah. Sememangnya dia akan kalah bila berbalas kata dengan Nurul. Pasti ada sahaja yang cuba diputar belit oleh Nurul dan akhirnya dia sendiri pening dengan apa yang Nurul katakan.

      "Senang saja. Dengan kata lain… kau dah kalah." Nurul tersenyum lebar seolah-olah sedang memerli Sofea. Langkahnya pantas berjalan laju menuju ke kelasnya.

      Sofea memeluk tubuh sambil menjeling tajam ke arah Nurul yang sudah berjalan ke hadapan. Sememangnya dia tidak berpuas hati dengan perbahasan mereka tadi. Dia mesti buat sesuatu untuk menyedarkan Nurul.

      "Aku dengar Kelab Bola Sepak nak buat pemilihan pengurus merangkap setiausaha kelab."

      Telinga Sofea terus terbuka luas-luas sebaik sahaja mendengar perbualan dua orang pelajar perempuan yang lalu di sebelahnya.

      "Ya. Aku pun dengar. Aku dengar juga, mereka nak perempuan yang jadi pengurus tu. Bayangkan hari pertama mereka tampal iklan tu, hampir seratus permohonan diterima. Nasib baik aku sempat daftar."

      "Hah? Kau tak beritahu aku pun. Aku pun nak mohon juga. Nak jumpa siapa?"

      "Najmi."

      Sebaik sahaja Sofea mendengar nama Najmi, terus dia berlalu dari situ. Inilah peluangnya untuk kenakan Nurul kembali. Jika Nurul bernasib baik dan diterima masuk dalam pasukan bola sepak, bolehlah Nurul berjumpa dengan orang yang selamatkannya. Ini juga bukan diklasifikasikan sebagai balas dendam, tapi menolong kawan.

Muhammad Shah Rezza berjalan pantas melangkah masuk ke dalam bilik yang menjadi tempat lepak ahli-ahli bola sepak sebelum sesi kelas bermula pagi itu. Tangan kanannya menggenggam erat sehelai kertas yang ditanggalkannya dari papan kenyataan semalam. Segera dia berlalu menghampiri seorang pelajar lelaki yang sibuk membaca komik yang selalu diseludup masuk ke dalam sekolah. Dia sempat menjeling ke arah seorang pelajar lelaki yang sedang nyenyak tidur berbantalkan lengan.

      "Siapa yang buat notis ni?" tanya Rezza kepada pelajar lelaki yang terkenal dengan sikap pendiamnya.

      Akmal Fiqri atau lebih mesra dengan panggilan Fiq mengambil notis dari tangan Rezza. Selepas membacanya, dia sendiri tersenyum kelucuan. Kemudian dia menggeleng dan memberi kepada Farizat yang baru menghampiri mereka. Lelaki tinggi lampai yang terkenal dengan teknik pertahanan di padang turut ketawa kelucuan.

      "Memang nak cari nahaslah siapa yang buat tu," ujar Rezza berlalu, duduk di sebelah pelajar lelaki yang masih lagi nyenyak tidur.

      "Kau agak siapa yang buat?" tanya Farizat yang masih lagi ketawa.

      "Hi, guys!" sapa Najmi sambil terus menongkat sikunya di bahu Rezza. Seperti kebiasaan, kalau dia datang tanpa senyuman ceria memang tidak sah.

      "Aik, kenapa dengan kau orang semua ni? Apa yang lucu semacam?"

      Farizat menghulurkan notis yang dibacanya tadi kepada Najmi. Belum sempat Najmi membaca notis tersebut, dia dapat rasakan udara di persekitarannya berbahang. Dengan perlahan dia menjeling pandang ke arah Rezza di sebelahnya.

      "Okey apa kalau ada pembantu perempuan. Bukan ke ada satu pepatah kata… Kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita di belakangnya. Err… lebih kurang macam tulah. Jadi, apa kata kalau kita ambil seorang perempuan sebagai pengurus," ujar Najmi cuba meyakinkan kawan-kawannya terutama sekali Rezza yang sejak dulu lagi tidak berminat dikaitkan dengan mana-mana perempuan walaupun Rezza mempunyai ramai peminat di sekolah itu. Namun, sehingga hari ini tiada satu pun yang dapat menarik perhatian Rezza.

      Rezza masih tenung Najmi di sebelahnya. Dia tahu sangat dengan perangai Najmi yang juga merupakan Romeo kelas satu di sekolah mereka. Cakap saja Najmi, semua orang kenal dengan perangainya yang suka berfoya-foya dengan ramai perempuan. Yang peliknya, pelajar perempuan yang sudah tahu perangai Najmi masih tergila-gilakan lelaki yang tiga suku setengah ini.

      Hendak kata Najmi handsome, Pak Mail, tukang kebun sekolah lagi handsome. Nak kata anak orang kaya, tidak juga. Ayah Najmi hanyalah pekerja kerajaan, tapi entah kenapa ramai perempuan sangkut dengan Najmi. Mungkin Najmi seorang yang periang dan suka berlawak. Mungkin sebab itulah ramai yang sangkut.

      "Terima kasih sebab datangkan bala yang tak dijemput. Petang ni lari 20 pusingan," ujar Rezza selamba.

      "20 pusingan?" soal Najmi hampir menjerit.

      Farizat sudah tidak dapat menahan ketawanya. Entah apa yang lucu dia pun tidak tahu. Tapi, dia benar-benar lucu melihat perangai Najmi yang secara spontan boleh membuat orang lain ketawa. Fiq di sebelahnya sudah terenjut-enjut bahu.

      Rezza sekadar menggeleng. Dia kemudiannya menjeling Nazrul di sebelahnya yang masih lagi tidur dengan nyenyak.

      "Ni lagi satu, kalau tak tengok dia tidur sehari memang tak sah. Wei, bangunlah!" Rezza mengejutkan Nazrul, kawan karibnya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2010 12:39 PM | Show all posts
Selepas dipanggil beberapa kali barulah Nazrul bangun.

      "Aaa…" Nazrul mengeliat malas sambil menguap. Perkara tu memang sudah menjadi kebiasaan pada setiap pagi.

      Mereka siap menggelarkan Nazrul, The Sleeping Handsome kerana Nazrul memang terkenal dengan perangainya yang suka tidur tidak kira masa dan di mana jua dia berada. Dalam kelas, luar kelas, kantin, makmal, bengkel mahupun di tapak perhimpunan pun dia boleh tidur. Pendek kata hobi Nazrul adalah tidur.

      "Rezza, aku mimpi tadi…" Nazrul bersuara dalam mamai.

      "Kau mimpi jumpa puteri kayangan ke?"

      "Tak," jawab Nazrul pendek.

      "Habis tu?"

      Nazrul memandang Rezza dengan mata mengantuknya. "Aku mimpi kau cium aku…"

      Serentak kepala Nazrul kena hantuk dengan meja tulisnya. Nazrul mengerang kesakitan sambil mengurut dahinya yang terhantuk. Nasib baiklah kepalanya jenis kepala batu. Tiadalah sakit sangat, tapi sakitlah juga. Serta-merta matanya yang kuyu tadi mulai segar.

      "Okey, terima kasih sebab cium aku." Nazrul kembali segar. Mereka berpandangan kemudian masing-masing ketawa kelucuan.

      "Sakit tak?"

      "Sakitlah mangkuk, bergegar otak aku kejap." Nazrul mengeliat membetulkan otot-ototnya yang rasanya turut terlena tadi.

      "Bila kau macam nilah kena kejutkan kau. Aku rasa kalau kau tak bangun jugak, aku bagi bom saja." Rezza sekadar menggeleng. Salah satu tugasnya setiap hari adalah untuk bangunkan manusia seperti Nazrul daripada tidur. Memang susah. Memang payah. Kalau tidak diketuk, ditumbuk atau disepak, takkan bangun manusia aneh di sebelahnya itu.

      "Kerja Matematik dah buat ke belum?" tanya Rezza.

      "Dah," jawab Nazrul pendek.

      "Ada peningkatan. Selalunya kau mana ingat nak buat kerja sekolah. Pelupa tahap gaban."

      "Tu… Cikgu Midah punya pasallah," jawab Nazrul mengurut tengkuknya yang terasa lenguh lagi.

      "Kenapa?"

      "Yalah, entah apa sihir dia bagi kat aku sampai aku sedap-sedap mimpi makan ayam golek dia boleh datang ganggu mimpi aku, suruh siapkan kerja rumah. Apa lagi, terus terjagalah aku. Terus aku buat kerja sekolah yang dia bagi." Kedengaran keluhan lemah daripada Nazrul. Rezza di sebelah sekadar menahan ketawa.

      Nazrul menjeling tajam. Hah, gelaklah!

      "Tapi, aku tak bawa buku Matematik tu hari ni," jawab Nazrul selamba.

      Rezza di sebelahnya terus berhenti ketawa. "Lupa lagi?"

      Kali ini Nazrul pula ketawa.  

Semangkuk bihun sup terlepas dari pegangan. Keadaan kantin riuh-rendah dengan sorakan. Memang begitulah situasi jika ada benda jatuh ke atas lantai. Kecoh macam bom jatuh saja. Nurul sempat mengerling pelajar perempuan yang berlanggar dengannya tadi. Pelajar tersebut hanya mengangkat bahu sambil tersenyum menyindir.

      Walaupun hatinya membara, dia hanya dapat bersabar sahaja. Segera dia berlalu mendapatkan Sofea yang sudah duduk di meja makan. Selera makannya hilang begitu saja.

      "Malangnya," kata Sofea sambil menggeleng, sengaja ingin menyakitkan hati Nurul. Tanpa mempedulikan Nurul yang sedang cuba mengawal marah, dia menjamah bihun sup yang dibelinya tadi.

      "Benda tu hanya sekeping Carta Prince Charming! Takkan sebab itu, mereka semua nak marah aku macam aku rampas suami dia orang!" balas Nurul sengaja meninggikan suara, biar semua orang di sekelilingnya mendengar.

      "Masalahnya sekarang, Carta Prince Charming bagaikan suami dia orang. Aku rasa kau dah terkena sumpahan puteri."

      "Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?"

      "Serius, Nurul. Benda ni tak boleh dibuat main."

      "Oh, okey. Kalau aku benar-benar terkena sumpahan puteri bunian, adakah selepas ni aku akan ditimpa malang? Dan, kalau aku ditimpa malang, kita lihat apa yang malangnya," ujar Nurul dengan lagaknya.

      "Okey, perkara pertama yang aku tahu, kau terpaksa berhadapan dengan sukan yang paling kau benci iaitu bola sepak. Aku baru saja daftarkan nama kau sebagai salah seorang calon pengurus pasukan bola sepak."

      "What?"

      "Itu juga dikira malang, kan?" Sofea mengenyit mata manja.

      "Kenapa kau memandai-mandai letak nama aku?" Nurul benar-benar naik angin dengan kenyataan Sofea tadi. "Kan aku dah kata, aku benci dengan bola sepak. Bukan setakat bola sepak, tapi semua jenis bola aku benci," ujar Nurul sambil duduk di tempatnya.

      "Aku cuma nak tolong kau cari siapa yang selamatkan kau. Takkanlah kau tak teringin nak cari siapa yang selamatkan kau? Aku tahu kau tu ego dan keras kepala, tapi hakikatnya salah seorang daripada pasukan bola sepak dah selamatkan nyawa kau. Takkanlah kau nak lupakan macam tu saja?" Sofea membalas.

      "Kau nak suruh aku buat apa kalau aku jumpa orang yang selamatkan aku? Kau nak aku bagi duit beribu-ribu kepadanya tanda terima kasih sebab selamatkan aku atau cium jari kaki dia untuk balas hati budi dia?" tanya Nurul dengan nada menyindir. Dia masih lagi tidak puas hati dengan tindakan Sofea yang seperti sengaja hendak mencari gaduh dengannya.

      "Tak adalah sampai macam tu. Okeylah, nampaknya aku terlalu memaksa kau. Terpulanglah pada kau nak datang temu duga tu atau tak. Yang penting aku tak rugi." Sofea kembali ke tempatnya di belakang tempat duduk Nurul.

      "Fine! Aku akan pergi, tapi jangan haraplah aku nak buat betul-betul." Akhirnya Nurul bersetuju. Jauh dalam sudut hatinya dia menyokong kata-kata Sofea. Ada seseorang sudah menyelamatkannya. Kalau tidak reti ucapkan terima kasih pun, sekurang-kurangnya kenalilah orang yang selamatkan nyawanya.

      Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming! bentak hati Nurul geram.

      Nurul tersentak. Dia mengerut dahi. "Apa aku sebut tadi?" tanya Nurul pada diri sendiri. Dia berpaling ke belakang merenung Sofea yang menyusun buku-buku di dalam laci meja tulis.

      "Apa aku sebut tadi?" Tanya Nurul kepada Sofea pula.

      Sofea mengerut dahi. Entah apa hal pula yang tidak kena dengan kawannya ini. Tu mesti mengelamun lagi. Pelik betullah. Matahari dah meninggi pun boleh mengelamun lagi.

      "Manalah aku tahu," balas Sofea malas hendak ambil pusing.

      Nurul kembali memusingkan badannya ke hadapan. Suasana kelas yang bising macam Pasar Borong Selayang, langsung tidak diendahkannya.

      "Aku sebut Prince Charming ke?" Nurul menggaru kepalanya. Dia pasti, dia benar-benar sebut Prince Charming. Tiba-tiba memorinya mengimbas kembali kejadian petang semalam. Masa tu dia sudah terselamat daripada dilanggar kereta. Akibat terkejut teramat sangat, dia menjadi pitam dan sebelum pitam, dia ada menyebut sesuatu.

      "Prince Charming…"

      Nurul menutup mulutnya dengan kedua-dua telapak tangannya. Sah! Dia sebut Prince Charming! Dan, memang sah, dia sudah terkena sumpahan Prince Charming. Tapi, bukan dalam bentuk malang, sebaliknya dalam bentuk angau. Okey, nanti aku akan soal siasat siapa yang sihir aku jadi angau ni!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2010 12:34 PM | Show all posts
dah abis ke cite ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 05:34 PM | Show all posts
sambungla lagi citer ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2010 01:51 AM | Show all posts
xsilap citer ni dh dibukukan...
nampak kt mph...
kaler pink lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 09:30 AM | Show all posts
rasanya haner pernah baca citer x lama dulu...
ingat2 lupa la...
rupanya dah dibukukan ek citer ni...
bole haner tambah koleksi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 02:18 PM | Show all posts
nanti kita tambah lagi. a`aa dah dibukukan. minggu lepas masuk kedai. baca lah bab awal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 10:00 AM | Show all posts
3

"GILA!" Farizat terduduk. Dia tidak tahu hendak memberi reaksi apa. Dia seakan tidak percaya sebaik sahaja melihat beberapa helai kertas yang diberikan kepadanya.

      "Biar betul!" Zaki selaku bendahari kelab sekadar menggeleng. Juga tidak percaya apa yang dibacanya itu.

      "Siapa punya kerja ni?" Ehsan menggaru kepalanya.

      Masing-masing memandang Najmi yang tersenyum-senyum kambing mengintai sesuatu di luar. Daripada senyuman miang Najmi, mereka semua sudah boleh mengagak siapa punya kerja. Fikri kemudiannya kelihatan melangkah masuk ke dalam dewan dengan tergesa-gesa.

      "Ada upacara apa ni?" tanya Fiq kepada Rezza yang dari tadi duduk mendiamkan diri merenung kertas di hadapannya. Dia kemudiannya menghulur beberapa helai kertas kepada Fiq yang baru sampai itu. Tidak sanggup dia hendak berkata-kata melainkan menyuruh Fiq membacanya sendiri.

      Helaian kertas yang dihulurkan Rezza disambutnya dengan tanda tanya. Tanpa bertanya lagi, dia membacanya. Hampir sesak nafasnya apabila melihat angka terakhir pada helaian terakhir kertas tersebut. Beg sekolah yang dipegangnya secara automatik terlepas daripada pegangannya.

      "Seratus orang datang temu duga?" ujar Fiq separuh menjerit.

      Kesemua mereka langsung tidak berani hendak berkata apa-apa selain memberi isyarat  menunjuk ke arah Najmi.

      "Najmi!"

      Alamak. Najmi yang sedang usyar awek-awek cantik yang beratur di luar sana tersentak tiba-tiba.

      "Aku tak kira, kau kena lari seratus pusingan hari ni juga!" ujar Fiq yang mula naik darah.

      Mampus. Najmi menggeleng.

      "The Perfect Guy dah marah." Sedaya upaya Zaki cuba menahan gelaknya.

      Fiq memang terkenal dengan gelaran The Perfect Guy disebabkan Fiq memang nampak sempurna di mata semua orang termasuklah ahli Kelab Bola Sepak yang mengenalinya. Selain perangainya yang cool, dia juga satu-satunya lelaki yang bersopan santun apabila bercakap atau melakukan sesuatu kerja.

      Anak seorang ahli politik yang agak terkenal di Dewan Parlimen, tapi statusnya hanya diketahui ahli-ahli rasmi sahaja. Seorang yang low profile. Mudah didampingi tidak kira lelaki ataupun perempuan. Aktif dalam aktiviti sekolah terutama sekali bola sepak dan Kelab Muzik. Pendek kata, Fiq memang sempurna dari segala aspek kecuali cinta. Itu memang gagal!

      "Jadi, macam mana ni?" tanya Zaki kebuntuan.

      Seratus orang bukannya sikit. Mungkin sampai pagi esok pun takkan habis mereka menemu bual seorang demi seorang. Mencari pengurus bukannya boleh pakai tunjuk saja, apatah lagi pengurus akan handle bukan saja ahli rasmi, tapi ahli biasa yang seramai 50 orang. Yang menjadi masalah sekarang ini, semua yang datang untuk temu duga kebanyakannya adalah perempuan. Kalau lelaki, mereka ini terdiri daripada kumpulan nyah.

      "Nak buat pilihan? Tapi, tak boleh juga, kita tak tahu yang mereka semua ni datang memang nak join kelab bola sepak atau nak menggatal." Farizat menarik nafas lemah. Mesti sakit kepala menemu duga pelajar-pelajar perempuan itu nanti.

      Masing-masing memandang Rezza yang masih senyap berfikir. Hati dan perasaan mereka yang menunggu di luar sana perlu dijaga demi nama baik Kelab Bola Sepak. Rezza tidak mahu nama baik kelab tercalar disebabkan hal sebegini. Dia kemudiannya menjeling Nazrul yang sedap tidur di sebelahnya. Kemudian dia tersenyum.

      "Kenapa?" soal Fiq hairan.

      Kemudian masing-masing menjeling Nazrul yang sedang tidur nyenyak di sebelah Rezza. Serentak dengan itu masing-masing dapat membaca apa yang difikirkan oleh Rezza. Mungkin hanya itu sahaja yang boleh mereka fikirkan sekarang.

Mulut Nurul ternganga hampir dua minit apabila sampai saja ke dewan sukan. Dia melihat sekumpulan pelajar perempuan dan sekumpulan lelaki yang boleh diklasifikasikan dalam golongan nyah beratur panjang dari pintu masuk hinggalah ke kantin. Adalah lebih kurang satu kilometer kalau diukur. Dia beratur di hujung sekali. Orang terakhir.

      "Terima kasih kepada Sofea." Nurul tersenyum geram.

      Dia tidak sangka begitu ramai yang bercita-cita mahu jadi pengurus Kelab Bola Sepak untuk menggatal. Apatah lagi kebanyakan yang datang temu duga spesies minah cinta. Kalau bukan minah cinta pun minah angau. Gedik. Siap bermekap lagi.

      "Memang malang betul." Nurul sekali lagi mengeluh lemah.

      Hampir dua jam berlalu, temu duga berjalan dengan lancar. Malah, lagi lancar. Baru beberapa saat seorang pelajar masuk untuk ditemu duga, tapi keluar tidak sampai lima minit. Pendek kata panel temu duga hanya memerlukan lima minit atau kurang daripada itu untuk menemu duga ke semua pelajar yang datang. Tapi, yang peliknya, semua yang masuk dengan muka ceria keluar dengan muka masam. Tidak puas hati.

      Lama Nurul menunggu akhirnya sampai juga gilirannya. Apabila Nurul melangkah masuk, semua mata tertumpu ke arahnya dengan mata kuyu mereka. Nampak sangat mereka penat menemu duga hampir seratus orang.

      Satu per satu wajah-wajah yang menyerikan Kelab Bola Sepak dipandang Nurul. Rezza, selaku kapten pasukan masih tetap maintain duduk tegak. Begitu juga dengan Fiq yang terkenal dengan sifat pendiamnya. Zaki dan Farizat sudah menguap beberapa kali. Hendak saja dia pelangkung budak dua ekor itu. Matanya tertumpu pada seorang pelajar lelaki yang sedang asyik tidur di sebelah Rezza.

      Itu memang dah melampau! Aku penat-penat tunggu kat luar sampai sakit kaki berdiri, dia boleh tidur pula. Darah Nurul mulai menyirap. Tapi sebaik sahaja dia memandang Fiq yang menghadiahkan senyuman manis, entah kenapa hatinya cair.

      "Nurul Izzati." Rezza mula berbicara memandang gadis yang duduk di hadapannya itu. "Tak sangka, kita boleh berjumpa lagi," tambahnya.

      Dahi Nurul berkerut. Rezza bercakap sesuatu yang dia tidak faham maksudnya.

      Berjumpa sekali lagi? Kepalanya ligat berfikir. Takkan Rezza tu…

      "Kita pernah berjumpa ke?" tanya Nurul pula.

      Kalaulah Rezza yang selamatkannya… Jadi, tidak sia-sialah dia berdiri lama di luar tadi. Selepas ini, kalau Rezza mengaku, dia akan mengucapkan terima kasih dan pergi meninggalkan dewan. Habis cerita!

      "Ops… kalau nak tanya soal peribadi sila buat selepas waktu ini ya…" Zaki bersuara.

      Nurul menjeling tajam. Kacau daun betul!

      "Okey." Rezza menarik nafas lemah. Membetulkan kedudukannya. "Nurul Izzati…"

      "Panggil Nurul saja," ujar Nurul.

      Rezza mengangguk.

      "Minta maaf sebab tunggu lama. Kami pun tak sangka ramai pula yang datang untuk temu duga. Kami selaku AJK tertinggi Kelab Bola Sepak hendak mengucapkan selamat datang pada temu duga hari ni dan seperti mana yang Nurul tahu kami hendak mencari seseorang yang berkebolehan untuk mengurus Kelab Bola Sepak. Apa yang kami cari daripada seorang pengurus adalah semangat yang kuat dan tegas sebab semua ahli-ahli kami ni banyak ragam dan tugas pengurus adalah memastikan segalanya teratur. Tak kira dari segi peralatan padang hinggalah ke kesihatan setiap ahli kelab. Bunyi macam best, tapi percayalah dia orang ni memang memeningkan. Jadi, kami dah buat keputusan, sesiapa dapat lepasi ujian getir ni, kami akan melantiknya sebagai pengurus. Jadi, awak dah sedia?" ujar Rezza panjang lebar seperti yang dikatakan kepada semua yang datang untuk temu duga tadi.

      "Dah, tapi sebelum tu, aku cuma nak kata aku tak minat dengan bola sepak," ujar Nurul selamba. Semua mata memandangnya.

      "Kami tahu. Semua yang datang sini untuk temu duga bukannya minat dengan bola sepak."

      Nurul menghela nafas. Nampaknya tanggapannya salah sama sekali tentang mereka semua. Dia ingatkan mereka semua jenis yang suka berfoya-foya dengan peminat, tapi daripada cara mereka bercakap, nampak mereka semua matang dari usia mereka.

      "Jadi, ujiannya?" Nurul bertanya.

      Masing-masing tersenyum. Kemudian menjeling Nazrul yang sedap berdengkur.

      "Senang saja, kejutkan Putera Katak ni bangun dulu," ujar Rezza tersengih.

      "Hah!" Hampir tercabut anak tekak Nurul. "Apa sangkut paut kejutkan dia ni bangun dengan jadi pengurus kelab?" tanya Nurul yang rasa perkara itu tidak logik akal.

      "Kami percaya kau takkan faham." Fiq mula berbicara dengan nada mesra. Hampir cair hati Nurul apabila pertama kali mendengar suara Fiq. "Tapi, kami percaya kalau kau terpilih jadi pengurus pasukan, kau akan faham kenapa. Percaya atau tidak, Nazrul sudah tidur sejak awal lagi dan daripada semua yang datang temu duga tadi, tiada sesiapa pun yang dapat mengejutkan Nazrul bangun."

      "Hah?" Nurul seakan tidak percaya. Patutlah sejak mula-mula tadi, kebanyakan yang datang temu duga keluar dengan muka yang masam. Ada juga yang tidak puas hati dengan temu duga tersebut. Rupa-rupanya kena kejutkan seseorang yang tidur tidak ingat dunia. Tapi, benarkah lelaki yang tidur itu tidak bangun sejak tadi?

      "Salah satu tugas pengurus adalah memastikan semua ahli turun padang untuk sesi latihan terutama sekali ahli-ahli rasmi. Kalau nak kejutkan Nazrul bangun pun tidak boleh buat, kami rasa tidak guna kami lantik seorang pengurus kelab," tambah Rezza memberi penerangan lagi.

      Nurul tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Kalau diikutkan hati, hendak saja dia mengangkat kaki keluar dari situ. Tapi, senyuman Fiq membuatkan dia bagaikan hilang kawalan. Sedar sedar saja, dia sudah berada di hadapan Nazrul yang sedang tidur nyenyak itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 10:00 AM | Show all posts
"Err…" Nurul rasa janggal apabila mendapati semua mata memandangnya.

      Entahlah! Sama ada dia dipermainkan atau ini sebahagian daripada ujian yang mereka katakan tadi, dia sendiri pun tidak pasti. Yang pastinya, dia sudah terperangkap dan mahu tak mahu, dia harus teruskan juga.

      "Hei, bangunlah." Dicuit sedikit bahu Nazrul. Langsung tiada reaksi. Nurul menggaru kepala apabila hampir banyak kali memanggil Nazrul bangun. Pelik. Tidur ke mati ni? Dia memandang mereka yang lain yang masih menunggu.

      "Hei, bangunlah!" Nurul menjerit sambil menggoyang-goyangkan bahu Nazrul. Nasib baiklah Nazrul memakai sweater, kalau tidak jangan haraplah dia hendak memegang bahu lelaki yang tidak dikenali.

      Sebentar kemudian Nazrul mula menunjukkan dia sudah sedar. Kepalanya di angkat mamai. Matanya terbuka sedikit. Jelas sekali kemerahan pada matanya mungkin kerana mengantuk. Nurul menarik nafas lega.

      Akhirnya bangun juga budak ni.

      "Hai, darling, cium sikit," ujar Nazrul yang masih mamai.

      Dengar saja Nazrul cakap begitu, darah Nurul mula naik mendadak. Tangan kanannya digenggam kuat.

      "Tak guna!!!" Sepantas kilat Nurul mengayunkan penumbuk ke muka Nazrul sehingga Nazrul tersungkur ke lantai. Dadanya berombak. Geram. Panas. Marah. Rasa dibodohkan. Semuanya ada.

      Kemudian dia memandang Rezza dan yang lain. Mereka semua masih berlagak selamba. Seolah-olah tidak nampak yang dia sudah membelasah Nazrul sehingga tersungkur. Tiba-tiba saja dia diselubungi perasaan pelik.

      "Aaa…" Nazrul yang tersungkur di lantai bangun sambil mengeliat membetulkan otot-ototnya. Pipinya yang kena tumbuk tadi digosok-gosok sedikit sebelum duduk di tempatnya semula. Dia tersengih-sengih. "Okey, jom mula temu duga," ujarnya selamba.

      Nurul mengerut dahi.

      Spesies apa budak ni? Takkan dia tak tahu yang dia baru saja kena tumbuk? Lepas tu boleh kata nak mulakan temu duga. Dia tahu ke aku ni orang terakhir yang ditemu duga? Nurul menggaru tengkuknya. Pelik.

      "Err… kenapa?" tanya Nazrul pelik apabila semua kawan-kawannya mendiamkan diri. Dia tertinggal kereta api lagikah?

      "Welcome to Football Club, Nurul Izzati," ucap Rezza mengukirkan senyuman lega. Akhirnya dia jumpa juga orangnya.

      Nurul tidak tahu hendak kata apa. Benarkah apa yang Rezza cakap tadi? Welcome to Football Club? Adakah itu maknanya dia sekarang dilantik sebagai pengurus Kelab Bola Sepak yang baru? Tapi kenapa? Inilah malangnya… desisnya lemah.

Sofea tidak berhenti ketawa. Terbahak-bahak tawa Sofea selepas Nurul menceritakan pengalaman ditemu duga oleh AJK Kelab Bola Sepak untuk jawatan pengurus petang tadi. Itu pun setelah tidak tahan didesak oleh Sofea yang ingin mengetahui apa yang berlaku di sebalik pemilihan Nurul sebagai pengurus. Selepas saja Nurul menceritakan segalanya, Sofea sudah tidak dapat menahan gelaknya dan dia ketawa dengan kuatnya. Kalah puntianak yang selalu bertenggek di pohon pokok rambutan di belakang rumah. Serta-merta puntianak itu akan letak jawatan, tidak mahu mengilai lagi sebab kecewa ada lagi yang pandai mengilai.

      Nurul dari tadi menjeling tajam. Masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Dia masih tidak dapat mencari alasan sebenar kenapa dia dipilih sebagai pengurus sedangkan dia rasa dia tidak membuat dengan betul tadi.

      Ah, mereka pun satu, ada ke bagi ujian suruh kejutkan budak lelaki tu bangun tidur? Tak pasal-pasal ayunya hilang dengan menghadiahkan satu tumbukan padu ke pipi pelajar lelaki yang kurang dikenalinya itu.

      "Aku tahu… dia orang tu mesti suruh kau bangunkan Nazrul." Sofea berkata dengan nafas tersekat-sekat kerana masih menahan gelak. "Hanya Nazrul saja yang suka tidur dalam kumpulan mereka tu. Dia tu kalau tidur memang dah tak ingat dunia. Lagi satu, kalau Malaysia ni kena bom pun mungkin dia takkan bangun. Pendek kata bila dia dah tidur, tiada sesiapa pun yang dapat bangunkannya selain Rezza. Nampaknya kau juga dah berjaya bangunkan Sleeping Handsome tu," terang Sofea.

      "Sleeping Handsome apa? Tidur macam katak puru aje aku tengok. Mulut terbuka, siap berdengkur lagi. Lagi satu, ada ke masa aku kejutkan dia, dia minta aku cium dia. Aku geram sangat, aku tumbuklah dia, tapi budak tu macam tiada perasaan saja." Nurul menarik nafas lemah. Dia teringatkan Nazrul yang menggeliat malas membetulkan otot-ototnya dan menggosok pipinya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

      "Kalau dia dah tidur, dia takkan sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Bom meletup di sebelah dia pun dia gerenti takkan sedar punya. Dia tu memang kuat tidur, tapi yang peliknya dalam kuat tidur, pelajarannya okey. Mungkin dia tu jenis yang genius. Nazrul tu okey. Jangan risau, dia bukan jenis yang suka membuli. Tapi, aku rasa kau tetap akan kena buli."

      "Hah! Beranilah dia orang nak buli aku. Aku buli dia orang tu balik. Nanti aku letak ubat julap kat minuman dia orang baru tahu!" ujar Nurul tidak mahu mengaku kalah.

      Sofea di sebelahnya sekadar tersengih-sengih.

      "Ni kau punya pasallah. Datangkan bala yang tak dijemput. Tak pasal-pasal aku kena jadi pengurus dia orang pula."

      "Kalau kau tak suka, lepas beberapa bulan kau letaklah jawatan," jawab Sofea senang.

      "Sofea, aku ni memanglah kejam, tapi aku tak suka buat kerja separuh jalan. Kalau tak, aku dah letak jawatan tadi. Tapi aku tak mahu buat kerja separuh jalan. Aku dah dapat jawatan ni dan aku kena berusaha walaupun aku suka ataupun tidak. Aku tak mahu dianggap sebagai pengecut. Walaupun aku tak minat dengan bola sepak, aku tak minat dengan AJK kelab yang gila tu, tapi aku tetap nak teruskan sebab…" Kata-kata Nurul tidak disudahkan. Tiba-tiba dia teringatkan wajah Fiq sedang tersenyum memandangnya.

      "Sebab…?" tanya Sofea.

      Nurul tersentak. "Sebab… Anggaplah aku nak cari orang yang selamatkan aku tu," jawabnya selamba. Dalam hati, dia hampir menjerit sebab tidak terkantoi dengan Sofea bahawa dia sedang tangkap lentuk dengan Fiq.

      "Pelik. Bukan ke kau tak teringin nak cari orang tu?" Sofea menggaru dagunya ala-ala orang sedang berfikir. Ada sesuatu yang tidak kena dengan kawannya itu.

      "Memanglah! Kalau aku tak cari kau akan paksa aku cari jugak. Lebih baik aku cari sampai dapat, lepas tu dunia aku akan kembali aman seperti biasa," jawab Nurul menjeling tajam.

      Sofea di sebelahnya tersengih-sengih menahan tawa. Kalau Nurul sudah bercakap memang tiada tapisan langsung. Nasib baiklah dia sudah kenal Nurul sejak dua tahun yang lalu. Bagi sesiapa yang baru kenal Nurul mungkin tidak akan tahan dengan perangai Nurul yang terlampau berterus terang. Kalau Nurul tidak suka, memang Nurul akan cakap tidak suka. Kalau seseorang itu membosankan, Nurul juga akan cakap begitu. Mungkin sebab itulah di sekolah Nurul tidak ramai kawan. Nasib baiklah dia sanggup berkawan dengan Nurul. Baginya, dia lebih suka berkawan dengan orang yang berterus-terang tanpa berselindung daripada berkawan dengan orang yang suka bercakap bukan-bukan di belakang.

      "Masa temu duga tu kau dapat cam tak siapa selamatkan kau?" tanya Sofea.

      "Seorang pun aku tak dapat cam sebab aku tak nampak wajah lelaki yang selamatkan aku tu. Yang aku nampak jaket rasmi saja dan kat sana tadi semua pakai jaket rasmi kecuali budak yang aku tumbuk tu. Dia saja yang pakai jaket putih. Ada lagi yang tak hadir petang tu sebab ada hal lain. Mungkin esok aku akan jumpa semua pemain rasmi sebab ada mesyuarat penting," terang Nurul.

      "Mungkin selepas ini hidup kau akan bertambah sibuk. Tak dapatlah kita pergi dating."

      "Kau datinglah dengan boyfriend kau tu."

      "Kau ni pun satu, bila masa aku ada boyfriend? Tapi, aku berharap sangat kau kenalkan seseorang daripada ahli rasmi tu kat aku." Sofea mengangkat keningnya sambil tersenyum bermakna.

      "Gatal!"

      "Memanglah aku gatal. Gatal nak ada boyfriend. Aku tengok semua kawan-kawan kita kat kelas tu dah ada balak. Aku ni kayu balak pun tiada. Aku tak nak kena gosip dengan kau sebagai girlfriend kau sebab asyik bersama kau aje."

      "Gila! Tapi… aku rasa ada seorang yang sesuai dengan kau," ujar Nurul.

      Serta-merta mata Sofea bercahaya.

      "Nazrul. Dia tu sesuai dengan kau."

      "Kalau si Nazrul tu baik tak payah. Orang macam dia tu berlambak kat Pasar Selayang. Dahlah asyik tidur 24 jam. Nanti masa pergi dating, bukannya dating… dia tidur lagi adalah."

      Kali ini Nurul pula ketawa terbahak-bahak. Tidak dapat dia bayangkan Sofea pergi dating dengan Nazrul.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 02:37 PM | Show all posts
TT....biler nk wat sambungan? saya ternanti2 nie....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 04:39 PM | Show all posts
best nak n3 lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 08:16 AM | Show all posts
4

SEBAIK sahaja jam di tangan menunjukkan jam 2.00 petang, Nurul yang baru sahaja menunaikan solat zuhur di surau sekolah bergegas ke bilik yang memang disediakan khas untuk ahli-ahli Kelab Bola Sepak berkumpul. Selalunya bilik yang terletak di sebelah bilik yang menyimpan peralatan sukan itu, dijadikan markas pemain-pemain bola sepak untuk bermesyuarat dan tempat beristirahat selepas tamat latihan di padang.

      Pintu bilik telah pun terbuka luas sebaik sahaja Nurul tiba di hadapan pintu. Dia menjenguk ke dalam. Sunyi. Hanya bunyi kipas berpusing sahaja kedengaran. Pelik. Tiada seseorang pun di dalam. Dilihat jam tangannya. Seingatnya mesyuarat akan bermula jam 2.00 petang, tapi tiada seorang pun di dalam. Atau, dia yang tersilap.

      "Cari siapa?"

      Sapaan seseorang di belakang membuatkan Nurul terkejut. Pantas dia memalingkan kepalanya.

      Nazrul! Hatinya menjerit apabila mendapati lelaki yang menegurnya tadi adalah Nazrul. Teringat pula kejadian semalam. Kejadian yang amat memalukan dirinya sehingga dia hilang keayuan. Depan jejaka handsome pula tu.

      "Dia Nurul. Mulai hari ini dia akan menjadi pengurus Kelab Bola Sepak," ujar Fiq menghampiri mereka berdua.

      Fiq menghadiahkan senyuman kepada Nurul membuatkan Nurul hampir hilang imbangan. Panahan asmara daripada lelaki yang kacak seperti Fiq, masakan dia tak gila bayang.

      "Oh…" Nazrul mengangguk faham.

      Mereka bertiga kemudiannya melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Dari tadi Nurul asyik memerhati keadaan sekeliling bilik. Bilik tersebut hanya mempunyai beberapa lokar khas untuk ahli pasukan menyimpan barang, satu meja mesyuarat yang lengkap dengan beberapa kerusi platik dan sebuah sofa yang nampak uzur. Di sekeliling dinding yang dicat warna putih itu pula tertampal beberapa poster bola sepak dan gambar-gambar pemain-pemain bola sepak yang pernah mengharumkan nama sekolah.

      Rasanya bagaikan mimpi sahaja dia diterima sebagai pengurus Kelab Bola Sepak merangkap setiausaha yang diidam-idamkan oleh ramai pelajar perempuan di sekolahnya itu.

      "Duduklah dulu, yang lain tu biasalah. Janji Melayu. Kalau kata mesyuarat jam 2.00 petang, mereka akan datang setengah jam lewat. Sebenarnya mesyuarat akan mula 2.30 petang," kata Fiq selepas mencapai beberapa buah fail dari dalam lokarnya.

      Tanpa bercakap banyak Nurul berlalu duduk. Dia sempat menjeling ke muka pintu. Kelibat Rezza kelihatan berbual dengan Nazrul di hadapan pintu. Nazrul dan Rezza memang merupakan sahabat baik. Mereka berdua tidak pernah kelihatan bergaduh atau bermasam muka. Tapi, jika dibandingkan antara mereka berdua, nama Rezza lagi popular berbanding Nazrul. Mungkin ramai yang tidak suka dengan perangai Nazrul yang asyik tidur dan ponteng kelas semata-mata hendak tidur.

      Tapi, apa yang dia tidak faham, pihak sekolah seolah-olah menutup mata sahaja apa yang dilakukan oleh Nazrul. Jika pelajar lain, pasti surat amaran telah diberikan atau digantung sekolah. Tapi, dalam kes Nazrul tiada tindakan pun yang diambil oleh pihak sekolah.

      "Sebelum kami memilih seorang untuk uruskan kelab ni, Rezza suruh aku kumpulkan maklumat tentang kelab ni dan maklumat berkenaan bola sepak. Semuanya ada di sini." Fiq menghulur sebuah fail ABBA kepada Nurul.

      "Sebelum ni kelab ni diuruskan oleh siapa?" tanya Nurul. Pelik juga apabila tiba-tiba mereka ingin mencari seorang pengurus.

      "Oleh AJK kelab. Sebelum ni AJK yang handle semuanya, tapi memandangkan AJK kelab kebanyakannya pelajar tingkatan lima dan akan menghadapi peperiksaan SPM, aktiviti kami dihadkan. Kami ada juga AJK tingkatan empat dan ke bawah, tapi setelah berbincang kami buat keputusan untuk wujudkan satu jawatan pengurus merangkap setiausaha kelab sebab tugas ni agak berat. Kami memang pandang serius dengan orang yang kami pilih apatah lagi yang datang untuk temu duga semalam semuanya perempuan." Fiq mengeluh.

      "Ada juga lelaki yang datang," kata Nurul.

      Mereka berdua ketawa kelucuan apabila teringat kembali mat-mat sotong yang turut menghadiri temu duga tersebut.

      "Tapi, apa yang aku tak faham, kenapa pilih aku? Kenapa aku perlu kejutkan Nazrul bangun tidur?"

      "Ahli kami ada pelbagai ragam yang tak diketahui oleh orang lain. Semalam tu, baru Nazrul buat hal. Kau belum lagi berjumpa dengan pemain yang lain. Yang banyak ragam dan banyak timbulkan masalah. Dalam banyak-banyak masalah, bangunkan Nazrul daripada tidur adalah tugas yang lebih mencabar." Fiq melemparkan pandangan ke luar melihat Nazrul dan Rezza sedang berbincang sesuatu.

      Nampaknya tugas aku macam kena bangunkan Putera Katak bangun saja, desis hati Nurul sambil menjeling Rezza yang masih rancak berbual bersama Nazrul di luar.  

Bilik tersebut meriah dengan kedatangan beberapa AJK kelab yang lain sampai. Riuh-rendah juga jadinya dengan kedatangan mereka. Rata-rata mereka memang Nurul kenali. Mana tidaknya, kebanyakan ahli rasmi bola sepak memang popular di sekolah. Putera idamanlah katakan.

      Sementara menunggu kedatangan Cikgu Majid selaku guru penasihat Kelab Bola Sepak sekolah dan tanpa mempedulikan kemeriahan pemain-pemain bola sepak yang seperti budak-budak tidak cukup umur bermain, Nurul membuka fail yang diberikan oleh Fiq kepadanya tadi.

      Terdapat sebelas orang pemain rasmi yang dipilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak dan mereka ini juga memegang jawatan penting dalam Kelab Bola Sepak. Rezza diberi mandat untuk menentukan hala tuju kelab dengan dilantik sebagai pengerusi Kelab Bola Sepak. Naib pengerusi pula adalah Fiq. Manakala setiausaha kelab dipegang oleh Khairul Najmi. Ridzwan selaku bendahari kelab.

      Manakala baki tujuh orang yang selebihnya dilantik sebagai ahli jawatankuasa kecil kelab. Mereka adalah Zul Hilmi, Hayrul Azriq, Mohd Zaki, Zaimi Ahmad, Farizat Hamdan, Adnan Yazir dan Nazrul. Kebanyakkan mereka ini bukan calang-calang pelajar. Ada antara mereka pernah menerima pelajar cemerlang dan pernah mengharumkan nama sekolah dalam setiap pertandingan yang mereka sertai. Mungkin sebab itulah ramai pelajar perempuan menganggap kesemua ahli bola sepak sebagai putera idaman mereka.

      Aku tak fahamlah, apa yang best sangat pasal bola sepak ni? Dalam diam Nurul mengeluh. Dia tidak tahu berapa lamakah dia boleh bertahan dengan mereka semua. Kalau mengikut kehendak hati hendak saja dia menyerah kalah. Tapi, bila difikirkan tentang Fiq pula, hatinya berat untuk melangkah.

      Gila betullah. Memang susah betul kalau aku dah jatuh hati dengan seseorang! desis Nurul sempat mencuri pandang ke arah Fiq yang sedang membalas mesej. Memang dia mengakui, dia mudah jatuh cinta apabila berjumpa dengan lelaki kacak seperti Fiq dan sebab itulah selama ini dia melancarkan peperangan dengan Carta Prince Charming. Dia takut sejarah yang sama berulang kembali. Betapa peritnya apabila cintanya ditolak seseorang semasa menuntut di sekolah lama.

      Tapi semalam, sebaik sahaja terpandang wajah Fiq, dia hilang pertimbangan. Dia lupa bahawa dia benci dengan sukan bola sepak. Dia masih berkeras mahu menerima tawaran yang diberikan asalkan dia dapat melihat Fiq dari dekat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2010 08:16 AM | Show all posts
Tidak beberapa lama kemudian, Rezza dan Nazrul yang rancak berbual di luar tadi melangkah masuk ke dalam dan diikuti dengan Cikgu Majid selaku penasihat Kelab Bola Sepak.

      Cikgu Majid yang pernah mengajar Nurul mata pelajaran Sains sewaktu di tingkatan tiga pada tahun lepas menghadiahkan senyuman kepadanya tanda masih lagi mengingatinya. Nurul membalasnya semula.

      "Baiklah, terima kasih kerana dapat hadir ke mesyuarat kali ini. Mesyuarat kali ini adalah bertujuan untuk memaklumkan perlantikan Nurul Izzati sebagai pengurus merangkap penolong setiausaha Kelab Bola Sepak. Harap Nurul Izzati dapat membantu menyudahi kerja-kerja Najmi yang tertunggak," ujar Cikgu Majid sambil memandang Najmi yang sudah tersengih.

      "Patutlah dia sokong sangat nak wujudkan jawatan pengurus dan penolong setiausaha. Malah, membukanya pada kaum perempuan," ujar Zaki sambil menjeling tajam.

      "Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu," sambung Ridzwan.

      Najmi masih lagi tersengih.

      "Kalau macam tu aku pun nak wujudkan jawatan penolong bendahari jugalah. Terbuka khas untuk pelajar-pelajar perempuan."

      "Kalau kau nak datangkan bala yang tak dijemput lagi, teruskanlah dengan niat kau tu," balas Rezza pula. Bilik itu gamat dengan gelak ketawa mereka.

      "Kenapa kau pilih perempuan pula untuk jawatan ni?" tanya Hayrul yang sejak tadi asyik mendiamkan diri. Selain berbakat dalam bola sepak, Hayrul juga merupakan ketua pengawas. Orangnya memang tegas dan jarang nampak dia tersenyum. Mungkin sebab itulah ramai orang yang gerun dengan Hayrul.

      "Hampir 90 peratus yang datang temu duga semalam adalah perempuan dan sepuluh peratus lagi adalah lelaki spesies sotong. Kalau kau yang berada di situ, adakah kau nak pilih Encik Sotong atau perempuan tulen?" balas Rezza menjawab pertanyaan Hayrul.

      "Tak mengapalah. Apa salahnya kalau kita beri peluang pada kaum perempuan untuk menyertai Kelab Bola Sepak. Lagipun bola sepak bukan untuk lelaki, malah ada juga pasukan bola sepak perempuan. Jika boleh memang saya nak wujudkan satu Kelab Bola Sepak perempuan, tapi bukan senang nak lakukannya. Saya percaya, Rezza pilih orang yang betul untuk pasukan ini. Lagipun saya memang sudah agak pasti kebanyakan yang datang temu duga itu adalah perempuan." Cikgu Majid sekali lagi menjeling tajam ke arah Najmi yang mengangguk-angguk.

      "Ya! Betul tu! Aku tak nak Kelab Bola Sepak ni dianggap kelab gay sekolah. Kadangkala bosanlah asyik dikelilingi lelaki saja. Kalau ada perempuan cantik macam Nurul ni, mesti kita bersemangat lagi nak berlatih. Kan, Nurul?" Najmi mengenyit sebelah matanya.

      Aku sepak juga jantan miang ni, bentak Nurul geram. Terasa satu mukanya panas sebaik sahaja Najmi menghadiahkan kenyitan mata yang menggoda. Buat malu saja!

      "Yang bersemangat tu kau seorang saja," sindir Farizat yang hanya mampu menggeleng kepala.

      "Baiklah, kita selesaikan perkara ini sampai di sini saja. Keputusan muktamad. Nurul Izzati akan menyertai Kelab Bola Sepak. Saya mahu Rezza dan Fiq tolong bantu Nurul. Nazrul... tolong jangan tidur lagi," ujar Cikgu Majid sempat memberi amaran kepada Nazrul yang sudah berbantalkan lengan. Serentak dengan itu kedengaran dengkuran kuat daripada Nazrul. Cikgu Majid hanya mampu menggeleng.

      Kesemua mereka dilihat cuba menyembunyikan tawa mereka sebaik sahaja dengkuran Nazrul kedengaran. Cikgu Majid menggaru-garu kepalanya yang sudah ditumbuhi rambut-rambut putih. Nurul pula, berasa dia berada di dunia yang asing. Bagaimana Cikgu Majid yang dikenali seorang yang tegas boleh menggeleng saja apabila Nazrul tidur sewaktu mesyuarat berlangsung. Itu namanya tidak hormat mesyuarat.

      "Baiklah agenda seterusnya…" Tanpa mempedulikan Nazrul yang masih lagi berdengkur, Cikgu Majid meneruskan mesyuarat. "Disebabkan ramai antara pemain akan menghadapi peperiksaan SPM dan PMR tahun ini, saya telah buat beberapa rancangan untuk kelab ini. Aktiviti padang dan latihan intensif akan berjalan seperti biasa untuk semua ahli rasmi, manakala bagi pertandingan pula, ahli rasmi hanya akan terlibat dalam satu pertandingan sahaja iaitu Kejohanan Bola Sepak Peringkat Sekolah-Sekolah yang akan diadakan pertengahan tahun ini.

      "Rezza, saya mahu awak wujudkan satu pasukan lagi yang akan menjadi pelapis Kelab Bola Sepak. Saya tak mahu tahun depan, bila awak dah tinggalkan sekolah ini, ada yang berebut-rebut nak menjadi ahli rasmi," arah Cikgu Majid.

      Rezza hanya sekadar mengangguk.

      "Mengenai kejohanan yang akan berlansung nanti, apa yang telah dimaklumkan bahawa kita akan menerima kunjungan daripada pasukan Haji Mansur," ujar Cikgu Majid sambil mengeluh memandang Nazrul yang masih lagi berdengkur.

      "Haji Mansur?" Zul Hilmi bertanya kembali.

      "Kelab Bola Sepak kawasan kampung ke?" tanya Adnan pula.

      "Kawasan kampung?" Zaimi terbayangkan orang-orang tua yang akan menjadi lawan mereka nanti.

      "Kenapa aku rasa aku tak pernah dengar pun pasukan tu? Tu sekolah ke?" tanya Zaki pula sambil menggaru kepala.

      "Sekolah baru. Baru saja dua tahun lepas beroperasi. Mereka pernah menyertai kejohanan yang sama tahun lepas, tapi terkandas di perlawanan separuh akhir." Nazrul tiba-tiba bersuara dan bangun dari tidurnya yang nyenyak. Terkejut Nurul dibuatnya. Ingatkan lelaki itu tidur sehingga tidak ingat dunia. Rupa-rupanya masih belum tinggalkan dunia ni.

      "Aku rasa kau orang pun tahu pasal pasukan ni." Nazrul memeluk tubuh.

      "Pasukan yang perasan dia orang charming tu?" teka Farizat.

      Nazrul hanya sekadar mengangguk.

      "Sekolah Semarak?" tanya Rezza untuk mendapat kepastian lagi.

      Angguk.

      Masing-masing menarik nafas lemah.

      "Tapi, kenapa nama pasukan Haji Mansur pula?" tanya Adnan.

      Nazrul tidak segera menjawab, sebaliknya memandang Nurul yang tidak jauh daripadanya. "Aku lupa nama sekolah tu, tapi aku ingat nama pengetua sekolah tu Haji Mansur. Sebab nak cepat aku beritahulah Cikgu Majid nama pasukan tu Haji Mansur," balas Nazrul selamba.

      Masing-masing mengeluh lemah. Nazrul memang benar-benar buat orang lain hilang akal. Ingatkan jawatankuasa kampung manalah yang hendak berlawan dengan mereka di padang.

      "Nama pengetua dia kau ingat, tapi nama sekolah kau tak ingat…" Zul sekadar menggeleng.

      Begitu juga dengan Cikgu Majid yang sudah penat otaknya berfikir siapakah gerangan di sebalik pasukan Haji Mansur. Nazrul memang benar-benar mencabar otaknya berfikir sehingga dia sendiri tidak mendapat klu. Tapi, dia tetap memang memandang tinggi dengan Nazrul. Baginya, biarpun Nazrul suka tidur, tapi apa yang ditugaskan kepada Nazrul dibuat dengan lancar dan sempurna.

      Nazrul sekadar tersengih.

      "Kalau dia orang nak lawan kita, memang masalah," ujar Najmi.

      "Memang masalah pun," ujar Nazrul sambil kembali berbantalkan lengan.

Mesyuarat habis sejam selepas itu. Bilik yang Kelab Bola Sepak meriah tadi kembali sunyi. Beberapa ahli rasmi sudah pulang ke rumah dan ada juga antara mereka yang sudah pergi melepak di kedai kopi yang terletak berhampiran sekolah mereka.

      Nurul masih lagi tekun membaca fail yang diberikan oleh Fiq tadi. Sesekali dia memuji tulisan Fiq yang kemas dan teratur. Tidaklah seperti sesetengah tulisan pelajar lelaki yang macam cakar ayam yang baru pandai mencakar.

      Rezza sedang berbincang sesuatu dengan Cikgu Majid. Dia tidak dapat mendengar perbualan mereka walaupun jarak antara dia dengan mereka berdua hanya beberapa meter sahaja jauhnya. Dia cuba membesarkan telinga sebaik sahaja dia mendengar namanya disebut-sebut.

      "Nurul perlu tahu," kata Cikgu Majid dengan wajah yang serius.

      "Terlampau awal. Saya tak yakin…" Rezza menggeleng.

      "Awak pilih dia, jadi awak mesti ada keyakinan. Kalau tidak, awak tak akan pilih dia. Lagipun sejak dari hari tu lagi saya dah cakap pasal benda ni. Kalau nak lantik pengurus di kalangan pelajar untuk kelab ni, awak mesti bersedia dengan semua ni," kata Cikgu Majid lagi.

      "Saya tahu, tapi benda ni susah sikit," balas Rezza sambil menggaru dahinya. Sesekali dia menjeling Nurul yang tidak jauh daripadanya.

      "Maksud awak?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 08:16 AM | Show all posts
"Nazrul. Saya tak yakin yang Nazrul akan benarkan," kata Rezza lagi sambil menjeling Nazrul yang masih lagi berdengkur dengan kuat. "Cikgu sendiri pun tahu kan dia memang fobia kalau orang lain dapat tahu yang dia tu…" Kata-katanya terhenti. Bukannya dia tidak sanggup untuk teruskan kata-katanya, tapi dia sendiri sudah berjanji dengan Nazrul bahawa tidak akan menyebutnya walaupun orang itu tahu tentang perkara itu.

      "Jadi, awak nak biarkan saja?" tanya Cikgu Majid.

      "Dia cakap, dia boleh kontrol," ujar Rezza.

      "Baiklah, tapi saya nak tanya awak sesuatu. Berapa lama awak semua boleh bertahan?" soal Cikgu Majid beralah.

      Rezza menghela nafas panjang sebaik sahaja Cikgu Majid hilang dari pandangannya.

      Nurul yang berpura-pura asyik memandang fail di hadapannya masih berlagak seperti dia tidak wujud di situ. Tapi, hatinya sudah pun menyenaraikan soalan-soalan mengenai perbualan yang dicuri dengar tadi.

      Dia menjeling Nazrul yang masih lagi berdengkur. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja dia letakkan bom di dalam mulut Nazrul yang mengganggu ketenteramannya.

      Fiq pula sedang asyik mengemas lokarnya yang disediakan oleh pihak sekolah untuk ahli-ahli rasmi menyimpan barangan mereka.

      "Wei, jom pergi makan. Aku laparlah. Dari pagi lagi aku tak makan."

      "Okey, tapi siapa yang tanggung ni?" tanya Farizat yang dari tadi sedang menyusun buku-bukunya ke dalam lokar.

      "Tanggung diri sendirilah." Rezza berkata selamba sambil menghampiri Nazrul. "Wei, bangun. Jom pergi makan."

      Serentak itu, Nazrul terus mengangkat kepala.

      Nurul yang melihatnya sedikit rasa pelik. Dia ada dengar daripada Sofea yang mengatakan hanya Rezza sahaja yang mampu mengejutkan Nazrul bangun daripada tidur yang lena. Tapi, dia masih lagi tidak percaya. Mustahil Nazrul tidur tidak ingat dunia dan mustahil juga tiada sesiapa pun yang dapat kejutkannya bangun.

      "Makan? Jom, jom!" Bergegas Nazrul mencapai beg sekolahnya.

      "Nak join sekali?" tanya Rezza kepada Nurul.

      "Err… tak mengapa. Aku dah kenyang," balas Nurul.

      "Wei, Rezza, cepatlah!" jerit Nazrul yang sudah tidak sabar-sabar.

      "Fiq," sapa Rezza memberi isyarat.

      "Kau gerak dulu. Nanti aku datang," balas Fiq.

      "Okey."

      Mereka bertiga berlalu pergi. Kini, hanya tinggal Fiq dan Nurul sahaja di dalam bilik itu. Nurul yang berasa janggal dengan situasi tersebut terus mengemas barang-barangnya. Dia mahu keluar secepat mungkin dari situ. Nanti entah apa pula gosip yang melanda dirinya. Berdua-duaan dengan Fiq di dalam bilik? Memang ngeri!

      "Aku balik dulu," ujar Nurul yang sudah siap mengemas barang-barangnya. "Fail ni aku pinjam untuk buat rujukan." Dia mula melangkah keluar.

      "Tunggu!"

      Langkah Nurul terhenti apabila Fiq bersuara. Lantas Fiq menutup lokarnya dan mencapai beg sekolahnya. Pintu bilik dikunci dan dimanggakan sekali.

      "Kenapa?" tanya Nurul.

      "Pasal apa yang dibincangkan tadi tu, ada apa-apa yang kau tak faham?" tanya Fiq sambil berjalan seiringan dengan Nurul.

      "Bolehlah, tapi aku masih tak faham lagi dengan nama sekolah tu."

      "Dah agak dah." Fiq tersenyum. Sekolah Haji Mansur tu sebenarnya Sekolah Menengah Semarak. Ni semua Nazrul punya pasallah. Nama pengetua dia ingat, tapi nama sekolah dia lupa." Fiq sekadar menggeleng.

      Nurul masih lagi kurang faham.

      "Oh, lupa nak beritahu, sebenarnya tugas Nazrul adalah mencari maklumat tentang pasukan lawan termasuklah menguruskan jadual perlawanan. Cikgu Majid dah serahkan tugas ini kepada Nazrul. Dia juga orang penting dalam kelab ni. Bagi sekolah-sekolah yang ingin adakan perlawanan persahabatan dengan sekolah kita juga mesti melalui Nazrul terlebih dahulu dan Nazrul juga yang akan pastikan sama ada ingin terima sesuatu perlawanan atau tidak," terang Fiq.

      Kali ini Nurul mengangguk faham. "Tentang sekolah tu aku ada dengar…"

      "Dengar apa?"

      "Tentang pelajar-pelajar lelaki mereka. Dia orang tu kira charminglah," ujar Nurul lagi.

      Fiq di sebelah Nurul mengangguk setuju.

      "Tapi, kenapa kau orang semua kata mereka tu bermasalah?"

      "Sebenarnya…" Fiq menghela nafas lemah dan kemudian menggeleng. "Anggap sajalah benda ni hal orang lelaki."

      Nurul sekadar mengangguk faham. Kalau hal orang lelaki sudah semestinya perempuan tidak boleh masuk campur atau dengan kata lain, walaupun dia memaksa Fiq bercakap, Fiq tetap tidak akan bercakap tentangnya. Jadi, lebih baik dia lupakan tentang hal-hal orang lelaki.

      "Jadi, kau nak join kami semua?" tanya Fiq.

      Geleng.

      "Kalau macam tu, aku pergi dulu. Jumpa esok."

      "Jumpa esok…" balas Nurul sebelum Fiq mengatur langkah untuk ke kedai kopi yang berhampiran. Kelihatan dari jauh, Rezza dan rakan-rakan yang lain melambai-lambai ke arah mereka.

      Jam di tangan dilihat, tepat jam 4.30 petang. Nurul segera mengatur langkah ke bahu jalan. Memerhati kiri dan kanan jalan untuk melintas. Kali ini dia perlu berhati-hati supaya kejadian tempoh hari tidak berulang lagi. Selepas mendapati semuanya selamat, dia segera mengorak langkah melintas jalan raya.

      Tiba-tiba…

      "Nurul!"

      Jeritan Rezza dari warung kopi mengejutkan Nurul yang sedang melintas jalan. Apabila dia berpaling, dia dapat melihat sebuah kereta sedang meluncur laju menghampirinya.

      Matilah… itu sahaja yang difikir Nurul ketika itu. Mungkin kali ini dia tidak dapat lari lagi. Tiada sesiapa yang akan menyelamatkannya. Dan, mungkin di sini sahajalah perjalanan hidupnya.

      Tiba-tiba tubuhnya di tarik ke tepi. Sedar-sedar sahaja di dalam dakapan seseorang. Nurul kaget sebentar. Dia cuba bernafas dengan betul walaupun payah. Nafasnya turun naik dengan laju. Tidak percaya dia terselamat buat kali kedua.

      "Kau tak apa-apa?" suara Fiq mengejutkannya.

      Pantas dia memandang Fiq di hadapannya.

      Prince Charming, hati Nurul bersuara.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 09:23 AM | Show all posts
thnaks muzri, pagi2 dah ada n3.. Sayang awak, tepek lagi tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 06:46 PM | Show all posts
Reply 19# cewey2

aduhai main sayang-sayang nih yang buat lemah semangat. hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.063856 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list