CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pawangBuaya

Ilmu Pelaut Melayu

[Copy link]
Post time 10-7-2011 02:58 AM | Show all posts
Reply 79# evilcooler

best tu tamar jalis..hehhe
yg aq tau ttg ilmu pelaut..biase nye ada pd org bugis.....dl depa di anggap pejuang sbb berjuang menentang org britsh dan sebagai nya yg dtg ke tanah melayu ketika tu. tp d sebab kn depa duk kacau owg putih, maka smpai skrg depa d anggap penjahat, yakni lanun..hehehe

owg lanun yg aq tau ilmu dia biase nye ilmu gerak(pelangkah)...nak turun arinie elok xelok, bagus xbagus...depa ada la ilmu tu.

klau yg ilmu berkaitn gan jin tu...aq xtau la...mgkn byk kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2011 10:27 AM | Show all posts
Dulu maser aku muda dan hensem, aku slalu lepak ngan member-member aku bebudak Pondok Lanai tapi umah dieorang kat Jalan nak gi batu Hampar. Salah seorang member kiteorang memang hobinya menembak ikan guner senapang spring yang dibuat sendiri. Dan die menyelam memang lama..............biler korek rahsia baru lah dier bukak citer dier Amal Ilmu Peruang Air (kat tempat lain tak tau lar namanya).....dapat dari Tok Guru PondokDier citer, masa menyelam tuh , ada satu ruang yang pada bahagian hadapan hidung yang tidak dimasuki air tapi cuma udara.Kire muleh bernafas kat bahagian situ lar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 08:47 PM | Show all posts
mcm2 ilmu psal ni..klo d info baru..share la..kompom ramai yg nk taw
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 04:03 PM | Show all posts
arwah ayah aku memang seorang nelayan....ada perahu sendiri...tak de ape2 yang diamalkan...tapi die boleh tahu selok belok dalam lautan tu....yang bestnya...macam2 nama ade dalam lautan tu...cam perkampungan jugaklah....die boleh menyelam tanpa bantuan oksigen...boleh dengar ikan...banyaklah....arwah cakap...zikir je banyak2...insyaallah adalah tu rezeki...

pukat pulak nak yang baru je,...kalau pukat lame...ikan tak nak sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 12:43 AM | Show all posts
Reply 84# sue_aina2


   Bnyk ilmu org tua awak tu. X kanlah awak x dapat buahnya hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 11:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by intandanial at 12-7-2011 11:33

Bila  cite bab ni teringat arwah atuk (sebelah bonda)..

dia Juragan....antara cite (diceritakan oleh org kampung) yang intan ingat..masa tu musim tengkujuh, hujan lebat dgn ribut taufan, laut bergelora..tak selamat utk ke laut..nelayan semua takut...ramai org kampung datang jumpa, anak bini nak mkn apa..

Dia tanya keperluan tiap umah...pastu dia pun turun ke laut sorang diri redah semua tu..cukup masa dia balik dan agihkan apa yang dia dapat..dia cuma ambil setakat yang dia perlu je..begitula berulang2 sehingga keadaan dah ok..katanya dia baling salah satu keris 'betina' kat muara..hmm..dan kami dia pesan byk kali...jgn pakai serba hitam di tengah laut, bila tanya mmg kena marah ler..

Berasal dari Kelantan (Jembal),merantau ke Perak dan buka kampung sorang diri. Dikenali seorang yang baik hati, pemurah...kalau org tu miskin sgt..dia bagi pinjam pukat dan ajar ilmu laut,  bayar bila ada duit lebih ada gak yang dia tak sampai hati nak minta duit..abih gitu je..

Ada ilmu yang diturunkan pada ayah saudara...dia tahu kat mana lubuk dan sentiasa dapat ikan, gerak sebelum turun ke laut dan sebagainya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2011 12:15 PM | Show all posts
Bila  cite bab ni teringat arwah atuk (sebelah bonda)..

dia Juragan....antara cite (diceritakan o ...
intandanial Post at 12-7-2011 11:29

meanarik betul...mcm bley tambah2 je lagi crita ..klu ada detail lagi besh
juragan tu kepala aka ketua kg ek..aku da lupa
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 12:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by mrjinggozzz at 12-7-2011 12:37

PETUA

Jangan meludah dalam laut

DALAM dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikuti dengan teratur, namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutama petua yang mendatangkan kebaikan.

Nelayan terdahulu yang mengamalkan petua dan pantang larang seperti tidak membawa pulut kuning, telur, daging mentah, bertih sering dikaitkan sebagai makanan syaitan di laut, hari ini pantang larang itu tidak diendahkan oleh pemancing dan tekong bot sendiri.

"Kita yang nak makan, bukan nak jamu orang atau makhluk lain," itu yang diperkatakan oleh mereka dan rata-rata menolak dakwaan ribut yang datang itu bukan daripada petua yang salah.

Apa pun ada baiknya diterjemahkan semula petua yang boleh diamalkan seperti bersiul pada waktu malam, menjerit-jerit, mulut lantang yang tidak bertapis cakap, mencabar untuk berentap dengan ikan sebesar kapal atau mengunakan ilmu hitam yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Lebih daripada itu mereka sanggup mengunakan kain kapan orang mati yang diambil dari kubur yang baru di kebumikan, tali orang mati digantung malah banyak lagi perkara yang salah di gunakan.

Ini bukan saja mengundang dosa tapi akan berdepan dengan bahaya di laut yang bukan sedikit. Petua atau amalan begini tidak boleh dipakai sama sekali. Sebaliknya melangkah turun dari rumah dengan mengingati Allah adalah sebaik-baik amalan dan meludah di laut segera dihentikan kerana laut tempat kita mencari rezeki yang perlu dihormati.

Rezeki yang kita ambil dari tempat berludah adalah satu perbuatan jijik malah dijadikan makanan untuk keluarga. Justeru adalah lebih baik supaya kita tidak meludah di laut sesuka hati, berludah saja dalam plastik atau tidak membuang benda-benda kotor di
laut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 12:28 PM | Show all posts
Hilang punca jalan keluar

SESAT sering berlaku semasa mencari jalan keluar dari lokasi memancing di terutama
lombong tinggal atau tasik dalam hutan, namun pengalaman seorang bekas sarjan
komando tentera darat, dapat dijadikan petua untuk diamalkan bersama kaki pancing.

Petuanya mudah, lakukan menakik pokok pada permulaan kita masuk ke hutan dengan
meletak ranting pokok yang ditajamkan bahagian hujung menghala ke lokasi. Tanda
berkenaan perlu dibuat setiap 5 atau enam meter sehingga sampai di lokasi.

Semasa pulang ikut jalan yang dilalui dengan menjadikan tanda sebagai panduan. Cara
begini anda pasti tidak akan sesat namun perlu berhati-hati kadang-kadang timbul
kekeliruan disebabkan hilang atau salah tunjuk.

Jika timbul kekeliruan anda jangan penik dan hentikan perjalanan bagi mengelakkan
terus sesat. Teruskan mencari tanda jangan berpecah jika dalam kumpulan kerana
berpecah itu akan mengundang masalah yang lebih buruk.

Ini pernah berlaku dalam kumpulan pemancing yang hilang arah untuk pulang lalu
berpecah dua kumpulan untuk mencari arah pulang dengan mencari ranting pokok yang
dipatahkan, bagaimanapun kedua-duanya akhirnya jauh meninggalkan jalan mula yang
ditanda.
Akhir dua kumpulan berkenaan hilang antara satu sama lain hingga bermalam dalam
hutan tebal. Mereka akhirnya di selamatkan oleh satu lagi kumpulan pemancing yang
mengunakan jalan yang sama tidak jauh dari tempat kedua-dua kumpulan yang sesat
itu.

Berpandu kepada peristiwa ini Pak Nuri syorkan supaya arah tuju mesti ditanda semasa melalui hutan tebal atau lorong dalam hutan. Jangan sekali-kali berpisah jauh daripada tanda yang sudah dibuat. Petua ini mesti di amalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 12:35 PM | Show all posts
Air tawar halang terik matahari

SEMASA menghadapi cuaca panas yang terus berbahang semasa memancing di laut kita bakal berdepan dengan suasana tidak selesa terutama bumbung pelindung bot tidak cukup besar untuk menampung keseluruhan bot.Justeru langkah terbaik pemancing perlu mengunakan topi lebar (seperti pekebun sayur wanita cina). Selain itu baju tebal berwarna putih yang dapat menyerap peluh juga sebaik-baik pakaian yang perlu digunakan.

Baju yang berupaya menyerap peluh ini dapat menyegarkan kita kerana sentiasa lembab berbanding dengan mereka yang tidak berbaju kerana pendedahan terbuka kepada matahari menyebabkan kulit badan menjadi kering dan mudah menggelupas. Dalam apa juga keadaan suhu badan harus diletakkan dalam keadaan sederhana dengan mengambil kira keadaan sekitar yang mesti ada ruang untuk mendapatkan angin laut yang terbuka. Tuala perlu dibasahkan dengan air tawar, bukan dengan air laut yang masin. Tuala basah di bungkus di kepala supaya bahagian kepala dapat bertahan daripada panas mata hari dan segarnya dapat bertahan lebih lama.

Langkah terbaik dan sangat berkesan pemancing perlu banyak minum air sejuk (air mineral) bukan yang disejukkan dalam peti sejuk nelayan atau mengambil ketul ais untuk di minum sama. Ketul ais yang dibekalkan untuk menyegarkan ikan bahaya untuk diminum.

Pemancing juga tidak digalakan terus mandi dalam keadaan badan yang masih berbahang panas. Anda perlu mengambil masa untuk beberapa minit berihat sebelum mandi.Air tawar yang dibawa dari darat adalah terbaik untuk menghalang bahang panas matahari.

Jangan memancing semasa kilat

CUACA banyak memainkan peranan penting dalam sebarang aktiviti sukan dan riadah. Begitu juga dengan aktiviti memancing, cuaca tetap menjadi sebahagian daripada fenomena yang penting terutama ketika berada di tengah laut dan jauh dari pulau dan tanah besar.

Pernah berlaku beberapa peristiwa semasa satu kumpulan pemancing muda melakukan ekspedisi memancing di laut berhampiran perairan Pulau Bidong Terengganu, beberapa tahun lalu. Menurut cerita Pak Wan Dollah, tekong veteran yang kini sudah berusia 88 tahun dan tidak lagi turun ke laut tapi masih dapat mengingati kumpulan yang tidak mengindahkan larangan atau petua ketika memancing ketika berlaku kilat sabung menyabung.Jika berlaku sebarang suasana sedemikian pemancing tidak digalakkan mendedahkan diri di tempat lapang yang terbuka atau tidak memegang joran atau memegang batang besi kerana ia mudah disambar petir.

Menurut Pak Wan Dollah, ketika membawa rombongan pemancing beliau menasihatkan kaki pancing supaya patuh kepada petua seperti yang dinyatakan di atas tapi petua itu langsung tidak diendahkan sebilangan pemancing yang terdiri daripada lapan orang anak muda. Dalam suasana cuaca yang berubah dengan tiba-tiba angin kencang bertiup berserta guruh dan kilat, gelombang besar mula mengubah ganas di laut yang tadinya tenang.

Pak Wan Dollah mengarahkan kaki pancing supaya beredar masuk ke kabin dan tidak mendedahkan diri bagaikan mencabar kilat yang mula memanah beberapa kaki pancing yang degil itu.

Suasana menjadi kelam kabut kerana tiga pemancing pengsan apabila joran pancing mereka disambar kilat. Pak Wan Dolah terpaksa melakukan rawatan daripada pengalamannya yang luas dalam menghadapi situa si begitu. Rakan pancing lain menginsafi kedegilan setelah melihat rakan mereka yang dan tidak langsung mahu mendengar nasihat tekong atau mengamalkan petua yang baik itu.

Justeru nasihat Pak Nuri perlu elakkan diri daripada mencabar kilat dengan mendedahkan diri kepada keadaan sedemikian. Berhentikan sebarang aktiviti memancing semasa guruh dan kilat sabung menyabung. Berlindung di tempat yang selamat serta berzikir untuk kebaikkan semua. InsyaAllah Tuhan akan mengingati kepada orang yang ingat kepadanya.

Memancing elok berkawan.

BIASANYA ada perundingan kecil sebelum menetapkan tarikh turun memancing sama ada di kolam, tasik, sungai atau laut. Cara begini sangat baik, tapi ada kalanya cara begini juga gagal dapat kata sepakat. Perkara ini timbul apabila ada pihak dalam kumpulan sering rasa tidak puas hati dengan satu pihak lain. Kaitan yang sering dilakukan ialah dengan mengatakan pihak berkenaan menggunakan ilmu hitam, membawa tangkal dan pelbagai tuduhan sebelum turun memancing. Pernah berlaku satu kumpulan yang menamakan dirinya
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 12:47 PM | Show all posts
Petua mengesan tanda ada ikan di laut


Bagi kaki pancing, cuti panjang selalunya digunakan untuk menjalankan aktiviti kegemaran mereka iaitu memancing, sama ada di laut, sungai atau kolam ikan.

Sebenarnya, memancing di laut jauh berbeza jika dibandingkan dengan memancing di perairan daratan (sungai, kolam) kerana keadaan dan habitat laut itu sendiri. Ikan laut kebanyakannya berenang secara berkumpulan dan mendiami sesuatu kawasan tertentu di laut yang dikenali sebagai lubuk di laut. Bagi pemancing yang kurang pengalaman, untuk menentukan kawasan lubuk di laut ini agak sukar dan akhirnya hanya meletihkan tanpa sebarang hasil tangkapan.

Petua biasa dan mudah yang digunakan oleh nelayan tradisi untuk mengenali kawasan lubuk ikan di laut ialah dengan memerhatikan kumpulan burung camar yang berlegar-legar di kawasan tersebut untuk menangkap ikan-ikan kecil sebagai makanannya. Burung-burung camar ini mungkin mempunyai deria sensori yang kuat untuk mengesan ikan makanannya yang berada di dalam air.

MENGESAN kumpulan ikan yang mendiami lubuk di laut adalah perkara yang sukar jika kita tidak mempunyai kelengkapan asasnya seperti alat Sistem Kedudukan Global (GPS) dan ilmu berkaitan laut.
       Justeru, bagi mereka yang baru menceburinya, petua ini sudah dipraktikkan nelayan dulu kala untuk mengesan kumpulan ikan ini berada dan sekali gus untuk memancing atau memukat.
       Caranya, pemerhatian kumpulan burung camar berterbangan atau berlegar di satu kawasan perlu dilakukan sebelum mengesan lubuk yang didiami ikan.
       Mereka percaya bahawa apabila kumpulan burung berlegar kawasan, ikan turut sama berada di situ. Ikan berkongsi makanan dengan burung yang memburu ikan bilis untuk makanannya.
      Pemancing boleh melabuhkan joran berhampiran kawasan terbabit untuk menunggu mangsa meragut umpan.


kredit to: http://sitik.wordpress.com/2010/ ... san-tanda-ada-ikan/
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 12:53 PM | Show all posts
Petua Pak Satim: Rahsia bawa guni basah

BUNYINYA agak melucukan apabila masih ramai kalangan tekong atau awak-awak membawa guni atau kain buruk tebal dan basah apabila turun ke laut. Walaupun ia tidak dianggap barang penting yang mesti dibawa sebelum turun memancing ke laut, namun petua yang diajar Pak Satim, seorang nelayan berusia 87 tahun dari Bagan Datoh, Perak ada kebenarannya.

Guni atau kain buruk tebal yang dibasahi air tawar itu amat mujarab bagi membunuh ikan yang dinaikkan ke dalam bot. Ikan laut apabila terkena basahan air tawar atau jirusan air berkenaan akan mati dalam tempoh singkat. Menyerkap guni basah ini lebih praktikal dan peri kemanusiaan daripada kita memukul kepala ikan itu atau menghempasnya hingga mati. Ia dianggap kejam oleh sesetengah pihak termasuk pencinta alam.

Jadi tidak hairan, setiap kali turun ke laut atau membawa pemancing menduga sekitar perairan Bagan Datoh, Pulau Sembilan dan Pulau Jarak, Pak Satim akan memikul guni basah itu walaupun kadangkala ada orang mentertawakan tindakannya. Pak Satim tidak menolak cara kekerasan begini terpaksa dilakukan jika berdepan dengan ikan malong yang liat nyawanya walau sudah beberapa jam didaratkan. Bagi pemancing yang menggunakan sampan, spesies ikan bersaudara dengan belut, berwarna kuning serta bergigi tajam itu dianggap merbahaya jika dibiarkan dalam sampan.

Sebagai langkah terbaik dan selamat, pemancing perlu memotong kepala malong dengan parang tajam supaya tidak menyakitkannya. Atau, jika itu dianggap masih kejam, anda perlulah melepaskannya jika tidak memakannya.

Satu lagi kebaikan guni basah itu ialah menyejukkan kaki pemancing dengan memijaknya. Peranan tapak kaki yang menyimpan urat saraf akan berfungsi dengan baik jika berada dalam keadaan lembap dan basah.

kredit to: http://insancemerlang.webnode.com/hobi-saya/sudut-ilmu-pancing/
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 02:11 PM | Show all posts
rajin plak aku mencari he3..bca aje la yer{:2_66:}

Bawa tasbih setiap kali memancing


            RASANYA sangat baik jika pemancing yang beragama Islam sentiasa membawa tasbih semasa turun memancing terutama ketika di laut, tasik atau tebing sungai. Apatah lagi kepada mereka yang terpaksa bermalam untuk beberapa hari serta berkhemah. RASANYA sangat baik jika pemancing yang beragama Islam sentiasa membawa tasbih semasa turun memancing terutama ketika di laut, tasik atau tebing sungai. Apatah lagi kepada mereka yang terpaksa bermalam untuk beberapa hari serta berkhemah.Kekuatan semangat melalui zikir dapat disempurnakan semasa ruang tidak diganggu ikan yang memburu umpan. Namun beberapa terjemahan lain yang banyak tercatat dalam hadis nabi besar Muhammad (SAW), zikir adalah azimat ketenangan jiwa dan menghalau hantu syaitan serta mendapat pahala dari Allah.
            Justeru adalah baik jika semua pemancing beragama Islam dapat melakukan kebaikan ini setiap kali turun memancing. Membawa bersama seutas tasbih semasa turun memancing tidak bermakna mengangkat diri sebagai seorang ustaz atau jaguh agama, tapi tasbih memberi erti yang lebih besar bagi orang yang mahu mengerti tentang kelebihannya. Pernah berlaku kepada seorang pemancing laut yang dirinya rasa kurang sihat, bagaikan ada sesuatu yang mengganggu, dengan melakukan zikir perubahan dapat dirasakan malah dirinya merasa sihat.
            Kelebihan zikir yang mendapat keberkatan Allah tidak hanya di masjid, surau atau pada setiap waktu selepas solat di rumah, tapi ia boleh dilakukan di mana saja di bumi Allah yang luas ini, cuma jujur dan ikhlas di hati yang menjadi faktor utama.Bertitik tolak dari sini, Petua Pak Nuri mengajak semua pemancing dapat mengamalkan zikir semasa memancing jika keadaan mengizinkan.Selain itu kurangkan waktu tidur semasa memancing dan lebihkan aktiviti memancing kerana itu tujuan utama kita turun untuk memancing, semasa umpan belum disentuh ikan, zikir sangat bermakna untuk mengelak daripada keadaan kurang selesa.

Memesan bantutkan rezeki


       Menurut kepercayaan nelayan veteran, adanya pesanan bakal meletakkan mereka berdepan dengan kehampaan. Malah ikan yang dipesan tidak diperoleh sedangkan ikan berkenaan bukan spesies yang sukar didapati. Peliknya, jika ada pesanan yang dibuat, ikan berkenaan bagaikan tahu untuk melarikan diri.

Percaya atau tidak, satu pengakuan ikhlas dibuat seorang nelayan veteran yang dipanggil Pak Kasiran, 75, yang kini masih turun ke laut di pesisiran pantai Sungai Muar, Johor. Walaupun sudah tidak sehebat dulu, namun beliau masih meneruskan kerja sebagai pelaut untuk menghabiskan sisa hidup yang cuma tinggal di hujung senja. Menurut Pak Kasiran, dia pernah beberapa kali hampa dan pulang dengan tangan kosong kerana membawa pesanan sebelum turun ke laut. Justeru, pengalaman yang dilaluinya itu beliau akan menyebabkan melarikan diri, atau tidak mahu memberi tahu sesiapa pun sebelum turun ke laut malah atas kepercayaan yang diamalkan selepas itu rezeki bertambah baik, lalu ini dijadikan petua yang terus diamalkan hingga sekarang.

Atas apa juga kepercayaan, Pak Nuri terpanggil untuk berkongsi beberapa pengalaman nelayan veteran dan nelayan moden mahupun pemancing yang melahirkan reaksi berbeza mengikut peredaran zaman atau suasana perubahan yang berlaku sekarang ini banyak mengubah kepercayaan itu. Namun daripada apa yang dapat diterjemahkan untuk mengelak menerima pesan orang ramai dengan hajat mahukan ikan kerapu bara, ebek, jenahak atau ikan merah sebelum turun ke laut adalah langkah terbaik kerana kita tidak terikat dengan janji atau harapan yang dibebankan pada kita. Sekurang-kurangnya kita tidak dipengaruhi oleh pesanan berkenaan, kerana untuk mendapatkan rezeki di laut bukan satu jaminan yang mesti tertunai, kerana semuanya ini datang dari Allah. Malah diharapkan orang ramai harus memahami rezeki yang bakal diraih oleh nelayan atau pemancing yang tidak harus dipesan sebelum melihat rezeki depan mata.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 02:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by mrjinggozzz at 12-7-2011 14:22

Elak memakai cincin berbatu ketika memancing


         MEMAKAI cincin berbatu sama ada nilam, zamrud, delima, batu serai, kayu tas dan sebagainya mempunyai keistimewaannya tersendiri serta si pemakai kelihatan gah.Bagaimanapun, jika anda memakainya ketika memancing.... anda mungkin akan pulang dengan tangan kosong. Benar atau tidak, terpulanglah... mungkin juga ia secara kebetulannya.Bagi seorang pemancing tegar, Mohd Suffian Hassan dari Melaka, beliau mempunyai pengalaman memancing dengan memakai cincin berbatu serai dan kayu tas, di mana tiada sebarang tangkapan diperoleh ketika mengikuti trip menjejak kelah di Lubuk Kaloi, Taman Negara Kuala Koh, baru-baru ini.
            Bukan beliau saja, tidak memperoleh sebarang tangkapan... malah beberapa rakan yang mengikuti trip berkenaan turut pulang dengan tangan kosong. Sudah puas pelbagai umpan termasuk buah ara masak ranum, kelapa sawit peram dan ..... digunakan, namun tiada sebarang reaksi daripada Raja air tawar berkenaan.Begitu juga menyamar, berpakaian hitam dan bersembunyi di belakang pokok ketika memancing kelah, namun masih gagal. Bahkan, dalam trip itu tiada seorang pun pemancing memperoleh ikan sama ada kelah, lampam sungai, kerai mahupun kejor.
Selepas diperiksa, seorang pemancing menunjukkan sebentuk cincin berbatu kayu tas.Tindakannya itu, menyebabkan seorang pemancing veteran marah dan kecewa, lalu menasihatkan rakannya itu supaya tidak memakainya ketika menyertai trip pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 02:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by mrjinggozzz at 12-7-2011 14:21

Buaya pantang dayung melintang


KUALA KETIL: Bagi yang ingin memancing dalam suasana tanpa gangguan terutama di sungai yang ada buaya, petua Abdul Wahab Zakaria, 50, boleh diguna pakai. Apatah lagi bagi pemancing yang terkena ‘badi’ udang galah, petua amalan Abdul Wahab sejak sekian lama bukan saja mampu menghindar gangguan sang bedal malah joran lebih mudah memperdayakan si sepit biru itu.
      Petua itu diwarisi daripada arwah ayahnya, yang memang pakar menjejak lubuk udang galah suatu ketika dulu. Dengan izin Allah, Abdul Wahab yang juga mahir menjinakkan udang galah belum pernah mengalami kejadian tidak diingini ketika memancing.Petuanya amat mudah, katanya yang menetap di Kampung Padang, Kulim.

“Ketika anda memancing sama ada dalam bot atau sampan yang berlabuh di tengah atau di tepi sungai, pendayung jangan diletakkan dalam keadaan melintang. Kalau membawa galah pun perlu jangan diletakkan melintang,” katanya.Seelok-eloknya, pendayung atau galah perlu diletakkan dalam keadaan membujur (selari dengan kedudukan bot atau perahu). Berdasarkan pengalaman memancing bersama arwah ayahnya, jika petua itu diabaikan, akibatnya ialah mengundang gangguan buaya. Beliau berkata, raja sungai itu amat pantang jika pemancing meletakkan pendayung atau galah melintang perahu ataupun bot.
“Kalau dibuat juga, pemancing akan menerima musibah. Buaya akan mengganas dan kalau silap hari bulan, nyawa akan jadi pertaruhan!
“Arwah ayah pernah menceritakan seorang kawannya yang memancing seorang diri di Sungai Sedim suatu ketika dulu diganggu buaya gara-gara terlupa meletakkan pendayung pada kedudukan yang betul.
“Dua ekor buaya timbul di permukaan sungai kira-kira tiga meter dari perahunya. Menyedari berdepan bahaya, dia segera beredar dari situ dan merapatkan perahu ke tebing sungai,” katanya.
Sebaik saja dia naik ke tebing, tiba-tiba kelihatan ekor buaya melibas bahagian belakang perahunya. Bahagian itu berkecai akibat libasan buaya yang seakan-akan memberi amaran,” katanya.

Abdul Wahab berkata, jika seseorang mengamalkan petua itu, pemancing bukan saja tidak diganggu buaya malah akan memperoleh tangkapan udang galah yang lumayan. Bagaimanapun, katanya, faktor cuaca dan keadaan air sungai juga perlu diambil kira.

“Memang tidak dinafikan, di mana banyak udang galah, di situlah ada buaya. Berhati-hatilah jika memancing udang galah,” nasihatnya lagi.

kredit to: http://www1.bharian.com.my/Curre ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 02:38 PM | Show all posts
ha3 terjumpa satu blog nih...nak blaja ilmu tarik ikan tak???{:2_68:} ..bukan kereta jek bley tarik taw hu3{:2_66:}
aku x bertanggungjawab atas ape2 kesan yg mendatang,smua atas tggugjawab sendiri yer..skeadar info..

korang nk x dapat ikan besar nih?


RAHSIA TERDAHSYAT & TERHEBAT ILMU MEMANGGIL IKAN ANUGERAH AGUNG
(sangat istimewa bagi pegangan kaki pancing)

(Ilmu Warisan Ampuh Zaman Silam)
Ilmu ini sangat sesuai bagi para nelayan,mereka yang menjadikan tangkapan laut dan sungai(air) sebagai sumber pendapatan,juga kepada sesiapapun yang hobinya gemar memancing. Insya Allah dengan lantaran ilmu ampuh Warisan ini memudahkan pengamalnya mendapat ikan secara banyak dan luarbiasa. Bacakan amalan ini dimata kail yang telah berumpan,Insya Allah wabiaunillah tidak mungkir kalau ada hanya seekor ikan pun dalam lokasi mengail itu pasti akan mengena.

Rahsia ilmu memanggil ikan ini telah banyak yang memesannya dan sudah terbukti dan dibuktikan oleh pengamalnya secara nyata kerana daya pengaruh ghaib karomah amalan ini mampu mempengaruhi ikan-ikan untuk keluar dari lubuk persembunyiannya tanpa batasan jarak untuk datang memakan umpan yang telah anda doakan tadi dengan amalan khusus menarik/memanggil ikan yang sangat ampuh ini.

Fidyah:Tingkat Murid: RM150 (seratus lima puluh)
  1. PERHATIAN:
  2. SETELAH MENDAPAT PENYELARASAN/PENGIJAZAHAN KEILMUAN SESUAI PETUNJUK YANG DIBERIKAN,MAKA TUNGGULAH SELAMA KURANG LEBIH 5 MINIT,SUPAYA ENERGI YANG SUDAH DIMASUKKAN KEDALAM TUBUH ANDA MENYEBAR KEDALAM SELURUH TUBUH.SETELAH 5 MINIT SEMUA KEILMUAN SIAP DITEST SATU PERSATU (DIDEMONSTRASIKAN)
Copy the Code
ayat ini agk membuat aku tertanya,adakah itu jin aka pendamping aka kadam ayat alquran mcm khadam silat....krg jadi mcm ni:


sila ke sini utk lebih lanjut: http://ilmumemancingikan.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 03:22 PM | Show all posts
meanarik betul...mcm bley tambah2 je lagi crita ..klu ada detail lagi besh
juragan tu kepala ...
mrjinggozzz Post at 12-7-2011 12:15



Mr jinggozzz,

Juragan tak silap ialah nakhoda..pemilik kapal.hehe btul tak wak juragan malam?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 06:51 PM | Show all posts
Atuk aku dulu selalu pancing ikan dia akan baca mentera ilmu pelaut macamni :


"Air pasang telan ke insang
Air surut telan ke perut
Renggutlah!
Biar putus jangan rabut"


Tak pasti la betul ke tak ni sebab tak berapa dengar masa dia baca
ada yang baca mentera untuk halang angin kencang supaya angin tu tak kena sampan
ada jugak guna ilmu penunduk hantu laut dengan penunduk ikan buas
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 07:34 PM | Show all posts
Dulu arwah ayah aku slalu citer time dia muda2 dulu, bila menangguk udang tgh malam, kalo jaring tersekat maser tu jugak terjun sungai. Sungai mmg ler tak sadis cam laut tapi sungai sabak bernam tu ada buaya......

Mak aku pon slalu citer arwah atuk aku kalo pegi menjala dia slalu niatkan dulu baper kali nak tebar jala tu. Kalo ari tu dia niat nak tebar 3 kali jer, 3 kali je lar dia tebar lpas tu balik. Ikan tetap dapat banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 12:13 AM | Show all posts
betullah aku pun terpikir jugak dulu kalo time kita g pulau tu kan driver boat tu bawak kita p kat t ...
pinktriangle Post at 8-6-2010 18:34



   time aku snorkel kt redang,abg2 bot yg pakar laut ni bgtaw die bepandukan pulau2 kalo nk balek ke tpt asal / pegi 1 tpt..
sbb tuh kalo awan dh nak gelap kena balik cepat2, kalo x sesat tgh laut..
ritu pon kitorang hampir sesat sbb masing2 sronok bersnorkel, awan dh nak gelap..
time tu cuak gak dgr..

pastu diorang boleh tau tpt snorkel tuh arus kuat ke x,
diorang terjun dulu , kalo x bagus, diorang carik port len..
kalo ok, diorang kata boleh terjun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.058519 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list