CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3797|Reply: 11

Berita@MKST : UTM Akan Komersialkan Pengesan Sindrom Down 'Trisomi 21'

[Copy link]
Post time 1-5-2010 02:35 PM | Show all posts |Read mode
UTM Akan Komersialkan Pengesan Sindrom Down 'Trisomi 21'


                     
JOHOR BARU:Setelah mengendalikan ujian klinikal selama setahun ke atas 1,000wanita hamil bagi "Trisomi 21", iaitu sejenis Sindrom Down, UniversitiTeknologi Malaysia (UTM) kini bersedia untuk mengkomersilkan ciptaannyaSistem Pengesan Awal Trisomi 21: Pengesan T21.

Sistem itu, yang merangkumi perisian dan perkakasan berkos rendah,yang boleh disepadukan dengan kebanyakan mesin diagnostik ultrabunyiuntuk mengesan Trisomi 21 seawal lapan dan 12 minggu kehamilan.

Sistem itu dijangka dijual di bawah RM5,000 apabila ia dikomersilkantahun ini, kata Pengarah Fakulti Bioperubatan dan Kejuruteraan SainsKesihatan, Profesor Dr Eko Supriyanto.

Bercakap kepada pemberita di universiti itu di Skudai dekat sinihari ini, fakulti itu pada peringkat ini masih mempertimbangkan samaada untuk mengeluarkan peranti itu dan dipasarkan sendiri ataumembentuk satu usaha sama dengan rakan kongsi.
Katanya, wujud potensi pasaran besar bagi pengesan itu dari orangramai dan pusat-pusat perubatan di seluruh dunia.Para pelanggan lainyang berpontensi ialah klinik ibu mengandung, pusat perubatan kesihatanyang menggunakan mesin ultrabunyi, universiti yang mempunyai jabatanberkaitan perubatan, pengeluar mesin ultrabunyi, syarikat pengedar danpenyelenggaraan.
Buat masa ini mesin ultrabunyi boleh mengesan ketaknormalan hanya selepas 16 minggu kehamilan.

"Lebih 600,000 wanita di Malaysia hamil setiap tahun dan satu dalamsetiap 660 kehamilan akan mendapat anak Sindrom Down, katanya.

Statistik 2008 Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih 25,000 doktordan 3,000 klinik dan pusat perubatan menggunakan mesin ultrabunyi.Dr Eko berkata, hospital akan mengambil sampel darah dan cecair darifetus menggunakan picagari dan akan menghantar sampel itu ke makmalswasta di Singapura bagi tujuan diagnostik.Selain daripada merbahayakan fetus itu, beliau berkata, caj-cajdiagnostik adalah mahal, memakan belanja antara S$1,000 dan S$2,000 dania mengambil hampir seminggu untuk mengetahui hasil diagnostik itu.

"Pengesan T21 memberi maklumat awal mengenai fetus kepada para ibubapa dan untuk mengurangkan masa dan kos bagi pemeriksaan pranatal,"katanya.

Pengesanan awal adalah penting kerana ia memberi pilihan kepada parawanita hamil sama ada menggugur fetus ketaknormalan genetik dan yangtidak menjadi sepenuhnya atau memilih untuk meneruskan kandungannya danbersedia secara mental apabila bayi itu dilahirkan, katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2010 04:50 PM | Show all posts
tahniah UTM atas pencapaian ini
Moga ia membawa kebaikan kepada ibu yang hamil
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 01:12 PM | Show all posts
owh Dr Eko nie.. dia lecturer dr Indonesia and menetap kat UTM kontrak.. kecik2 orangnya but intelligent.. dia wat alat ni motivasi dr anaknya yg ada sindrom down.. kalau lihat semua ciptaan dia mmg ada kene mengena dgn kanak2.. good joob! dia mg special..
aku rapat gak dgn da nie since kami selalu gi exhibition sama2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 01:17 PM | Show all posts

Dr Eko supyriyanto
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 07:40 PM | Show all posts
dia diagnos fetus tu ada trisomy 21 ... base on what ?
is it base on appearance on Ultrasound scanning ?
dia punya sensitivity ... specificity ?  :re: ... reliability ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 01:51 AM | Show all posts
Fakulti Bioperubatan dan Kejuruteraan SainsKesihatan , wahh dah wujud fakulti ni??? tak pernah dgr pun masa mengaji kat skudai dulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2010 10:45 PM | Show all posts
Fakulti Bioperubatan dan Kejuruteraan SainsKesihatan , wahh dah wujud fakulti ni??? tak pernah dgr p ...
animaniac Post at 25-6-2010 01:51


baru je ditubuhkan.. so far dia menumpang dulu kat FKE but sekarang bangunan fakulti ini sedang dibina berhadapan Space UTM kat taman Universiti.. psni UTM makin maju!! hehe cayok2
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 05:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by mbhcsf at 1-7-2010 17:31

jap

what is the parameter?

dia based on what kind of  indicators?

structural?
or  what ?

alat ni  what is it measuring?


nilah ni bila wartawan tak reti tulis saintifik writing / reporting

ultra sound mmg lah TAK LEH DETECT DOWN SYNDROME

sebab ultra sound shadows  are based on sound wave reflection of the targeted organs - okay ? shadows is what we see

so....dia nak based on nUCHAL measurement ke? hmm...or what ?

apa specimen dia ambiol?

invasive or non - invasive

ni laa yg pembaca nak tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2010 05:35 PM | Show all posts
dia diagnos fetus tu ada trisomy 21 ... base on what ?
is it base on appearance on Ultrasound scann ...
Jesse_Mccartney Post at 22-6-2010 19:40


tu lah tu i  dah confuse, ultra sound mana boleh detect genetic abnormalities sebab TRISOMY 21 is referring to the chromosomal number abnormalities so
kalau ultra sound nak detect pun....kalau pun nak pakai USound it may  be to look at NUCHAL TRANSLUCENCY? kan?
satu measurement yg depa buat kat STRUKTUR bhgn ni...tu pun ada juga hal dia

ultra sound hanya boleh detect struktur organ / fizikal not  genetic..genetic tu sebba dalam sel...cheh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 05:36 PM | Show all posts
Pengesan T21 memberi maklumat awal mengenai fetus kepada para ibubapa dan untuk mengurangkan masa dan kos bagi pemeriksaan pranatal,"katanya.





indicators in the form of _____________
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:38 PM | Show all posts
so what if kalo kita tahu pun le abt this syndrome seawal 8 minggu or so..
apa pulak isu nya nanti?
ada remedy ker seawal waktu kita tahu tu?
as a muslim, for sure takleh terminate pregnancy kan.

korang as a parent le..
korang ndak tahu ker abt any kecacatan or abnormality yg ada pada anak yg dikandung?
mungkin ada yg ndak tahu awal2 kut so boleh prepare mental seme..
tapi kalo yg tahu awal2 n menyesal n nak terminate .. amacam?

anak sindrom down ni sebenarnya anak istimewa kan..
kurniaan Allah untuk parents yg istimewa gak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 09:54 PM | Show all posts
kalau fetus tu dikesan ada sindrom down macamana?
apa tindakkan yang akan diambil?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.074426 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list