CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4912|Reply: 26

Tekanan peribadi - sekadar luahan.. mengurangkan beban..

[Copy link]
Post time 6-4-2010 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Kadangkala kita cuba menipu diri, dan cuba menjadi manusia terbaik.. sesempurna mungkin sebagai seorang sahabat… yang mana kadangkala ianya amat menyiksa diri. Tidak dinafikan sebagai manusia saya ada kekurangan, ada kesombongan diri walau saya percaya saya tidaklah tergolong dalam kategori bongkak.. sombong maksud saya Dari segi menjaga keperibadian sebagai seorang manusia yang meletakkan garis-garis pergaulan tidak kira sebagai rakan sepejabat, seorang isteri, seorang ibu yg mempunyai anak-anak.

MAsalah bermula dengan diri saya sendiri, saya seorang yg amat bekerja keras, meletakkan idola orang yg dihormati sebagai mendidik peribadi diri.. saya tidak berada di tahap ini dengan mudah.. saya mengejar sita-cita dengan bermula dari bekerja sebagai pembantu cashier merangkap pam attendance si stesen minyak.. sehingga berjawatan sales girl dan sebagainya dan sehinggalah saya di tahap berpeluang bekerja ke luar Negara.. melihat Negara orang.. diberi kepercayaan merantau dan mencari ilmu sambil bekerja di Thailand siwtzerland dan sebagainya.. bekerja disamping orang atasan pelbagai bangsa dari pelbagai pelosok Negara. Saya bina keyakinan diri, percaya peluang tidak datang begitu mudah dan cuba menghargai setiap takdir yg telah ditentukan dan cuba melangkah mengikut arus tanpa rasa bongkak… saya masih diri saya yang dahulu.. Cuma kini bergelar.. isteri dan ibu yg berkerjaya.. saya cuma bersikap rasional dan professional walaupun bukan dari golongan professional yg ditauliahkan. saya amat menitik beratkan orang yg berada disekeliling saya..  bagi saya ianya penting, agar saya tidak hanyut dengan peribadi yg tidak elok.. tidak kira sebagai rakan, isteri atau ibu.. juga sebagai orang yg berkerjaya.

Sikap berhati-hati dan bersungguh-sungguh didalam apa juga kerjaya yg saya ceburi, saya seringkali bekerja didalam dunia saya, saya ditempatkan ditempat yg tidak bercampur dengan orang ramai, jawatan saya selalunya lebih kepada tanggungjawab menyimpan maklumat sulit membuatkan saya memahami banyak perkara yang tidak memerlukan untuk kita bercakap. Saya percaya dalam karier professional, terlalu banyak yg kita perlu pertimbangkan sebelum kita bersuara membuatkan kita lebih berhati-hati dengan perilaku dan tindak tanduk kita.

Dan sehinggalah saya bekerja di salah satu organisasi.. yang terletak dipinggir kota.. kerana tidak begitu berkira dengan ruang tempat bekerja, saya akhirnya ditempatkan kawasan terbuka dalam satu bahagian. Saya tidak mendidik diri saya untuk memilih sehingga tahap menginginkan sebuah bilik walaupun dengan apa yg telah saya ada sebelum ini, kerjaya bukan tempat hendak menunjuk kuasa tetapi saya percaya, kepuasan dan menghargai hasil kerja adalah lebih penting dan cukuplah ruang untuk saya bekerja dgn selesa.

Mungkin kerana tidak berkira maka saya berada ditempat ini.. dikawasan terbuka bersama kerani-kerani yg ada disini. Sekiranya saya memandang rendah kepada mereka, maka saya tidak akan terima tawaran ini tetapi saya selalu percaya, bekerja harus ikhlas, kita dibayar dan berikan hasil yg memuaskan. saya bekerja dan cuba bergaul dengan rakan-rakan sepejabat.. kerana saya berada ditempat terbuka maka saya terpaksa bersikap lebih terbuka dan cuba bergaul dengan mereka.. mungkin kerana keperibadian yg senantiasa dijaga, mereka Nampak perbezaan saya yg mana memungkin saya ini berjawatan, saya simpulkan tidak perlu untuk saya bermegah dengan kuasa yg saya ada… kerana saya berada bersama mereka di bahagian yg sama… bukan dibilik khas yg  sepatutnya.. biarlah mereka beragak-agak sesame mereka tanpa saya perlu bersikap menunjuk-nunjuk.. walaupun ada yg sehingga tergamak bertanya tentang jawatan serta gaji bulanan saya!, sampai tahap ini saya tidak mahu komen lebih.

Pada masa itu saya fikirkan mungkin baik untuk saya cuba bergaul.. dan ketepikan keperibadian saya yg sepatutnya saya tidak perlu untuk mesra dengan mereka. BUkan saya angkuh tetapi keadaan kadangkala perlu untuk kita terus bersikap begitu, saya jelaskan masalah saya agar anda faham kenapa saya tafsirkan sedemikian…

Kini saya tahu.. kesilapan terlalu cuba merendah diri, terlalu cuba memahami mereka.. mengambil berat akhirnya mengikat diri saya… Mungkin perbezaan tahap pemikiran membuatkan saya sepatutnya meletakkan garis panduan untuk bergaul.. saya mungkin tersilap langkah, mesra dan terlalu cuba memahami sehingga saya tidak diberi peluang untuk berkerjaya, sekiranya saya terlalu alpa dengan sikap professional sewaktu bekerja, ada yg bersikap seolah-olah saya mencuba menjauhkan diri.. tanpa mereka sedar, ada kalanya kita terlalu banyak kerja dan tidak hari-hari kita mampu meluangkan masa bersama mereka.. saya dianggap berkerja ikut mood, hanya kerana kini saya sedar saya perlu menghargai kerja saya dan tidak setiap masa kita perlu berbual… kini saya jadi tertekan dengan sikap saya sendiri, terlalu mebiarkan diri berada disamping mereka-mereka yg tidak meahami apa itu karier, kini baru saya sedar mereka-mereka yg tidak mehami serta menghormati kerjaya saya dan meletakkan saya seperti mereka.. yg boleh berhenti kerja terus berborak, menceritakan masalah.. dan hari-hari adalah sama.. tanpa ada rasa bersalah tanpa rasa initiative untuk mempertingkatkan daya usaha.. saya akhirnya buhsan kerana cuba menjadi sebahagian dari mereka. Sangka saya merendah diri membuatkan mereka tidak merasakan perbezaan antara saya dan mereka .. yg mana akhirnya meninggalkan kesan.. tiada rasa hormat dengan keperibadian saya malah diperkotakkan katikkan kerana cuba mencari kerjaya yg telah tersasar.

Saya tidak pernah sekali ingin memandang rendah tetapi sikap segelintir dari mereka membuatkan saya terpaksa akur dan meletakkan diri saya ditahap yg sepatutnya dan akhirnya saya terpaksa akui, kadangkala kita perlu ada perasaan sombong agar keperibadian kita tidak di perkotak katik oleh mereka yg bekerja hanya untuk menghilang rasa buhsan. Terlalu payah saya bina keyakinan diri, meletakkan diri saya ditahap ini tetapi hanya kerana ingin memahami sesetengah dari mereka, menjerat diri..

Tekanan yg saya hadapi terlalu kuat, kerana ianya datang dari diri sendiri... Kini setiap kali saya bangun dan duduk dikerusi kerana membuat tugasan saya dihujani dengan soalan kemana saya pergi.. saya minum ker … saya makan.. ker… seolah-olah seperti saya terlalu sebok atau saya terlalu rajin.. seperti kalau dah nama rakan, kemana pergi mesti bersama… dan berborak.. dan bercerita tentang amsalah diri yg mana kadangkala… masalah mereka yg terlalu memalukan diri sendiri.. saya terpaksa dengar dan secara tidak langsung diberi kebebasan menilai diri mereka.. akhirnya kadangkala saya rasa saya tidak perlu berada disamping mereka-mereka ini.. kerana kedaifan pemikiran mereka sendiri.. mereka meletakkan diri mereka begitu bawah sekali… dan saya semakin lama terasa keperibadian saya dicabar diri sendiri, telah dengan sengajanya saya merendahkan diri saya bersama golongan-golongan mereka yg bermasalah dan dengan sengaja mencari masalah, malah mungkin seronok dan bangga mempunyai masalah… terasa tercabar diri saya sebagai wanita berkerjaya, seorang ibu yg menitik berat pergaulan anak-anak.. isteri yg menjaga peribadi untuk suaminya.. telah dengan sengaja bergaul dengan mereka-mereka ini. Tekanan yg tidak dapat saya lari adalah… setiap gerak geri saya diperhatikan, saya kemana, hilang saya- mobile saya akan bordering bertanya, kenapa tak ajak sama.. bila saya jauh dari penglihatan mereka.. ada ketikanya saya diintip dari lobby… ini telah saya sedari pabila tidak semena-mena rakan saya terjenguk-jenguk keluar tanpa sebab setelah menyedari saya hilang dari kerusi.. bukankah saya sedang membuat tugasan yg memerlukan saya berjalan keseluruh bangunan ini!.. di pemikiran mereka .. hanyalah kerana saya mungkin keluar minum tanpa ajak mereka.. sampai kesitu pemikiran mereka.. minum.. dan sembang kosong… agaknya semua orang seperti mereka… saya kurang pasti… hari-hari saya lalui terasa begitu tertekan… malah lebih tertekan kerana ianya datang dari kesilapan sendiri…  saya Cuma mencari tempat untuk meluahkan, sekiranya ada rakan yg dapat member pandangan yg boleh membina kembali keyakinan diri..

Kini saya harus kembali bersikap sombong bagi menjaga perbadi…. Namun senantiasalah beringat untuk tidak bongkak dikemudian hari..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2010 10:50 AM | Show all posts
pnjg sgt...xlarat nk baca..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 11:07 AM | Show all posts
betol
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 11:07 AM | Show all posts
sgt memahami.....sometimes we need to set boundaries, mind set lain² kan
sabar kay dear.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 11:07 AM | Show all posts
nie luahan perasaan TT yg sebenarnyer ka???
naper ayat dier semcm je...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 11:13 AM | Show all posts
panjangnye....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2010 11:15 AM | Show all posts
masalah tempat keja rupanya... mukadimah kemain panjang....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 11:29 AM | Show all posts
maleh nk bce abes..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2010 11:36 AM | Show all posts
malas nak baca. macam luahan perasaan jek. straight la kat problem kalau nak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 04:40 PM | Show all posts
boldkan isi2 penting xleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 04:53 PM | Show all posts
penat den baco
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 05:49 PM | Show all posts
errkk...probs nye ape yaa buk?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 05:51 PM | Show all posts
boldkan isi2 penting xleh ke?
dark_chocolate Post at 6-4-2010 16:40


x pun wat point...senang nk phm kan?

ni pijar mata nk bace
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 06:02 PM | Show all posts
mule2 bce satu2... lame2 trus bce lompong2..........


bertabah jela ye TT.........


aku ni.... keje, pki earphone, psg lagu kuat2, tp duduk kt kwsan terbuka, xde partition2... mule2 keje, dorg ajak mkn same, layannn kannn... tp satu tahap tu, aku x pegi pn... mkn pegi sorg, tapau, duk kt meja, layan muvie smbil mkn...
klu dorg borak2, aku senyum jek, sbb aku x dgr, aku dgr lgu... kekeke

pd aku, asal keje siap, sudah........... ***dorg nk ckp aku sumbung ke ape... lantak la... ... dorg x salah, aku yg salah... **
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 10:31 PM | Show all posts
ingat problem seriuss ke apa td, pjg berjelanya,
skip baca hujungnya n ksimpulannya harus bersikap
sombong nak jaga peribadi u hoho
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 10:36 PM | Show all posts
x larat nk baca..dh mcm cerpen jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2010 08:05 AM | Show all posts
simple jer...mulut tempayan bole di tutup....mulut org kita takleh tutup. Ko buat jer kerja ko mcm biasa....peduli lah org nak kata ko melepak ker haper ker....yg penting ko tau aper yg ko buat....tak perlu nak jadikan diri sombong...cuma pandai2 lah letak batasan....antara kerja ngan masa leisure....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2010 09:19 AM | Show all posts
terima kasih kepada semua yg sudi membaca.. sudi bagi pendapat... dan minta maaf pada yg berbulu bijji mata... maklum lerrr.... dah tajuk pun...

"Tekanan peribadi - sekadar luahan.. mengurangkan beban"

kalau kita bercakap ... luahkan rasa kat orang sekeliling.. kang disampaikan cerita siap dengan tokok tambah yg akhirnya dah jadi lain... boleh mendatangkan fitnah pula... bila tulis... orang tidak kenal watak dlm cerita... jadi lebih baik tulis... taip sebijik.. sebijik.. biar panjang berjela... lama-lama stress beransur... secara saikologinye, huhuhuhu... lebih rilex hari ini, mungkin esok lusa... arrrrgghhhhhh

.. saya suka pendapat anda...
MsQuerida, midori888, anonymous5050 ...

tajuknya dah jelas... sekadar luahan, mengurangkan beban..
cara saikologi untuk release stress..
secara saikologinya... tajuk dah jadi point utk isi dalam yg tiada kepentingan apa-apa..
secara saikologinya.. sudah jelas isi penulisannya apa yg lalu ada dlm kepala penaip telah menarik minat orang mencari isi kandungan.. yang mana,
secara saikologinya bukanlah salah ibu mengandung, maka ini menjadi cara saya nak hilangkan stress.... hehhehehehhe

jangan maraaaaa arrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 09:44 AM | Show all posts
malas bc
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 11:36 PM | Show all posts
secara jujur, seriess aku suka bace benda2 cam nih..;secara tidak langsung menyingkap sesetengah permasalahan workplaces and individu within it..maybe aku sedikit sama dlm situasi nih..sombong tu agak keras, but cuba ignore sounds agak lite..pe2 pun tq coz sudi share.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.078070 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list