CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lucero

AKASIA : ADAMAYA

  [Copy link]
Post time 17-5-2010 12:22 PM | Show all posts
TOK SAH CAKAP BANYAK LER...BUKAN SEKADAR FILEM MELAYU SAJA, NOVEL MELAYU YANG BERSEPAH2 TU SEMUA CITER YANG SAMA...KES ISTERI CURANG, SUAMI CURANG,  KEKASIH CURANG DAN SEGALANYA...KENAPA ASYIK NAK NAMPAK FILEM SAJA??? KALO NAK CITER YG BAIK SAJA, MANA ADA KONFLIK, KALO TAK DER KONFLIK, MANA ORG MELAYU TAK SUKA LAH NAK BACA ATAU NAK TENGOK....ELEH...FILEM HONGKONG, HOLIWOOD DAN BOLLYWOOD TU PUN BERSEPAH KISAH KONFLIK MANUSIA...NTAH APA APA PUNYA PENDAPAT LA KO NI...HAHAHA...NAK BERANGAN BIJAK LER TU...HEHEHE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2010 01:00 PM | Show all posts
ape p0n terpulang la kat k0rang menilainya..
kal0 x suke x yah la jadi kan hal yang besar dan kes curang nieh mmg real kan berlaku skang s0 sama2 la kite menilainya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 01:42 PM | Show all posts
Aku rasa cite ni best. Simple, tapi menarik. Tak heavy macam cite melayu lain.

TT patut komen cite melayu yang mengarut2 cam cite hantu, saka, dsb yang semakin banyak kat tv tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 02:36 PM | Show all posts
pastu dlm entri lain dia bgtau mmg mika sbb dia perasan mmg mika bila tgk gmbr..
sblum ni ...
farah85 Post at 17-5-2010 10:51


oh ye ke...hmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 02:37 PM | Show all posts
korg pasni cte ape pulak yg ganti adamaya?
hepimoon Post at 17-5-2010 11:51


Syah Jihan...Kamal Adli berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 03:43 PM | Show all posts
korang semua ni.. relex laa.. TT bg pendapat jer laaa... bkn nak komen imosional pun... ni sampai nak marah2 apa hal nya.. kawan2.. klu rasa baik citer tu semua sy tak kisah pun... ikut selera tekak kan.. huhuhu.. sy klu x suka memang terus tukar chennal.... bukan berlagak pandai... org kata 'costumer always right'   

jangan emo..emo.. sebab belum masuk puasa lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2010 03:57 PM | Show all posts
kamal adli?..harap2 cter baru ganti adamaya best la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 04:57 PM | Show all posts
aku kira ada meseg yg nak disampaikan...antaranya pengorbanan anak demi kasih dan kegembiraan orang tua
orang kita ni biasa..nak tengok yg baik..sokmo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2010 05:37 PM | Show all posts
aku 2 kali dah mimpi psai  Adamaya ni...rindu pnya pasai..
aku pun trbca gak psai teguk beer tu..tak sgka Mika..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 05:48 PM | Show all posts
Hehe.. da sinonim ngan melayu kan. Biasalah cerita2 cenggitu yg x guna cgi. Nk wat cite aksi ke sci-fi ke nk kena ada peralatan canggih. Aku dpt rasakan korang semua mesti nakkan cite melayu maju seperti series jepung, korea even hollywood.  Xtahu la pengarah m'sia xde idea ke atau xde budjet. Nk wat cite cam CSI kita xleh ikut kot sbb pengarah kat sini ilmu x ckup ttg pulis, gadjet siasat, sains dna apa saja kekdahnya kowt. So buat la cite isteri curang... teeet..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 05:53 PM | Show all posts
since adamaya dah habis, bolehlah aku nengok berita ntv7 kul 7pm.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 06:30 PM | Show all posts
boring dah petang aku .... harap yg baru okay lah citernyer...  aku jarang sungguh gets hooked up wi ...
adnil Post at 17-5-2010 10:23



    tu la....aku pun bukan jenis tgk drama2 nie sgt
    tp sebab dah terbiasa gan adamaya.....& kebetulan mmg balik keje awal hari nie
    terasa boring dan sedih plak biler tgk tv..... x de citer Adamaya

   susah betui aku nak sesuaikan diri la setelah terbiasa berkejar2 balik rumah
   nmpknya esok aku saje nak balik keje lambat lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 06:43 PM | Show all posts
yeke...sbb bg aku..adam tu kira baik la..sbb die tau bukn bini die yg salah...yg slah dani sbb dr m ...
ezza3107 Post at 17-5-2010 11:21


bukan ke dia salahkan bini dia juga ke. kalau x knp dia marah n merajuk masa episod last. citer nih best bg aku. tapi bila fikirkan balik, ada ke laki kat malaysia leh sabar kalau bini kena tangkap khalwat pastu jmp berpeluk masa turun tangga. kes ni mcm kat luar, ia takkan jadi kalau sorang tak melayan. tepuk sebelah tangan xkan berbunyi. tak kira bagi pihak laki or perempuan.

tapi kan, if aku jadi mcm kisah nilah life aku. apa aku buat. dani tu paling koman penumbuk sulung aku kasik. bini aku, aku xkan sesekali kasari dia. sbb dia ibu pada anak aku. bagi aku, dia dah lahirkan anugerah Allah pd aku. aku xkan sampai hati naik tangan. dan aku akan dok bilik asing. tidor ngan anak ker. beri masa utk aku ngan dia. buat dia fikir n renung kembali apakah itu 'perkahwinan'.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 07:09 PM | Show all posts
bagi aku senang....suke tgk....
tak suke x yah tgk
dan lagi satu....biler aku suke tgk satu2 citer tu...aku x pernah fikir
ooo....citer nie bagus.....ada teladan....aku kena tgk....isk...cam lawak jer
aku akan tgk citer tu sebab aku mmg nak tgk atas sebab yg amat subjektif
mungkin aku suke sebab pelakon die.....cerita die...lagu die & mcm2 lagi la
semua tu adalah kebetulan yg x sengaja cam aku suke citer adamaya nie

dan lagi satu
bagi aku...... satu citer yg baik...die akan tunjuk sume....baik buruk...
yg blh dijadikan teladan & sempadan
supaya kiter boleh guna akal fikiran sendiri utk menilai & membimbing
itupun kalo nak sgt la citer yg bimbing2 nie
ye la mane nak kenal yg baik kalo x de yg buruk
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 08:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by Yen_Aireena at 17-5-2010 20:56

rindu dgn adamaya   


Adamaya lonjak lagi nama Lisa
Oleh Norhayati Nordin

2010/05/17


KEMUNCULAN Lisa Surihani Mohamed, 24, dalam siri Adamaya bersama Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein (Ruffedge) berjaya meraih perhatian peminat khususnya penggemar drama TV.Lakonan mereka sebagai suami isteri yang hidup dalam konflik dan 'keterpaksaan' meninggalkan kesan. Namun siri yang mengisi slot Akasia di TV3, itu sudah pun berakhir Jumaat lalu. Lisa berkata, itu memang pertama kali dia berlakon di sisi Sein. Namun, dia tidak kekok kerana mereka boleh menjadi serasi. Katanya, persefahaman itu tercapai kerana mereka sering berbincang dan bertukar pendapat bagi melancarkan lakonan dan nampak bersahaja. "Tidak dinafikan kalau di layar perak, Farid Kamil dikatakan serasi dengan saya, tapi itu tidak bermakna saya tidak boleh cuba berlakon dengan orang lain. Saya berpuas hati dapat berlakon dengan Sein kerana kami sama-sama berazam menghidupkan watak masing-masing dan memberikan yang terbaik.

"Secara tidak langsung, penonton boleh menilai sejauh mana lakonan saya bersama pelakon lelaki masa kini. Bagi saya Adamaya sangat bermakna kepada kerjaya seni saya khususnya di kaca TV. Kisahnya unik dan berbeza dengan lakonan saya sebelum ini," kata pelakon Semerah Cinta Stilleto ini.
Lancar berbicara, Lisa berkata memang menjadi caranya merealisasikan setiap watak yang dilakonkannya dengan sebaik mungkin. Katanya, dia mahu penonton menilai mutu lakonannya. Malah, Lisa akui dia sentiasa terbuka menerima kritikan yang negatif.
Sempat ditanya apakah dia berasakan dirinya sudah ada ramai peminat. Sebelum memberikan jawapan, Lisa yang turut membintangi filem Zoo, berfikir sejenak. Menurut Lisa, jujur daripada hatinya, dia tidak pernah terfikir sudah ada ramai peminat kerana sedar pembabitannya masih lagi baru.

"Sebenarnya, saya tak pasti macam mana hendak jawab soalan ini kerana tidak pernah memikirkan soal mengumpul peminat. Saya bersyukur dengan tawaran berlakon yang diterima dan berusaha menampilkan lakonan yang mantap untuk kepuasan penonton.
"Bagi saya, sudah tanggungjawab melakonkan setiap watak itu dengan berkesan kerana itulah cabaran seorang pelakon. Oleh itu, saya tidak pernah berfikir kuantiti peminat kerana kualiti lebih penting. Apabila lakonan berkualiti, penonton mesti terhibur.

"Justeru, kalau ada peminat yang suka lakonan saya itu adalah rezeki. Saya menerima seadanya kerana ada juga orang yang menerima lakonan dipersembahkan. Malah, jika ada yang tidak menerima pun, saya tak marah kerana itu hak mereka," katanya.
Menyentuh soal lakonannya dalam filem yang dianggap sudah banyak, Lisa berkata mungkin bagi sesiapa yang menonton akan beranggapan seperti itu. Namun, baginya dia tidak melihat jumlah itu banyak kerana perlu meningkatkan mutu lakonan. "Saya melihat masih banyak kekurangan dalam lakonan yang harus diperbaiki. Jadi, saya terima saja tawaran yang datang selagi ia rezeki ditetapkan Tuhan. Apa yang pasti, saya melakukan apa yang termampu untuk karier diminati ini," katanya.

Sehubungan itu, Lisa sekali lagi bersama Farid digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan. Filem percintaan remaja ini diadaptasikan dari novel popular 1980-an karya penulis terkenal, Ahadiat Akasyah. Menerusi filem itu, ia mengetengahkan kisah Kasyah lakonan Farid iaitu seorang pelajar lelaki yang bermasalah di sekolahnya. Bagaimanapun, perangai Kasyah berubah selepas berkenalan dengan Ayu, seorang gadis jelita yang baik dan berbudi bahasa.

Suatu hari, Kasyah terpaksa pulang ke kampung untuk menyiapkan tesisnya. Malah, Ayu pula bertemu semula dengan bekas kekasihnya, Azmi lakonan Que Haidar. Apakah yang berlaku pada percintaan Kasyah dan Ayu? Adakah Ayu berubah hati? Dalam pada itu, wujudkan cinta tiga segi antara Kasyah, Ayu dan Azmi? Bagi penggemar dan pembaca setia novel ini pastinya tidak melepaskan peluang menonton hasil yang difilemkan. Sejauh manakah filem ini mampu memberikan kepuasan kepada penonton?


* kredit: Harian metro
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 11:19 PM | Show all posts
rindu dgn adamaya   


Adamaya lonjak lagi nama Lisa
Oleh Norhayati Nordin

2010/05/17
...
Yen_Aireena Post at 17-5-2010 20:54



    citer adamaya nie nmpknya citer yg bawak tuah tuk lisa
    lisa pernah menang artis harapan menerusi citer i'm not single
    & adamaya adalah adaptasi dr citer tu
    rasa rindu plak nak tgk gandingan lisa gan sein lagi dlm drama & filem

    & x sabar nak tgk lisa dlm citer legenda budak setan nie
    antara fav novel aku suatu masa dulu
    cuma kenapa la bkn sein pegang watak kashah dlm citer nie
    kalo tak mesti lg best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 01:31 AM | Show all posts
Reply 1796# missgirl

x buleh...sein xdek muke bdk jahat,cmne nk jd kasyah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 06:28 PM | Show all posts
bagi aku senang....suke tgk....
tak suke x yah tgk
dan lagi satu....biler aku suke tgk satu2 citer ...
missgirl Post at 17-5-2010 19:09


hehe..aku pun tngok drama2 melyu ni bkannya pkir ada tladan ke x..
aslkan drama tu best..aku tngok..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 07:49 PM | Show all posts
citer adamaya nie nmpknya citer yg bawak tuah tuk lisa
    lisa pernah menan ...
missgirl Post at 17-5-2010 11:19 PM


mula2 tau lisa & sein berlakon sama.. terpk gak ade chemistry ke derang nie..
bile dh tgk... wow...   x sbr lak nk tgk klu ade next lakonan derang together
sbb cam x best ar tgk lisa & FK...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 09:00 PM | Show all posts
Reply  missgirl

x buleh...sein xdek muke bdk jahat,cmne nk jd kasyah
mizzmaddie Post at 18-5-2010 01:31



    ikut fahaman aku biler baca novel lagenda budak setan
    kashah bukan la watak jahat tp lebih kpd nakal
    rasanyer sein x de masalah la pegang watak nakal nie
    kalo tgk citer adamaya part adam x ngaku ada ternmpk dairi maya
    padahal die yg ambik...... pastu dok cuba nak letak balik tu....mmg ada muka nakal la
    bg aku muka die menjadi la part tu

    lagipun kalo betul2 baca novel lagenda bdk setan tu
    sebeno part nakal si kashah cume ada masa buku bdk setan yg pertama
    pastu maner ada nakal2 dah.....jiwang ada la...
    tp dlm filem x tau la lebih fokus kat maner..... nakal atau jiwang


    sori off topic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.151982 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list