CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 32908|Reply: 28

apa yg perlu ditukar masa servis kete

[Copy link]
Post time 20-1-2010 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Masa aku google cari pasl nak tukar ATF, aku jumpa good info dr salah 1 forum kat internet yg bertarikh sekitar 2006 and nak share kat sini  . Tq to the forummer yg kasik info ni.

<open quote >
1. minyak hitam yg bukan sintetik tu, setiap 5,000km atau 3 bulanwhichever is earlier. Kalu yg sintetik, mungkin 7,500km atau 10,000km.<setuju>

2. filter - sama seperti minyak enjin 5000km utkminyak mineral biasa dan 7500km - 10000km untuk minyak synthetic. Dalamertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filterminyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug - 20,000km ikutschedule maintenance book! Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takdehal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k taktukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitarRm20-25 untuk 4 biji...

4. bateri kerete - 18 bulan hingga 2tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topupdan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong! Free maintenancebattery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahaldari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini keranadi Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg bolehdipercayai...BOSCH, CENTURY...tapi ada juga jenama yg tak terkenal tapielok! Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute batteryke kedai kedai spareparts...dia yg bagitahu ilmu kat aku camner nakkenal bateri baik dgn yg tak baik! Bateri yg baik biasanya lebih beratdari bateri yg kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori ygsama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagisatu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu laciternya!

5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang taktahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apakeretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikutpengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping"berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yg susah nak terangkan,sebabtu mereka kata 100,000km...tukar clutch!

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20 je.

8.AirFilter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yg tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid.Minyak ni memang penting bagi yg pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebutsetiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepadamereka yg nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...janganabaikan(contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakankepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajintukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan olehsesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yg bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yg budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.GearOil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.BrakeFluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar gantibaru setiap 60,000km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipunaku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barula aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukarsekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudahmendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perluditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktuservis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudahdikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt niletaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yg halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangantunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

Akhirsekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yg ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkanpengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata"preventive maintenance". Maksudnya, benda yg kita tukar tu belum tenturosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelakdari pengguna kereta menghadapi kerosakan yg kritikal dimasa akandatang!

Tapi dalam dunia ni, mana ada yg perfect! PreventiveMaintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikitsebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perluditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....

Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti.Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentukita tidak mampu mengikutnya! Okies..bye
<close quote>

Persoalan aku pada forumer kat sini lak.. kalo kita nak beli ATF tu sendiri, brapa liter patut dibeli. Aku penah masuk kat petronas n nampak bekas myk label ATF dlm tong 1 liter punya packaging and price ada rm21 & rm35. Ada org ckp ATF ni ikut size kete ada yg 4ltr ada yg 5ltr. Aku pakai gen2 so brp liter ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2010 01:06 PM | Show all posts
good info ... boleh jadikan panduan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 02:13 PM | Show all posts
Nak tanya lagi :

minyak itam, ATF yg di jual kat kedai spare parts tu lagi murah dr yg dijual distesen2 myk cam petronas shell etc tu boleh caya tak? sbb ade org ckp myk2 tu low grade sket.. betul ke?

tadi p tanya kat kedai spare part kete yg jual minyak2 kete ni, toke kedai tu syorkan 2 jenis.. 1 proton punya harga rm22 sebotol 1 liter.  Lg 1, eneos from japan harga rm30 sbotol 1liter. Dia ckp kena beli 5 botol utk gen2.

Tanya dia brand lain xleh ke? dia ckp brand lain nanti geor box cepat rosak. Ada sape2 boleh verify statement ni?

lagi 1 nak tanya, elok beli sendiri (kot2 la lg murah dr pst servis) atau biar je pst servis tu tuko guna myk yg ada kat tempat tu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 02:23 PM | Show all posts
baper banyak ATF tu kena pakai, kena lar ikut enjin dier, kete lain haku tak pasti, tapi kalau Honda Stream, dalam 4.5 liter gak kena isi.. tapi kalau kecik enjin dier, sket lar pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 02:58 PM | Show all posts
FLIP FLAP jgn lupe tukat skali:pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 03:52 PM | Show all posts
toke tu ckp tadi utk gen2 1.6 dlm 4+ liter so dia suh beli 5 botol.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2010 03:53 PM | Show all posts
FLIP FLAP jgn lupe tukat skali:pompom:
seTEGAP Post at 20-1-2010 14:58


flip flap tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 04:02 PM | Show all posts
Nak tanya lagi :

minyak itam, ATF yg di jual kat kedai spare parts tu lagi murah dr yg dijual distesen2 myk cam petronas shell etc tu boleh caya tak? sbb ade org ckp myk2 tu low grade sket.. betul  ...
krongsang Post at 20-1-2010 14:13


Kalau bagi kereta Proton, kena pakai ATF SP3.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2010 04:05 PM | Show all posts
Kalau bagi kereta Proton, kena pakai ATF SP3.
zendengoh Post at 20-1-2010 16:02


maksudnye xkisah la brand apa pun ek as long as ATF SP3?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 04:10 PM | Show all posts
Ya, betul.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 04:12 PM | Show all posts
flip flap tu apa?
krongsang Post at 20-1-2010 15:53


alat menambah horse power letak kat dashboard. sebijik bleh tambah dalam 16hp.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 04:12 PM | Show all posts
Ya, betul.
zendengoh Post at 20-1-2010 16:10


toche toche.. esok nak p servis tu yg kelam kabut research
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 04:17 PM | Show all posts
maksudnye xkisah la brand apa pun ek as long as ATF SP3?
krongsang Post at 20-1-2010 16:05


As long dier windows XP, bleh install SP3, kalau vista atau Windows Seven, takbleh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 04:33 PM | Show all posts
terima kasih dgn tusyen yg tuan rumah berikan.
Mmg inrormatif sbb ade point2 yg sy kdg2 disregard.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 06:34 PM | Show all posts
Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-  

Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun.

Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment.

Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm dia atas. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km.

Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water.

Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km (wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar.

Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak.

Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul. Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.

Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double.

Moral: marilah kita berlajar DIY kereta...cheers..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 06:38 PM | Show all posts
baper banyak ATF tu kena pakai, kena lar ikut enjin dier, kete lain haku tak pasti, tapi kalau Honda Stream, dalam 4.5 liter gak kena isi.. tapi kalau kecik enjin dier, sket lar pakai..
Fast-N-Furious Post at 20-1-2010 14:23


Tgk dlm manual tu. Mesti ada tulis.

Civic 1.8 about 2.5 - 3L
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2010 12:13 AM | Show all posts
kawan aku wirw baru tukar 60k      timing belt da putus............
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 05:45 AM | Show all posts
17# bhf3856

Dia mesti beli timing belt cap ayam. Berapa rega timing belt kawan ko tu?

Pengalaman aku pakai wira 1.6xli - timing belt yg bagus rega dia RM120. Memang tahan. Aku pernah pakai sampi 110,000km!
Lokasi kawan ko tu dekat mana? Aku bley tunjuk kedai sparepart yg aku jadi pelangan tetap. Wira aku (sekang ex la sebab dah jual), myvi bini aku semua aku beli sparepart dari kedai nie.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 05:13 PM | Show all posts
duduk shah alam..........putus kat NKVE nk balik perak..............
aku ingat kira nasib gaklah....kwn aku sorang lg eroback timing belt hampir x de gigi!!!!!!!!!!!!
X PUTUS2 LAK.ITU PUN SBB ADA BUNYI LAIN MCM KAT ENJIN BRU PRASAN
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 10:37 PM | Show all posts
19# bhf3856

radiator berapa k pulak atau tempoh masa nak kena servis?..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.216850 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list