CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nashrudean

Perlu tak staff Gverment beli insurans??

[Copy link]
Post time 30-12-2009 09:57 AM | Show all posts
Saya rasa sgt perlu terutamanya govt servant yg byk berhutang personal loan tu utk amik insuran..sbb kalau meninggal, loan tu boleh la cover pakai duit pampasan insuran nanti..

cuma bila nak amik insuran tu, pastikan kita paham jenis insuran yg kita amik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2010 09:15 AM | Show all posts
Welcome Back Ibrahim... lama gak offline ni ...

Jom kita memeriahkan lagi topik ni dengan Sharing yg terkini..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 10:18 AM | Show all posts
sbg ketua keluarga, perlu amik tapi tak yah la beria2 sampai ratus sebulan.. amik takaful je dah la.. paling banyak pon 100. duit extra better buat saving je

aku sendiri amik ambank je.. carum 150 je sebulan (sb aku private staff). kalau aku mati, critical illness atau eksiden setidak2nya ada la sedikit pampasan.. medical card aku tak amik sb hospital kerajaan ada, hehe.. sb bagi aku hosp kerajaan la yg terbaik utk perubatan ni, hosp swasta pon kadang2 pi rujuk kat gomen gak. aku pegi hosp swasta utk bersalin je
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 03:27 PM | Show all posts
sbg ketua keluarga, perlu amik tapi tak yah la beria2 sampai ratus sebulan.. amik takaful je dah la.. paling banyak pon 100. duit extra better buat saving je

aku sendiri amik ambank je.. carum 150  ...
masnina Post at 5-1-2010 10:18


beli make-up beratus takpe..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 09:22 PM | Show all posts
sbg ketua keluarga, perlu amik tapi tak yah la beria2 sampai ratussebulan.. amik takaful je dah la.. paling banyak pon 100. duit extrabetter buat saving je

aku sendiri amik ambank je.. carum 150 je sebulan (sb aku privatestaff). kalau aku mati, critical illness atau eksiden setidak2nya adala sedikit pampasan.. medical card aku tak amik sb hospital kerajaanada, hehe.. sb bagi aku hosp kerajaan la yg terbaik utk perubatan ni,hosp swasta pon kadang2 pi rujuk kat gomen gak. aku pegi hosp swastautk bersalin je
masnina Post at 5-1-2010 10:18


Setiap orang boleh bagi pendapat... masing2 rasa apa yg mereka buat betul....

So bab insuran ni plak ... ini plak pendapat dari saya ejen yg mempunya lebih 700 client .... berhadapan dengan pengalaman baru tiap2 bulan... Dalam insuran ni ... anda tidak akan dapat menilai keperluannya selagi anda sihat dan tak pernah claim. Kalau ada yg berpendapat tak perlu ambik insuran mahal2 tu mmg betul ... sebab insuran ni kena ambik mengikut keperluan ... tak payah nak membazir. Tapi kalau perlindungan yg diperlukan tu tinggi jadi kenalah contribute lebih.

Then mmg tak dinafikan hospital gomen pun ok gak... tapi itu masa senang nak masuk /patient tak banyak ... tapi kalau hospital penuh (masa H1N1 hari tu) kenapa ada orang sanggup bayar RM 688 utk satu bilik.... jawapan nyer ialah setiap pesakit nak rawatan secepat mungkin ...  bila sakit tak kesah dah pasal duit... dan berbalik pada hospital gomen tu siapa lah kita untuk bypass tempoh menunggu .... kalau ada dato'ship tu ok lah laaa... di spital gomen tak bleh complen lebih2  sebab itu free.... itu adalah dari pengalaman saya di dlm bidang insuran ni ... nak tanya pendapat better tanya yg dah ada pengalan dlm bidang tu ...

Boleh saya tnya Masnina ... masa nak sign up Amassurance dulu quotation dia org buat dlm Excel ke dalam Software yg dibekalkan oleh Amassurance. Sebab saya dapati ramai yg terpengaruh(tertipu) quotation dlm excel tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 11:03 AM | Show all posts
beli make-up beratus takpe..
jenglut Post at 5-1-2010 15:27


apasal plak? tu kan personal aku? lagipon bila masa aku beli make up beratus?

kalau ko pon suka buat cakap tiba2 cam ni.. aku pon nak buat cakap tiba2 jugak.. aku tahu la ko tu ejen insurans, sakit hati la bila aku posting mcm tu kan.. ikot suka aku la, nak dengar dengar la.. tak dengar sudah. aku tahu la ko suka suruh client ko beli insurans beratus2 supaya bayaran premiumnya makin tinggi, so makin banyak komisen ko. macam aku tak tahu akal ko tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2010 11:06 AM | Show all posts
aku tak pernah merendahkan kepentingan insurans dlm posting aku.. kalau aku rendahkan insurans, buat apa la susah payah aku nak carum 150 sebulan

tapi aku heran banyak betol ejen insurans yg sakit hati dgn posting aku.. sumer nak quote.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 11:45 AM | Show all posts
27# masnina
Sabar jgn gado2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2010 12:17 PM | Show all posts
apasal plak? tu kan personal aku? lagipon bila masa aku beli make up beratus?

kalau ko pon suka buat cakap tiba2 cam ni.. aku pon nak buat cakap tiba2 jugak.. aku tahu la ko tu ejen insurans, s ...
masnina Post at 6-1-2010 11:03


aikkk..saya tak tujukan pd sesiapa in specific..
no offence..semua bole bg pendpt..tiada salahnye..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 01:55 PM | Show all posts
wait..kalo x silap bile kite ade polisi insurans dpt pelepasan income tax kan?

bole x sesape tlg sahkn maklumat nih...?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 02:10 PM | Show all posts
wait..kalo x silap bile kite ade polisi insurans dpt pelepasan income tax kan?

bole x sesape tlg sahkn maklumat nih...?
forfavor Post at 6-1-2010 13:55


Ye betul..assuming gaji awak RM5,000 per month
dan insuran awak RM500 per month

so annually income awak = RM5,000x12bln = RM60,000
annually premium insuran = RM500x12bln = RM6000

so amount yg kene income tax based on RM54,000 (iaitu RM60,000-RM6000)
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 07:25 PM | Show all posts
aku tak pernah merendahkan kepentingan insurans dlm posting aku.. kalau aku rendahkan insurans, buat apa la susah payah aku nak carum 150 sebulan

tapi aku heran banyak betol ejen insurans yg sakit  ...
masnina Post at 6-1-2010 11:06


Nina.... posting saya sebelum ni bukan bermaksud mengatakan Nina merendahkan keperluan insuran..... Tapi pendapat ni tu akan membuatkan pembaca lagi confius.... sebab kesedaran org kita masih jauh dibelakang kalau dibanding dgn bangsa lain... so ada baik nyer Nina tanya ejen2 yg lain dulu sebelum bagi pendapat.


p/s: kalau diambik kira Keyman insuran tu... sampai bila2 orang melayu tak ambik keyman insuran utk company kalau kita masih pikir nak cari yg murah ajer...

Bayangkan kalau kita semua dok ambik 3rd party insuran utk kreta ... kalau kreta tu hilang siapa yg menyesal... moral nyer cheap thing always no good.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 09:43 AM | Show all posts
Nina.... posting saya sebelum ni bukan bermaksud mengatakan Nina merendahkan keperluan insuran..... Tapi pendapat ni tu akan membuatkan pembaca lagi confius.... sebab kesedaran org kita masih jauh ...
ibm632 Post at 6-1-2010 19:25


ade jg org yg sanggup utk amik insuran ribu-riban..
tp yg tak sanggup tu..amik yg mampu saja lah..

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 09:50 AM | Show all posts
Tak apa Din ... mungkin Nina just ambik pendapat dari Kawan dia.. SO jadi tugas kita utk memperbetulkan pendapat tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 11:32 AM | Show all posts
semua pendapat tuh betul..pendapat tuan betul..pendapat cik puan pun betul...jadi...betul betul betul...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 10:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by tokwan_jantan at 8-1-2010 22:33

tuan rumah... perlu atau tidak staf gomen ambik insurans? saya tak mau menjawab, perlu atau tidak... cuma nak cerita sikit apa yg ada dlm skim perkhidmatan kerajaan, jika seseorg k/tgnnya mendapat musibah semasa dlm perkhidmatan...

dlm skim perkhidmatan kerajaan ada skim pampasan utk k/tgn yg terkena musibah sehingga menyebabkan dia hilang upaya, hilang upaya kekal atau mati... skim ini meliputi semua staf kjaan sama ada tetap, kontrak atau sementara...

kadar pampasan...
jika hilang upaya kekal atau mati... kadar pampasan adalah 5 tahun gaji akhir k/tgn yg berkenaan... kalau hilang upaya, kadar pampasan adalah sama spt kadar yg ditetapkan oleh insurans/takaful... contoh, terpotong sebelah kaki/tangan... dpt 50% dpd pampasan hilang upaya kekal/mati (ini contoh shj...)

selain pampasan...
bagi k/tgn kontrak & sementara... selain skim pampasan mereka juga mendapat perlindungan dpd perkeso... kerana k/tgn kontrak/sementara kena mencarum dlm perkeso...

bagi k/tgn tetap... sekiranya mereka mengalami hilang upaya kekal yg menyebabkan mereka kena berhenti kerja... mereka akan mendapat pencen ilat... kadarnya tidak kurang dpd 1/5 gaji akhir k/tgn berkenaan... selama hayatnya.

kalau mengakibatkan kematian, ahli waris akan menerima pencen terbitan... kadarnya spt pencen biasa, melalui pengiraan tempoh perkhidmatan (bulan) x gaji akhir (bahagi 600), dgn maksimum tidak melebihi 1/2 dpd gaji akhir... suami/isteri simati akan menerima pencen ini selagi ada hayat, anak2 sehingga berumur 18thn atau sehingga menamatkan pengajian ijazah pertama di IPT...

syarat-syarat utk dilindungai oleh skim pampasan ini...
mendapat musibah itu ketika melakukan kerja yg diarahkan, berlaku di tempat kerja atau di tempat yg diarahkan bekerja, atau semasa dlm perjalanan pergi/balik ke tempat bekerja biasa/ke tempat yg diarahkan bekerja... selain itu tidak dilindungi... contohnya, pergi ke masjid sembahyang Jumaat, sewaktu pergi/balik kena kemalangan... tidak dilindungi (kena faham ini...) begitu juga, keluar sarapan/makan tengah hari di kedai mamak, sebarang jalan jer... tup-tup kena kemalangan... tidak dilindungi... (sebab kedua2 kes tidak termasuk dlm syarat perlindungan yg disebutkan...)

perlindungan kesihatan /rawatan...
semua k/tgn kjaan kecuali k/tgn sambilan diperuntukkan perlindungan kesihatan & rawatan... di semua hospital kerajaan... utk semua jenis sakit kecuali bersalin...
jika sakit tsb kena mendapatkan rawatan pakar di hospital swasta atau hosp.mata Tun Hussein Onn, atau IJN... rawatan tsb akan ditanggung setelah diperakukan oleh hosp. kerajaan... hatta keluar negeri sekali pun ditanggung... (kalau kita k/tgn. biasa ni payah lah nak dapat....) kos yg ditanggung ialah perundingan, ubat2an, pembedahan, terapi... kalau masuk hosp. tampoi atau tanjung rambutan... semua sekali tanggung...
wad tidak ditanggung tetapi k/tgn kjaan ada rate yg tertentu utk bayaran wad... contohnya, utk wd kelas pertama... 4 org sebilik, ratenya RM10/hari... seingat saya... (mungkin juga sudah berubah... tapi still sangat2 murah... namun susahlah nak dapat wad kelas satu ni... itu shj.)
dari segi pembedahan, semua kos pembedahan ditanggung, kecuali utk rawatan kosmetik, bersalin, tujuan ritual - berkhatan... yg tidak ditanggung instrumen yg digunakan oleh pesakit... contoh... masuk besi kalau patah.
perlindungan kesihatan & rawatan ini meliputi semua ahli keluarga, suami/isteri... anak2 sehingga berumur 18 thn & belum berkahwin... bg. k/tgn kjaan yg memilih skim pencen, dia layak menikmati kemudahan kesihatan & rawatan ini sehingga akhir hayatnya...

itulah serba sedikit perlindungan yg disediakan oleh kjaan kpd k/tgn kjaan... setakat ini, mungkin pada masa hadapan perlindungan ini akan lebih baik lagi!...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2010 11:41 PM | Show all posts
36# tokwan_jantan


fuhhh..byk giler..good info!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 11:39 AM | Show all posts
ambik pn ok gak..mcm kwn aku, kebetulan lps amik insuran utk anak dia, anak dia asik sakit dan perlu warded slalu.. mmg byk gaklaa dia dpt duit dr prudential.. mcm aku plk dh lama beli tp alhamdulillah, xde keperluan utk guna lg.. aku hrp aku n family sihat sntiasa..beli laa jgk utk backup..

tp ada sikitlaa misleading apa yg agen prudential aku dulu citer kt hubby aku..katanya kalau sakit jantung, operation kt ijn x cover...so hubby aku pn amiklaa sbb risau wlaupun aku dh byk kali kata kerajaan akan tggung smua kos klu msk ijn .. tp dia lbh pecayakan agen tu.. tp xpelaa...insuran tu leh guna utk tujuan lain slain ijn...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 04:04 PM | Show all posts
ambik pn ok gak..mcm kwn aku, kebetulan lps amik insuran utk anak dia, anak dia asik sakit dan perlu warded slalu.. mmg byk gaklaa dia dpt duit dr prudential.. mcm aku plk dh lama beli tp alhamdulilla ...
Potpouri Post at 9-1-2010 11:39


Utk kakitangan kerajaan, boleh masuk IJN sdn bhd, tp kene bwk referral letter drp hospital kerajaan..
Kalau pegi direct terus, kene byr sendiri..
just sediakan medical card Prudential utk preparation sbb IJN pun panel jg..

tak perlu amik insuran melebihi kemampuan..ambil yg mampu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 10:28 AM | Show all posts
berita baik utk org gomen:

Bayaran wad mansuh

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Mac – Kerajaan akan memansuhkan bayaran wadyang dikenakan terhadap kakitangan dan pesara perkhidmatan awam yangmendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuat kuasa 1 April ini.

Mereka yang akan mendapatkan faedah daripada pengumuman baru kerajaan ini membabitkan 1,253,026 penjawat awam yang masih berkhidmat dan juga 528,583 pesara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, menurutPekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan JabatanPerkhidmatan Awam, pemansuhan itu turut melibatkan anggota keluarga dan ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, kata beliau, bagi pesara pula, ia hanya tertakluk kepada penerima pencen iaitu isteri serta anak-anak dan tidak melibatkan ibu bapa.

“Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yangditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai,” katanya dalam satukenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang (RM10 sehari), Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua iaitu RM8 sehari), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga iaitu RM6 sehari) dan Gred 1-20 (Kelas 2) iaitu RM3 sehari.

Kata beliau, kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan.

Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.

Ismail berkata, jika pegawai awam, pesara,anggota keluarga atau ibu bapa meminta untuk dimasukkan ke dalam wadyang lebih tinggi daripada kelayakan ditetapkan, pegawai awam ataupesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan keatas orang awam.

Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan itu,perenggan C2 berkaitan kelayakan dan kadar bayaran wad di Lampiran C8Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 adalah terbatal.

Selain itu, pekeliling baru ini juga membatalkan kenyataan di perenggan11 berkaitan kadar bayaran wad sehari di Lampiran O PekelilingPerkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991, dan Bahagian J berkaitanpermohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri di Lampiran BPekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009.

Menurut beliau, peruntukan pekeliling perkhidmatan itu padakeseluruhannya turut dipanjangkan kepada semua kakitangan perkhidmatanawam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Sumber: Utusan Malaysia, Khamis, 11/03/2010 @ Utusan Malaysia Online - Berita Utama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.105494 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list