CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5750|Reply: 45

Norman Persoal Kenapa KRU Sahaja Didakwa Berhutang Dengan Finas

[Copy link]
Post time 13-11-2009 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Norman Persoal Kenapa KRU Sahaja Didakwa Berhutang Dengan Finas         
                      Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


       

KETUA pengarah kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halimmengaku sedang dalam proses membayar semula pinjaman di bawah SkimPinjaman Filem Cereka (SPFC) yang dikeluarkan oleh Perbadanan KemajuanFilem Nasional (Finas).
Namun begitu, penyanyi dan pelakon itu mempersoalkan kenapa Finashanya mendakwa KRU sedangkan ramai lagi produser yang dikenalpastibelum melunaskan bayaran mereka dengan perbadanan itu.

"Kenyataan Finas dalam salah sebuah akhbar baru-baru ini yangmenyebut KRU sahaja adalah tidak adil. Kenapa tidak memaklumkanmajoriti peminjam SPFC yang betul-betul tidak membuat bayaran langsungberbanding KRU yang konsisten membuat bayaran?

"Isunya, saya tidak faham kenapa SPFC yang dibuat oleh KRU yangdikemukakan kepada publik sedangkan kami hanya salah satu daripadabeberapa produser yang bertanggungjawab dalam pembayaran semulapinjaman SPFC.

"Saya menyarankan agar penyiasatan dilakukan terhadap Finas danminta mereka bincangkan dengan semua produser yang belum membuatbayaran semula. Selepas itu, semua orang akan kagum kenapa hanya KRUyang dikaitkan dalam masalah ini," jawab Norman menerusi khidmatpesanan ringkas (SMS) dari Los Angeles semalam.

Jelas Norman, KRU sedang dalam proses membayar semula pinjaman untukfilem 'Cicakman 2' secara ansuran mengikut tempoh pinjaman yangditetapkan.

"Filem 'Cicakman 2' telah ditayangkan pada pertengahan Disembertahun lalu dan kutipan daripada penghutang mengambil masa dalam 12hingga 18 bulan.

"Bagi filem 'Cicakman 1' dan 'Duyung', jabatan kewangan saya telahmengesahkan penyelesaian penuh semua amaun pinjaman tetapi saya akanperiksa dengan bank sama ada betul 10 peratus pinjaman untuk filem'Duyung' belum dijelaskan apabila saya pulang dari Los Angeles padaJumaat (hari ini)," tegasnya.

Tambah produser filem 'Jin Notti' ini lagi, "Kami mempunyai rekodyang baik dengan bank SME dan sebab itu kami mempunyai pelbagaikemudahan kewangan dengan bank itu sejak lapan tahun lalu.

"Tidak salah membuat pinjaman untuk dijadikan modal kerja bagimenghasilkan filem dan selepas itu ia mengambil masa 12 hingga 18 bulanuntuk mengambil duit kami. Sebab itu SPFC adalah bagus kerana iamenggalakkan produser mengambil masa untuk membuat kutipan.

"Tak kira la berhutang dengan bank ke, kawan ke, abang ke atausesiapa, asalkan tempoh tamat amaun pinjaman telah selesai dibayarmengikut tempoh perjanjian."

Pada 10 November lalu, Finas mengesahkan KRU masih berhutang dengan perbadanan itu.
Jumlah hutang yang belum diselesaikan itu dirahsiakan oleh Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2009 09:34 AM | Show all posts
takot lak tgk muka norman neh...
apa kata abg long g wat facial..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:34 AM | Show all posts
Hai...abang Long ni, sejak kawen..makin tak smart aku tgk..jaga la muka tu..buatla facial..awak tu celeb....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:36 AM | Show all posts
saje bikin panas kottt
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:38 AM | Show all posts
motip uols nak bincang muka bang long dpd bincang artikel?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:41 AM | Show all posts
emmm...finas nie mcm pilih bulu la plak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2009 09:54 AM | Show all posts
Ada sesuatu kah pd Finas sampai aim KRU mcm tu skali?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:55 AM | Show all posts
betullah..... norman ni cubalah jage sikit kulit muke tu...... bile ambik gmbr zoom-in mcm tu mmglah akan nmpk segalanye kat muke tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2009 09:56 AM | Show all posts
muke die mmg gitu le korg...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:58 AM | Show all posts
rasanya ini gambar lama lahh
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:59 AM | Show all posts
ini thread pasal kulit norman ke atau FINAS ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:02 AM | Show all posts
pakai la ratu rania gold
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2009 10:02 AM | Show all posts
ini thread pasal kulit norman ke atau FINAS ni
junjai Post at 13-11-2009 09:59



x pe la...aku tuko tajuk la...'Norman persoal kenapa kulit muka dia sahaja dibincangakan'.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:04 AM | Show all posts
korang ni menyimpang dr tajuk daa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:07 AM | Show all posts
biaselah tu klu modal besar terpakse berhutang..
janji bayar ikot time..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:10 AM | Show all posts
kalau betul, tak adil lah bagi KRU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2009 10:17 AM | Show all posts
norman tak ada duit buat la cara tak ada duit
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:22 AM | Show all posts
eleh encik norman... hutang gaji dgn pekerja apa cerita lak? Tu belum lagi freelance yg dah bertahun tak dpt payment
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:24 AM | Show all posts
eleh encik norman... hutang gaji dgn pekerja apa cerita lak? Tu belum lagi freelance yg dah bertahun tak dpt payment
kamarool Post at 13-11-2009 10:22

yup aku sokong ko..........
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:36 AM | Show all posts
dah macam muka predator lam citer alien vs predator.............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.074477 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list