CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: venez

BAJET 2010 - Apa Pasukan Beruniform dapat?

[Copy link]
 Author| Post time 25-10-2009 11:21 AM | Show all posts
40# alphawolf

aku yang x dapat, hu3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2009 01:02 PM | Show all posts
ATM kena buat bisness sendiri kalau nak idup mewah mcm polis yang sering dimanjakan... elaun2 mcm2.. mpv baru senjata baru. uniform baru, bini2 pon banyak yang baru... askar apa ada??? kapal selam??? naiklah lori ayam ramai2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 01:09 PM | Show all posts
ATM kena buat bisness sendiri kalau nak idup mewah mcm polis yang sering dimanjakan... elaun2 mcm2.. mpv baru senjata baru. uniform baru, bini2 pon banyak yang baru... askar apa ada??? kapal selam???  ...
schumacher Post at 25-10-2009 13:02


Kalau boleh, dah lama le ATM buat mcm Indon dulu (TNI ada sykt sendiri). Cuma jgn diswastakan pulak ATM mcm TNB dah le.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 01:16 PM | Show all posts
24# rastablank

melainkan swastakan ATM... muhahahahaha.....
venez Post at 23-10-2009 19:46


ATM BLACKWATER BERHAD? Amma Appa......
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2009 03:16 PM | Show all posts
ATM BLACKWATER BERHAD? Amma Appa......
jazim Post at 25-10-2009 13:16



hehehe...jerung perkasa akan naik tanduk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2009 03:20 PM | Show all posts
43# jazim

yup, pernah dulu pilot TNI bleh buat tugas penerbangan civil for their own pocket...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2009 06:17 PM | Show all posts
41# venez

apasal pulak tak dapat. Bukan dapat ka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 08:30 AM | Show all posts
alhamdulillah ......... syukur kepadaNYA ............ terima kasih daun keladi .......... "tahun hadapan berilah lagi "........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2009 09:00 AM | Show all posts
48# zulupapa
salam uncle..tak berapa paham bab bersara wajib tu?kalau yg bersara pilihan dapat jgk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 11:27 AM | Show all posts
takkan ATM takde anak syarikat langsung kut?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 06:03 PM | Show all posts
50# thenone

Memang xda tp GLC ada...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:41 AM | Show all posts
51# yaminz

takpe.. universiti pertahanan dah boleh wujudkan anak syarikat sendiri nnti..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 10:13 AM | Show all posts
korporatkan jer rejimen askar jurutera diraja, so projek2 atau kontrak2 pembangunan atm spt pembinaan kem, depot peluru, markas operasi dapat disalurkan terus kpd atm tak perlu lagi pada kontraktor dan sub-kon luar........ selain menjimatkan wang dpt juga mengelakkan rahsia2 sulit atm dari bocor ke pihak2 luar........ jadik JDSB ker (jurutera diraja sdn bhd) ekekeke........ buat cam kementerian kewangan diperbadankan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 10:26 AM | Show all posts
korporatkan jer rejimen askar jurutera diraja, so projek2 atau kontrak2 pembangunan atm spt pembinaan kem, depot peluru, markas operasi dapat disalurkan terus kpd atm tak perlu lagi pada kontraktor da ...
jofizo Post at 27-10-2009 10:13


bernas gak idea tu..drpd duit sumer mengalir keluar baik bg ATM..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:47 AM | Show all posts
Kalau korporatkan RAMD/RRD/Rej Sempadan/GGK harus jadi Blackwater pulak nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:59 AM | Show all posts
tak yah korporatkan semua, 1 kor jer cam kjd atau kjlj....... biar diorang jadik main contractor......... panglima atm boleh merangkap sbg pengerusi so atm sendiri yg supervise projek tuh......... baru bajet boleh salur ke secret projek......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 09:10 AM | Show all posts
Tak perlu gusar pengurangan peruntukan ATM

Oleh AZMI HASSAN

SETIAP pembentangan bajet sudah pasti menarik perhatian rakyat kerana kandungannya akan menentukan hala tuju pembangunan negara. Bajet 2010 yang baru selesai dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas adalah begitu bermakna kerana bajet sulung sebagai Perdana Menteri tetapi juga ia merupakan manifestasi gambaran Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

Sememangnya tidak dapat dinafikan setiap sektor perancangan Bajet 2010 memberi tumpuan kepada kepentingan kesejahteraan rakyat terutama dalam hal ehwal kesihatan dan pendidikan. Strategi sebegini adalah bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang masih belum pulih dengan sempurna, peruntukan setiap sektor sudah pasti akan berkurangan mengikut kepentingan tanggungjawab masing-masing. Untuk lebih spesifik lagi strategi Bajet 2010 yang bertemakan "1Malaysia, Kemakmuran Bersama" begitu berkait rapat dan selari dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Paling menarik sekali ialah jumlah peruntukan pembangunan yang disediakan untuk sektor pertahanan dan keselamatan yang merupakan tonggak utama salah satu NKRA untuk mengurangkan indeks kadar jenayah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) umpamanya diperuntukkan sejumlah RM1 bilion yang antara lain digunakan untuk mempertingkatkan kecekapan anggota keselamatan dan perkhidmatan mereka.

Sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula diberi peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion yang agak berkurangan jika dibandingkan dengan peruntukan pada tahun lepas sebanyak RM2.3 bilion.

Peruntukan pembangunan ATM adalah penting kerana ia bakal menentukan strategi pertahanan negara kerana ia berkait rapat dengan perolehan aset ketenteraan yang canggih.

Kepentingan peruntukan pembangunan yang lumayan adalah terserlah lebih-lebih lagi ketika ATM sedang merealisasikan agenda transformasi melalui Pelan Pembangunan Dimensi Keempat ATM (4D MAF) yang dilancarkan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin baru-baru ini.

Lebih menarik lagi kejayaan transformasi 4D MAF bukan sahaja bergantung kepada peruntukan pembangunan Bajet 2010 tetapi juga peruntukan dalam RMK-10.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akur dengan keputusan kerajaan mengurangkan perbelanjaan pembangunan itu, tetapi menarik apabila beliau memberi tekanan bahawa pada masa sama segala keperluan ATM tidak boleh dilambat dan dipinggirkan.

"Kementerian tetap akan mempertingkatkan keupayaan aset pertahanan, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan asas ATM walaupun peruntukan berkurangan," ujar beliau.

Paling memberangsangkan ialah apabila beliau menegaskan kementeriannya mempunyai kaedah pembiayaan tertentu yang selari dengan apa yang disarankan oleh Perdana Menteri untuk mewujudkan pendekatan inisiatif perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta.

Malaysia tidak boleh mengambil pendekatan pertahanan Singapura umpamanya kerana Angkatan Tentera Singapura (SAF) mampu menyusun strategi pertahanan mereka dengan begitu rapi kerana mempunyai peruntukan tahunan yang agak lumayan sehingga mencapai 6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Seperti mana ATM sedang menuju ke arah transformasi 4D MAF, SAF juga mempunyai strategi selari yang digelar transformasi 3G (Generasi ke-3) setiap cabang angkatan tentera mereka.

Tentera Udara Singapura (RSAF) umpamanya mempunyai RSAF 3G yang menekankan keupayaan pertahanan udara paling canggih sebagai asas pertahanan mereka.

Apakah rakyat Malaysia perlu khuatir dan gusar dengan pengurangan peruntukan pembangunan ATM? Kebimbangan ini merupakan persoalan yang logik kerana ia bukan sahaja berkait rapat dengan strategi pertahanan negara tetapi juga pelaksanaan dasar luar.

Tetapi satu perkara yang menarik mengenai sektor pertahanan negara adalah wujudnya industri pertahanan yang begitu sihat dan berdaya saing.

Senario sebegini adalah penting kerana ia merupakan tunjang asas kejayaan perkongsian pintar di antara Kementerian Pertahanan dan pihak swasta.

Contoh yang begitu nyata adalah industri pertahanan dalam bidang aeroangkasa umpamanya adalah begitu dinamik dan berdaya saing yang pada ketika ini melibatkan lebih daripada 120 syarikat. Setiap tahun industri aeroangkasa negara menjanakan jumlah pulangan sebanyak RM12 bilion yang memberi gambaran aktiviti industri yang sihat.

Lebih menarik lagi ialah apabila Singapura telah meletakkan asas kemakmuran industri pertahanan mereka sebagai salah satu faktor utama doktrin pertahanan yang mementingkan konsep cegah rintang sebagai asas kekuatan mereka.

Kementerian Pertahanan sepatutnya tidak mempunyai masalah menjalinkan inisiatif awam dan swasta sebagai menampung kekurangan peruntukan pembangunan ATM kerana selama ini kerajaan telah melaksanakan dasar pertahanan yang mesra dengan industri pertahanan negara.

Kewujudan Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MDIC) iaitu gabungan kerjasama di antara kerajaan, industri dan universiti adalah manifestasi kerjasama di antara semua pihak yang terlibat dalam sektor pertahanan. MDIC yang mempunyai sekretariat di Kementerian Pertahanan ditubuhkan pada tahun 1999.

Sebenarnya pengurangan peruntukan pembangunan ATM bagi tahun 2010 dianggap sebagai satu rahmat kerana ia menuntut pihak yang bertanggung jawab dalam pertahanan negara supaya lebih proaktif melaksanakan tanggung jawab mereka.

Dalam hal ini kerjasama yang lebih erat di antara Kementerian Pertahanan, industri dan universiti perlu dijalinkan untuk kepentingan pertahanan dan kedaulatan negara.

Penulis ialah GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Felo Pelawat ISIS Malaysia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.068884 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list