CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20779|Reply: 81

[R-TV] Raja Lawak 4 - Kump Kecik Juara!!

[Copy link]
Post time 4-10-2009 10:55 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 8-3-2010 09:29

Afdlin, Din Beramboi, Bob Lokman tarikan utama Raja Lawak 4!
Oleh SHAHRIL ADZRIN



Antara individu penting dalam  Raja Lawak 4 dari kiri: Bob Lokman, Afdlin Shauki, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, Zizan dan Johan Raja Lawak. - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG


SELEPAS menobatkan kumpulan Sepah sebagai juara Raja Lawak musim ketiga, Astro meneruskan lagi inisiatifnya bagi mencari pelapis dalam bidang komedi menerusi satu-satunya pertandingan realiti untuk mencari bakat lawak di Malaysia iaitu Raja Lawak yang kini memasuki musim keempat.

Walaupun masih mengekalkan konsep pertandingan yang sama, Raja Lawak musim keempat ini bakal menampilkan sedikit kelainan apabila mendapat kerjasama tiga pelawak serba boleh iaitu Afdlin Shauki, Din Beramboi dan Bob Lokman.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, kombinasi juri bagi musim keempat ini dilihat sebagai pilihan terbaik dan melalui kredibiliti mereka juga dapat meningkatkan lagi rating rancangan ini dengan membawa para juri terlibat sebahagian dalam persembahan bukan sekadar memberi kritikan sahaja.

"Kami melihat kombinasi juri pada musim keempat ini sebagai pilihan terbaik dan percaya kredibiliti mereka mampu mengangkat hiburan komedi ke satu peringkat yang lebih tinggi.

"Pengalaman mereka dalam bidang seni juga merupakan satu bonus dalam menghujahkan kritikan-kritikan yang bernas pada setiap minggu.

"Selain itu kami ingin membawa para juri terlibat sebahagian dalam persembahan bukan sekadar memberi kritikan sahaja sebaliknya turut berlakon untuk memberi impak dalam Raja Lawak musim keempat ini.

"Kita juga berharap rating rancangan ini akan lebih meningkat contohnya dengan penampilan Afdlin Shauki penonton yang tinggal di kawasan bandar akan lebih ramai yang menonton rancangan ini," katanya pada sesi santai Raja Lawak bersama media di restoran Marche Movenpick, The Curve baru-baru ini.




Bob Lokman yang turut hadir mengatakan dia begitu mengagumi juri American Idol, Simon Cowell kerana mampu memberikan kritikan yang jujur dan menjadi seorang juri yang berlakon di dalam rancangan tersebut.

"Saya sebenarnya agak risau untuk menjadi juri di mana jika saya memberikan kritikan yang jujur ianya mungkin akan melemahkan semangat peserta dan pada masa yang sama penonton jadi tidak suka.

"Setiap apa kritikan saya sebenarnya bukanlah untuk penampilan tetapi untuk mengajar peserta agar menjadi yang terbaik dalam berbagai situasi.

"Saya amat mengagumi Simon Cowell kerana dia merupakan seorang juri yang serba boleh, dia mampu memberikan kritikan yang jujur dan pada masa yang sama dia boleh berlakon di dalam rancangan tersebut untuk menjadikannya lebih menarik," jelasnya.

Bagi Afdlin Shauki pula dia mengambil peluang ini untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk diserapkan dalam produksinya dan memberi peluang kepada mereka menunjukkan bakat yang mereka ada.


Dua juri yang dipilih bagi Raja Lawak 4, Bob Lokman (kiri) dan Afdlin Shauki.



"Saya menggunakan peluang ini untuk mencari bakat-bakat baru untuk diserapkan ke dalam produksi saya dan saya berada di dalam posisi membantu karier pelakon-pelakon baru yang bagus pada penilaian saya.

"Jadi saya akan cuba ketengahkan bakat mereka sama ada melalui hasil kerja saya mahupun melibatkan mereka di dalam program-program Astro.

"Bagaimanapun saya sudah bersedia untuk terus menyiksa bakal-bakal peserta Raja Lawak musim keempat tetapi dengan cara melawak juga, kita tidak boleh terlalu keras, tetapi perlu beri kritikan yang jujur agar mereka sedar kedudukan mereka," katanya yang teruja dipilih menjadi juri.

Pemenang tempat kedua dan ketiga Raja Lawak musim pertama, Johan dan Zizan sekali lagi akan menggalas tugas bagi mengacarakan program ini tiga tahun berturut-turut dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta dalam merebut gelaran Raja Lawak Astro.


Johan dan Zizan terus dipilih mengacarakan Raja Lawak buat tiga tahun berturut-turut.


Sesi ujibakat akan memulakan penjelajahannya bermula di Plaza Kotaraya, Johor Bahru pada 17 dan 18 Oktober, Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 24 dan 25 Oktober, Megamall Kuantan, Pahang pada 31 Oktober dan 1 November, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 7 dan 8 November dan One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah pada 14 dan 15 November.

Kesemua sesi ujibakat akan bermula pada jam 10 pagi hingga 6 petang. Raja Lawak musim keempat akan mula menemui para penonton pada 26 Disember 2009 pada jam 8.30 malam di saluran Astro Prima.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2009 01:03 AM | Show all posts
macam dah hilang seri la raja lawak ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 04:47 PM | Show all posts
Motifff ada lagi Raja Lawak nih? Ramai sangat ker yg undi Raja Lawak musim ke-3 tu sampai nak buat musim ke 4?? Yang Sepah tu pon nan hadooo
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 08:25 AM | Show all posts
macam dah hilang seri la raja lawak ni....
patt_sue Post at 5-10-2009 01:03

Tak la. RAJA LAWAK (RL) tetap ramai penontonnya sebab tahun depan kalau start bulan 1 dan habis bulan 3, dorg tgk Piala Dunia 2010. Sambil2 kita menghadapi Piala Dunia, sambil2 kita rilek dulu ngan RL.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2009 10:23 AM | Show all posts
Sesi uji bakat Raja Lawak musim keempat bermula Sabtu
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my

SELEPAS melahirkan juara pelawak ala kampung, Yus, pelawak remaja alaf baru, Nabil dan pelawak yang diibarat kelahiran semula tiga sahabat dalam filem Seniman Bujang Lapok, Sepah, program realiti yang mencari pelawak pelapis, Raja Lawak bakal memasuki musim ke empat tidak lama lagi.

Program Raja Lawak musim keempat yang akan mula disiarkan stesen televisyen rasmi, Astro Prima pada 26 November ini sedang rancak menyediakan persiapan yang kini memasuki peringkat uji bakat bermula 17 Oktober ini sehingga 15 November depan di lima zon Timur, Utara, Selatan, Tengah dan Sabah.

Pencarian bakat baru ini dilihat lebih mencabar apabila juara yang bakal dinobatkan dalam tempoh 10 minggu bermula tarikh pertama siarannya menepati pelbagai pakej dalam bidang seni dan penyiaran.

Pengurus Saluran Prima, Nizam Sani berkata, sasarannya kini melahirkan pelawak yang mempunyai pakej agar dapat mengisi kekosongan pelbagai program terbitan Astro tidak lama lagi.

“Astro mempunyai platform yang cukup kukuh untuk artis keluarannya. Tahun ini kita mencari bakat pelawak yang mempunyai pakej bukan saja pandai berlawak tetapi mampu mengawal pelbagai situasi apabila berada di pentas.

“Selepas tiga musim program ini berjalan, saya dapati sambutan semakin meningkat. Kita sedar program ini mempunyai pengikut yang cukup ramai dari pelbagai kaum.

“Buat pertama kalinya, program ini akan ke negeri Sabah untuk mengadakan uji bakat kerana kita menerima permintaan yang tinggi daripada penduduk sana. Biarpun masih mengekalkan konsep, namun program kerjasama Astro dan Homegrown akan memperkenalkan tiga juri baru.

“Bagi melahirkan bakat pelawak yang menepati pakej yang ingin kita lahirkan, kami turut mendapat kerjasama tiga selebriti popular tanah air yang bakal mengubah program ini lebih meriah iaitu pelakon dan pengarah Afdlin Shauki, penyampai radio, Din Beramboi dan pengacara TV, Bob Lokman yang juga dilantik sebagai juri tetap setiap minggu.

“Kami memilih kombinasi juri ini sebagai pilihan terbaik dan percaya kredibiliti mereka mampu mengangkat hiburan komedi ke satu peringkat yang lebih tinggi. Pengalaman mereka dalam bidang seni juga adalah satu bonus dalam memberi hujah kritikan yang bernas setiap minggu,” katanya.

Menurut Afdlin, kesempatan yang diberi untuk terbabit sama dalam program ini sebagai membantu bakat baru untuk dijadikan pelapis pelawak yang sedia ada.

“Sebenarnya sejak Raja Lawak musim kedua lagi saya ditawar Astro untuk terbabit sama tetapi jadual yang padat membuatkan saya menolak secara baik. Nampaknya mereka tidak serik untuk memanggil saya sekali lagi menyebabkan saya tidak ada pilihan. Lebih-lebih lagi gandingan seperti Din Beramboi dan Bob Lokman membuatkan saya lebih bersemangat untuk turut serta,” katanya.

Afdlin juga tidak mempunyai masalah untuk menarik sesiapa saja peserta yang berbakat untuk terbabit sama dalam projek filem selepas ini.

“Ini juga memberi peluang untuk melihat peserta yang berbakat untuk terbabit sama di dalam pembikinan filem saya selepas ini. Saya berharap mereka cuba mencari kelainan di dalam bidang lawak ini agar mudah untuk dikesan,” katanya lagi.

Bagi Bob Lokman pula, sejak musim pertama lagi, program ini tidak pernah terkecuali ditontonnya memandangkan lawak adalah sebahagian daripada terapi dirinya.

“Saya tidak pernah terkecuali menonton program ini. Bagi saya lawak adalah lakonan individu. Sepanjang pengamatan saya, peserta yang tidak dapat memberi penghayatan dalam lawaknya adalah disebabkan dia tidak boleh membalas situasi yang sedang dia hadapi.

“Bukan semua peserta yang terkeluar itu tidak bagus, tetapi tidak dapat membiasakan diri dengan situasi yang sedang dihadapi membuatkan dia tidak mampu memberikan lawak yang spontan,” katanya yang menasihatkan peserta agar harus ada keberanian dan keyakinan dalam diri.

Lokasi dan Tarikh uji bakat

17 & 18 Oktober - Plaza Kota Raya, Johor Bahru
24 & 25 Oktober - Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang
31 Oktober & 1 November - Megamall, Kuantan, Pahang
7 & 8 November - Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
14 & 15 November - One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 01:40 PM | Show all posts
Haku bukan undi mereka tapi haku cuma nonton saja tau. Sambil2 kita menghadapi Piala Dunia yg bakal berlangsung bulan ENAM nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2009 11:49 PM | Show all posts
tadi tgk diorang uji bakat kat kotaraya...
cam kureng je persembahan masing2...

tapi lawak  JoZan masih yang terbaik
best jumpa diorang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 10:15 PM | Show all posts
dh buleh byg mmg hos lg lawak dr peserta....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2009 08:23 AM | Show all posts
Haku tetap akan tgk juga, lagipun ia start bulan SATU dan habis bulan TIGA. Sesuai la kalau kita hadapi Piala Dunia musim panas tahun dpn.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 03:38 AM | Show all posts
Tgk sebab Jozan & juri2 jek...ske gabungan Afdlin, Bob & Din Beramboi, klako2 n laser2 sumenye..x sabar nak tgk camne juri2 nih interact ngan dak hos 2eko tu musim neh
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 10:09 AM | Show all posts
Tgk sebab Jozan & juri2 jek...ske gabungan Afdlin, Bob & Din Beramboi, klako2 n laser2 sumenye..x sabar nak tgk camne juri2 nih interact ngan dak hos 2eko tu musim neh
SaVilara Post at 2-11-2009 03:38

ada din beramboi mesti lawak giler cmpur dgn jozan gamat ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2009 12:11 PM | Show all posts
Cabaran baru Raja Lawak

Oleh KHADIJAH IBRAHIM


ANTARA peserta yang membuat persembahan pada sesi uji bakat Raja Lawak di Johor Bahru, baru-baru ini.

EMPAT tahun lalu sewaktu pihak Astro memperkenalkan program Raja Lawak iaitu sebuah rancangan realiti televisyen bagi mencari pelapis dalam bidang komedi ia kurang mendapat sambutan.

Namun, apabila program tersebut memasuki tahun kedua dengan menabalkan Nabil sebagai juara, senarionya berubah.

Program realiti itu berjaya menarik perhatian ramai yang ingin mencuba nasib.

Justeru, sebagai meneruskan kejayaan itu, Astro mengadakan uji bakat pertama di Plaza Kotaraya, Johor Bahru baru-baru ini dan kira-kira 250 peserta telah mencuba nasib.

Menurut Penerbit Eksekutif program tersebut, Mohd. Hanizam Abdul Hamid, kali ini para peserta dilihat lebih bersedia sebelum membuat persembahan di atas pentas.

"Kami mengadakan uji bakat selama dua hari. Pada hari pertama, ramai yang datang menonton persembahan peserta lain untuk dijadikan rujukan.

"Pada hari terakhir barulah mereka daftar nama sebagai peserta. Untuk uji bakat di Johor, Din Beramboi diberi tanggungjawab untuk memilih peserta," katanya kepada Hits sewaktu ditemui pada sesi uji bakat baru-baru ini.

Untuk musim ke empat ini, selain Din Beramboi, Afdlin Shauki dan pengacara popular, Bob Lokman disenaraikan sebagai juri tetap setiap minggu.

Katanya, pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

"Peserta haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi selain perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh tiga minit.

"Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang tanpa mengira bangsa dan yang penting mesti berusia 18 tahun ke atas," ujarnya lagi.

Jelas Hanizam, para peserta dinilai berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan.

Menurutnya, selepas Johor Bahru pencarian para peserta Raja Lawak musim keempat telah diadakan di Pulau Pinang dan Kuantan Parade, Kuantan, Pahang pada 31 Oktober dan 1 November lalu.

Uji bakat seterusnya akan diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 6 dan 7 November serta di One Borneo, Sabah seminggu selepas itu.

Sementara itu, pemenang tempat kedua dan ketiga Raja Lawak musim pertama, Johan dan Zizan yang turut menceriakan peserta sewaktu uji bakat, sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai hos program ini untuk tiga tahun berturut-turut.

Raja Lawak musim keempat akan mula menemui para penonton pada 26 Disember depan bermula pukul 8.30 malam di saluran Prima (saluran 105, Astro).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 09:21 PM | Show all posts
Ini Barisan Peserta Raja Lawak 4!




Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2009: Tidak seperti musim yang sebelumnya, tiada satu pun peserta wanita yang layak menyertai pertandingan Raja Lawak Musim Ke-4 (RL4) pada kali ini.

Sebaliknya, RL4 kali ini semuanya didominasi 6 peserta solo lelaki dan 4 peserta berkumpulan lelaki yang telah diuji bakat di 5 lokasi yang berbeza iaitu Kuantan, Pahang; Johor Bahru, Johor; Pulau Pinang; Shah Alam, Selangor dan Kota Kinabalu, Sabah.

Kesemua 6 peserta solo lelaki tersebut termasuklah Alexander Ahat atau Alex dari Sabah; Khairul Idlan Abd Razak atau Idlan (Kedah); Ahmad Zaidi B. Masri atau JD (Perak); Abdul Halim Bin Abd Malek atau Caca (Kedah); Khairul Faiz Bin Sulaiman atau Faiz (Perak) dan Zulkefli Abu Bakar atau Aman (Johor). Manakala 4 peserta berkumpulan terdiri daripada kumpulan AN2 (Johor), Kecik (Sabah), Mamu (Pulau Pinang) dan Wili (Perak) .


Kumpulan AN2 dianggotai Rossshahrizal Bachok atau Ijal dan Raja Nor Shafiq Azrie Shah Raja Azhar Lotfie atau Tepet; Kecik (Mohd Ilham Rusdy atau Achoe, Safuan Mdeaming atau Wan), Mamu (Abu Musarrif Abu Bakar atau Abu, Wan Azrul Azizan atau Ajo) dan Wili (Ismawira Bahdun atau Wira dan Mohammad Ali Maula Ahmad atau Ali Black).

Apa yang menarik, RL4 kali ini menyaksikan pembabitan peserta solo dan berkumpulan dari Sabah buat julung kali pertamanya iaitu Alex dan kumpulan Kecik.

Salah seorang peserta yang turut menarik perhatian dalam RL4 kali ini ialah JD. Selain bertuags sebagai jurutera bunyi, JD juga mempunyai kemampuan untuk bercakap fasih dalam bahasa Jepun.

Tidak kurang juga dengan Faiz yang menjadi peserta paling muda menyertai RL4 kali ini, manakala Ali Black dari kumpulan Wili pula disangka berbangsa India padahal dia berdarah Mamak.

Jangan lupa menonton dan memberikan sokongan kepada mereka menerusi RL4 hanya di Astro!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 09:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2009 10:38 AM | Show all posts
Pertaruhan 'Kelakar Tak Ingat' Raja Lawak 4

Oleh WAHI AZIZ


Peserta-peserta Raja Lawak musim ke-4.-foto Utusan

PROGRAM realiti bakat komedi, Raja Lawak Astro bakal kembali untuk musim keempat dengan tema 'Kelakar Tak Ingat', bermula 24 Disember ini.

Lebih segar dan lucu, kembara Raja Lawak diteruskan dengan mempertaruhkan tema ini agar diterima sebagai sebuah program hiburan yang benar-benar santai dan ringan.

Jika musim lalu, Raja Lawak boleh berbangga dengan pencapaiannya apabila jumlah penonton yang menyaksikan pertandingan akhir berjaya meraih 1.3 juta penonton dan sekaligus mengatasi penonton yang menyaksikan pertandingan akhir Akademi Fantasia 7, cabaran untuk menarik lebih ramai penonton kali ini lebih besar dan berat.

Atas dasar itu, program musim ini cuba menyajikan santapan komedi yang lebih ringan, santai dan dekat dengan jiwa penonton.

Sebagai pertaruhan, tulang belakang program Raja Lawak yang diketuai oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, telah memilih tema 'Kelakar Tak Ingat' yang disifatkan sebagai sesuatu yang sinonim bukan sahaja pada elemen komedi malah juga peminat program ini.

"Tema 'Kelakar Tak Ingat' ini mudah difahami, ringkas dan bersesuaian sekali untuk pengisian komedi yang bakal kami tampilkan di musim ini.

"Ia juga satu tema yang sinonim untuk menggambarkan tahap kelucuan, jenaka dan hiburan yang dipersembahkan oleh peserta dan program ini secara keseluruhannya," jelasnya.

Tambah Nizam, relevannya pemilihan tema itu untuk musim ini adalah berdasarkan kajian demografik yang dijalankan ke atas penonton program ini.


Barisan juri Raja Lawak musim ke-4.

Raja Lawak, yang rata-ratanya diminati oleh penonton luar bandar dan kampung ini telah membuatkan kami sepakat untuk mengetengahkan tema 'Kelakar Tak Ingat' ini dengan keyakinan, program musim ini mampu untuk menampilkan elemen komedi yang benar-benar lucu dan lebih menghiburkan.

"Berdasarkan kajian penonton yang dijalankan, kami mengenalpasti penonton sasaran program ini terdiri daripada penonton luar bandar dan kampung.

"Sebagai usaha kami untuk terus mendekati penonton sasaran, kami memutuskan untuk menggunakan tema ini pada musim ini.

"Barisan juri tetap dan peserta musim ini juga boleh dianggap sebagai lebih lawak dan kelakar, di mana kami yakin ia mampu untuk menarik lebih ramai penonton berbanding musim-musim yang lalu.

"Jadi, tidak keterlaluan jika saya sifatkan musim baru ini adalah musim yang paling kelakar dan menghiburkan sejak Raja Lawak bermula empat tahun lalu," kata Nizam.

Masih mengekalkan format permarkahan lama, nasib peserta musim ini juga ditentukan sepenuhnya oleh penonton menerusi sistem pesanan ringkas (sms).

Pengkritik tetap yang dipertanggungjawabkan untuk memberi tunjuk ajar, komen dan panduan kepada semua finalis terdiri daripada pelakon dan penggiat seni serba boleh Afdlin Shauki, penyampai radio dan pelawak Din Beramboi serta pelawak dan pengacara Bob Lokman.

Menampilkan 10 finalis, musim keempat ini bakal membariskan enam peserta solo iaitu Alex atau Alexander Ahat, 28 (Sabah), Aman atau Zulkefli Abu Bakar, 28 (Johor), Caca atau Abdul Halim Abdul Malek, 31 (Kedah), Faiz atau Khairul Faiz Sulaiman, 18 (Perak), Idlan atau Khairul Idlan Abdul Razak, 21 (Kedah) dan JD atau Ahmad Zaidi Masri, 30 (Perak).

Sementara empat kumpulan yang bakal bersaing ialah kumpulan Kecik yang dianggotai Achoe atau Mohd Ilham Rusdy, 19 dan Wan atau Safuan Madeaming (Sabah), kumpulan Mamu yang terdiri daripada Ajo atau Wan Azrul Azizan, 24 dan Abu atau Abu Musarrif Abu Bakar, 21 (Pulau Pinang), kumpulan An2 - Ijal atau Rosshahrizal Bachok, 24 dan Tepet atau Raja Nor Shafiq Azraie Shah, 20 (Johor) dan kumpulan Wili yang menggabungkan Wira atau Ismawira Bahdun, 22 dan Ali Black atau Mohammad Ali Maula Ahmad, 24, masing-masing dari KL dan Perak.

Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal menyaksikan sedutan-sedutan dari sesi ujibakat musim ini menerusi Al-Kisah Raja Lawak Astro sebanyak dua episod pada 24 dan 25 Disember 2009, jam 9 malam.

Ceritera Raja Lawak Astro yang memaparkan segala gelagat, aktiviti dan rutin harian finalis akan membuka tirai tahun 2010 apabila disiarkan pada 1 Januari 2010.

Sedikit berbeza daripada musim lalu, Gelanggang Raja Lawak yang bersiaran pada hari Jumaat, bagaimanapun akan bertukar siarannya pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 3 Januari 2010 pada musim ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 12:52 AM | Show all posts
harap2 RL4 xde yg buat lwk 'bodo' mcm man belon dan amir......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2009 02:25 AM | Show all posts
dah start belum ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:15 AM | Show all posts
Gelanggang RL4 kali ni hari Ahad jam 9.00 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 04:02 PM | Show all posts
So far, aku tertarik ngan JD, Faiz dan Alex.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 09:07 PM | Show all posts
Sedang melayan gelanggang raja lawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.087303 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list