CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hardeyboyz

(Ћ)?Spurs:- Who need Bale? we Got Ada Bahayo!

[Copy link]
Post time 25-4-2010 12:19 AM | Show all posts
Man Utd vs Tottenham match highlight:

http://bit.ly/bvWMJJ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 01:36 PM | Show all posts
Spurs mula intai tangga ketiga

MANCHESTER - Harry Red- knapp meramalkan Tottenham Hotspur mampu mengakhiri saingan Liga Perdana England musim ini di tangga ketiga sekiranya mereka mencipta kemenangan ke atas Manchester City awal pagi esok.

Pengurus Spurs itu mahu membuktikan teori bahawa slot ke Liga Juara-Juara dan juga perebutan kejuaraan liga kini tidak lagi menjadi hak mutlak Manchester United, Chelsea atau Arsenal.

Jika Spurs menang ke atas City, kedudukan tangga keempat sah akan menjadi milik mereka, sekali gus layak ke kempen Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab itu.

"Kami semakin mendekati Arsenal musim ini. Jumlah mata sendiri telah menunjukkan yang kami tidak lagi berjuta batu jauh dari mereka.

"Tetapi City tetap berbahaya dan mereka memiliki pemain yang bagus. Mereka sentiasa memberi ancaman dengan jentera serangan dibarisi Adam Johnson, Carlos Tevez, Craig Bellamy dan Emmanuel Adebayor.

"Ia barisan yang cukup kuat tetapi kami juga memiliki jentera yang baik dan mampu menghadirkan masalah buat mereka," kata Redknapp.

Pengurus City, Roberto Mancini yakin para pemainnya mampu meraih kemenangan sambil berharap para penyokong mereka memainkan peranan pada aksi di laman sendiri itu.

"Kami mahu penyokong menjadi pemain ke-12, ke-13 atau ke-14 bagi pasukan kami. Mereka cukup hebat dan saya mahu mereka berada di belakang pasukan dari minit pertama sehingga wisel penamat.

"Ia umpama aksi final bagi kami. Kami cukup berkeyakinan tinggi selepas menewaskan Aston Villa dan kini sedang fokus untuk menghasilkan keputusan sama ketika bertemu Tottenham," kata Mancini. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 03:38 PM | Show all posts
go go citeh!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 03:44 PM | Show all posts
go go spur
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 04:04 PM | Show all posts
seri jer malam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 05:45 AM | Show all posts
tahniah..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2010 10:08 AM | Show all posts
tahniah redknapp
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 01:13 PM | Show all posts
Man City vs Tottenham match highlight:

http://bit.ly/coEVLQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 01:50 PM | Show all posts
Tandukan Crouch pastikan Spurs tempah tiket ke Piala Liga Juara-Juara Eropah


2010/05/06

LONDON: Tottenham Hotspur menempah tiket ke pusingan awal Piala Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas mencatatkan kemenangan dramatik 1-0 ke atas Manchester City, awal pagi tadi, hasil tandukan pada minit terakhir Peter Crouch.

Susulan kemenangan itu, pasukan Harry Redknapp akan menamatkan musim ini di tempat ke-empat dengan memiliki kelebihan empat mata, dengan hanya berbaki satu perlawanan. Redknapp berkata: "Ia adalah hebat. Musim ini sangat hebat bagi kami, di mana pasukan ini menampilkan permainan yang bagus sepanjang musim dan kami berhak. Ia juga malam yang hebat, di mana kami menunjukkan aksi yang bagus dan saya dapat melihat gol pasti akan muncul. Crouchy juga hebat, dengan mengetuai barisan hadapan, sukar dipercayai . Prestasi yang ditunjukkan juga adalah bagus."  Kali terakhir Spurs menyertai Piala Eropah adalah pada musim 1961 dan mereka berhak untuk menentang antara yang terbaik di rantau ini sekali lagi selepas mempamerkan persembahan bertenaga menerusi penguasaan di sepanjang perlawanan.

Pasukan utara London itu yang bertungkus lumus untuk memenangi perlawanan itu akhirnya berjaya mendapatkan gol yang dinantikan pada minit ke-82 selepas menanduk masuk bola tampanan penjaga gol City, Marton Fulop pada jarak dekat. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 05:09 PM | Show all posts
yeahh..padan muke city..padan muke pool!!...

next season kick arsenal plak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 02:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 03:46 PM | Show all posts
season ni  nak menambahkan bilangan pemain croatia
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 02:26 PM | Show all posts
Spurs, City tumpul

PEMAIN Tottenham Hotspur, Peter Crouch (tengah) diapit pemain Manchester City, Shaun Wright-Philips (kiri) dan Kolo Toure dalam aksi Liga Perdana England di White Hart Lane, London semalam. – REUTERS



LONDON – Joe Hart menyelamatkan beberapa percubaan bertaraf dunia untuk membantu pasukan yang berbelanja besar, Manchester City membawa pulang satu mata di White Hart Lane apabila mengikat Tottenham 0-0 dalam aksi pembukaan Liga Perdana England, semalam.
Penjaga gol England itu, yang tersenarai dalam kesebelasan utama mengenepikan penjaga gol No.1, Shay Given menyelamatkan percubaan Jermain Defoe, Tom Huddlestone dan Benoit Assou-Ekotto pada aksi separuh masa pertama yang dikuasai oleh Spurs.
City, yang sudah berbelanja lebih 100 juta pound (RM490 juta) setakat ini untuk membeli nama-nama besar, termasuk penyerang Inter Milan, Mario Balotelli bagaimanapun jarang mengancam penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes.
Aksi separuh masa pertama memperlihatkan tuan rumah mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun ketangkasan penjaga gol, City, Hart menafikan pasukan bimbingan Harry Redknapp itu untuk berada di depan.
Pada minit keenam, Hart bertindak tangkas apabila menepis tandukan Peter Crouch selepas menerima hantaran lintang daripada Gareth Bale. Dia sekali lagi menyelamatkan keadaan lima minit kemudian selepas menolak sepakan akrobatik Defoe.
Pengurus City, Roberto Mancini wajar memilih Hart sebagai penjaga gol utamanya musim ini jika prestasinya semalam menjadi ukuran. Hart turut menafikan rembatan lencong dari jarak jauh yang dilakukan pertahanan Spurs, Assou-Ekotto pada minit ke-18.
Spurs turut gagal mendapatkan gol pada minit ke-31apabila percubaan leret Bale dari dalam kotak petak penalti terkena tiang, sebelum rembatan susulan oleh Aaronn Lennon berjaya dihalang pertahanan City, Vincent Kompany.
Satu lagi peluang keemasan Spurs hadir apabila rembatan Defoe pada minit ke-33 melantun antara Hart dan Kolo Toure sebelum bergolek melepasi penjaga gol itu namun Defoe gagal melakukan rembatan susulan tatkala diberi tekanan oleh pertahanan City.
City mula menunjukkan peningkatan pada babak kedua, di mana peluang terbaik hadir pada minit ke-51 apabila sepakan lambung Yaya Toure menuju ke arah David Silva, namun pemain Sepanyol itu gagal mencari penyudah.
Selepas buntu mencari gol, Redknapp menggantikan Defoe dan Crouch dengan Roman Pavlyuchenko dan Robbie Keane, namun ia masih tidak menghasilkan sebarang gol. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2010 07:44 AM | Show all posts
aduh... kalau dpaat malukan city nih bleh la aku edit tajuk thread best best sket{:2_70:}
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 10:30 AM | Show all posts
Liga Juara-juara: Young Boys tundukkan Tottenham

18/08/2010
9:13am


BERN, Switzerland 18 Ogos - Kelab Young Boys mengejutkan Tottenham apabila berjaya menundukkan kelab England itu 3-2 pada perlawanan pertama Liga Juara-juara di sini, awal pagi ini.

Kelab Switzerland itu mendahului 3-0 dalam masa 28 minit pertama hasil jaringan Senad Lulic, Henri Bienvenu dan Xavier Hochstrasser.

Bagaimanapun, Tottenham berjaya merapatkan jurang menerusi Sebastian Bassong pada minit ke-42 dan Roman Pavlyuchenko minit ke-82 perlawanan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada perlawanan kedua playoff itu di London pada 25 Ogos ini.

Lain-lain keputusan:

Dynamo Kiev (Ukraine) 1 - Ajax Amsterdam (Belanda) 1

Rosenborg Trondheim (Norway) 2 - FC Copenhagen (Denmark) 1

Sparta Prague (Rep. Czech) 0 - Zilina (Slovakia) 2

Zenit St Petersburg (Russia) 1 - Auxerre (Perancis) 0

- Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 10:26 PM | Show all posts
baru 1st leg kat WHL nanti pulun abis2 ler..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2010 02:59 PM | Show all posts
kalah?tapi team ni x patut masuk dalam PES 2011.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 08:42 AM | Show all posts
kalah?tapi team ni x patut masuk dalam PES 2011.
roblucci Post at 21-8-2010 14:59


ya aku setuju giler boring team ni masuk PES 2011.paling hina masuk la chelsea ka arsenal ka ok jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 08:56 AM | Show all posts
spurs layak ke peringkat kumpulan..tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 10:20 AM | Show all posts
haa kau...4 bijik tak berbalas boboi kene
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.456652 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list