CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 27394|Reply: 75

Penggali kubur/tukang mandi mayat/rumah mayat/pakar bedah mayat/muzium etc

[Copy link]
Post time 22-5-2009 07:25 AM | Show all posts |Read mode
Eksentrik pemindah kubur

Shun Feng mengakui tidak pernah gentar berdepan dengan benda ghaib mahupun roh kerana percaya hantu dan roh jahat tidak dapat menjejaskan individu yang berniat baik.



DENGAN menggunakan peralatan biasaseperti cangkul dan bakul rotan, mereka menggali tanah, pasir dan simenyang dibina untuk si mati yang dipercayai seorang individu kaya.

WONG Shun Feng menyatakan pengalaman melihat hantu, mengalami fenomena luar biasa dan dinasihati dewa-dewa merupakan sebahagian asam garam dalam pekerjaannya.

Dikenali dengan panggilan Tua Ya Pek iaitu nama dewa kematian dalam kalangan rakan-rakannya, Shun Feng adalah seorang penggali kubur yang bertugas memindahkan mayat ke kawasan perkuburan baru di Singapura bagi memberi ruang pada pembangunan di negara itu.

Menurut kepercayaan Taoisme, Shun Feng adalah antara orang yang perlu memberi penghormatan kepada si mati sebelum mereka meneruskan perjalanan ke liang lahat yang baru.

Tugas yang dijalankannya adalah menghantar mereka (roh-roh) ke satu tempat rehat baru untuk memberi ruang bagi pembangunan jalan raya,perumahan dan perkhidmatan awam.

Bagaimanapun, menurut Shun Feng, kerja menggali kubur menjadi sukar kerana roh si mati enggan berpindah dan tidak mahu jasad mereka diganggu.

"Saya pernah melihat roh-roh melayang di sebelah saya apabila menggali kubur mereka dan ada juga yang berbisik dengan berkata, Ah Tee (pemuda), jangan pindahkan saya," kata Shun Feng sambil mengimbas peristiwa itu secara tepat.

Menurutnya, bukan semua roh berkelakuan baik.

Lelaki yang berusia 53 tahun dan mempunyai pengalaman menggali kubur selama lebih daripada 30 tahun itu berkata, pernah sekali, sebatang pokok berhampiran sebuah kubur yang digalinya bergoncang walaupun tiada angin bertiup.

Dia juga pernah 'dihukum' oleh roh-roh kerana tidak menghormati mereka apabila bersumpah di tanah perkuburan.

"Pada sebelah petang setelah selesai menggali, tangan kiri saya terasa lumpuh kerana mencarut di kawasan kubur. Saya kembali pulih pada keesokan harinya," ujar Shun Feng.



ADA KALANYA kerja-kerja menggali kubur menjadi sukar kerana roh si mati enggan berpindah dan tidak mahu jasad mereka diganggu.

Shun Feng mengakui tidak pernah gentar berdepan dengan benda ghaib mahupun roh kerana percaya bahawa hantu dan roh jahat tidak dapat menjejaskan individu yang berniat baik.

Bagaimanapun, dia risau kemungkinan besar masyarakat tempatan memandang rendah terhadapnya kerana menganggap pekerjaan itu ketinggalan zaman.

"Orang ramai menganggap pekerjaan ini bercanggah dengan pantang larang keagamaan, namun saya selesa dengan pekerjaan ini," katanya.

Dalam pada itu, seorang lelaki pendek tekun melukis pelbagai jenis tatu di atas badan Shun Feng. Tatu yang dilukis itu memaparkan imej-imej Tua Ya Pek dan Li Ya Pek dan ia merentasi dada dan belakang badan Shun Feng.

Katanya, imej dua dewa Taoisme itu bertanggungjawab menjaga roh-roh dan bukan dilukis sebagai bahan hiasan diri.

"Saya memuja dan menghormati tuhan, jika tidak mengapa saya hendak mencacah mereka pada badan saya," kata Shun Feng yang turut mendakwa beliau pernah melihat penjelmaan tuhan dan mendapat pengajaran tentang kehidupan menerusi pekerjaannya.

Kerja-kerja menggali yang diselia oleh pihak berkuasa tanah di Singapura untuk memindah dan membersihkan tanah perkuburan yang terletak di utara negara itu, memerlukan khidmat Shun Feng dan tigaorang rakannya yang menggali hampir tiga jam sebuah lubang sempit sedalam empat meter (12 kaki).

Dengan menggunakan peralatan biasa seperti cangkul dan bakul rotan,mereka menggali tanah, pasir dan simen yang dibina untuk si mati yang dipercayai seorang individu kaya.



Mengumpil penutup keranda, Shun Feng dan seorang lagi penggali kubur mengumpul tulang-tulang dan mencucinya dengan air beras sebelum menyerah ketulan tulang itu kepada kaum keluarga yang memberi sampul merah mengandungi wang sebagai tanda penghargaan.

Sampul-sampul tersebut menjadi sumber pendapatan penggali-penggali kubur berkenaan kerana bayaran sebanyak AS$65 (RM227) untuk setiap penggalian hanya boleh dimiliki seorang individu sahaja maka penggali tersebut memperoleh sampul itu secara bergilir-gilir.

"Pendapatan yang diterima tidak tetap. Ia bergantung pada sikap murah hati kaum keluarga yang menyediakan sampul merah itu," ujar Shen Fung.

Memandangkan pekerjaan itu tidak stabil, dia terpaksa mencari pendapatan sampingan dengan melakukan kerja-kerja seperti mengecat rumah dan membaik pulih.

Bagaimanapun, buat masa ini, tangannya 'penuh dengan wang' kerana tanah perkuburan Guang Xiao Shan seluas 7,000 meter persegi yang terletak berhampiran sempadan Malaysia memerlukan khidmatnya untuk menukar wajah kawasan itu sebagai gudang kereta api.

Fasa pembangunan di Singapura memberi pengertian bahawa di antara tahun 1970 dan 1998, lebih daripada 240,000 buah kubur yang terletak di100 tanah perkuburan telah digali.

Menurut Shun Feng, kesemua si mati termasuk mereka yang menjadi 'ahli' baru mesti ditenteramkan.

"Hantu sama seperti manusia. Mereka juga memiliki perasaan.Bagaimana emosi anda jika terpaksa berpindah selepas tinggal di sesuatu tempat selama 50 tahun?"soalnya.

Apabila ditanya mengenai hari terakhirnya sebagai penggali dan pemindah kubur, Shun Feng mengangkat bahu dan menuding pada tatu yang menunjukkan imej dewa Li Ya Pek tersenyum dengan tenang.

"Saya belum berfikir mengenai perkara tersebut. Lihatlah apa yang dikatakan oleh 'abang besar' saya," ujarnya sambil ketawa. - AFP


/-ni kisah seorang penggali kubur bangsa cina.

[ Last edited by  Syd at 15-6-2009 13:07 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2009 08:17 AM | Show all posts
  urmm.... tak kira penggali kubo bangsa apapun.. musti ada pengalaman yg menakutkan.. Tapi haku rasa.. antara manyak2 kubo.. Kubo owg India agama Hindu & kubo owang Siam memang KERAS...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 08:50 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

fangirl post

what a hot body, tapi byk tattoo
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 09:08 AM | Show all posts
  urmm.... tak kira penggali kubo bangsa apapun.. musti ada pengalaman yg menakutkan.. Tapi haku rasa.. antara manyak2 kubo.. Kubo owg India agama Hindu & kubo owang Siam memang KERAS...


Akupun rasa camtu...selepas templer park menuju ke rawang, sebelum sampai kg Batu 16 sebelah hutan tu ada kubur india...serammmm!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 09:19 AM | Show all posts
so...pd sesaper yg pernah berpengalaman sebagai penggali kubur...sedara mara...tak kisah la saper2...critekanlah pengalaman anda ....takkan takder pengalaman yg menakutkan kot...konpem ada nya....pengalaman2 tersebut boleh dijadikan iktibar pd kita yg masih hidup ni kan...selalunya baca kat majalah cam mastika je...tp nakkan real experience dr korang plak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by Santeira at 22-5-2009 08:50
fangirl post

what a hot body, tapi byk tattoo


indeed! cam bob harper kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2009 10:05 AM | Show all posts

Reply #3 Santeira's post

nko dah ckp mcm tu..
aku pung ter'paksa' laa luahkan isik hati ku



aku ekceli merembes skit ngan orang bertatu-tatu nih




tapi takat tgk jelah..

agama kita larang benda2 tu...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2009 10:06 AM | Show all posts

Reply #5 medangmru's post

medang,

aku banyak baca pasal kisah kubur-kubur, tukang mandi mayat etc nih
kat buku Tok Awang Ngah jerk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2009 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 22-5-2009 09:19
so...pd sesaper yg pernah berpengalaman sebagai penggali kubur...sedara mara...tak kisah la saper2...critekanlah pengalaman anda ....takkan takder pengalaman yg menakutkan kot...konpem ada nya... ...


takde mod mru
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 11:21 AM | Show all posts

Reply #5 medangmru's post

dulu masa aku keja kat kg kalau ada kematian selalu gak aku join gotong royong gali kuboq...takde laa apa yg misterinya pun cuma takat jumpa akor kayu...errr kaca tu biasa laaa

menda menda misteri takde laa jumpa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2009 12:29 PM | Show all posts
yang selalu dok baca dorang citer

kalau mata mayat berkedip ke apa..

ada sthing wrong laa..

ni orang jaman dedulu laa dok citer semua ni..

(ada kisah sebalik kisah katanya....)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2009 12:50 PM | Show all posts
Pengalaman Ganjil tukang mandi mayat

Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.

Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang ke bawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an tahun itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

“Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula,”

pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juru urus jenazah wanita yang dipanggil untuk menguruskan satu jenazah lain.

“Insya-Allah,”

jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.

“Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,”

kata penggali kubur tersebut.

“Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikuti saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.

Satu demi satu ayat suci saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah Al-Fatihah, ketiga-tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tiadak lama kemudian gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah, tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah jatuh sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sediakala.

Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah, gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak, wallahu’alam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz Al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

“Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat Al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.”

Cerita asal: Ustaz Haron Ibrahim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2009 01:02 PM | Show all posts
Pada suatu dahulu,seorang wanita muslimah meninggal dunia d Madinah.Dijadikan cerita,keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat,tetapi wanita(tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.      

                   Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu,wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji.Wanita(tukang memandikan mayat) itu berkata,"kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!"                                                      
                  
                    Astaghfirullahhalazim,tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya.Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal.Orang-orang yang berada d luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.      
                  
                    Setelah pihak keluarga menyusul,barulah mereka tahu apa yang terjadi.Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama' d Madinah.Ada ulama' yang menyuruh tangan wanita itu dpotong dan dtanam bersama mayat tersebut.Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi.      

                    Ulama' Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut,samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu.Setelah keputusan ini tidak dapat dbuat,mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a.      

                    Selepas mendengar cerita itu,Imam Malik r.a.terus datang ke tempat kejadian.Lalu beliau minta dberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab.Ia bertanya kepada juru mandi itu(dari bilik hijab),"katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?"Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal,"Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"      
               
                    Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat ,"Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat.Ia telah melanggar hudud Allah Ta'ala,menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang.Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat...".

     Setelah hukuman itu djalankan,barulah kedua tangan wanita itu terlepas dangan sendirinya!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 01:31 PM | Show all posts
menarik...byk pengalam n pengajaran dari benang nih....
nk lagi...nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 01:55 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

perrgh !
rilek je membe pilih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2009 02:11 PM | Show all posts
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustadz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, ustadz menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya ustadz dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Ustadz membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba ustadz lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya ustadz tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati ustadz mula bertanya-tanya. Ustadz terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Ustadz keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala ustadz; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran ustadz.

Sedang ustadz termenung tiba-tiba ustadz dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah ustadz. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan ustadz. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Ustadz dengar anak ustadz meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi ustadz nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati ustadz ada sedikit tanda tanya,namun ustadz membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Ustadz tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?" tanya ustadz. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul.

" kata ustadz. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Ustadz tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar ustadz bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada ustadz apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya ustadz. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Ustadz ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,ustadz tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata ustadz untuk menggertaknya. Bila ustadz berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak ustadz ni memang baik, patuh dan taat kepada ustadz. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam
hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan ustadz.

Teringat ustadz kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian ustadz pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, ustadz kembali ke rumah semula. Ustadz perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati ustadz begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ustadz hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, ustadz berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan ustadz itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Ustadz ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Ustadz terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui ustadz pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, ustadz yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan ustadz.

Ia mengingatkan ustadz kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2009 02:22 PM | Show all posts
[quote] Jenazah imam tidak reput


"KOTA TINGGI: 揑nilah pengalaman pertama saya sebagai penggali kubur selama lebih 30 tahun menyaksikan jenazah dalam bentuk hampir sempurna ditemui semasa kerja menggali semula,
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 22-5-2009 10:06 AM
medang,

aku banyak baca pasal kisah kubur-kubur, tukang mandi mayat etc nih
kat buku Tok Awang Ngah jerk



aku mmg peminat Tok awang ngah tu...selain Tamar Jalis....tah mana pergi buku2 tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by sepaileman at 22-5-2009 11:21 AM
dulu masa aku keja kat kg kalau ada kematian selalu gak aku join gotong royong gali kuboq...takde laa apa yg misterinya pun cuma takat jumpa akor kayu...errr kaca tu biasa laaa

menda menda mi ...


cuba ko jadik penggali kubur sepenuh masa sepai...konpem akan alami mende2 seram tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by raudah at 22-5-2009 11:03 AM


takde mod mru


cettttttttt......sedara mara takkan takder kot oda....citer atas citer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.464099 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list