CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7979|Reply: 157

Berhati-hati dengan budak ni

[Copy link]
Post time 21-4-2009 01:24 AM | Show all posts |Read mode
(saya copy dari ondscene.blogspot.com )



Ketika sedang minum berseorangan di sebuah restoran berhampiran Ampang Point 3 malam yang lalu, saya memerhatikan gelagat seorang budak anggaran usia 10 hingga 12 tahun.
Setiap meja dia berjaya mengutip sekurang-kurangnya RM1 dengan hanya berbekalkan sekeping kertas fotostat.
Meja di depan saya, dengan senang hati 5 orang dari mereka menghulurkan RM1 seorang (menjadikan RM5), di sebelah kanan saya, RM2 malah ada satu keluarga sehinggakan anak-anak mereka menghulurkan duit syiling kepada budak terbabit.
Tiba giliran saya, saya memandang tepat ke arah budak berbaju merah jambu itu.
"Bagi aku kertas yang kau pegang tu?"
Bagaimanapun, budak itu hanya menunjukkan kertas itu kepada saya untuk membolehkan saya membacanya dari jauh.



BAGI AKU KERTAS TU?!!!"
Ketika itu, berpuluh mata dah menengok ke arah saya, dan ada yang sanggup berhenti makan semata-mata terkejut agaknya apabila saya meninggikan suara.
Maaf, saya terpaksa berrcakap kuat, kerana suasana restoran yang bising.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2009 01:26 AM | Show all posts
BAGI AKU KERTAS TU. AKU NAK BACA!!!"
Saya ulang kali ketiga.
Budak itu perlahan-lahan, hulurkan kertas itu dan saya membeleknya.
Ia merupakan kertas yang difotostat - sebelahnya adalah salinan Penyata Akaun Individu Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bulan Julai 2008



Nama: Sakinah Abd manaf
Alamat : No 7-A Blok 1E
Ampang Tasik Permai
68000 Ampang Selangor
Tarikh 21/07/2008
Kod Pelanggan : M988356
Status Pelanggan : Individu
No K/P : UNHCR
No Telefon : 0123981505
Baki tunggakan ialah RM 3,261-00
Saya belek muka sebelah, dan ia merupakan surat yang ditujukan kepada mangsa seperti anda.


SAYA TAIP SEMULA DAN MENGEKALKAN EJAAN YANG DITAIP PADA KERTAS ITU)
ASALAMUALAIKUM
PERHOMATAN KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
Saya bernama ADALA HASAN BIN HUSAIN. saya meminta tolong dan derma IKLAS daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Saya seorang anak yatim dengan adik beradik adalah (3) tiga orang. Saya adalah anak yang kedua dalam kelaurga. Saya ingin meminta derma IKLAS untuk emak saya kini menghadapi penyakit jantung dan darah tinggi. Sekarang mak saya kena masuk ke hospital di H.U.K.M cheras dan pihak hospital memberitahu saya bahawa mak punya bil perubatan kena dibayar sejumlah RM3,481-00
Oleh demikian. Saya yang mampu membayar kepada bil mak saya sejumlah RM600.00 sahaja. Saya berharap pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat menolong mak saya untuk mengatasi masalah bil perubatan yang tinggi ini secepat mungkin.
Saya mengucapkan ribua terima kasih atas tolongan daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2009 01:29 AM | Show all posts
Dan , untuk menguatkan sangkaan saya , budak itu adalah sebenarnya menipu, saya mengujinya dengan beberapa soalan.
Dia menjawab dengan agak gelisah beberapa soalan saya. Katanya dia datang menaiki bas rapid KL (siap tunjuk tiket bas) berseorangan.
Menurutnya, dia tinggal dengan mak dan seorang abang dan adiknya di sebuah rumah flet di Ampang tasik Permai. Surat itu ditulis oleh abangnya. Dah dua tiga minggu dia minta derma katanya.



Kau jangan nak tipulah. Mana IC kau?
Tak de IC
Kau Myanmar kan?
Ye
Mana kad kau (kad UNHCR)
Di rumah.
Dengan muka minta simpati, dia meminta saya pulangkan kertas yang saya ambil dari dia. tapi saya minta dia keluarkan semua duit dalam koceknya. Saya tak tahu berapa, tetapi segumpal duit RM1 dari kocek baju dikeluarkannya.
Setelah berpuashati bahawa banyak keterangan budak tu bercanggah, saya bertanyakan satu soalan cepumas...
Ok, kau kata mak kau sakit kan, ok sekarang kau ikut aku pergi rumah kau.
Serentak, muka budak tu berubah menjadi pucat dan tergamam.
Ikut aku. pergi rumah kau. Naik kereta aku!!!
Dan, ribut tidak, gempabumi pun tidak, budak itu sepantas kilat lari lintang pukang...!!!
15 minit kemudian, saya menaiki kereta dan cuba berpusing di dalam kawasan sekitar Ampang Point.
Seperti yang dijangka, budak tadi saya lihat dengan selamba berjalan dengan seorang kanak-kanak perempuan (saya agak, itulah adik dia, usia dalam 5-6 tahun). bagaimanapun dia tidak tahu saya memerhatikan dia.
Akhirnya, dia menghilangkan diri menaiki tangga ke dalam Ampang Point.
(Setelah saya semak, alamat yang tertera pada Penyata itu adalah palsu...)
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 01:33 AM | Show all posts
bagus la ko...

zaman skang mmg susah nk pecaya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 01:34 AM | Show all posts

Balas #3 matjab\ catat

ni citer amende? garangnye pakcik

sian budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 01:37 AM | Show all posts
budak myanmar ke ni?

macam2 skrg erk...aku rase ramai lagi yg buat mcm ni...
ni kesan kegawatan ekonomi laa ni....jenayah meningkat, yg menipu pun ramai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2009 01:41 AM | Show all posts
Org kitakan pemurah...mana ada masa nak baca2 surat tu...bagi jer sengget suruh dia blaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 01:56 AM | Show all posts
kadang2 aku teringin gk nk wat cam brader nih buat time org mintak derma..tp aku xder keberanian mcm dia

skg mmg ramai yg menipu..serba salah jgk kn nk bg derma ke x....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2009 02:03 AM | Show all posts
bagus usaha bro nih....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 02:03 AM | Show all posts
malaysia perlukan ramai org mcm ko ni..br pgemis pendatang ni xbrani bt onar..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 02:07 AM | Show all posts
huiyooooo.....cayala p.cik!!!!

seb baikla aku ni jenis ssh nak kasik derma kat org......
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 02:30 AM | Show all posts
Bagus Matjab nih....

apa kata ko pegi kat depan area RHB Ampang Point tu, Maybank pon ok gak....pastu ko kasi tengking sedas-dua... kat bebudak cha ya nun aliff....yg dok sibuk mengejar org ramai yg withdraw duit , or kuar masuk bank....jual kad GORES & MENANG...!!! penipu...!!!

Aku sket lagi nak bertumbuk kat sorang budak tu pakai baju kemeja putih , suar tuck in....tapi kemeja cam tak basuh 3 bulan.
aku cakap aku tak nak beli kad dia....dia halang jalan aku...aku cakap aku nak cepat nak amik anak aku kat sekolah...dah tak reti bahasa...pehtu dia bole maki dedepan aku cakap C*BAI.....sib baik ada sorang Chinese guy nih...datang tolak budak tu ketepi...ish....kurang hajar betul..:@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 02:40 AM | Show all posts
bg aku...........kita x dipaksa kena bg ke tak kalo org mintak derma........
cian plak ak rs kt bdk tuh..........
adela sbbya kan..........
nenek ak penah nasehat kt aku la kan.......
kalo org dtg mintak derma....kita tnye sbb ape....
then kalo org tu ckp derma tu tuk msjid, kuarga skit ke hape ke....
kita just percaya je.....
kalo dia tipu....tu urusan dier ngan ALLAH....
kalo nk kasik...kasikla derma tu ngan niat y ikhlas....
but then kalo ko was-was.....n xmau kasik....xyah la kasik....
tp tu la kalo dibiarkan pon....tkt makin berleluasa plak kan.........
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 02:46 AM | Show all posts
kalau ada org mintak derma, aku offer makanan n minuman je... kalau x nak, sila blah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 02:49 AM | Show all posts

Balas #12 mangkuk\ catat

Itu semua anak didik dari jalan petaling tuh...
takdak sifat belas kasih sama pelanggan.

Bebudak camni dah kena balun dengan orang ramai pun tak mau insaf punya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 03:00 AM | Show all posts
Originally posted by nicrye at 21-4-2009 02:40
bg aku...........kita x dipaksa kena bg ke tak kalo org mintak derma........
cian plak ak rs kt bdk tuh..........
adela sbbya kan..........
nenek ak penah nasehat kt aku la kan.......
kalo or ...

sorry to say la..
tapi pemikiran lama camtu la yg org tertindas..budaya TAK PE LAA... BIAR LAAA... TU HAL DIA DGN TUHAN LAA...
menyebabkan org yg zalim semakin zalim...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2009 03:03 AM | Show all posts
Originally posted by peYno at 21-4-2009 03:00

sorry to say la..
tapi pemikiran lama camtu la yg org tertindas..budaya TAK PE LAA... BIAR LAAA... TU HAL DIA DGN TUHAN LAA...
menyebabkan org yg zalim semakin zalim...


yup.. sengaja membiarkan diri sendiri kena tipu pun x leh gak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 03:06 AM | Show all posts
Originally posted by nicrye at 21-4-2009 02:40
bg aku...........kita x dipaksa kena bg ke tak kalo org mintak derma........
cian plak ak rs kt bdk tuh..........
adela sbbya kan..........
nenek ak penah nasehat kt aku la kan.......
kalo or ...


yup.....mmg org x paksa...nak derma, derma, xnak derma sudah....tp agak2la pon nak bagi derma...tiap2 kali org dtg mintak derma xkan sumer nak bagi...

ngan aku xdenya kesian..lagi2 klu dia follow jek..naik seriau aku dibuatnya....:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 03:06 AM | Show all posts
Originally posted by mziskandar at 21-4-2009 03:03


yup.. sengaja membiarkan diri sendiri kena tipu pun x leh gak...

off topic sat.. tapi terus terang cakap.. org2 tua melayu mmg ramai pemikiran cam tu dan sebab tu mereka sokong UMNO dan UMNO pon mmg suka kalau sume org melayu berfikiran cam ni

" DIa nak rasuah ke.. BIARLA>. TU HAL DIA DGN TUHAN"..kata2 salah sorang makcik penyokong setia UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 03:07 AM | Show all posts
Originally posted by peYno at 21-4-2009 03:06

off topic sat.. tapi terus terang cakap.. org2 tua melayu mmg ramai pemikiran cam tu dan sebab tu mereka sokong UMNO dan UMNO pon mmg suka kalau sume org melayu berfikiran cam ni

" DIa nak r ...


yg penting sokong tetap sokong ye x??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.103751 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list