CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27194|Reply: 37

Anak yang suka hentak kepala kat lantai or apa2 bila mengamok

[Copy link]
Post time 9-12-2008 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Salam.
Kami ada masalah skit pasal anak kami yg umor 11 bulan ni.
Masalahnya ialah bila x dpt satu2 benda... dia suka sembamkan/hantuk kepala kat lantai (actually atas tilam, pandai plak dia pilih tempat) or dada kami. Memula rasa takde apa. Tapi bila dah kerap sgt mula rasa risau.

Normal ke perkara tu pd anak yg blom sethn? Kalo ada yang tahu kenapa, mengapa dan sebab apa sudilah kiranya share dgn kami.

Terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2008 09:13 PM | Show all posts
attention seeker kotss...lagik satu agaknyer dia tak reti lagik nak sampaikan sesuatu pada parents..like nak makan..nak susu..or even nak parents join dia mainn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 09:16 PM | Show all posts

Reply #2 honeybee1802's post

kalo lapo, mengantuk dia tak mcm tu.
ni bila dia pegang sesuatu or nak amek sesuatu tp kami tak kasik or amek dr tangan dia.
mesti dia buat cam gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 09:22 PM | Show all posts
cam anak aku sejak umur 1thn setengah hantuk kepala sampai sekarang umur 4 thn hantuk kepala kat dinding nga lantai kalau ada sesuatu yang dia tak dapat atau nak .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 09:28 PM | Show all posts
ok. ni artikel yg kami dpt. tengah2 cari lagik ni.

Anak Hantukkan Kepala, Perlukah Saya Risau  
Adakah anak anda menghantukkan kepalanya ke dinding atau lantai ketika marah? Perlukah anda risau?

Dua puluh peratus daripada kanak-kanak yang sihat melalui tabiat ini untuk seketika. Lazimnya, bermula umur setahun setengah (errr...anak kami 11 bulan dah start bt kelaku cam gini ) dan berakhir secara spontan menjelang umur empat tahun.

Biasanya kanak-kanak menghantukkan kepalanya kepada objek keras bila mengantuk, atau ketika rasa sedih, marah (ketika tantrum/mengamuk). Hantukan ini biasanya berlangsung selama beberapa minit dan mungkin sehingga satu jam.

Apa yang mempengaruhi tabiat ini?


    * kanak-kanak diabaikan (atau rasa diabaikan) - mahukan perhatian.
    * kanak-kanak yang mempunyai perkembangan lambat.
    * kanak-kanak autistik, buta atau pekak.
    * lelaki (lelaki lebih 3 kali ganda daripada perempuan).
    * semakin kita melarang, semakin kerap mereka melakukannya.
    * anak-anak mahu rasa selesa akibat jangkitan pada telinga atau sedang tumbuh gigi.

Apa yang perlu anda lakukan?

    * Jangan terlalu risau kerana ia adalah normal.
    * Ubah perhatian anak anda dengan mengajaknya melakukan perkara lain.
    * Buat tak nampak (selagi tak bahaya)
    * Jangan terlalu ikutkan kemahuan anak kerana ini satu cara anak anda 'mengugut' anda.
    * Peka kepada keperluan emosi anak anda supaya dia tak rasa terabai.
    * Letihkan anak anda dengan aktiviti seperti bersenam untuk mengelakkan tabiat ini.
    * Lakukan rutin menidurkan anak s.

Kenapa anda tak perlu risau?

    * Tabiat ini akan hilangan dengan sendirinya.
    * Kanak-kanak yang sihat tidak akan mengalami kecederaan serius akibat tabiatnya ini.
    * Rasa kesakitan mengelakkan mereka dari menghentak dengan kuat.
    * Tenaga mereka tidak cukup kuat untuk menghasilkan tekanan hantukan yang boleh menyebabkan kerosakan otak.
    * Kepala kanak-kanak ini boleh menahan trauma yang menjadi kebiasaan ketika belajar jalan dan memanjat.

Bila anda perlu risau?

    * Anak masih menghantuk kepalanya selepas umur 3 tahun perlu diberi pemeriksaan lanjut.
    * Anak masih menghantukkan kepalanya walaupun kepalanya sudah cedera. Tabiat ini mungkin gejala autism.

Sumber:

    * Head Banging, Dr Greene
    * Head Banging, Babycenter
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 09:34 PM | Show all posts
saya lebih suka hantar dia kat rumah pengasuh sebab kat sana dia jadi budak baik tapi bila balik rumah dia macam dendam silap sikit mengamuk dan hantuk kepala.... ada masa dia suruh saya pukul dia kalau kita buat tak tahu dia akan pukul kepalanya sendiri...kadang kala sampai bergegar dinding rumah .
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-12-2008 09:41 PM | Show all posts
Hentak kepala (Head banging)

Apabila anak kita mula mengamalkan tabiat hentak/hantuk kepala, kita naik risau dan bimbang mungkinkah ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak.

Dua puluh peratus daripada kanak-kanak yang sihat melalui tabiat ini seketika. Lazimnya, umur bermula setahun setengah dan berakhir secara spontan menjelang umur empat tahun.

Lelaki adalah tiga kali lebih kerap memperoleh tabiat ini daripada perempuan. Kanak-kanak yang berusia lebih empat tahun dan masih mempunyai tabiat ini haruslah dibawa menjalani pemeriksaan lanjut.

Selalunya, kanak-kanak meninggalkan tabiat ini dengan sendiri ketika membesar tetapi kita boleh cuba mempercepatkan proses ini dengan mengamalkan cara sambil lewa bila ia berlaku.

Tabiat ini menjadi satu cara kanak-kanak 憁engugut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 09:45 PM | Show all posts

Reply #6 notiey's post

dah 4 tahun yer anak notiey skang? kat umah pengasuh dia ok ker? dia jadik baik sbb pengasuh garang sgt kat dia ker? sori banyak tanya.

kami baca Dr kata jgn risau. tp hati ni tetap risau blla tengok dia bt kelaku cam gitu. tambah pulak anak kami blom setahun lagik ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2008 09:50 PM | Show all posts
anak member kite dia dulu ms tak reti ckp, ske hantuk2 jugak..but once dia leh ckp nak itu ini..mende tuh berkurang n hilang ngan sendiri...betul kata doc tuh..kalo dah 3 years still head banging, i think he/she need pro attention..sbb certain budak autism ske buat mende gini..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 09:58 PM | Show all posts
Scary tenguk anak hantuk kepala.  Cuba alihkan their attention - distraction technique.  Even though I have read the above article which says its a normal behaviour - I still think any head banging should be avoided.   Sometimes the injury tak immediately noticeable.  

So, the best thing to do is to quickly pick up the child and soothe him/her.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 10:09 PM | Show all posts
kne bg perhatian bg kes2 mcm nie. nnt klu x, bila budak tue dah berumur skit 4-6taun, takut kes makin teruk. slalu nmpk, klu bebudak g shopping ngn mak pak dia, then x dpt brg2 yg dia nk, then dia nangis2 atas lantai smbil kencing. lagi naya kan klu anak dah jd smp ke tahap mcm tue.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 10:19 PM | Show all posts
sebenarnya anak kami ni tak dok dgn kami. dia dok dgn maktok dia ie mak kami. kat sana dia paling kecik so jadik yg paling manjalah skang. kami balik seminggu 2,3 kali tgk dia.

rasanya dia mula start bt kelaku cam gini dah nak sebulan. mmg nampak baru tp susah ati bila tgk or dengar mak bgtau. kuat sgt mengamok dia skang ni. nak kata dia ada mslh perkembangan takdak plak. tp nampak hyperaktif. susah nak tgk dia dok diam walopon seminit. gigi plak sebatang pon blom tumbuh lagik. kalo ikot baya dia at least dah adalah jugak gigi kan. tu yg kengkadang ada gak cakap dgn dia blom tumbuh gigi dah pandai nak mengamok melawan.

yang ketara skang ni nampak dia mmg cepat mengamok kalo x dpt apa2. kami x mo dia terus buat kelaku cam gitu sampai besor. tp takkan nak ikot je apa yg dia nak buat utk elak dia dr hantok/sembam kepala. masalah nanti tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 10:27 PM | Show all posts

Reply #10 AnitaSabrina's post

slalunya bila dia bt cam gitu kami kasik balik brg yg dia pegang tu takpon benda lain.
kalo dia sembam kat dada kami suka bila dia angkat pala dia kami main cak cak dgn dia. so dia stop.
tp dah jadik habit dia skang ni. cuma nasib baik dia x buat kat lantai or dinding.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 10:29 PM | Show all posts

Reply #11 nafham's post

satu perkara yg amat2 kami nak elakkan. jgnlah dia buat cam gitu sampai besor.
skang ni pon dia dah pandai merajok.

[ Last edited by  Claudia_Lestat at 9-12-2008 10:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 10:30 PM | Show all posts
kat rumah orang dia jadi teramat baik satu barang kaca pun tak usik... rumah dia banyak perhiasan ...tapi bila balik rumah tak pernah diam dari jam 6 sampai 10 mlm mulut dia tak berhenti bercakap ... bayangkan dia meniti rak tv yang cuma ada ruang 3 inci shja ...dia jln berjengket.dr kata hyper tapi yang heran bila kami adaje dia buat perangai .bila kena tinggal kat rumah orang dua hari pun tak apa....tapi kami yang tak lelap tidur mlm.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 10:41 PM | Show all posts

Reply #15 notiey's post

errr...mcm anak kami jugaklah. kalo jumpa org luar semua kata dia good boy. nampak innocent je. takdak nak bt kelaku. tp bila dgn kami or maktok tokwan dia startlah dia bt peel.
slalu bila tidokan dia kami cakap2 dgn dia soh dia jadik good boy, jgn cepat mengamok or merajok.
sbb kalo lambat kasik dia susu or suap makan mesti merajok. paling ke kiri ke kanan dia tak mo.
tambah plak kelaku hentak/hempas kepala ngan badan dia. susah ati dah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2008 10:50 PM | Show all posts
anak tuan rumah ni anak no 1 or 2
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 11:37 PM | Show all posts

Reply #5 Claudia_Lestat's post

artikel itu lupa menyebut yang anak2 berperangai begitu juga menunjukkan tanda2 yg dia bakal jadi ahli gusti terkenal bila dah besar
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 08:00 AM | Show all posts
anak saya umur 18 bulan pun macam tu gak..kalau tak layan kehendak dia dia baring le kat lantai. kalau terhentak kuat sikit tu ngangis pulak. kalau dah merajuk macam tu kalau tak pujuk takdenya bangun.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 10:44 AM | Show all posts
anak i baru 9 bulan dia suka hentak2 kaki kalau tak dpt ape yg dia nak.. i risau dia jadi hot temper aje.. ikutkan cara nyer memang mcm tu aje..   risau la.. hentak2 kaki then marah a.. then merajuk duduk hujung satu corner.. kesian tgk dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.184445 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list