CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9548|Reply: 0

Khalifah Harun Ar-Rasyid dan Khalifah Al-Makmun Pencinta Ilmu Pengetahuan

[Copy link]
Post time 18-10-2008 02:02 AM | Show all posts |Read mode
Khalifah Harun al-Rasyid

Harun Ar-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 24 Mac 809, di Thus, Khurasan.

Harun Ar-Rasyid adalah khalifah kelima dari Bani Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803. Ayahandanya bernama Muhammad Al-Mahdi, khalifah yang ketiga dan abangnya, Musa Al-Hadi adalah khalifah yang keempat. Ibundanya, Jurasyiyah al-Khayzuran berasal dari Yaman.

Walaupun berasal dari dinasti Abbasiyah, Harun Ar-Rasyid dekat dengan keluarga Barmaki dari Parsi (Iran). Ketika masa mudanya, Harun banyak belajar dari Yahya ibn Khalid Al-Barmak.

Era pemerintahan Harun, yang dilanjutkan oleh Ma'mun Ar-Rasyid, dikenali sebagai Zaman Keemasan Islam kerana ketika itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.

Pada masa pemerintahannya, beliau:
  • Mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.
  • Membangunkan kota Baghdad dengan bangunan-bangunan megah.
  • Membangunkan tempat-tempat ibadat.
  • Membangunkan prasarana pendidikan, kesihatan, dan perdagangan.
  • Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai lembaga penterjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.
  • Membangunkan majlis Al-Muzakarah, iaitu lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana.

Pemerintahan14 September 786 - 24 Mac 809
15 Rabiul awal 170H - 3 Jamadil akhir 193H
Lahir17 Mac 763
Rayy
Mangkat24 Mac 809
PendahuluAbu Abdullah Musa bin Mahdi al-Hadi
PenggantiMuhammad bin Harun al-Amin
DinastiBani Abbasiyah
AyahandaMuhammad bin Mansur al-Mahdi
BondaAl-Khayzuran






Khalifah Al-Makmun

Khalifah Abu Jafar al-Ma'mun ibn Harun (14 September 786 - 9 Ogos 833), sering dikenali sebagai Al-Ma'mun atau Al-Makmun (المأمون) merupakan seorang khalifah Kerajaan Bani Abbasiyyah dari 813 sehingga 833 Masihi. Baginda merupakan anakanda Khalifah Harun Al-Rasyid, dan menjadi khalifah selepas menggantikan adiknya, Al-Amin.

Tamadun yang dibina Al-Makmun
Zaman pemerintahan Al-Ma'mun melihat perkembangan pesat dalam falsafah dan sains, terutamanya dalam penterjemahan karya Yunani purba. Al-Ma'mun menjemput cendekiawan berbilang agama ke Baghdad, serta mengumpulkan karya terkenal dari Empayar Byzantine untuk diterjemahkan kepada bahasa Arab.

Baitul Hikmah (بيت الحكمة Bayt al-Hikma; Rumah Kebijaksanaan), sebuah perpustakaan dan institut terjemahan di Baghdad yang ditubuhkan oleh al-Ma'mun dianggap pusat intelektual utama Zaman Kegemilangan Islam.

Kontroversi minha
Dalam usaha untuk mengukuhkan kuasa dan menguji ketaatan rakyatnya, al-Ma'mun mahukan golongan elit, cendekiawan, hakim dan pegawai kerajaan lain untuk menjalani siri ujian (minha) berkenaan teologi dan kepercayaan. Hukum bagi mereka yang gagal dalam minha termasuk hukuman bunuh.

Kontroversi yang menyelubungi minha diburukkan dengan simpati al-Ma'mun kepada aliran Muktazilah dan pandangan kontroversi lain. Aliran Muktazilah yang dipengaruhi oleh pengaruh Aristotle dan rasionalisme Greek mengatakan perkara yang berkaitan kepercayaan dan amalan haruslah disandarkan dengan akal. Ini bertentangan dengan pandangan Ahmad ibn Hanbal dan yang lain, yang berpandangan kepercayaan dan amalan sudah termaktub dalam Quran dan Hadith. Muktazilah juga percaya yang Quran itu adalah makhluk, kepercayaan yang ditolak oleh ulama' tradisional. Asas aliran Muktazilah yang berasal dari tamadun Greece yang pagan juga jauh merengganggan aliran itu dengan majoriti ulama' Islam.

Walaupun minha diteruskan dalam zaman dua orang lagi khalifah selepas itu, al-Mutawakkil meninggalkannya pada tahun 848. Kegagalan minha merosakkan reputasi khalifah yang hilang kuasa ke atas bidang keagamaan terhadap golongan ulama.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.751243 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list