View: 9855|Reply: 187
|
Bulan depan tariff elektrik naik - bos2 TNB naik gaji 100%
[Copy link]
|
|
dari bernama:
http://bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=340075
Jangan Iri Hati Kenaikan Gaji Pegawai Tinggi Syarikat Berkaitan Kerajaan, Kata Khazanah
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd, cabangpelaburan kerajaan, hari ini mempertahankan cadangan kenaikan gaji bagipegawai tinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dengan alasanpewujudan nilai dipertingkat, pertimbangan yang berhati-hati danpengekalan pekerja mahir.
Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar berkata Buku Biru (BlueBook) Khazanah, yang memperincikan imbuhan eksekutif, cuba untukmenginstitusikan bahawa "kami tidak boleh membayar terlalu rendah, kamitidak sepatutnya membayar terlalu tinggi, tetapi kami perlu membayarsecukupnya dan kami perlu membayar secara adil".
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai beberapatulisan blog yang mempersoalkan tentang mengapa pegawai-pegawai tinggiTenaga Nasional Bhd mendapat kenaikan gaji yang besar dalam keadaankemungkinan berlakunya kelembapan ekonomi berikutan kenaikan hargabahan api dan makanan.
Azman berkata selepas perbahasan menyeluruh empat hingga lima tahun lalu, Khazanah memutuskan purata standard bagi gaji asas.
Tetapi pada masa yang sama, ia juga menaikkan jumlah asas imbuhanbagi gaji termasuk bonus, selagi ia pembiayaan sendiri, katanya.
"Syarikat Malaysia secara puratanya membayar bonus tiga bulan. Apayang kami katakan ialah kami akan membayar lebih, selagi syarikat danpemegang saham mendapat lebih daripada itu. Ia bermakna nilai perludiwujudkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlisperasmian bengkel kerja MIT Sloan Global Entrepreneurship Lab Programmeyang dikelolakan oleh Khazanah.
"Ia tujuan yang paling penting. Ia berasaskan prestasi, doronganinsentif dan pembiayaan sendiri. Kami tidak mengambil wang daripadasesiapa tetapi kami mewujudkan lebih banyak nilai," katanya.
Menurut Azman, bayaran yang tinggi itu setimpal dengan permintaanyang semakin meningkat terhadap pekerja mahir tempatan di luar negara.
"Pekerja mahir Malaysia mendapat permintaan tinggi di TimurTengah, China, Asean dan juga Amerika Syarikat. Terdapat isu seriuspekerja mahir berpindah ke negara lain yang kita perlu sedari. Oleh itujanganlah iri hati dengan CEO dan pengurusan kami," katanya.
"Jika anda lihat mereka menjana wang, anda harus raikannya keranamereka mewujudkan banyak nilai bagi syarikat. Saya beri jaminan bahawapertimbangan yang teliti telahpun dibuat mengenai perkara ini," katanya.
- takde masalah nak naik gaji.. mmg time2 ni gaji org tak cukup...
- tapi staff2 tnb yg lain pon nak jugak naik gaji banyak mcm bos2 diaorang
- naik sampai 100%... sepatutnya base pada keuntungan syarikat... tapi kalo syarikat untung.. kenapa nak naik tariff lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
patutpun naik gaji..
aku copy paste sekali lagi..
>>>> bengkek hati ku ngan TNB neh, tuhan jer yang tau.. apakan daya cuma ini jer ler sumber yang ada..
aku nak marah TNB neh kat mana pun aku tatau..
aku kan masuk sini bulan 11 tawon lepas tuh kira rumah neh rumah baru.. baru pasang meter gitu ler.. so, kiraan meter lambat.. bulan ke 3 sudah ku tepon TNB katanya masih dalam proses daftar kah hapa aku tatau ler.. aku malas bayar kang kalau banyak susah pulak nanti.. katanya tak apa!! tipu jer mcm pak lah
sekali mai.. 5 bulan baru bil datang.. pas tuh kira sekali gus.. memang ler kena rugi banyak..
dan penggunaan 1978 unit untuk 5 bulan..
rugi lar sebab kiraan tuh 200 unit pertama tiap bil tuh jer kita dapat murah (0.218 sen) dan 800 unit berikutnya (0.289sen) dan 978 berikutnya (0.312sen)
total bil rm576.60 sen..
kalau dia kira bulan2 tak sampai pun ku guna hingga ke sen yang paling mahal tuh
dah ku bayar rm400 untuk bulan tuh.. tak mo dia.. katanya kena bayar abis.. kalau tak nanti dia potong.. (kita bujet ler bulan depan boleh update ler bill tuh.. bil aku pun bukan pernah lebih rm100)
siot jerrrr
lepas tuh, aku eksen, bulan depan tuh, terus nak bayar biarpun belum kuar bill.. terus online payment .. agak2 ler rm70.. sekali kuar bill rm90 lebih gitu ler.. tup2 kuar notis pemotongan sebab baki ada rm20.8 mahal ke hapa tatau sebab aku bukan pakai aircond pun!!cepat giler sampai notis!! aku neh, tak pernah kena notis2 neh, rasa ralat gak ler.. hot ler aku masa tuh!!
tup2 bulan neh kuar lagi deposit tambahan rm290 .. nak tambah deposit buat hapa kalau bil tertunggak 20 henget pun dah nak potong sedangkan deposit aku rm400!!
lepas tuh dia masukkan pulak dalam bil.. kang tak bayar kang, dia kasik masuk lagi tu sebagai baki tertunggak!! bengang betul akuuuu!!! <<<<
p/s: jangan ikut aku |
|
|
|
|
|
|
|
kire ekonomi meleset karang
secara tak langsung, rakyat 'biaya' diarang lah ni?
sedap-sedap jek ckp tak cukup untung |
|
|
|
|
|
|
|
huh...naik gaji atas penderitaan rakyat...
masa nak naik tariff elektrik ..TNB tarak untung laa....untung kurang ler...beban bertambah ler....
tapi masa naik gaji....keuntungan tinggi laa.....bawa keuntungan pada syarikat ler......
bangsat betul......
geram sangat aku pada pemimpin kerajaan kini...
dengan AP laa...dengan naik gaji pegawai kanan laa.....
kroni bertambah kaya,
kerajaan terbeban...
rakyat Merana.....
bangsat betul!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 NURMIMIE's post
deposit rm400 ni byr upfront. berapa juta pengguna elektrik? kat sini jer dah buat income juta2 termasuk interest. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana nak cakap erk..baca artikel ni rasa terbakar habis!... ish!! ..rasa nak mencarut je... tapi tak guna gak...huhuhuu..dasar cikaro seme kroni2 kerajaan! |
|
|
|
|
|
|
|
Pak Blah bagi komen kat TV3Suku tadi..." Mereka (TNB) yang tahu sebab-musababnya" cam shial..itu lah pak bedolah yang serba tak tahu..
[ Last edited by idx at 17-6-2008 08:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by idx at 17-6-2008 08:07 PM
Pak Blah bagi komen kat TV3Suku tadi..." Hanya mereka yang tahu sebab-musababnya" cam shial..
atas sebab musabab yg orang ramai tak perlu tahu... |
|
|
|
|
|
|
|
org bodoh pun boleh jadi CEO kalau nak untung, just gi minta sedekah kat gomen suruh naikkan tarif elektrik. n gaji pun naik 100%... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm...naik gaji 100%.....
majoriti rakyat terhimpit kesan domino kenaikan harga barang...bulandepan tambah lagi kesan kenaikan tariff letrik..rantaian lagi ....kesandomino lagi...Relax jer kita sebagai Rakyat Malaysia.......belagolongan2 Koporat & Keparat ni
sodap-sodap jer diorang naik gaji...gaji lama tak cukup makan lagi ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
terasa nak mencarut ler....Bangsat betul ...Gov kini!!!!!!
asyik pentingkan kroni saja, negara hancur tak apa..
rakyat merana dan menderita lantak ler....... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah, saya bersyukur dengan kenaikan gaji CEO TNB
bulan depan, rakyat pula dinaikkan caj :pompom:
bangga sungguh aku dengan cara mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 idx's post
aku tertunggu2 ler lepas dia bg komen tu, tup tup habis dah |
|
|
|
|
|
|
|
Totok UMNO seberti AN mesti bangga gila.....
naik tariff naik gaji pegawai kanan.....
bagus.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla tu,naikkan lagi tinggi-tinggi. Kita ni dipaksa bayar lebih kononnya kos dah tertanggung lagi. Sedangkan bos-bos tu tak terasa langsung dengan semua kenaikan sekarang. Kalau betul la bos TNB tu ada rasa tanggungjawab sosiol,prihatin dengan kesusahan rakyat akibat kenaikan tarif elektrik nanti,nescaya dia patut menolak je kenaikan gaji tu. Tapi,berdasarkn situasi sekarang ni rasanya sukar untuk bos TNB menolak kenaikan gaji tu. Jangan hidup atas kesusahan orang lain woi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|