CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5455|Reply: 5

lelong rangka dinosaur!!

[Copy link]
Post time 29-4-2008 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Lelongan rangka dinosaur
Selain rangka triceratop, lelongan itu juga akan menampilkan lebih daripada 150 keping fosil, meteot dan mineral yang dipercayai berusia 450 juta tahun.


RANGKA dinosaur jenis triceratop itu sudah 70 peratus sempurna dengan hanya hujung tanduknya yang diperbuat daripada damar.

RANGKA dinosaur jenis triceratop yang jarang ditemui menjadi tarikan utama pada satu majlis lelongan Christie di Paris pada minggu lalu.

Ia merupakan fosil dinosaur kedua yang ditemui bersaiz sedemikian.
Bidaan bermula pada harga AS$792,000 (RM2.5 juta) untuk tiga spesimen dinosaur bertanduk yang dipercayai hidup di bumi 65 juta tahun lalu dan pihak Christie menjangka harganya mungkin boleh mencecah lebih tinggi.

Lelongan tersebut menjadi sangat panas apabila pembida-pembida datang daripada pelbagai organisasi yang besar dari seluruh dunia. Antara organisasi yang paling bersungguh-sungguh ingin mendapatkan triceratop ialah beberapa muzium di Eropah.

Digali dari sebuah kawasan di North Dakota pada tahun 2004, rangka dinosaur berwarna coklat dan bersalut lumpur itu dimiliki oleh sebuah syarikat pengumpul persendirian yang berpangkalan di Eropah.

Syarikat itu juga telah mempamerkan rangka tersebut bersama dua lagi fosil dinosaur di muzium persendirian miliknya, kata pakar Christie, Eric Mickeler.

Rangka dinosaur jenis triceratop itu sudah 70 peratus sempurna dengan hanya hujung tanduknya yang diperbuat daripada damar dan beberapa tulangnya disusun semula di bahagian kaki dan tulang rusuknya.

Lelongan baru-baru ini menyaksikan kali pertama spesimen dinosaur berkenaan dipamerkan untuk dijual di khalayak ramai sejak rangka T-Rex yang dipanggil 'Sue' berjaya dijual di New York pada bulan Oktober 1997.

Rangka itu dinamakan Sue sempena nama seorang penduduk South Dakota, Sue Hendrickson yang tersandung fosil tersebut ketika berjalan. Ia merupakan dinosaur jenis tyrannosaurus paling sempurna pernah ditemui dan dibeli oleh Chicago Field Museum of Natural History pada harga AS$8.3 juta (RM26.1 juta).

Selain rangka triceratop, lelongan itu juga akan menampilkan lebih daripada 150 keping fosil, meteot dan mineral yang dipercayai berusia 450 juta tahun.


KALI pertama spesimen dinosaur ini dipamerkan untuk dijual di khalayak ramai sejak rangka T-Rex yang dipanggil 'Sue' berjaya dijual di New York pada bulan Oktober 1997.

"Ini merupakan sebahagian warisan peninggalan dunia.

"Penyelidikan yang lebih mendalam mengenai fosil ini akan menemukan kita dengan lebih banyak jawapan tentang misteri dunia dinosaur yang sememangnya menarik perhatian dunia," kata Christian de Muizon dari National Museum of Natural History.

"Anda tidak pernah tahu hasil kajian yang dijalankan ke atas rangka ini boleh mengubah sesuatu. Jika ia berada di tangan pengumpul persendirian, nasibnya mungkin tidak diketahui."

Rangka triceratop horridus setinggi 7.5 meter itu, telah dipamerkan sejak beberapa bulan lalu di Paris yang mana beberapa kurator muzium dan pengumpul persendirian di Eropah serta negara-negara Teluk telah menunjukkan minat untuk membelinya.

Antara pembida rangka triceratop itu termasuklah Dinosaur Museum di Dorchester, England.
"Ia sudah pasti satu tambahan yang hebat bagi muzium kami. Harap-harap kami berjaya mendapatkannya," kata wakil muzium tersebut.

Menerusi lelongan itu juga, pembida yang menawarkan harga tertinggi akan memenangi bidaan tersebut dan berpeluang menamakan rangka dinosaur jenis triceratop itu.

Pada sesi lelongan paleontologi tahun lalu, lebih satu juta euro berjaya diperoleh dan turut melakar 12 rekod dunia dalam jualan rangka dinasour. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 01:15 PM | Show all posts

Balas #1 amazed\ catat

wow..menarik ni...bole letak kat ruang tamu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 01:44 PM | Show all posts
besar nyer...aku masih terpikir..
haiwan ni hidup bersama2 manusia ke?
dan aku jugak terpikir..adakah ni yg dikata jibril sewaktu adam as di ciptakn ALLAH..
iaiitu makhluk yg pnh melakukn kerosakn..
sbb diketahui yg dinosour mmg melakukn kerosakn dan kebinasaan dgn pragai buas dan hnya berpegangkn nafsu..

waallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 01:46 PM | Show all posts

Reply #2 tucci's post

nnti hidup cam night museum camner?
merana ko..kih3
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 02:29 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

ish! bagi pree pun tak nak...

kalu boleh wat sup tulang ok gak..kenyang perut..

setakat tgk wat per...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:22 PM | Show all posts


speaking of dinosaur ni -
nanti saya cuba pastekan gambar masa saya gi
camping kat dinosaur provincial park
dekat alberta few years ago

a great place - and it was documented -
million years ago - dinosaur mati beramai2 kat
kawasan tu -   dan banyak fossil dinosaur  di sana -

it is a brilliant place and you gonna feel awesome
when you're there -

absolutely phenomenal --
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052408 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list