CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2252|Reply: 46

Dua dihukum penjara 108 tahun

[Copy link]
Post time 25-4-2008 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Penganggur dan penjual ikan mengaku salah culik, rogol remaja turut kena 45 sebatan

KOTA KINABALU: Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara 108 tahun dan 45 sebatan atas sembilan tuduhan, termasuk menculik, merogol dan melakukan seks luar tabie terhadap seorang remaja serta mencuri kereta, di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Di Mahkamah Sesyen, kedua-dua lelaki itu masing-masing dijatuhi hukuman penjara 56 tahun dan 25 sebatan serta 45 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku salah terhadap enam tuduhan, termasuk merogol dan menculik remaja terbabit.

Mohd Ariffin Bidin, 29, dijatuhi hukuman penjara 56 tahun dan 25 sebatan manakala rakannya, Mohd Sahrizal Suhaili, 21, dihukum penjara 45 tahun dan 20 sebatan di mahkamah berkenaan selepas mengaku bersalah atas semua tuduhan.

Mohd Ariffin dituduh melakukan dua kesalahan merogol remaja berusia 22 tahun terbabit, selain dua tuduhan bersama Mohd Sahrizal menculik dan mencederakan remaja sama, 15 April lalu.

Mohd Ariffin yang bekerja sebagai penjual ikan di Pasar Bongawan, Papar dituduh merogol remaja berkenaan antara jam 6.50 petang hingga 10 malam di Jalan Lama Kota Kinabalu-Tambunan, 15 April lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 23 tahun dan 10 sebatan.

Bagi tuduhan kedua, Mohd Ariffin didakwa melakukan kesalahan yang sama antara jam 2 hingga 4 pagi, 16 April lalu di tempat yang sama.

Bagi tuduhan itu, Mohd Ariffin mengaku bersalah di hadapan Hakim Duncan Sikodol.

Pendakwaan dilakukan Peguam Kanan Persekutuan, Suhaimi Ibrahim.

Bagi kesalahan pertama dan kedua, dia dihukum penjara, masing-masing 23 tahun dan 10 sebatan.

Mohd Sahrizal, seorang penganggur dihukum penjara 45 tahun berdasarkan dua tuduhan, iaitu merogol dan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan luar tabie.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa merogol remaja yang sama pada waktu, tarikh dan tempat yang sama seperti tuduhan pertama terhadap Mohd Ariffin.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabie dengan remaja terbabit pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi tuduhan kedua, Mohd Sahrizal dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan lima rotan.

Mohd Ariffin dan Mohd Sahrizal tidak diwakili peguam bela.

Sehubungan itu, Duncan menetapkan hukuman bagi setiap tuduhan terhadap mereka dijalankan secara serentak.

Bagi dua tuduhan secara bersama, mereka didapati bersalah menculik dan menyebabkan kecederaan parah terhadap remaja berkenaan pada tarikh dan waktu yang sama tetapi di lokasi yang berbeza, iaitu di Bulatan Kingfisher, Jalan Bangka-Bangka, di sini.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama kerana kesalahan menculik.

Untuk tuduhan itu, mereka dihukum penjara lima tahun dan denda RM1,000.

Mereka juga dituduh secara bersama menyebabkan kecederaan parah remaja berkenaan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Bagi tuduhan itu, mereka dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan lima sebatan.

Duncan mengarahkan hukuman bagi kedua-dua tuduhan bersama itu dijalankan secara serentak.

Bagaimanapun, Duncan mengarahkan hukuman terhadap mereka dijalankan selepas mereka selesai menjalani hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret, di sini sebelum itu.

Terdahulu, di Mahkamah Majistret, Mohd Ariffin dituduh melakukan kesalahan mencuri sebuah kereta Perodua Kancil bernombor pendaftaran SAA9577J.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara jam 1 hingga 6.15 pagi, 27 September 2007 di Taman Puri Warisan, Inanam, dekat sini.

Mohd Ariffin dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Majistret, Marlina Ibrahim menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan denda RM5,000 terhadap Mohd Ariffin.

Mohd Ariffin dan Mohd Sahrizal juga dituduh secara bersama melakukan dua kesalahan mencuri dua kereta.

Bagi pertuduhan pertama, mereka dituduh mencuri sebuah kereta Perodua Kancil bernombor pendaftaran SAA795P antara jam 9 malam 2 Mac lalu hingga jam 2.45 pagi, 3 Mac lalu di kawasan letak kereta belakang Rainforest Cafe, Jalan Pantai, di sini.

Bagi tuduhan kedua, mereka dituduh secara bersama mencuri sebuah kereta Perodua Kancil bernombor pendaftaran SAA8151B antara jam 12.30 tengah malam hingga 8.50 pagi, 6 Februari lalu di Blok B, Taman Bukit Setia, Jalan Sepanggar, Menggatal, dekat sini.

Bagi tuduhan pertama kesalahan secara bersama itu, mereka dihukum penjara 20 bulan dan denda RM5,000 manakala bagi tuduhan kedua, mereka dihukum penjara 36 bulan dan denda RM5,000.

Marlina mengarahkan hukuman kesalahan pertama dan kedua itu dijalankan secara serentak.

p/s : aku taktau nak komen apa... apa pun, sesungguhnya jenayah membawa padah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 11:02 AM | Show all posts
mmm...saper sruh wat jahat sgt..nah!!rasakan!!!!:@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:02 AM | Show all posts
mmm...saper sruh wat jahat sgt..nah!!rasakan!!!!:@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:03 AM | Show all posts
haaaaa tuuuu diiiaaaa.......lega.......dijatuhi hukuman penjara 108 tahun dan 45 sebatan........... padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:04 AM | Show all posts
sempat ke 108 tahun tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:06 AM | Show all posts
biar kena sebat sampai mampus.....:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2008 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by HideGulz at 25-4-2008 11:04 AM
sempat ke 108 tahun tu



ha ah sempat ker.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:10 AM | Show all posts
Hakim pun nakkan perubahan.......
Dulu maner pernah dengar hukuman mcm ni....
Eloklah tu......kasi insaf sikit....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by HideGulz at 25-4-2008 11:04 AM
sempat ke 108 tahun tu
minus public holidays and weekends...maybe sempat and kalau dari gen & baka yang panjang umur.

padan dapat hakim wanita, amik korang. dapat maximum sentence
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:15 AM | Show all posts
108 tahun plus 45 sebatan........ wah...





soalan sama: sempat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:15 AM | Show all posts
45 sebatan ....   ... aku tengok vc orang yang kena sebat 15 kali dah cam nak mampus ni kan pulak 45 ....   .... jangan buat jahat & jenayah ... inilah akibatnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:22 AM | Show all posts
sampai reput dalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:23 AM | Show all posts
sapa suruh buat jahat... Bagus gitu hukuman nyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:24 AM | Show all posts
wahh ... dapat makan free seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:26 AM | Show all posts
aku kesian kat mangsa rogol/culik tu... yg dua ekor ni tak sempat pun takpe.. biar dioang mampus dlm penjara
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:27 AM | Show all posts
baru ada akai............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 11:33 AM | Show all posts
Padan muka dia...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:38 AM | Show all posts
sampai mati duduk kat penjara... muda2 dah jahat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:39 AM | Show all posts
hancur jubo kena sebat smpi 45 kali...kalo hidup pon x guna 1 sen pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:44 AM | Show all posts
  45 sebatan hacur pongong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.077642 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list