CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 21421|Reply: 52

Tanggung jawab anak terhadap ibu bapa

[Copy link]
Post time 19-3-2008 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua!
Islam sangat menggalakkan kita berbuat baik terhadap ibubapa. Adapun hikmah daripada berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebagaimana dikisahkan berikut ini. Nabi Sulaiman a.s. adalah seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.
Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, 揔ubah apakah gerangan ini?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2008 04:38 PM | Show all posts
Allah swt mengingatkan manusia utk berbuat baik kpd ibubapa sebagaimana firmanNya dlm al Israk:23

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِإِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْكِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُللَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا

Yang bermaksud : "dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau keduan-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 揂h
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2008 05:53 PM | Show all posts
sambung...
Kewajipan khusus anak-anak ialah menyediakan diri untuk menyenangkan hati ibu bapa. Sebabnya, dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda, keredaan Allah adalah pada keredaan ibu bapa.

Sebagai anak, kita perlu ingat bahawa sekuat mana pun kita beribadat tetapi jika kita tidak menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa, Allah tidak akan reda kepada kita.

Dan hadis ini pula:
Ismail Ibnu Umayyah telah berkata: Seorang lelaki meminta nasihat:
Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 06:19 PM | Show all posts


Maksudnya :           YaAllah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dankasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara danmendidikku di masa kecil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 09:56 AM | Show all posts

Reply #4 indah1285's post

Thanks In. Tjwb seorang anak kepada ibu dan bapanya bukanlah sekadar melalui hantaran wang ringgit, menyediakan banglo besar, berjln ke sana sini atau segala mcm bentuk material. Seorang anak yg soleh, hendaklah sentiasa mendoakansupaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Alangkah bertuahnya ibubapa jika mempunyai anak yg dpt berbakti dr segi material dan kerohanian.

Hadis Nabi saw:
揂pabila mati seorang anak Adam, makaterputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah yang berterusan,ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.擺/color]
(Riwayat Bukhari)



Berikut adalah doa2 khusus kpd ibubapa yg terkandung dlm AlQuran:





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:04 AM | Show all posts
Memelihara Ibu bapa yang telahlanjut usianya, merupakan satu ujian besar kepada anak-anak. Dalam usia senjabeginilah ibu bapa mengharapkan pembelaan, kasih sayang dari anak-anak untukmemenuhi keperluan sisa hidup.
Sesungguhnya binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yangsudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanyalalu perkara tersebut menjadi ujian kepada anak-anak tadi yang menyebabkanmereka terhalang daripada mencium Syurga Allah

Kata org tua2 ibu bapa yg tlh tua dan uzur, umpama Quran buruk. Nak dibaca tak boleh nak dibuang berdosa!
Ibubapa di saat tua adalah ujian ke atas anak2. Inilah masanya membuktikan kasih sayang sebagaimana mereka membelai, mendidik dan menyara kita semasa kecil sehinggalah kita mampu berdikari.

Sabda Rasulullah, 揫color=Teal]sesiapa yang bangun pagi dan melakukansesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu ke syurga.Begitulah juga pada waktu petang. Tetapi barang siapa yang melakukan sesuatuyang tidak diredai oleh ibu bapanya maka terbuka dua pintu neraka
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2008 10:26 AM | Show all posts
Pernah suatu ketika, Rasulullah didatangi oleh seorang budak yang bertanya, 搃bu saya lumpuh lalu semua urusanseperti memandikan dan menyuap makan saya lakukan sepenuhnya. Saya berkhidmat kepada ibu. Adakah perbuatan itu sudah dikira berbakti kepada ibu saya?擱asulullah bersabda, 揵elum walaupun satu peratus tetapi engkau tidak termasuk anak derhaka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 10:35 AM | Show all posts
salam

betoi ke nak bertanya
atau sekadar nak tukar fikiran....

Me nak tanya ni. Sejauh mana seorang anak perlumelaksanakan perintah yg ini....
mengeluarkan harta utk ibu bapa?
kalau ikut PERINTAHNYA, kamu sedekahkan mata, hati, jantung, apa saja pun
belum lagi terlaksana utk ibubapamu
tapi tuhan memerintahkan semampu kamu
(fahamlah, dan kamu akan tentukan tingkatanmu sendiri!!)

Di manakah kedudukan isteri, anak2? Atau hadis inimerujuk kpd lelaki yg belum berkeluarga
kan di katakan TANGGUNGGAN
maka tanggunganmulah
walaupun ianya seorang anak yatim piatu,,,,,,,,,,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2008 10:48 AM | Show all posts

Reply #8 orangbesi's post

Ada benar juga,mcm orang yang gaji RM 4k, anak ramai...cmne ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:54 AM | Show all posts

Reply #8 orangbesi's post

La! nape lak? Bukan main2 ni. Sungguh ku dlm dilema. Father inlaw nak 16K. Ku tak setuju hubby bagi. Berdosakah? Bukan kedekut/berkira tp tujuan permintaannya tak masuk akal!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 04:37 PM | Show all posts
pertimbangan emosi paling sukar dalam memutuskan
antara ibupada dengan keluarga
antara berbakti dan anak derhaka
memang syurga tak mungkin digapai tanpa ujian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 08:47 AM | Show all posts

Reply #11 ianho's post

Aduhai!!! amat sukar membuat pertimbangan emosi. Hati bagai ditusuk sembilu.
Memang syurga tak mungkin digapai tanpa ujian
Moga Allah mengampuni diriku!

Kata org, bila usia di hujung senja, amat mudah merasa terluka. Merajuk hati, memendam rasa.
Ah! sensitifnya! Sukar utk dijaga. Sbg manusia biasa, kdg2 anak2 terlepas kata atau pun kesibukan dunia kdg2 tak teruruskan.
Ada ibubapa mengharapkan material dr anak2. Tapi sesetengah mereka bukan wang yang dimahukan. Sebaliknya perhatian dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh anak-anak, tidak dapat wang tiap bulan pun tidak apa asalkan anak-anak balik menjenguk keadaan mereka.
My bapa, anak2 baru jek balik seminggu yg lepas, dah sibuk tel tanya "kenapa lama x balik?"

Hindarilah diri kamu daripada perbuatan menyakiti kedua ibubapa. Sesungguhnya bau syurga dapat tercium jarak perjalanan seribu tahun, dantidak akan dapat menciumnya (memasuki syurga) orang yang menyakiti kepada ibubapanya; dan orang yang memutuskan silaturrahim, dan ibu bapa yang berzina, dan orang yang menurunkan kainnya (hingga terseret di atas tanah) kerana sombong,kerana  sesungguhnya sifat sombong itu hanyalah milik allah s.w.t. saja."
(maksud hadis)


Susah sungguh nak laksanakan tjwb nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 08:55 AM | Show all posts
Terjumpa soalan mengenai menanggung perbelanjaan ibubapa
Soalan:
Saya ingin bertanya masalah dari segi hukum tanggungan. Saya telah beristeri dan mempunyai seorang anak berusia 4 bulan. Dan saya juga merupakan anak sulung dari 5 beradik dan ibubapa saya seorang yang miskin. Sebelum kami berkahwin, saya dan isteri saya telah berjanji akan memberikan sekian2 jumlah kepada ibubapa saya setiap bulan so dengan syarat itu mereka pun bersetuju. Kerana jika saya putus mengirim duit bulanan, ibubapa saya akan menderita dalam menanggung adik beradik saya. So saya kira tempat bergantung mereka.

Masalahnya sekarang, kebetulan kegawatan ekonomi yang melanda, menyebabkan gaji saya dipotong dan pelbagai masalah tetiba aje muncul beberapa bulan akhir2 ini, dengan pula kelahiran cahaya mata baru menyebabkan kewangan kami agak tersepit. Tapi saya tetap mengirimkan duit bulanan pada parent saya seperti biasa kerana jika terkurang bagi, mereka akan meghadapi kesulitan. Yang menjadi masalahnya sekarang, isteri saya sering merungut kerana dalam kesempitan wang ini, saya tetap mengirim wang pada parent saya sekian2 jumlah. Dia menuduh saya mengabaikan nafkah hidupnya, tapi saya rasakan setakat makan minum seperti orang lain saya tak abaikan. Cuma tak bolehlah berbelanja mewah sikit seperti orang lain.
Pelbagai tomahan yang dilemparkan oleh isteri saya pada saya...katanya saya lebih pentingkan parent saya...so saya ingin meminta pendapat/nasihat daripada ustaz, adakah saya perlu mengurangkan pemberian kepada orang tua saya semata2 supaya kami sekeluarga hidup lebih selesa ... padahal saya tahu jika saya bagi kurang dari seperti yang saya bagi, orang tua saya akan mendapat kesusahan.

Siapakah yang perlu saya utamakan....tanggungan orang tua atau isteri saya?
Saya harap dapat sedikit nasihat daripada ustaz. Terima kasih.
Shamsulaizan, Bukit Jalil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 09:06 AM | Show all posts
Jawapan:
Hubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga. Lainlah halnya bagi seorang wanita bagi mereka setelah bernikah segala aspek kehidupannya haruslah dibawah jagaan dan perhatian suaminya. Walaupun ia berhajat ingin berkunjung ke rumah ibu bapanya sendiri si isteri hendaklah terlebih dahulu meminta izin kepada suaminya. Jika anda yakin bahawa keperluan hidup keluarga terjamin dari segi tempat tinggal dan makanan mereka, maka teruskanlah membantu kedua ibu bapa anda demi kebahagiaan anda sendiri baik di dunia mahupun di akhirat.

Keinginan isteri untuk bermewah-mewah sehingga mengabaikan tangungjawab kita terhadap ibu bapa sendiri adalah merupakan perkara yang tidak terpuji. Adalah lebih baik suami memberikan nasihat secara baik dan hikmah agar ia memahami kedudukan yang sebenar menurut syarak. Maka tugas seorang suami mendidik isteri menjadi wanita solehah dan tidak mengikut kehendak nafsunya secara berlebih-lebihan.

Disini kami kemukakan sebuah hadith yang agak panjang tentang sikap seorang anak lelaki yang melarang bapanya mengambil sedikit hartanya yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW.
Diriwayatkan dari jabir Ibnu Abdillah ia berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku". Kemudian malaikat Jibril pun turun kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang kepadamu maka tanyalah kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam dirinya dan hanya di dengar oleh telinga saja".

Tatkala orang tua itu datang, Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya ?". Orang tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya Rasulullah, apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku". Rasulullah SAW berkata: "Janganlah ceritakan hal ini kepada kami, beritahulah aku tentang sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi)

Orang tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku". Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya".

Orang tua itu pun berkata:

"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa.
Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu.
Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana penyakitmu.
Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya aku menangis.
Diriku takut jika engkau binasa.
Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.
Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak mengharapkanmu.
Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.
Jika engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.
Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu".
Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu".

Dengan hadith diatas maka lebih jelaslah bagi kita betapa penting tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa. Jangan jadikan kecuaian isteri dalam memahami perintah agama menyebabkan kita tergolong dalam anak yang derhaka dan tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT, nauzubillahi minzalik.
Sila rujuk buku:
1. Permata Idaman Mutiara Syurga 'Lelaki Soleh'


Tajuk: Permata Idaman Mutiara Syurga -LELAKI SOLEH
Kedudukan & Keperibadian serta Peranannya
Pengarang: Muhammad Isa Selamat
Kod: DN 105
ISBN: 983-046-091-6
Kandungan: 584 m.s.
Harga: Kulit Nipis $25.00 Kulit Tebal $35.00


mmm.... sedlm inikah tjwb anak terhadap ibubapa dr segi harta benda? Kalau isteri mengawal harta suami, bolehlah faham, bagaimana pula kalau ada ibubapa yg terlalu mengongkong anaknya? Ada sesiapa boleh huraikan dan beri pandangan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 09:31 AM | Show all posts
salam

by hotlips:
La! nape lak? Bukan main2 ni. Sungguh ku dlm dilema. Father inlaw nak 16K. Ku tak setuju hubby bagi. Berdosakah? Bukan kedekut/berkira tp tujuan permintaannya tak masuk akal!

bertawakkallah kpd tuhan
ingatlah 16k atau sebijik mata, yg mana lebih bernilai
16k boleh cari walau bagaimana susah
tapi kasih sayang susah nak dicari

tapi kenalah tengok kenapa nak camtuuuuu
dia nak kahwin lagi keeeeeee????  (acah jeee)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:29 PM | Show all posts

Reply #15 orangbesi's post

Isshh isshh... penat me beritahu kat post #3. Tak baca betul2 ek? Dia nak tilam.
TILAM! TILAM!

bertawakkallah kpd tuhan
ingatlah 16k atau sebijik mata, yg mana lebih bernilai
16k boleh cari walau bagaimana susah
tapi kasih sayang susah nak dicari


Betul! betul!
Tak berniat nak derhaka/menyakitkan hati.
Kalau hubby sekaya datuk K, usahkan 16K, 20K pun bisa! Ambik jeklah!
Itulah.... antara tjwb dan pertimbangan akal.

psstt... fil ada dua 2 bini da! Tp 2  2 dah cabut lari!

[ Last edited by  HOTlips at 21-3-2008 12:30 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2008 06:37 PM | Show all posts
salam

maaf ye, ter lajak membacanya
jadi tak terTEKAN dgn perkataan TILAM tuuuu
(ingat main-main, rupanya betul) sorry sekali lagi yeeee

kalau anak lelaki - tanggungannya adalah ibu bapa baru isteri anak-anak
(nak nuat cam na, dah cam tuuuu)
anak pompuan - kat laki dia leeee
jadi masih tangunggannya adalah ibubapa suaminya dulu baru ibubapanya

cuba ajak suami pujuk
(try cari kelemahannya baru le ada kick)
bodek sikit dan macamx lagi leee, tapi jgn janji palsu

hanya mampu doakan SALAM pada keluarga muuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2008 09:41 AM | Show all posts

Reply #17 orangbesi's post

hanya mampu doakan SALAM pada keluarga muuuu

tq. InsyaAllah!
4 the time being, tepon pun dia tak nak jwb. Btw, ku hanya berdoa semuga dia lembut hati.

Org tua, susah tul nak jaga hati. Tapi sebagai anak kena usahakan jugalah kan?
Sebagai anak yg sudah pun punyai anak, sungguh terasa perbezaannya. Patutlah Allah meminta kita berbakti kpd ibubapa. Sukar sungguh. Tapi besar pula ganjarannya. Namun, sehebat mana pun sumbangan anak, masih tak mampu membalas jasa mereka.

Kerenah ibubapa lebih sukar dihadapi berbanding dgn kerenah anak2. Anak2 buat kerenah boleh di"sedekahkan" saje.
TAPI, kalau ibubapa punya kerenah, jgnlah pulak memandai2 "tangankan". Sebaliknya perlu ditangani dgn hikmah. Ni yg susah ni!

Tak de ke nak share masalah kerenah ibubapa dan cara mengatasinya? Boleh juga dibuat panduan.
My bapa, sejak menjangkau 70 an, ketara sungguh. Sensitif dan amat2 merindukan anak2nya. Kata mak tiri me, pantang dgr bunyi kereta, berambat dia keluar menjengah. Sedih pulak dgr. Apakan daya, ku kini jauuuhh!
Kejap2 tel anak2 tanya kenapa tak balik. Aduhai! Anak2 pun ada komitmen sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2008 09:47 AM | Show all posts
Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: 揫color=Teal]Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2008 09:50 AM | Show all posts
Para pentafsir menjelaskan sebab turun ayat ini dengan meriwayatkan bahawa ayat ini turun kepada Sa抋d bin Abi Waqqas yang demikian itu adalah apabila dia menganut Islam telah berkata ibunya yang bernama Jamilah: 揥ahai Sa抋d kau telah ditimpa musibah, demi Allah aku tidak akan berteduh daripada panas matahari dan tidak akan berlindung daripada ribut pasir, dan aku juga tidak akan makan dan minum sehingga engkau kufur kepada Muhammad s.a.w - serta kembali kepada agama asal engkau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.521989 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list