CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4776|Reply: 18

perang nuklear zaman kuno

[Copy link]
Post time 9-3-2008 06:27 PM | Show all posts |Read mode
kalau dah ada,merge je kan ye?

Misteri: Perang nuklear zaman kuno

Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian. com.my)



Mahabaharata dan Ramayana ceritakan berlaku peperangan besar pada zaman purba yang turut babitkan senjata nuklear, peluru berpandu





DUA epik India kuno, Mahabaharata dan Ramayana yang dipercayai ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu, menceritakan tercetusnya satu kejadian besar pada zaman purba yang benar-benar membuatkan pembaca khususnya penyelidik terpaku kebingungan.



Meneliti baris demi baris dalam cerita panjang yang ditulis pada dua epik berbahasa Sanskrit itu membuatkan penyelidik tertanya-tanya akan kebenarannya dan sehingga kini peristiwa yang terkandung dalam setiap ayat yang tertera pada epik itu masih kekal misteri.



Benarkah perang nuklear sudah tercetus pada zaman India kuno, ribuan tahun lalu? Persoalan itu mendorong kalangan penyelidik untuk mencari logik di sebalik cerita yang ditulis menerusi epik berkenaan.



Malah, tatkala meneliti ayat yang menyatakan peperangan itu turut membabitkan pesawat canggih dan digambarkan seperti jet pejuang dan piring terbang pada masa kini, penyelidik semakin terpinga-pinga kehairanan.



Epik terbabit ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu atau pada 1,500 Sebelum Masihi (SM) tetapi peristiwa peperangan yang tercatat di dalamnya dikatakan berlaku lebih lama iaitu 5,000 tahun lalu.



Mengikut logik akal, keadaan di bumi ketika itu masih terlalu kuno serta jauh daripada perkembangan sains dan teknologi. Pesawat dan jet pejuang yang mampu menembak misil masih belum dicipta ketika itu, apatah lagi teknologi bom nuklear.



Sekiranya berlaku peperangan ketika itu, ia seharusnya membabitkan senjata tradisional seperti pedang, tombak dan panah saja.



Paling dahsyat pun peperangan itu, ia akan kelihatan seperti filem '300' yang mengisahkan peperangan pahlawan Sparta menentang Parsi tetapi era Sparta wujud sekitar 500 SM sedangkan peperangan India Kuno itu dikatakan berlaku lebih lama iaitu lebih 3,500 SM.



Begitulah gambarannya mengikut logik akal tetapi penulis epik terbabit menggambarkan seolah-olah peperangan India kuno yang berlaku itu membabitkan senjata nuklear malah serangan turut membabitkan pesawat yang mampu menembak peluru berpandu.



Lebih membingungkan penyelidik, penulis terbabit menggambarkan keadaan itu bagaikan dia melihat sendiri kewujudan kapal terbang terbabit serta mengalami sendiri betapa dahsyatnya kesan letupan bom paling bahaya itu.



Epik Mahabharata dan Ramayana mengisahkan konflik yang tercetus antara dua sepupu iaitu Kurawa dan Pandawa yang hidup di tepi Sungai Gangga. Perjalanan epik itu juga turut menceritakan dua peperangan hebat yang berlaku antara kerajaan Alengka dan Astina, ketika itu.



Perang kali pertama dicatatkan seperti berikut (terjemahan) : "Bahawa Arjuna yang gagah berani, duduk dalam Vimana (kenderaan udara mirip pesawat) dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa (mungkin tembakan atau peluru berpandu) yang dapat menimbulkan sekali gus melepaskan nyala api yang kuat ke atas wilayah musuh. Seperti hujan lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat dahsyat.



"Dalam sekelip mata, sebuah bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk di atas wilayah Pandawa; angkasa menjadi gelap gelita, semua kompas yang ada dalam kegelapan menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dahsyat mula bertiup disertai dengan debu pasir, burung bercicit panik, seolah-olah langit runtuh, bumi merekah.



"Matahari bergoyang di angkasa, panas membara mengerikan yang dilepaskan senjata ini membuat bumi bergoncang, gunung bergoyang, di kawasan darat yang luas, binatang mati terbakar dan berubah bentuk, air sungai kering kontang; ikan, udang dan lainnya semuanya mati.



"Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuat askar musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus."



Gambaran pada perang kali kedua lebih memeningkan penyelidik lebih-lebih lagi menerusi terjemahan berikut: "Pasukan Alengka menaiki kenderaan yang cepat, meluncurkan sebuah rudal (mungkin sejenis peluru berpandu) yang ditujukan ke kota pihak musuh. Rudal ini seperti mempunyai segenap kekuatan alam semesta, terangnya seperti terang puluhan matahari, kembang api bertebaran naik ke angkasa, sangat indah.



"Mayat terbakar sehingga tidak mampu dibezakan. Bulu rambut dan kuku terbakar menggelupas, perkakas tanah liat retak, burung yang terbang terbakar oleh suhu tinggi. Demi untuk menghindari kematian, askar terjun ke sungai membersihkan diri dan senjatanya."



Selesai membaca dan mengkaji epik berkenaan, penyelidik mula menjelajahi bumi India bagi mencari kepastian terhadap cerita yang tertulis itu. Mereka mula menyusuri sepanjang Sungai Gangga bagi mencari kemungkinan adanya tinggalan arkeologi peperangan itu.



Hasilnya amat memeranjatkan penyelidik. Ekspedisi itu menemukan ahli arkeologi dengan banyak kesan runtuhan yang memiliki kesan hangus terbakar di hulu Sungai Gangga. Batu besar pada runtuhan itu terlekat menjadi satu, permukaannya pula menonjol, cengkung dan tidak rata.



Kajian saintifik mendapati proses untuk meleburkan batuan berkenaan memerlukan suhu tinggi melebihi 1,800 darjah Celsius. Dengan kata lain, bara api biasa tidak mampu mencapai suhu setinggi itu dan hanya ledakan nuklear saja mampu mencapai suhu demikian.





Di dalam hutan primitif di pedalaman India pula, penyelidik menemui lebih banyak runtuhan batu hangus. Tembok kota yang runtuh serta tinggalan yang ditemui menjadi seakan kristal dan kaca.



Dalam kebingungan diselubungi enigma, penyelidik berpendapat yang mungkin pada lebih 5,000 tahun lalu sudah wujud suatu peradaban di India yang terlalu futuristik dan maju sehingga mampu membina pesawat perang dan senjata nuklear.



Akan tetapi atas sebab tertentu atau mungkin juga akibat perang nuklear terbabit, peradaban maju India kuno itu lenyap bersama teknologi dan rahsia sains yang dikuasai mereka, sehingga manusia mula menyangka yang dunia purba adalah mundur dan primitif.



INFO:

Peperangan India kuno



# Dikatakan membabitkan bom atom, nuklear, pesawat dan senjata laser.



# Gambaran teknologi yang wujud pada zaman India kuno itu hampir menyerupai gambaran kemajuan sains dan teknologi yang dicapai Atlantis, yang diceritakan ahli falsafah Greek iaitu Plato dalam teks 'Timaeus and Critias'.



# Ada pihak percaya Kerajaan India kuno itu berperang dengan Atlantis.



# Di kota kuno India, Scotland, Perancis, Turki dan beberapa tempat lain, ditemui batu-bata dan batuan yang berubah bentuk dan ia hanya mungkin berlaku akibat suhu tinggi hasil ledakan bom atom atau nuklear. Selain India, kesan peperangan menggunakan senjata nuklear itu turut dijumpai di Babilon kuno, gurun Sahara di Afrika dan guru Gobi di Mongolia.



# Reaktor nuklear berusia dua juta tahun pernah dijumpai di Oklo, Afrika Selatan.



# Di kota besar Rishi di Mohenjodaro (Pakistan), ahli arkeologi pada akhir abad lalu pernah menemui kerangka yang bergelimpangan di jalan, ada yang berpegangan tangan seolah-olah mereka dilanda malapetaka yang amat dahsyat secara tiba-tiba. Pada kerangka itu ada kesan sisa radioaktif yang tinggi, sama dengan yang dijumpai di Hiroshima dan Nagasaki.



# Ada kajian mendapati pesawat yang digunakan pada peperangan itu berbentuk piring terbang dan ia dikaitkan dengan penemuan UFO pada masa kini.


credit to http://www.paranormal.semenyih.net

[ Last edited by  missayeen at 9-3-2008 06:30 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2008 08:38 PM | Show all posts

Reply #1 missayeen's post

hari tu cerita macam ni dah dibincangkan..kiranya tuan rumah dah tambah info ni..terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by missayeen at 9-3-2008 06:27 PM

# Ada kajian mendapati pesawat yang digunakan pada peperangan itu berbentuk piring terbang dan ia dikaitkan dengan penemuan UFO pada masa kini.


pada pendapat aku la, ufo ni bukannya suatu makhluk yang datang dari luar sana.... berkemungkinan juga mereka tu dari manusia zaman silam cam diceritakan nih. Mungkin mereka masa tu dah tau caranya nak menerobos ke masa depan. Piring terbang tu mungkin jugak merupakan satu arahan dari kerajaan masa lalu yang diarahkan untuk meninjau2 keadaan manusia di masa akan datang.. Hehehee... merepek ker aku nih?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 07:57 AM | Show all posts
Aisey...ni memang dah ada....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 05:10 PM | Show all posts
bunyi cerita macam jin sesama jin tengah berperang ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 02:12 PM | Show all posts

Reply #5 HangPC2's post

jin sama jin?

mcm cerita gabriel gitu?jin n malaikat...

kalo ad merge kn ke thread asal yer...nk baca jugak post2 yg dahulu itu...

kalau korg nk tau lebih lanjut psl peperangn jin dan malaikat suatu masa dahulu,

bacalah kitab enoch yakni kitab nabi idris....

di situlah peperangan yg besar yg wujud sebelum adam diciptakan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2008 04:32 PM | Show all posts
tak dapat bayang betapa dahsyat peperangan , manusia kalau wujud zaman tuh hancur lebur....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 04:41 PM | Show all posts
aku selalu terpikir adakah manusia dlm era abad 21 ni teknology yg terbaik.....

aku rasa tak.....

aku rasa dlm selama manusai hidup di bumi ni sudah banyak kali manusia sampai tahap kegemilangan teknologi dan pengetahuan kemudia hancur kerana kebodohan akibat terlalu senang....

dan aku rasa naik turun tamadun manusia ni sentiasa berulang-ulang banyak kali dah.....

sebab tu kita kadang2 hairan dgn sesetangah teknology zaman dulu.....

dan kita ini hidup di zaman yg baru mula gemilang(dari segi pengetahuan sejak renaissance....

sebelum tu tak tahulah siapa yg jatuhkan tamadun manusia....

tp aku rasa benda ni sudah berulang2 banyak kali.....

tak percaya cuba lihat ayat Quran yg iskandar zulkarnain disebut pernah tuang besi kat atas bangsa yakjut makjut.......menyebabkan mereka tertanam kat bawah bumi....

cuba pikir, teknology apakah samapai boleh tuang logam sampai letak bangsa tu bawah tanah.....???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2008 02:45 PM | Show all posts
bukan kuasa nuklear sebenarnye mereka mengunakan jurus api cam dlm komik or dlm cite naruto tu...

boleh caye ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2008 10:17 AM | Show all posts

Reply #8 ussopp's post

xtauuuuuu...


mod merge dgn yang asal ek..?

bleh tambah info sket nihh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2008 10:17 AM | Show all posts

Reply #9 KiMi-HaNNa's post

sharingggaannnn!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2008 10:18 AM | Show all posts

Reply #6 migdal_bavel's post

itu kitab tulis bahasa hebrew ke...?

i tau baca arab je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2008 10:18 AM | Show all posts

Reply #3 saifulms's post

agak merepek la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 03:38 PM | Show all posts

Dewa

Tu agaknya perang DEWa DEWA...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 04:26 PM | Show all posts

Dewa

Tu agaknya perang DEWa DEWA...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 07:15 PM | Show all posts

Reply #12 missayeen's post

ha'ah, tapi ada dlm bahasa melayu

suka tgk miss ayeen

besh lagi baca kitab miss ayeen tentang kisah2 hantu tu...

bila ak tension, ak baca kisah2 miss ayeen...

tp kdg2 takut juga

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2008 07:35 PM | Show all posts
mcm merepek je....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 10:44 AM | Show all posts
aku ade buat carian skit kat net, ni aku ade jumpa skit mende dari epik mahabrata, aku ulas skali berdasarkan pendapat aku:

Gurkha, flying a swift and powerful vimana (fast aircraft) hurled a single projectile (rocket) charged with the power of the Universe (nuclear device). An incandescent column of smoke and flame, as bright as ten thousand suns, rose with all its splendor.


Vimana ni dikatakan ancient aircraft (UFO-type), kisah pasal vimana ni kendian le kita sentuh. Vimana ni melepaskan roket disebabkan penulis epik ni menyebut "projectile". Roket ini mempunyai nuklear kerana penulis mengatakan ianya mengandungi kuasa "Universe" di mana kalau dilihat matahari pun mengeluarkan kuasa universenya ialah "natural fusion reactor" yg hampir sama dgn kaedah letupan nuklear ni.

It was an unknown weapon, an iron thunderbolt, a gigantic messenger of death, which reduced to ashes the entire race of the Vrishnis and the Andhakas.


Gigantic messenger of death maksudnya bunyi letupan yang giler kuat. Dan nuklear mmg boleh meleburkan segala mende yg ada di kawasan letupan tu.

The corpses were so burned as to be unrecognizable. Hair and nails fell out; Pottery broke without apparent cause, and the birds turned white.


Yg ni biasa le, semua org tau kalo letupan nuclear berlaku, hancur jasad manusia. Maksud "hair and nails fell out" ertinya jasad melebur (kesan nuklear).

...After a few hours all foodstuffs were infected......to escape from this fire the soldiers threw themselves in streams to wash themselves and their equipment.


Infected? Dah tentu infected dan terpaksa kena mandi dan bersihkan badan dari sisa radioaktif (dgn equipment pun kena basuh skali)....

Yg menjadi tanda tanya, camne penulis epik tu tau sampai begitu spesifik skali dan mirip letupan nuklear (natural fusion,radioaktif dll)?  Dah tu plak, dikatakan epik mahabrata ni berusia 24,000 tahun.....Dasat...

[ Last edited by  cz at 3-4-2008 10:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 05:04 PM | Show all posts
ermmm ......   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.395491 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list