CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10858|Reply: 54

[NFO] Seremban diisytihar bandar raya 09.09.09

[Copy link]
Post time 28-2-2008 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Seremban diisytihar bandar raya 09.09.09SEREMBAN 27 Feb. - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengumumkan pengisytiharan rasmi Seremban sebagai bandar raya yang akan dibuat pada 9 September 2009.

Menurutnya, tarikh 09.09.09 itu mendapat kelulusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta semua syarat pengiktirafan sebagai bandar raya sudah dipatuhi.

Tambahnya, kawasan bandar raya Seremban akan meliputi bandar ini yang kini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan seluruh kawasan Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

"Dengan pengisytiharan Seremban sebagai bandar raya ini, rakyat akan menikmati pelbagai manfaat.

"Ini termasuk peruntukan yang lebih besar daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembangunan," katanya.

Belia berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Angsamas, Rantau, di sini hari ini.
Pada masa ini jumlah penduduk di bawah MPS dan MPN melebihi 500,000 orang dan pendapatan per kapita penduduk di kedua-dua kawasan telah melayakkan Seremban diisytiharkan sebagai bandar raya.

Sementara Mohamad mengingatkan penduduk di kawasan Seremban dan Nilai supaya tidak terburu-buru menjual tanah ekoran pengisytiharan Seremban sebagai bandar raya.

"Memanglah selepas menjadi bandar raya, nilai tanah-tanah di Seremban akan melambung naik tetapi penduduk sepatutnya tidak menjual tanah mereka kerana ia adalah harta yang yang dipertahankan.

"Apa yang penduduk perlu lakukan ialah meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam merebut peluang-peluang yang wujud berikutan pengisytiharan sebagai bandar raya," tambahnya.

Mohamad berkata, langkah menaikkan taraf ke bandar raya selaras dengan agenda kerajaan negeri mencapai status negeri maju menjelang 2010.

[ Last edited by  blackpearl at 17-11-2008 11:02 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2008 09:45 AM | Show all posts
helah nak naikkan cukai pintu, lesen perniagaan dan penjaja dan lain2 tariff ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 09:58 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

jadik bandaraya?
pasal ape yerk? aku tengok seremban nih tak semegah jerk..
banyak lagi bagunan tak siap... patut jadik bandar tak siap

penduduk ramai? adekah ia mengire sekali pekerja-pekerja asing cam nepal myanmar indonesia dan lenglain?
pendapatan per kapita tinggi? dorang kire kat org kaya jer ker? yg pendapatan rendah dorang kire tak?

jual tanah? senang ke jual tanah atau jual rumah kat seremban? aku tengok ade iklan nak jual tanah 5 tahun terpacak.. iklan nak jual rumah 5 6 tahun tergantung.. takde pon org beli.. walaupon rumah kat seremban nih masih boleh dikire murah lagik..

peluang pekerjaan pon tak bape banyak kat seremban nih...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:03 AM | Show all posts

Reply #3 muor76's post

botul tu..manola tau kot2 ni cumo manifesto pilihan ghayo agak eh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:23 AM | Show all posts
seremban dgn kuala terengganu...

banyak laghi pembangunan kat seremban...

kalau terengganu leh jadi bandaraya...
kenapa seremban takleh...

tujuannya... satu...
naik jer status.. peruntukan bertambah...


thing positif
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:47 AM | Show all posts

Reply #5 kipas_y2k's post

x kan nak tunggu peruntukan dari pusat jerk?
income negeri camner?
pbt nyer income gi mane?
mpn kawasan dia lagi luas dr mps.. tapi kenape mpn takde duit?
ade rumah rumah dan kilang kilang mempunyai tunggakan yg besar,.. tapi tidak diambil tindakan?
rumah sape kah itu?
ade kilang yg tak patut dpt cf.. tapi telah beroperasi? kilang sape kah itu?
kerajaan negeri gak leh dpt income dari pemabayaran cukai tanah.. tapi ade pemilik cukai tanah yg mempunyai tunggakan yg besor.. tapi tidak diambil tindakan? kenapa?
kerajaan negeri sekiranya ingin membuat atau menjayakan sesuatu projek itu harus memastikan projek itu berjalan lancar, berjaya dan akan digunakan untuk jangka mase yang panjang supaya tak menjadik satu pembaziran...

aku rase nak majukan seremban atau n9 tak perlu nak tunggu peruntukan dari kerajaan pusat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-2-2008 11:02 AM | Show all posts
heheh
sekolah lama aku
kat tgh bandar seremban tu
kat ngan terminal one tu

dah btahun2 jadik
kolam ikan / kolam nyamuk

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 11:05 AM | Show all posts
bandaraya kolam ikan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 09:32 AM | Show all posts
almaklumlah dah dekat pilihanraya.sume benda nak dibuat dalam masa 13 hari
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 12:34 PM | Show all posts

Reply #7 Syd's post

budak sek puteri la nie?hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 10:07 AM | Show all posts

Reply #10 firdaruddin's post

convent

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 11:03 PM | Show all posts

Reply #11 Syd's post

itu nama lamer nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 08:14 AM | Show all posts
kalo ikutkan den..somban tu baik maintain jadi Bandar biaso yo..asalkan service..fasilitas ehh bertaraf bandaraya..ni x semonggah yo den tengok nak jadi bandaraya..kolam ikan tu kasi clear..bangunan terbengkalai tu kasi buat balik..tak pun runtuhkan ..sakit mato yo den tengok..kasi buek servis rail macam LRT dari somban ko daerah lain..somban poi tampin..somban poi pilah..somban poi memano yo la..ala-ala LRT..hehehe..impian yo lah ni..tak yah den balik pilah naik keto..naik komuter sampai somban lopeh tu naik mrt poi pilah..peh tu baru den isytiharkan somban jadi bandaraya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 11:10 PM | Show all posts
jadik bandarayo ni nak naik cukai pintu,cukai jalan,cukai pendapatan,parking tiket
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 09:41 AM | Show all posts
sremban adalah bandar ibu negeri paling tak menarik di malaysia

dengan jalannya bersimpang siur, jam, sempit
takda kawasan komersiol,

stakat naik taraf tu sapa2 pun bule buat,
yg jadi isu hanyalah adakah dah sesuai seremban tu dgn taraf bandaraya?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 03:54 AM | Show all posts
tarikh penisytiharan tuh mmg dah gempak..

but..layak ke seremban nak jadi bandaraya?perlu ke?boleh ke seremban capai standard bandaraya by that time?

kolam nyamok kat tengah2 town tu ke landmark bandaraya seremban nanti?

bangunan tinggal besar giler kat kemayan tuh jadik spot remaja2 urban bandaraya lepak ke nanti?

bangunan2 kedai koboi yg mcm dah nak runtuh tuh camne plak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2008 05:04 PM | Show all posts

Reply #15 PEPPERMAN's post

seremban dgn penang... elok lagi jalan kat seremban

erk... aku baru perasaan ler kat sebelah KOLAM IKAN BESAR tu tgh di bangunkan dataran seremban...

hahahaha bakal tempat lepak sambil pancing talapia
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 05:06 PM | Show all posts

Reply #16 shadowmoon's post

mungkin dia nak alih pusat bandar ke seremban dua kot....
ekekek

memandangkan mahkamah kompleks kerajaan banyak nak buat kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 04:34 PM | Show all posts

Reply #17 kipas_y2k's post

Eloklah 2.....lepak kek dataran sambil ngail ikan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 11:31 PM | Show all posts
dataran senawang laei happening........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070581 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list