CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10420|Reply: 13

[Tempatan] 'Kalau rasa tak mampu, jangan berhutang'- Aliff

[Copy link]
Post time 12-12-2024 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 12-12-2024 01:28 PM




Apa yang paling sedihnya, ada antara mereka yang masih duduk rumah sewa.



Kuala Lumpur: "Ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa tak mampu, jangan pakai dan berhutang."

Demikian kata usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri mengenai tindakan segelintir individu terutama dalam kalangan ahli perniagaan dan selebriti pempengaruh yang sanggup berhutang demi bergaya dan hidup mewah.

Aliff berkata, pinjaman adalah hutang dan ia wajib dibayar bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

"Sebenarnya, di negara kita ini ramai sangat ahli perniagaan dan pempengaruh yang bergaya mewah. Mereka pergi bercuti naik kelas perniagaan, pakai barang berjenama, tapi berhutang.

"Tidak salah pun kalau nak menunjuk dan mempamerkan kemewahan namun pastikan kita sudah bayar cukai dan tak berhutang dengan orang.

"Jadi tidak ada siapa akan 'sakit mata'. Sebaliknya, kalau tunjuk kemewahan sedangkan berhutang keliling pinggang, orang yang bagi hutang itu mestilah marah.

"Macam pengalaman sendiri, ada ramai yang berhutang dengan saya. Sewaktu nak pinjam memang akan cakap manis tapi bila kita nak minta, macam kita ini pula yang berhutang dengan mereka. Pada pendapat saya, jumlah itu banyak atau sikit, sebagai orang Islam hutang itu wajib dibayar. Kalau tak bayar, mati nanti susah," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, perkara sama sentiasa menjadi peringatan buat dirinya agar tidak berlebihan dalam apa juga yang dibuat.

"Apa yang saya nak sampaikan ini tak ada niat pun nak perli atau menyindir sesiapa. Saya bukan nak cari gaduh. Sebab saya yakin hari ini mungkin hari mereka, esok lusa kita tak tahu mungkin giliran saya pula. Jadi, ini sekadar pandangan saya.

"Apa yang penting, pada masa sama perkara ini adalah nasihat dan peringatan buat diri sendiri," katanya.

Sementara itu, usahawan sensasi dan personaliti media sosial, Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM berkata, tiada siapa yang terlepas daripada berhutang jika mahu membeli sebarang harta atau aset.

"Pada saya, kita kalau nak berharta memang kena berhutang. Nak berharta ini mestilah nak beli kereta, semua gah dan beli banglo, jadi tak mungkin kita beli tunai semua benda yang nilainya berjuta kan? Mestilah kita hutang bank. Cuma kita kena bayarlah.

"Kalau sudah namanya hutang, memang kena bayar apatah lagi sesama manusia. Kalau kita tak bayar hukumnya dah jadi haram. Sebab itu, bila kita tak mampu memang akan menjadi tekanan kepada diri sendiri.

"Bila kita bergaya tapi berhutang, ini sudah tipu diri sendiri. Itu sebab orang kata ukur baju di badan sendiri. Sebagai contoh, nak beli tas tangan yang berharga puluhan ribu tapi gaji RM5,000. Itu memang tak boleh. Perlu ikut pada kemampuan," katanya.

Kak KM berkata, individu yang ingin mempamer kemewahan perlu melihat semula apa tujuan dan niat mereka.

"Macam saya sebagai ahli perniagaan, bila berniaga kita mesti pakai baju semua yang berjenama dan memang kena tunjuklah. Untuk apa? Untuk menjadi inspirasi orang lain agar mereka juga boleh berjaya macam kita.

"Kalau pakai yang benda tak ada jenama atau yang murah, kita akan 'down'. Jadi, bagi saya bila kita ada duit itu yang kita kena tunjuk. Ia juga adalah kepuasan dan meningkatkan lagi keyakinan diri," katanya.

Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2024 10:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ekau pun roadtax tak bayo.. baik diam aje loo..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 09:29 AM | Show all posts

amboi kakak....gantung towel je eh cover tex

wanita berloceng model2 tu kan?



Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 10:47 AM | Show all posts
Betul la apa di katakan Aliff ni dgn Kak KM.
Apa pun selesaikan hutang dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sajat senyum sinis jah dengor nasihat tok alip
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2024 11:10 AM | Show all posts
Yup...
Hiduplah ikut kemampuan...

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
malunya muka kiri kanan org komen memerli bagai. raya thn ni berbaju kurung koten je la kot, tu pun sampai raya ke3 je.
pengajaran jugak utk kita semua, takyah menunjukkan sgt sedangkan diri keliling pinggang berhutang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2024 11:33 AM | Show all posts
Choi, dia dok pegang gambar alip aziz, iols ingat alip hutang dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 11:36 AM | Show all posts
nak kecam boleh.. janji jgn nama belut letrik pulak naik lepas ni yeeeee


sajat lek2 je kat ozzy sana nun, juai bodi
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 11:37 AM | Show all posts

Last birthday party kot, dia tahu tahun depan dah takde.. Raya nnti kalau dia mewah2 jugak, terus dtg je masa raya tu
Angkut handbeg dia, handbeg ecah but bayar hutang dia..

Btw anak dia yg tak hensem tu iols selalu jumpa, ok sikit lah dari abg dia.. Abg dia mcm poyo sikit, aniq ni adalah dia senyum
Masa dalam lif
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 11:59 AM | Show all posts
baru bayar habis loan bank

selagi tak bayar habis selagi tu susah hati. kita ni tak tahu sampai bilalah umur kita ni. kalau boleh tak nak susahkan anak anak tanggung hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ye ke rakyat Msia semua beli cash???...rumah...keta????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43144 Replies : 436
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50026 Replies : 153
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38607 Replies : 24
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276587 Replies : 8077
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39502 Replies : 47
KRAVEN THE HUNTER
SY_MumiKRAVEN THE HUNTER
Views : 2140 Replies : 5
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38672 Replies : 31
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 28225 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.471149 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list