CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3360|Reply: 1

sisi positif angin monsun

[Copy link]
Post time 24-1-2008 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Sisi positif angin monsun
Oleh ADHAM SHADAN


Kajian menunjukkan musim tengkujuh berupaya membersihkan dasar laut persisiran pantai, mengurangkan bahan tercemar dan melarutkan logam berat yang terkandung dalam enapan pasir halus.


DI sebalik kemusnahan yang diakibatkan oleh
banjir pada musim tengkujuh, ia juga menyimpan kebaikan.


SEBUT sahaja musim tengkujuh, apa yang terlintas di kepala kebanyakan kita hanyalah 'bencana'. Musim lautan bergelora dan berbahaya, nelayan menjadi penganggur kerana tidak dapat mencari rezeki di laut dan perkembangan pelancongan pantai sedikit sebanyak terjejas.

Lebih daripada itu, hujan lebat berhari-hari terutama di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang membawa malapetaka banjir yang lazimnya memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa. Mangsa banjir juga terpaksa meninggalkan kediaman untuk berpindah ke tempat yang selamat, lalu apa yang berlaku di rumah menjadi tanda tanya.

Itulah gambaran tidak menyenangkan yang lazim kita fikirkan tentang musim tengkujuh atau musim angin monsun timur laut yang bertiup dari bulan November hingga bulan Mac. Ia terjadi apabila udara sejuk bergerak keluar dari daratan Siberia ekoran tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi yang sangat kuat di situ.

Ledakan udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran khatulistiwa, sekali gus menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak.

"Kebanyakan kita memang melihatnya sebagai fenomena negatif semata-mata, sedangkan ia sebenarnya mempunyai kebaikan di sebaliknya," kata pengarah dan penyelidik dari Institut Oseanografi dan Kajian Maritim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr.Kamaruzzaman Yunus ketika dihubungi KOSMO!. Beliau menyimpulkan kajian terbaru tentang musim tengkujuh yang diterajuinya.

Kamaruzzaman memberitahu, kajian selama dua tahun itu mendapati, musim tengkujuh berupaya membersihkan dasar laut pesisiran pantai Terengganu, Johor dan Pahang yang menjadi kawasan kajian mereka.

"Apabila berlaku pencemaran di daratan dan sungai, bahan-bahan yang menyumbang kepada pencemaran itu akan dibawa ke laut dan termendap di dasarnya. Kajian kami mendapati selepas musim tengkujuh, bahan tercemar yang terenap di dasar laut pesisiran negeri-negeri itu berkurangan berbanding sebelumnya," jelasnya.

Menurut beliau, bahan-bahan pencemaran yang terenap terutamanya logam-logam berat seperti zink, plumbum, kobalt dan kuprum secara umumnya berkurang lebih daripada separuh selepas musim tengkujuh.

Tambahnya, semasa musim tengkujuh, bukan sahaja fizikal ombak yang bergelora, bahkan terdapat aliran kuat di bawah laut. Ini menyebabkan bahan-bahan tercemar dibawa ke kawasan-kawasan laut dalam yang lebih jauh.

"Semasa musim tengkujuh enapan pasir halus di dasar yang mengandungi logam berat akan terlarut semula di dalam air laut. Kemudian ia akan tersebar ke kawasan-kawasan yang lebih jauh dari pantai dan akan mendak di kawasan-kawasan tertentu," ujarnya.

Sebagai contoh, berdasarkan data kajian, corak taburan logam plumbum bagi kawasan perairan pantai Terengganu sebelum dan selepas musim tengkujuh menunjukkan perbezaan.

Semasa sebelum musim tengkujuh, kepekatan plumbum dicatatkan berjulat 38.98 hingga 83.47 miligram/gram (mg/g) berat kering dengan purata kepekatan 54.96 hingga 9.89 mg/g berat kering.

Bagaimanapun, selepas berlaku musim tengkujuh, purata kepekatan plumbum menjadi berkurangan sebanyak 28.9 mg/g berat kering dan berada pada julat 24.54 hingga 48.72 mg/g berat kering.

Ini menunjukkan kepekatan plumbum telah mempamerkan pengurangan kepekatan menghampiri separuh daripada sebelum musim tengkujuh.

"Hal ini menjadikan lautan di pesisiran-pesisiran pantai kembali bersih, hidupan laut yang menjadi sumber makanan lebih terjamin kebersihannya dan menambah produktiviti sumber perikanan di perairan," ujarnya.

Kajian tersebut dilakukan di laut sepanjang 50 kilometer dari pesisiran pantai Terengganu, Pahang dan Johor. Kawasan kajian meliputi 30 stesen di pantai Terengganu, 36 stesen di pantai Pahang dan 40 stesen di pantai Johor.

Para saintis yang terlibat mengkaji di stesen-stesen berkenaan sebanyak tiga kali sebelum musim tengkujuh dan tiga kali selepas musim tengkujuh. Seramai 10 orang saintis yang mempunyai asas dalam kimia, biologi marin dan fizik terlibat dalam kajian tersebut.

Kajian selama dua tahun bermula dari tahun 2005 hingga 2007 itu dilakukan dengan usaha sama satu institusi lain iaitu Institut Oseanografi Universiti Malaysia Terengganu dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Dana kajian dibiayai oleh MOSTI.

"Setakat ini, itulah hasil yang boleh diterima pakai daripada kajian ini. Bagaimanapun, kami perlu melakukan kajian lagi untuk memperoleh lebih pengesahan," kata Kamaruzzaman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2008 01:21 PM | Show all posts
kenapa seafood kat ostolia x smpi kena gout bagai tp seafood kat sini jgn cuba la nak makan bnyk2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.065233 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list