CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: kerelovani

Alien,time machine,evolusi dan Islam

[Copy link]
Post time 5-2-2008 06:51 PM | Show all posts
reply for kelerovani

minta maaf pada forumer semua...
bagi saya untuk rujukan paling pantas silalah baca buku karangan Muhammad Isa Dawud bertajuk Dajjal dan segitiga bermuda, kemudian berteraskan alQuan dan hadis sahih bukhari muslim..

manusia diciptakan tuhan sbg makhluk yg sempurna tidak dinafikan, tetapi sedarkah kita bukan kerana akal itu, merujuk kpd kitab syeikh abdul kadir jailani (wali kutub), akal yg sempurna itu akal yg sempurna mengenal tuhan, lalu menjadi hamba yg taat dan patuh pada tuhan, kerana itu akal yg sempurna itu (faham yg meliputi) juga dikenali sbg roh, kalbu, jiwa, fuad, hati dsb.

jin juga berakal, jin sudah sedia ada sblm manusia, mereka juga lebih berkebolehan dr manusia tetapi jin kurang sempurna kerana tidak berjasad iaitu seperti nabi Adam dan rantaian keturunan manusia (kita ini).

sekiranya manusia diizinkan tuhan dapat merentas masa, pastilah yahudi yg cerdik pandai lebih dulu merancang membunuh nabi Muhammad kerana agama yg beliau bawa adalah Islam yg sempurna, tetapi hakikat tidak berlaku demikian, begitu uga pasti dunia barat org2 kafir cuma menutup habis segala perjuangan org2 Islam, cendekiawan dan hasil usaha ulama spt Ibnu Sina, Ibnu Khayyum dsb...

yg dikenali sbg alien ufo ini adalah Dajjal, yg berketurunan dizaman nabi Luth kemudian diperintahkan agar Jibril selamatkan jiwa yg tidak berdosa, kemudian Jibril yg mengajar bayi itu hingga sampai masa (dajjal) kerana itu dajjal kuat 100 kali ganda dan cerdik 100 kali ganda dr manusia biasa

Dajjal ini dlm surah al-kahfi (penghuni gua) teah wujud di zaman nabi Musa - dipanggil tuhan dlm alQuran gelarannnya musa samiri, dizaman Isa juga dajjal pernah memfitnahnya hingga diangkat naik ke langit dan juga nabi Muhammad. Selepas itu dajjal mengembara mengutip sumber2 ilmu dan akhirnya mencari tapak yg sesuai sbg rancangannya utk menjadi tuhan di muka bumi.

sekian saja yg dapat saya cerita serba ringkas berkaitan alien ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2008 02:21 AM | Show all posts
Wa... Best thread ni! Teruskan perbincangan ilmiah ni. Ku hanya memerhati...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by kerelovani at 5-2-2008 03:35 PM
sori,tp ku x percaya alien tu adalah jin..kalo mereka tu jin,itu maknanya jin lebey advance lagi teknologi de dari manusia..

berdasarkan kepercayaan kita sebagai muslim,xde lagi makhluk yg leb ...


aku tak percaya alien tuh makhluk asing plak. apa2 kajian dari barat, aku akan check balik dgn hadis2 nabi/alquran.

mengenai jin, tak silap aku mmg dier org canggih...as a muslim..aku percaya tuh...dier org ada kelebihan yg manusia BIASA tidak ada. hanya nabi ALLAH sulaiman yg dikurniakan mukjizat dapat menguasai jin, angin dan makhluk yg lain. baginda memerintahkan bangsa jin utk membina istana baginda. sepower2 jin nie, manusia yg sangat bertakwa dgn ALLAH lagi power. satu cth yg poplar ialah ketika nabi sulaiman memerintahkan agar istana raja balkis dipindahkan. jin ifrit berkata die boleh memindahkan sebelum nabi sulaiman bgn dari singgahsana baginda, manakala seorg hamba allah nie pula cakap die boleh pindahkan istana itu sebelum nabi sulaiman blink his eyes.


bagus thread nie...meh bincang lagik...pasal UFO plak ker.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 09:09 AM | Show all posts
aku pon percaya yg manusia tak boleh merentasi masa. seperti surah al asr. teori saintis dgn kelajuan cahaya, manusia dapat merentasi masa, MUNGKIN berdasarkan kisah israk mikhraj baginda nabi muhammad S.A.W, yg menaiki buraq, dengan kelajuan cahaya...dapat melihat manusia diseksa di neraka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2008 06:01 PM | Show all posts

Reply #25 tuah_r's post

nabi muhammad saw melihat azab di neraka,ini bermakna nabi muhammad saw telah merentas masa,iaitu pergi ke masa hadapan, di mana waktu itu hari sudah kiamat dan manusia telah mendapat pembalasan dari Allah swt.

Lepas tu, nabi balik semula ke masa asal baginda,dan ini bermakna baginda telah kembali ke masa silam.

Ini bermaksud manusia mampu merentasi masa.

Wallahualaam

correct me if im wrong
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 08:57 PM | Show all posts

Reply #26 kerelovani's post

Tepat sekali..tahniah !!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2008 09:12 PM | Show all posts

Reply #27 highlander07's post



:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:45 PM | Show all posts
assalamualaikum..
dimulakan dgn kalimah 'dgn nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha penyayang'
semakin menarik tajuk yg di bincangkan oleh sdr sekalian.
terpanggil penulis utk berkongsi pendapat di forum ini utk kali kedua. terlebih dahulu, penulis ingin meminta maaf sekiranya pendpt penulis ini bertentangan dgn pendpt forumers yg lain. ttp percaya lah, pendpt penulis ini hnya penulis suarakan utk dikongsi bersama. yang mana baik diambil, dan yg mana salah sm2 diperbetulkan.

terdahulu penulis ingin menhuraikn pandangan penulis mengenai huraian sdr frankdun33 yg mengatakan ufo/alien itu adalah Dajjal. Merujuk kpd buku ilmiah hasil karya Amin Muhammad Jamaluddin yg bepengkalan di Fakulti Dakwah Islamiah, Universiti Al-Azhar yg bertajuk Perang Armageddon Dan Kedatangan Imam Mahadi, beliau mnghuraikan beberapa hadis berkenaan dgn dajjal. ringkasan yg dibuat oleh penulis(berdasarkn buku trsebut), Al-Masih Ad-Dajjal masih lagi hidup hingga kini dn tetap mndpt rezeki, tetapi dipnjarakan dan dirantai sehingga tiba masanya, di sebuah biara yg terletak di daerah Khurasan, di sebuah desa Yahudi Isfahan. Dajjal hnya akan keluar setelah Org2 Islam berjaya menawan kota konstantin(Istanbul) dan setelah munculnya Al-Mahadi. Jadi,  pendpt frankdun33 yg mengatakan alien yg mungkin sedang berlegar2 diats bumbung rumah sdr pmbaca dgn menaiki UFO itu adalah Al-Masih Ad-Dajjal, pd pndpt penulis adalah tidak benar kerana belum lagi wujud tanda2  sebelum kedtgan dajjal. Dajjal juga tidak mungkin terlepas dr rantai dn belenggu utk mencipta 'space travellar'.

penulis juga ingin menberi pndpt penulis berkenaan coretan sdr kerelovani brkenaan Nabi Muhammad S.A.W melihat azab api neraka jahanam. Pada pekiraan penulis, apakah peristiwa tersebut peristiwa isra' mikraj?? sepanjang pembacaan penulis terhadap kisah isra' mikraj, mahupun dr buku2 ilmiah, internet, ataupun ceramah ugama, tidak ada satu pun yg mengatakan peristiwa isra' mikraj itu adalah peristiwa merentas masa. sebaliknya peristiwa itu adalah gambaran kepada Rasulullah S.A.W semata-mata mngenai keadaan masa lalu dan masa hadapan. hanya gambaran. Serba sedikit mengenai peristiwa isra' mikraj, pada thn tersebut merupakn thn paling duka bagi Baginda Rasulullah kerana kehilangan 2 org kesygn Baginda iaitu isteri Bagida - Khadijah, dan bapa saudara Baginda - Abu Talib. Utk mnghiburkn hati Baginda, Allah S.W.T telah menanugerahkn sebuah mukjizat kpd Kekasihnya, iaitu peristiwa isra' mikraj ini, sbg tanda betapa tinggi penghargaan Allah S.W.T kpd Rasulullah S.A.W. Nabi Muhammad dgn ditemani Jibril, menaiki seekor binatang bernama Buraq' merentasi lapisan langit sehingga langit ke-7. Sepnjg pngembaraan selama kurang dr semalaman itu, Baginda telah melihat pelbagai gambaran2 ttg mnusia di neraka(mngenai azab2 dsb), berjumpa Nabi Allah terdahulu dsb.

sampai disini hujah dan pndangan penulis, sebarang kesalahan harap diampun dan tlg diperbetulkan. Yg baik hanya dtg dr Tuhan dan yg slh hnya dtg dr kejahilan penulis sendiri. Diharap topik ini menjd smakin rancak dan sm2lah kita berkongsi ilmu. assalamualaikum


                   - yang menulis dgn bukti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2008 03:36 PM | Show all posts
salam kepada semua...semoga sihat2 belaka
di sini saya juga ingin menyatakan sedikit pendapat

pada posting sblm ini, saya telah menyatakan rujukan buku saya iaitu karya Muhammad Isa Dawud, Dajjal muncul di segitiga bermuda, bukan karangan lain. Dlm karya beliau, beliau menyatakan dajjal yg sebenar memang dirantai diwaktu nabi Muhammad masih hidup dan selepas wafat beliau, dajjal yg dikurung dan dirantai telah lepas bebas, dan bermula saat itu, dajjal berkenaan telah mula bermusafir di keliling dunia sambil menimba ilmu, sambil merancang dan mencari tapak asas untuk dia melaksanakan perancangannya. Sila rujuk pada buku tersebut.

kemudian dari segi ufo/alien yg berlegar/muncul di mata manusia, ini tidak dapat dipastikan samada gologan jin (yg sudah tentu maju) untuk menyesatkan manusia dp berfikir tentang tuhan (asalkan manusia lewat dgn dunia dan hawa nafsu atau perkara2 lain yg menyibukkan urusan manusia selain utk ingat dan berfikir tentang tuhan (mengenal dan mencari tuhan) atau juga golongan yg dikerahkan dajjal untuk menimbulkan fitnah2 ke atas umat manusia.

perlu jelas keluarnya dajjal esok untuk terus menjadikan manusia sbg hambanya, bukan keluar baru mahu merancang, di dunia nyata masakini, antara tangan2 kiri dan kanan dajjal juga dapat kita lihat dgn jelas agenda2 dunia kafir spt amerika atau israel atau perancis yg kuat dgn freemason (yg memulakan perang salib) atau australia atau mana2 negara yg tidak mengEsakan tuhan.

yg lain2 para forumer boleh buat kajian dan sumber ilmu.

sekian, terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2008 03:37 PM | Show all posts

Reply #29 akukamudandia's post

waalaikumussalam
penerangan yg bagus..
saya sendiri x kata apa yg saya tulis tu betol,cuma musykil..dan saya mengaku xde banyak ilmu..dan apa yg saya tulis sebelum ini hanyalah berdasarkan pengetahuan cetek saya..
thanks 4 the info..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 08:37 PM | Show all posts
salam kepada sedara kerelovani dan forumer

sepatutnya sayalah yg berterima kasih pd sedara kerana sedara izin tumpangkan saya di board ini

saya berbahgia dan seronok dapat berbincang disini dan sama2 kita berkongsi ilmu dan pendapat

marilah kita sama2 mencari tuhan ....dan mendidik diri menjadi hambaNya yg taat dan patuh...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2008 02:15 AM | Show all posts
Assalamualaikum..
Baiklah, akan penulis cuba mencari buku tersebut dan mngkaji isi kandungan buku tersebut..
Terima Kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2008 05:00 AM | Show all posts
Originally posted by st.yeepi at 15-1-2008 11:29 PM
Manusia itu sendiri bukan berasal dari bumi tapi dari planet lain (syurga) sebelum diturunkan kebumi


Adam ialah bapa kita
yang tercampak dari seberang dunia
kerana mencari syurga
di celah buah khuldi.

Waktu terlantar di dunia baru
hari tengah malam
ia tidak mengerti apa yang terjadi
mulutnya bisu.

Ia melihat sekeliling
mulai merasa cemas akan kegelapan
segumpal awan hinggap ke hening
ia tidak tahu apakah itu.

Sepanjang malam ia tercengang
dari hatinya mengalir sungai duka
bagaimana akan kutempuh rimba kegelapan
tubuh seorang.

Sepanjang malam air matanya
membelah muka bulan.


Suhaimi Haji Muhamad
Lagu Kehidupan, 1990.
Dewan Bahasa dan Pustaka.


Hehe, saja buat selingan - satu sajak tentang Nabi Adam yg sangat indah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2008 03:05 PM | Show all posts
Dalam Al Quran sendiri ada mengatakanmanusia itu makhluk paling tinggi darjatnya di samping makhluk lainkerana manusia dikurniakan akal.


***saya copy ni...rsnye dah ckp utk menjwb persoalan...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.056001 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list