CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: waksir

Harge Minyak NAIK ke??

[Copy link]
Post time 1-1-2008 08:00 AM | Show all posts
setakat pagi nih.. selamat lagi....
harga tak naik lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2008 05:55 PM | Show all posts
ada rumours kata, utk waktu terdekat ni minyak TAK naik ...

cuma kalau naikkan roadtax keta2 cc besau & mewah tu mmg patut pun. Dah kaye pun nak makan hasil subsidi gak ke
\
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2008 07:28 PM | Show all posts

Reply #42 waksir's post

setuju sangat dengan tu..

tapi...keta2 mewah skrg roadtax rm12k setahun, memang sakit juga tu aku tengok
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 02:41 AM | Show all posts
lepas pilihanraya confirm naik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 08:19 AM | Show all posts
30 Disember, 2007 15:52 PM   
Malaysia Akan Bankrap Jika Kerajaan Turunkan Harga Minyak, Kata Najib


TUARAN, 30 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara ini akan bankrap sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak yang kini melambung naik di pasaran dunia.

"Di seluruh dunia harga minyak naik dan tidak mungkin mereka (pembangkang) boleh turunkan harga minyak. Ini tidak masuk akal... mereka hanya memperbodohkan orang Sabah.

"Orang Sabah kalau dia mahu dia boleh tolak kerajaan. Kita pernah kalah (di Sabah) tetapi kita menang balik kerana rakyat yakin kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika merasmikan Tamu Besar dan Karnival Budaya di sini hari ini.

Oleh itu, Najib meminta rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan janji pembangkang yang akan menurunkan harga minyak sekiranya dapat membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Pada November lepas, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa siri ceramah politiknya di Sabah, antara lain telah membangkitkan isu mengenai kenaikan harga minyak.

Najib berkata parti pembangkang cuba memainkan isu kenaikan harga minyak semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

"Jangan datang ke sini (Sabah) untuk memperbodohkan orang Sabah. Kalaulah Petronas untung 70 atau 80 bilion dan besok kita turunkan harga minyak. Memang kita boleh turunkan harga minyak dengan syarat jangan belanja yang lain... jangan buat sekolah dan universiti.

Beliau berkata harga minyak di negara ini merupakan antara yang terendah jika dibandingkan dengan negara lain di rantau ini. (ASYIK2 AYAT NE .....)

"Kita pun tahu kalau kita tak jumpa minyak pada 2011 nanti import minyak akan melebihi eksport minyak. Kita bukan negara Arab Saudi atau Kuwait, pengeluaran minyak kita hanya sekitar 700,000 tong setahun," katanya.

Najib berkata pemimpin parti pembangkang perlu memberi tahu rakyat keadaan yang sebenar dan bukan hanya menabur janji kosong.

Beliau berkata isu harga minyak perlu diurus dengan baik bagi memastikan kerajaan BN dapat melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang dirancang.

"Dengan adanya pendapatan (daripada hasil minyak), kita boleh bina universiti, hotel dan projek pembangunan yang lain, sekali gus menjadikan negara kita maju," katanya.

Najib juga mengingatkan rakyat supaya mengelak daripada menyertai demonstrasi jalanan untuk menyampaikan keluhan mereka kepada kerajaan.

"Demonstrasi jalanan bukan budaya kita. Budaya kita ialah budaya permuafakatan dan berbincang untuk mencari sesuatu penyelesaian dan keputusan yang menguntungkan semua pihak. Inilah budaya kita dalam Barisan Nasional," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan keputusan kerajaan pusat meluluskan pembinaan hospital baru daerah Tuaran yang menelan belanja sekitar RM120 juta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 11:46 AM | Show all posts
tunggu rasa ja...adoii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2008 12:12 PM | Show all posts
harga petrol naik or tak naik.. kita tetap kena tuang petrol kat tank keta tu.. macam i, nak bawak motor takde lesen n tak berapa reti sangat.. abis camno..??
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by champ69 at 2-1-2008 08:19 AM
30 Disember, 2007 15:52 PM   Malaysia Akan Bankrap Jika Kerajaan Turunkan Harga Minyak, Kata Najib


TUARAN, 30 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata neg ...

Beliau berkata harga minyak di negara ini merupakan antara yang terendah jika dibandingkan dengan negara lain di rantau ini. (ASYIK2 AYAT NE .....)


tambahann utk dikomen oleh pak menteri:
average gaji di msia pong ketegori rendah dibandingkan dengan negara lain di rantau

btw, cuba la buat calculation yg munasabah sikittt: baper rakyat msia spend utk petrol/ gaji koranggg.
utk aku dlm : 6% dari gaji spend to petrol gak oorr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2008 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 2-1-2008 12:25 PM


tambahann utk dikomen oleh pak menteri:
average gaji di msia pong ketegori rendah dibandingkan dengan negara lain di rantau

btw, cuba la buat calculation yg munasabah sikittt: baper ra ...


We can't compare ngan other cntries cos cost of living, per capita, currency, etc sumer tak sama.......apalah punya alasan.
Tapi dorg ni nak klabukan org kmpung je yg tak reti ekonomi  and majoriti pngundi kat luar bandar..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2008 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 2-1-2008 12:25 PM


tambahann utk dikomen oleh pak menteri:
average gaji di msia pong ketegori rendah dibandingkan dengan negara lain di rantau

btw, cuba la buat calculation yg munasabah sikittt: baper ra ...


skit tu ..... aku spent dekat 11-12% from gaji utk minyak je tiap2 bulan ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.168696 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list