CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5244|Reply: 15

Yes..film P.Ramlee bermesej!

[Copy link]
Post time 2-12-2007 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Saya dan ayah adalah peminat setia film P.Ramlee. Setiap kali film P.Ramlee ditayangkan di Astro..pasti saya dan ayah akan tengok. Tapi walaupun minat..saya nak luahkan jugalah apa yg saya fikir mengenai sesetengah film P.Ramlee (yg popular shj)

Selalu cakap yg film P.Ramlee bermesej..dan selalu jadi mangsa ialah film Senario..lawak tak bermesej katanya..memang betul film P.Ramlee bermesej..tapi apa yg mesejnya? Itu yg kita nak selidik.

Musang Berjanggut

- Film yg menunjukkan kebodohan Sultan@Raja sampai Sultan diperbodohkan hingga menjadi kuda!
- Ini tentu sedikit mengelirukan terutama pada orang yg sudah biasa membaca betapa daulatnya seorang raja terutama dlm hikayat Sejarah Melayu. Orang Melayu menentang Malayan Union pada 1946 salah satu sebabnya ialah kuasa raja diperhapuskan oleh Bristish..sedangkan di tangan P.Ramlee..
- Barangkali kawan sy yg bukan melayu menanya satu soalan "Inikah Raja orang Melayu?"

Mesej utama film P.Ramlee yg lain akan saya taip selang seminggu. Salam jumpa lagi.

[ Last edited by  ali_ptk_07 at 2-12-2007 12:16 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2007 10:26 AM | Show all posts

Reply #1 ali_ptk_07's post

3 org pensyarah aku - sorg india, sorg cina baba & sorg melayu..
dorg sumer ckp filem2 P.Ramlee ni lebih berkualiti & ada msj dri filem2 Melayu yg ada skrg nih...
majoriti filem2 melayu skrg ni bertaraf sampah... hanya sebilangan kecil je yg betul2 berkualiti & ada mesej...

Aku mmg tak suka tgk cter senario...
pelakonnya menyamar mcm pompuan, budak kecik.. pastu terkinja sana, terlompat sini...
msjnya plak tak der..
kalo nk bandingkan cter senario dgn friends, aku lebey suka tgk cter friends sbb lawaknya bersahaja & nmpk ori..

Bg aku, P.Ramlee tetap adalah pengarah terbaik di Malaysia...
Hilangnya tiada berganti...
smpai skrg x der pengarah filem M'sia yg leh mengatasi P.Ramlee..

Komen ikhlas dari pelajar diploma dlm jurusan animasi & perfileman.. Sekian!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2007 10:31 AM | Show all posts
senario lawak jerit.. cakap macam teran taik...  pastu buat muka senget mata juling..
macam hamjadah jadinya...
p ramlee tak peturun ilmu tu kat sapa sapa.. tu yang  movie kita nganga sampai sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2007 11:59 AM | Show all posts
surprisingly... kawan aku yg cina pun minat giler citer pramlee boleh ingat certain dialog lagi..
mmg hebat penangan citer pramlee.. cerita sekarang mungkin pengaruhnye tak sampai mcm tu..

apapun mmg byk cerita pramlee yg berunsur pengajaran terutama ahmad albab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2007 12:14 PM | Show all posts
Uiiii   ahmad albab cukup bermesej..Orang bila susah minta pertolongan dr Tuhan yg maha Esa..bukan minta pertolongan dr Jin or apa kebenda dalam gua tu.

Aku tak cakap pun film senario baik dan ada mesej..film2 P.Ramlee lagi hancur..terutama Wahid (yg tak pernah buat aku gelak sepanjang 12 tahun aku kenal dier dan Azlee (dgn muka bodoh dier).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2007 12:20 PM | Show all posts
Bagitahulah apa film P.Ramlee pun yg anda fikir ada pengajaran..biar aku bagitahu mesej sebenar film tu yg anda tak nampak. Aku tak kedekut ilmu yg Tuhan bagi kat aku.

Tapi ada gak film dia yg mesejnya ok dan tak ada kesan (-) yg ketara.

Lps ni ada sesiapa nak cakap Sumpah Semerah Padi film yg ada mesej berilmiah tak? Haaa..yg ni lagi best aku nak cakap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2007 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by ali_ptk_07 at 2-12-2007 12:14 PM
Uiiii   ahmad albab cukup bermesej..Orang bila susah minta pertolongan dr Tuhan yg maha Esa..bukan minta pertolongan dr Jin or apa kebenda dalam gua tu.

Aku tak cakap pun film senario ...

itulah ko tak paham, dgr kata2 dia tue.. `kekayaan kebahagian semuanya di tangan Tuhan, bukan di tangan bapak'.. ada dia kata di tanagn jin?

ko, mesti paham, dalam citer tu, bukan dia mintak tolong jin, tapi jin yg tolong dia.. pertolongan jin tu pun barang kali satu perantaraan pertolongan Tuhan.. jin tumakhluk Allah jugak.. nabi sulaiman dulu pun dikhabarkan dibantu jin2 masa nak pindahkan mahligai putri balqis kalau ko nak tau

[ Last edited by  eddysheddy at 2-12-2007 12:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2007 12:45 PM | Show all posts
biasalah kalau dalam filem2 tu ada unsur2 dongeng ke apa.. yg penting ada mesej, cerita batu belah batu bertangkup, cerita bawang putih bawang merah, cerita si tanggang tu ada logik tak logiknya, tapi ada mesej yg dibawa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2007 06:36 AM | Show all posts

Reply #7 eddysheddy's post

aku setuju sangat ngan pendapat ko ni. tapi ada satu filem beliau yang aku rasa bawak pengaruh tak baik kat penonton; IBU MERTUAKU   filem ni menunjukkan watak KASSIM SELAMAT seolah-olah tak reti berfikir dan bodoh dalam membuat keputusan. Antaranya :
1. Selepas Kassim Selamat berkawin dgn Sabariah, ditunjukkan mereka mengabiskan duit dgn berjudi, duk kat hotel, berfoya-foya..tak pikir masa dpn.
2. Kassim kena queen control oleh isterinya yg melarang dia kerja di nite club sbg pemuzik, pdhal sbg suami dia boleh saja bertegas atau setidaknya menyembunyikn pekerjaannya dr pengetahuan isterinya.
3. Bila Kassim dpt telegram palsu yang Sabariah meninggal dunia, dia tanpa usul-periksa terus bersedih & nangis smpai buta mata tanpa ada usaha pegi menyiasat apa benarkah Sabariah dah mati.
4. Kassim manusia yg kufur nikmat sbb sanggup mencucuk mata sampai buta,walaupun sbg tanda protes terhadap DR.ISMADI yang merampas isterinya.

kalu ada bleh sambung lg..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 06:44 AM | Show all posts
Originally posted by ali_ptk_07 at 2-12-2007 12:20 PM
Lps ni ada sesiapa nak cakap Sumpah Semerah Padi film yg ada mesej berilmiah tak? Haaa..yg ni lagi best aku nak cakap.


semerah padi jer..takde sumpah..
overall filem ni okey cuma tang hukuman sula tu tak ada dlm Islam. Lagi satu filem ni bercorak Islamik, ada hukum hudud, azan, orang mengaji,tapi tak ditunjukkan ibadat solat. Pelakon wanitanya pulak tak menutup aurat sepenuhnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2007 10:31 AM | Show all posts

Reply #9 ahasyraf80's post

aku setuju dgn ko.

Tapi kalo film dia yg ada mesej berilmiah..aku rasa film anakku sazali.

Mula2 watak Zaiton yg derhaka pada ibubapa (lari dari perkahwinan yg diatur ibu bapa dan mengikut watak P.Ramlee lari ke bandar..Dan tak pernah balik ke kg lagi dah slps tu). Akhirnya watak Sazali iaitu anak kepada pasangan ni pulak yg derhaka. (selain punca terlalu dimanjakan)
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 12:18 PM | Show all posts
ragam p.ramlee...kisah judi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 12:51 PM | Show all posts
sajer nak nyampuk

Originally posted by ahasyraf80 at 4-12-2007 06:36 AM
1. Selepas Kassim Selamat berkawin dgn Sabariah, ditunjukkan mereka mengabiskan duit dgn berjudi, duk kat hotel, berfoya-foya..tak pikir masa dpn.


ni nak tunjukkan di mana salah nya kassim tu sendiri, so takde laa mcm, org baik akan susah.....kasim sendiri ada salah nya sndiri, sbb tu dia menyesal

2. Kassim kena queen control oleh isterinya yg melarang dia kerja di nite club sbg pemuzik, pdhal sbg suami dia boleh saja bertegas atau setidaknya menyembunyikn pekerjaannya dr pengetahuan isterinya.

kassim juga terpikir yang dia di hina sbb dia ahlil muzik! sbb tu dia nak ubah tp semgt dia tak cukup tinggi....

3. Bila Kassim dpt telegram palsu yang Sabariah meninggal dunia, dia tanpa usul-periksa terus bersedih & nangis smpai buta mata tanpa ada usaha pegi menyiasat apa benarkah Sabariah dah mati.

taksalah aku, sabariah lari balik meninggalkan kassim, so maybe kassim tu rasa salah sangat sangat, kerana dia isteri dia tu mati

4. Kassim manusia yg kufur nikmat sbb sanggup mencucuk mata sampai buta,walaupun sbg tanda protes terhadap DR.ISMADI yang merampas isterinya.
ada dialog Dr Ismadi , dia cakap, mmg aku salah kerana mengambil isterimu, tp bukankah aku telah melangsaikan dgn mengembalikan penglihatanmu (aku ingat lagi sioottt)
so dia wat camtu, tuk bgtau kat Dr tu yang dia bleh hidup tanpa penglihatan dia, dan dia tetap tak redha isteri dia diambil


simply said,
cerita p ramlee more to realistik! (dlm citer ni laa) tiap org ada dosa masing2, ada salah masing, dan bukan hero jer baik dari awal sampai abish.....

citer lain ada yg tak logik gak!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 12:33 AM | Show all posts
paling suka cite enam jahanam...x tahu kenapa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 09:58 AM | Show all posts
Dari citer 3 Abdul kot.."meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta.."...amatlah tepat skali...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by ahasyraf80 at 4-12-2007 06:44 AM


semerah padi jer..takde sumpah..
overall filem ni okey cuma tang hukuman sula tu tak ada dlm Islam. Lagi satu filem ni bercorak Islamik, ada hukum hudud, azan, orang mengaji,tapi tak ditunju ...



Gambaran Pakaian Wanita dalam Filem nih diambil dari Acheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.073756 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list