View: 4550|Reply: 59
|
Mawi masih segan dengan M.Nasir dan Jamal Abdillah
[Copy link]
|
|
Mawi masih segan dengan M.Nasir dan Jamal Abdillah
13-11-2007 10:16:41 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ | TAHUN lalu penyanyi Asmawi Ani menjayakan "Konsert Fantasia" bersama dengan idolanya penyanyi Jamal Abdillah.
Bulan Disember ini, mereka berdua bakal menjayakan konsert secara besar-besaran buat kali kedua dengan membawakan konsep Arabic Nusantara. Konsert ini turut diserikan dengan kehadiran sifu Mawi di Akademi Fantasia 3 iaitu M.Nasir.
| Mawi bakal berkongsi pentas dengan M.Nasir dan Jamal dalam "Malam 1001 Gemilang" (Foto The Star oleh Azman Ghani) | Berduet dengan Jamal mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi Mawi namun apabila diberi peluang berduet dengan sifunya, mulalah pemuda berusia 26 tahun ini rasa tidak senang duduk.
"Diberi peluang menjayakan konsert dengan M.Nasir saya jadi lebih gemuruh kerana saya menganggap dia sebagai cikgu dan juri. Tapi saya berasa semakin relaks apabila berada di atas pentas dan menyanyi bersama dengannya.
"Dengan Jamal pula saya dah biasa buat show sekali sebelum ini. Minggu lepas pun kami telah menjayakan show ketika majlis rumah terbuka bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato' Seri Shahrizat.
"Namun begitu, saya tetap berasa sedikit segan," kata Mawi ketika majlis sidang media majlis makan malam bertemakan "Malam 1001 Gemilang" di Telawi Street Bistro, Kuala Lumpur.'
Selain Mawi dan Jamal, antara tetamu yang hadir adalah Pengurus Urusan Sutra D'Image Karl Asmawi, Pengarah Edrie Hashim dan Alfie Zainal.
Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember depan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 8 malam hingga 10.30 malam.
Konsert anjuran Sutra D'Mega Event & Entertainment Sdn Bhd ini dijayakan sebagai satu usaha untuk memastikan seni warisan bangsa terus dipelihara dan meningkatkan martabat seni negara.
Mawi yang masih baru dalam meniti dunia seni berbanding Jamal dan M.Nasir yang lebih | Mawi bakal mengendalikan program jelajah negara Islam di Asia bermula tahun hadapan | dulu makan garam daripadanya merasakan konsert kali ini memberi sedikit kelainan dan suatu perkara baru yang perlu ditanggung selepas ini.
"Saya belum membuat apa-apa latihan kerana belum merancang dengan pihak band. Namun saya perlu membuat lebih banyak persediaan sebab konsert ni lebih besar dari konsert sebelum ini.
"Dalam masa seminggu sebelum konsert nanti, saya akan buat latihan dengan band," ujar Mawi yang masih menunggu lampu hijau untuk memulakan pengambaran yang masih tertangguh sejak cuti Raya lalu.
Dalam konsert selama dua jam setengah itu, Mawi akan menyampaikan empat buah lagu secara solo daripada lagu-lagu yang dimuatkan dalam albumnya.
Selebihnya, anak kelahiran Johor ini akan berduet dengan M.Nasir dan Jamal melalui lagu-lagu popular seperti Lagu Jiwa Lagu Cinta, Gadis Melayu, Terharu dan Seroja.
Persembahan mereka bertiga akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik profesional dan orkestra yang diketuai oleh pemuzik Edrie Hashim.
Program yang menghargai artis tempatan ini turut bertujuan memberi sumbangan kepada badan-badan kebajikan melalui hasil penjualan meja.
Bermula awal tahun depan, Mawi dijangka menjayakan program anjuran saluran televisyen Astro Oasis.
"Saya akan terlibat dengan projek menjelajah ke negara Islam di Asia untuk menyelami dunia Islam di sana.
"Saya menjadi hos rancangan yang mengenengahkan muzik tempatan, budaya selain melawat ke tempat-tempat bersejarah di negara tersebut," ulas Mawi yang bakal berada di luar negara selama sebulan bagi menjayakan program yang masih dalam perbincangan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengan Ikin tak segan pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
dah makin tak laku ke mawi sampai terdesak nak jd pengacara................. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 houdini's post
ngan heliza pun dia tak segan |
|
|
|
|
|
|
|
mcm ni la sifat anak murid... mesti ada rasa segan dgn cikgu... walau setinggi mana pun pun berada sekarang... nakkagum la mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
hehe......dgn ikin dia malu tapi mahu...... |
|
|
|
|
|
|
|
"Dengan Jamal pula saya dah biasa buat show sekali sebelum ini. Minggu lepas pun kami telah menjayakan show ketika majlis rumah terbuka bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato' Seri Shahrizat.
apasal yg ni aku tak tau pun |
|
|
|
|
|
|
|
m nasir dn jamal kan otai..mmg patut mawi segan..xpe mawi..kagum gak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 redsentra's post
kagum...........kagum.........
ade ke mawi diberi peluang jd pengacara dikata terdesak.......pelik tul pemikiran anti mawi nih...... itu namanya karier die berkembang...... dlm proses mengukuhkan kedudukan....... hikhik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 dino's post
TAU LA KAGUM.. TAK YAH A POSTING BANYAK KALI :bg: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cabai at 13-11-2007 11:07 AM
dah makin tak laku ke mawi sampai terdesak nak jd pengacara.................
bodo punya cipan @ cabai....
dah tentu rezeki mawi semakin bertambah.. murah rezeki... |
|
|
|
|
|
|
|
kita semua sedar yang m.nasir ngan jamal tu otai seni tanahair kita jadi memang patut mawi berasa segan... bukan takat mawi je yang sepatutnya segan ngan diorg tapi aku rasa semua artis baru perlu ada rasa mcm tu terhadap semua otai2.. semua otai2 tu termasuklah mus (may), nash, ramli sariff dll.... setuju tak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 keecap_kacip's post
yup.....rasa rendah diri tue ade......tanda hormat..... |
|
|
|
|
|
|
|
bestnyer mawi dpt gi luar negara...
sbln plak tuh...
jgn bwk dak ikin mnumpg skali udah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 cabai's post
dengki la tuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|