CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7685|Reply: 56

ini aku

[Copy link]
zairi69 This user has been deleted
Post time 12-9-2007 02:50 AM | Show all posts |Read mode
askum kepada sesapa yg sudi membaca sedikit coretan kisah cinta yg tak ada harga dalam hidup aku ini.Apa yg aku nak tulis ini semua secara spontan dari hati ke hati.Tidak kisah lah kalau korang semua nak cakap aku jiwang karat besi atau zink sebab aku dah bosan pendam n merana kerana mencintai seorang wanita yg x membalas cinta aku.Aku x salahkan wanita tu sbb aku sedar siapa aku.Kisah duka aku bermula apabila aku mula jatuh hati dan sayang pada awek yang sama tempat kerja dengan aku.Aku ingin menggelarkan awek ini `awek malang` kerana dirinya telah dicintai oleh lelaki yg serba kekurangan tetapi tetap bersyukur kpd tuhan kerna masih memberi nyawa dan bernafas untuk aku kenal apa itu kasih dn cinta.Aku TAK seperti lelaki lain yg hensem, kaya,mempunyai kenderaan besar,membuatkan perempuan jatuh hati, dan sewaktu dengannya tapi aku masih ada persamaan dengan lelaki lain iaitu hati n perasaan.Mesti korg muak dan bosan apa yang aku tulis tadi, tapi itu lah kenyataan penting untuk sebuah plot cerita duka lara aku.

Perempuan yg aku gelar `awek malang` tadi ada paras rupa yg sederhana dan banyak kekurangan di mata orang lain.Bagi aku,itu semua x penting langsung sbb aku sayang pada dia.Aku x pernah mencintai org lain lebih dari aku cinta dia sehingga ada kadangkala aku terfikir,kalau ajal datang menjemput dia dahulu,aku rela memohon doa pada tuhan supaya tukarlah nyawa aku dgn nyawanya.Aku nak `waktu` beritahu dia ada lelaki yg sanggup berbuat apa saja utk menawan hatinya.Hidup aku serba sederhana.Secara jujur aku x ada apa kelebihan pun utk dibanggakan.Hidup `awek malang` tadi penuh warna warni.Punya segalanya dan yang paling penting dia bertuah kerana dirinya sering menjadi perhatian lelaki2 di luar sana.

Aku mula berkenalan dengannya apabila dia menjadi pekerja baru di tempat aku bekerja.Aku ingat lagi hari pertama dia bekerja, aku datang lambat dan bila aku sampai, wajah yg pertama aku lihat ialah wajah `awek malang` tadi.Aku cakap dalam hati,`comelnya dia`.Aku menegurnya dan dia beri respons yg sangat baik.Dah terasa dalam hati aku yg aku mula jatuh hati pada dia.Tapi bila difikirkan balik,aku malu,sebab aku rasa aku memang x layak untuk dia.Puas aku berfikir,akhirnya aku ikut kata hati aku.Aku buang perasaan malu aku.Aku mesti dapatkan dia.

Oh terlupa aku nak beritahu sesuatu yg penting ttg `awek malang` tu tadi.Dia ada sorang kawan baik berbangsa cina.Diorg cukup rapat.Macam sepasang kekasih.Bergaduh,ketawa,bermanja, haha aku ? aku hanya dapat melihat dari jauh.Mungkin korang akan anggap aku bodoh atau apapun tapi perasaan ni aku sorang je yg tahu.Aku mohon doa kepada tuhan,jangan lah wanita yg aku sayangi ni terpisah dari jalan lurusmu.Aku percayakan dia.Perhubungan persahabatan aku dan dia berjalan dengan baik.Aku happy sangat dapat satu waktu kerja dengan dia.Aku banyak ditugaskan sama kerja dengan dia.Dalam masa tu, aku try beri harapan dan isyarat2 yg aku ambil berat pada dia.Dia pun kadang2 mcm membalas balik respons aku.Aku fikir mungkin aku ada peluang.Tapi lama kelamaan dia dengan aku macam terasa jauh.Aku tak tahu kenapa.Dia selalu bergaduh dgn kawan baik cina tadi.Kadang2 sampai dia menangis.Aku try hiburkan hati dia.Aku taknak dia sedih.Aku pujuk n hiburkan hati dia,tapi sedihnya,lepas dia berbaik balik dengan kawan baik dia,dia mcm x hirau kat aku.Aku terasa aku mcm kertas tisu plak.Bila sedih cari n bila happy buang.Aku buang perasaan buruk sangka aku.Janji dia happy.

Kat tempat kerja,dia selalu kena tegur.Bukan dia saja,tapi semua orang.Dia agak sensitif,mudah keluarkan air mata.Aku rela buat muka tebal cakap kat bos kalau nak marah dia, marah aku dulu, nanti aku settlekan smua kerja.Sejak dari tu, makin banyak pulak kerja aku.Tapi aku x kisah.Aku nak dia happy datang kerja dan yg paling penting aku nak dia happy kerja dengan aku.Walaupun dia x tahu aku sanggup berkorban utk dia, aku biarkan je.Aku ikhlas untuk dia.

Aku dapat cuti 4 hari.Aku ambil kesempatan pergi kl sebab dah lama rasanya aku x berjumpa saudara mara aku.Sebelum hari aku bertolak, dia ada bergurau supaya belikan sesuatu yg aku sendiri x mungkin dapat beli.Aku bisik dalam hati,`DEMI mu`.Aku cari juga barang yg dia nak.Sehari suntuk.haha sampai tertidur dalam lrt.Tersenyum sendiri aku bila difikir balik.Tapi penat aku berbaloi sebab aku berjaya belikan barang yg dia nak.Walaupun dia hanya bergurau tapi aku nak dia happy bila aku balik nanti.Aku hadiahkan sesuatu yg dia suka.Dan bila aku balik dan hadiahkan sesuatu yg dia nak, dia happy walaupun mulanya dia tak nak terima sbb dia kata cuma bergurau.Sekali lagi aku bisik dalam hati,`DEMI mu`.

Suatu hari,perkara yg aku x ingin terjadi akhirnya terjadi juga.Kat tempat kerja aku ada masaalah.Tidak perlu lah aku terangkan masaalah apa tapi `awek malang` tadi dah salah faham kat aku.Dia fikir aku marah pada dia sbb menjadi punca.Setelah apa yg aku buat untuk dia selama ni, logik ke aku nak marah pada dia.Aku x pernah marah sesuka hati.Tapi dia dah dengar cakap orang.Aku x faham kenapa dia x percaya cakap aku.Dia berjumpa aku.Macam biasa.Mintak penjelasan sambil menangis.Aku x sampai hati tengok dia macam tu.Apa salah aku.Aku masih ingat perkataan terakhir dia kat aku, `jangan hipokrit,dah lah,org balik dulu`.Peritnya rasa.Aku rasa aku macam dah tak ada harapan lagi.Semalaman aku x tidur.Kucing aku pun aku x bagi makan.Selama ni dia x sedar ke apa yang aku buat untuk dia atau buat2 tak sedar.X kisah lah.

Keesokannya aku datang time dia kerja walaupun dengan mata merah x tidur.Aku cuba jelaskan dan aku minta maaf.Alhamdulillah dia sudi maafkan aku walaupun entah apa salah aku.Dalam masa yg sama aku luahkan isi hati aku sbb aku dah tak tahan pendam rasa.Jawapan perempuan yg aku syg tadi ? `saya dah cakap saya x nak bercinta skarang,sy anggap awk mcm kawan je,tolonglah faham.Remuk hati aku.Selama ni aku percaya pada harapan palsu je.Aku x kata apa.Aku pergi dengan perasaan kecewa,malu,sedih.Setelah apa yang aku cuba untuk tawan hati dia selama ni, ini balasan `cinta` dia.

Esoknya aku datang kerja macam biasa.Aku buat macam x ada apa.Aku try lupakan dia.Aku buat2 happy tapi bukan untuk org lain.Aku try happy untuk diri aku.Aku fikir positif.Tapi lain pula yg jadi, dia pulangkan balik hadiah yg separuh nyawa aku cuba cari untuk dia.Dia tinggalkan macam tu je.Macam sampah yg tak ada harga.Hanya tuhan je tahu perasaan aku masa tu.Hari yang sama aku dikejutkan pula kematian kawan aku.Berat betul dugaan yang aku terima.Kebetulan aku kerja sama waktu dengan dia.Dia nampak aku sedih.Tapi tak pernah buat apa yang pernah aku buat tuk dia dulu.Aku layan perasaan aku sorang2.Dalam hati aku bisik, `biarlah,dah memang macam ni`.Hubungan persahabatan aku dgn dia mulanya mmg tak bertegur sapa tapi aku cuba bersikap matang.Yang dah berlalu biarlah walaupun perasaan sayang aku kat dia tak pernah hilang walaupun sikit.Sampai sekarang dia buat macam x ada apa yg berlaku.Bohonglah kalau aku kata aku x sakit hati.Minggu depan aku kene bertukar kerja di cawangan baru.Bercampur campur perasaan aku.First yg aku fikir,mungkin dia happy bila aku dah tak menyemak dalam hidup dia.Maafkan aku.Aku sedar siapa aku.

Pada perempuan kat luar sana,tulisan aku bukanlah tuk meraih simpati, tapi aku nak anda semua hargai la perasaan lelaki yg sanggup berkorban apa saja untuk anda.Kalau anda x suka,tolak lah secara baik,fahamkan lah.Jangan korang remukkan hati orang yang sayang kat anda.Sesungguhnya  memang  menderita  perasaan  ni untuk ditanggung.Aku  taknak  lelaki lain rasa apa yang aku rasa.Biarlah aku seorang je yg  tahu.Maaf  kalau tulisan aku membuat korang smua  berasa rimas seperti rimasnya perasaan awek yg aku sayang tadi.

Itulah kisah dari aku untuk engkau.

[ Last edited by  zairi69 at 12-9-2007 05:46 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 03:01 AM | Show all posts
woooo

aku blom baca semua...
sekali imbas je..
panjang wooo...
jap jap nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 03:03 AM | Show all posts
tak concentret plak..
cer la wat perenggan..
senang sket nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 03:36 AM | Show all posts
hui mak aaai, panjang bebeno, xder perengan lak tuh, poning den nak baco..
den save dulu yo, nanti den baco..sok2 den reply...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 04:08 AM | Show all posts
rilek bro. kalu org len yg bace xpenah rase. konfem xpaham. jgn risau beb aku pon penah kene mcm tuh .
mmg pham sgtla ape yg ko rase. so aku pon belajar darik kesalahan sndiri.

1st skali rilek jek dlu. aku xsalahlankan pompuan sbb mmg camtuh. lepas lame kene tuh barula aku pham sket2.
aku cadangkan ko move on ja ngan life ko. mmg susah nk ilang hati ko dia tp cayela cakap aku. kalu ko xjumpe sape2 lagik pon ko kene jaga diri sndiri gak. 1 pengalaman yg bagos sebenarnyer. kalu dlu aku cukop senang patah hati, senang keciwa, semue adela wa cakap lu. tp lepas kene exp mcm tuh. skrang nih aku rase senang sket. ble kawal emosi.. pandangan jauh sket. n then lebeh yaken lagik. nk wat keje papepon yakin ja   series.

1 penyakit lagik, kalu ko tgk org kapel... rilekja. jgn emo pape (wluapun hati lu dah pikir mcm smpai thap nk meletop ). kawal emosi papepon. aku pon xsenang duduk kalu jumpe org yg penah rase mcm aku penah kene dlu.

mmg skrang ko xble kontrol emosi. just kontrol sket2 smpai ko rase ok. just follow ur pace. klu ko kene tukar tmpt keje.. ikut hati ko, jgn disebabkan die ko dok tunggu ( mmg sbb die pon ). pompuan lain rmai lagik beb. tp fitrah alam camtuh. xble nk elak. just terima ja and then move on. yg penting kene MOVE ON walau camner
susah pon.

ader org jln die shorcut, ader jln die jauh yg dpt someone. move on n perbaiki kelemahan yg ko ader sket2. kes aku lagik terok siap kene tipu smpai buat aku fobia smpai 2 tahun. dlm 2 tahun tuh blur2 jek keje aku. tp time tuh xdek yg dpt bagi nasihat yg mcm aku bagi neh sbb member aku rmai xpaham. so terpaksela aku btolkan sndiri keadaan aku. smpai skrang pon still lagik but rase dah ok xle trok mcm dolu. skrang nih xdek masalah sgt. kalu kuar, kuar ngan member.. kalu ader member pompuan aku ajak jek skali. kalu xdek sape2 aku gi sorang ja . no hal ja. aku xpenah rase mcm neh.. sbb tuhla org kata pengalaman mematangkan manusia.

so be Be COOL, rileks. fikirle secare waras jgn emosi sgt yg penting kena CONTROL.

anyway lengkali buatle perenggan. pening oi ako bace
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 07:08 AM | Show all posts
thread writer, aku tak dapat nak baca teks karangan encik thread writer...sile la..tolong...please....tekan space bar..buat perenggan...kalau tak,aku tak dapat nak kasik pendapat aku yg bernas ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2007 07:26 AM | Show all posts

Reply #1 zairi69's post

yg dah lepas tu biarkan berlalu.. ambil sebagai pengajaran .. jangan mudah memberikan seluruh perasaan dan hati selagi belum pasti si dia akan menerima cinta n kasih anda .... tak semua wanita akan memberi kekecewaan .. mungkin cinta anda hadir dlm diri si dia pada waktu yg salah... tak mustahil si dia akan sedar suatu hari nanti akan kehadiran anda di depannya ...

  esok dah masuk bulan ramadhan yg penuh berkat, isilah dengan sebaik mungkin n doa dengan sepenuh hati serta berserah pada yg esa... mudah2 an akan beroleh kebahagiaan kelak .. insya allah... :victory:  peace bro
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 07:32 AM | Show all posts
Originally posted by budakmelake at 12-9-2007 04:08 AM
btolkan sndiri keadaan aku. smpai skrang pon still lagik but rase dah ok xle trok mcm dolu. skrang nih xdek masalah sgt. kalu kuar, kuar ngan member.. kalu ader member pompuan aku ajak jek skali. kalu xdek sape2 aku gi sorang ja . no hal ja. aku xpenah rase mcm neh.. sbb tuhla org kata pengalaman mematangkan manusia.
...


Aku stuju ngan ko....

buat zairi....jgn risau sgt...akan ada pempoan yang akan terima dan hargai diri ko... truskan idop & kuatkan semangat ko...awek tu pun hanya wujud lepas beraper dekad ko idop kan ...so buktikan kat dia yang takder dia pun ko masih boleh idop ngan baik... aku yakin satu hari nanti awek tu akan sedar yang dia dah lepaskan sesuatu yang sepatutnyer dia hargai....

ingat lagi satu hal... kita boleh suka kat sesaper ajer ...tapi kita takleh paksa org suka kat kita...
aper2 pun good luck ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 08:16 AM | Show all posts
pagi.............

aku cume bleh tulis kt sini, releks arr bro..... ini semua dugaan hidup...sapa2 pun dlm dunia ni akan mengalami situasi mcm ko...tk kesah le lelaki atau pun pompuan........
sakit cinta ni semua org akan rasa..... tapi ingat bro, ko tak akan rasa indahnya cinta tu selagi ko tk merasa betapa sakitnyer cinta itu.......
so...bwk2 bersabar.... Tuhan pasti akan menemukan ko dgn org yg lebih baik....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 08:43 AM | Show all posts

Reply #9 captain_scubby's post

semua org akan alami cinta tak kesampaian...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 08:50 AM | Show all posts
  aku pun setuju, pengalaman mematangkan manusia....sekurang2nya kau dh mengalami satu penolakan....lps ni mgkin kau akan dpt gadis yg akan lebih menghargai pengorbanan kau.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 09:08 AM | Show all posts
Tak payah baca. Penulis ni bukan nak suruh org baca pun. Nak buat sakit kepale je baca karangan takde perenggan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 09:19 AM | Show all posts
tuh la kepentingan belajar tatacara wat karangan time skolah dulu

time nak berporem baru aku sedar ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 09:35 AM | Show all posts

Reply #1 zairi69's post

aku faham ape yang kau rase,just go with the flow.Jangan menyesal,at least kau dah suarakan hasrat hati kau kat dia.So takdelah kau rase ralat sangat atas kehilangan dia and lagipon lagi teruk kalau kau tak bagitau langsung and being clueless for all your lifetime.Every little things(pengorbanan,masa kau) that you do for her sebanyak mungkin akan mempengaruhi pikiran dia nanti,when the time comes(if she were meant for you).Just go with the flow and be happy.Memang la mudah je cakap dari buat,pandai pandai la kau merawat hati kao yang luka itu and be positif.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 09:36 AM | Show all posts

Reply #1 zairi69's post

double triple fourthple post

[ Last edited by  akulah at 12-9-2007 09:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 10:04 AM | Show all posts
aku kesian sebenarnya kt ko...
knp la perempuan 2 lansung xpandai nk menghargai ko...
walaupn dia xleh trima cinta ko..
sekurang-kurangnya anggaplah ko ni sebagai kwn
jgn layan ko mcm 2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 10:56 AM | Show all posts

Reply #1 zairi69's post

ko berhak utk jatuh cinta, dan dia juga berhak utk menolak.


knp nk berkorban dan terkorban? berkongsi adalah lebey baik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 11:21 AM | Show all posts

Reply #1 zairi69's post

Salam ...

Nie abang buat ringkasan ...

-   zairi69 jatuh cinta dgn seorang wanita satu tempat kerja ...
-   zairi69 seorang yang serba kekurangan ... Jadi wanita yang dicintai digelar 'awek malang' ...
-   Wanita dicntai punya sorang kawan baik berbangsa cina. Diorg cukup rapat. Macam sepasang kekasih.Bergaduh,ketawa,bermanja ...
-   Dalam masa sama wanita tu juga layan zairi tapi hanya sbg sahabat kot sbb time dia gaduh dgn kawan cinanya baru dia mengadu dan menangis pada zairi ... Lepas baik semula dia cam tak layan jer dgn zairi ...
-    Lepas tu timbul salah faham di tempat kerja antara dgn zairi dan si dia yang merenggangkan hubungan mereka ...
-   Walaupon lepas tu si dia maafkan zairi tapi si dia pulangkan hadiah yang zairi bagi ... Pastu dlm masa sama kawan zairi meninggal ... Tu yang zairi rasa amat sedih ...
-   Lepas tu masing2 buat hal masing2 ... Tapi zairi agak terkilan kerana hal2 yang lepas yang dia buat mcm2 kat si dia tapi wanita tu tak hargai ...
-   Kesimpulan zairi sedar dia takde apa2 keistimewaan utk memenangi hati wanita tu ...


Wat Zairi sabar la ... Semoga Zairi akan bertemu dgn insan yang lebih baik dari si dia ... Percayalah ... Abang tujukan lagu PUPUS nyanyian DEWA ... Cinta adakalanya perlukan pengorbanan ... Abang dah lalui 24 tahun tanpa cinta dari seorang wanita ... Alhamdulillah dah ketemu dgn insan terbaik ... Itu la isteri abang kini ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 11:29 AM | Show all posts
bole tak lain x buat perenggan..??..anyway aku dh baca...kesian ko...bertuah saper dpt jd gf ko...hatimu suci ...pada gadis itu, aku harap dia tercirit dlm spenda dia...rasekan
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 11:40 AM | Show all posts
ayo..
buat le perenggan
bepino mate aku ni ha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.068065 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list