CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37449|Reply: 322

TATKALA ANDA AMAT AMAT RINDU....

[Copy link]
Post time 10-9-2007 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Anda sunyi. Anda mahukan seseorang sebagai teman bicara. Anda cari di mana-mana. Namun tiada berjumpa. Anda rindukan suaranya. Suara itu pernah singgah di telinga anda, tapi lama dahulu. Di manakah dia kini. Anda amat-amat rindu.

Ada ketikanya anda akan berasa seperti ini. Pada saat-saat sunyi di petang hari, tiba-tiba nostalgia anda mengheret ke suatu suasana. Suasana itu seperti pernah dilalui. Anda seperti terdengar gelak ketawanya. Gurau sendanya terasa masih segar.

Ah, dia yang pernah mencuri hati anda. Suatu ketika dahulu tatkala alam keremajaan anda. Di mana dia kini. Anda tertanya-tanya.
Jawapannya tidak akan pernah anda temui. Dalam kerinduan yang tidak bertepi ini anda lemas dalam lautan rindu. Entah milik siapa. Entah untuk siapa. Anda keliru dan tidak tahu. Yang nyata anda seperti merindui seseorang.

Ada ketikanya anda lemas dan tenggelam. Anda sayu. Perasaan anda bagaikan dilayat-layat rindu. Anda bukan tidak tahu anda telah berpunya sekarang ini. Dalam keadaan seperti ini merindui entah siapa-siapa di luar sana tidak patut sama sekali. Anda amat tahu itu.
Yang nyata anda amat rindu...

Tika ini anda dalam arus theta atau delta; dua arus yang membawa manusia pada kemunduran. Arus ini adalah arus khayalan yang melemahkan. Anda seolah-olah tiada bertenaga. Badan terasa lemah sekali dan ada kalanya dahi terasa sakit.

Arus ini akan terus membuai perasaan anda dengan kenangan-kenangan silam. Ditambah lagu nostalgia yang mungkin berkumandang di corong radio. Anda benar-benar lemas.

Anda cuba-cuba mengagahkan diri dengan melakukan apa-apa kerja, tapi hasilnya selalu tidak menjadi.

Anda benar-benar gelisah dan keliru. Siapakah yang aku rindukan? Entah, jawapan tiada di hati anda.

Anda mungkin cuba keluar dari kepompong yang menghimpit. Tujuan anda murni, hendak membebaskan dari dari penjara diri, agar dengan itu alam terasa luas kembali.

Tapi keluarnya anda dengan hati yang terpenjara, dipenjara oleh perasaan yang tidak pasti. Tidak pasti apakah anda patut senyum; tidak pasti apakah anda patut tertawa atau terus bermuram.

Apa yang anda tampilkan pasti ketara pada penglihatan orang. Perubahan anda itu nyata, terang lagi bersuluh. Orang dengan mudah dapat membaca sesuatu yang tidak keruan sedang mengambil tempat dalam diri anda.

Lalu anda pun mungkin disapa seseorang. Dalam keadaan demikian jawapan anda mungkin melambangkan kesedihan, kemurungan mahupun kegembiraan yang dibuat-buat. Orang dengan mudah dapat membaca segala-galanya. Jika dia lelaki dia mungkin merasakan bertanggungjawab membantu anda. Anda yang dalam kekosongan dan kesepian, sapaan pastinya amat didambakan. Tanpa sedar anda mungkin menceritakan gundah gulana yang membungkus di hati.

Suara anda tentu lemah, melambangkan arus theta dan delta yang mencetus dari diri anda. Anda sedar anda mengundang simpati. Orang yang mendengar kata-kata anda mungkin terkalih, daripada ikhlas hendak mendengar permasalahan anda pada perasaan yang tidak terduga.
Di situlah kadang-kadang bermulanya satu-satu perhubungan terlarang.

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga keinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."Al-Ahzab: 32

Ubatilah kerinduan anda yang tidak bertepi itu dengan doa, Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH. DIA-lah pelindung kami dan hanya kepada ALLAH orang yang beriman harus bertawakal. At-Taubah: 51

Untuk merindui zaman silam saatnya sudah tidak sesuai.


[ Last edited by  arnabkiut at 10-9-2007 03:53 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2007 03:49 PM | Show all posts

2-3 hari ni mood aku tk menentu...
sedih...sensitif...banyak pk....
check balik emel2 lame...terjumpe artikel ni....
saje nk kongsi with korang...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 04:50 PM | Show all posts
waaaahhh...aku pn tgh mood rindu2an nih....tp xtau pd sape!!kuikui
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 04:50 PM | Show all posts
huwaaaaaaa............aku sedang merindui seseorang...aku tahu sape orgnye.....die jauh dr aku, tp die kerap bertandang dlm ingatan aku.....huhu..... kdg2 rasa rindu tu tak tertahan...... uhuk uhuk...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 05:04 PM | Show all posts
.. aku pon tengah rindu nieh..

rindu org kampung aku... tak sabor nak balik kampung...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 05:07 PM | Show all posts
sometimes rasa rindu sangat nak jumpa kawan2 lama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2007 05:17 PM | Show all posts
hmmm...

baru aku perasan... aku dah tak rindu ex bf aku lagi lah....
dah lama aku tak rindu dia...

dan aku tak rindu perasaan rindu tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 05:23 PM | Show all posts
aku windu ngan nenet aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2007 05:30 PM | Show all posts
Untuk merindui zaman silam....saatnya sudah tidak sesuai.

aku suke gn ayat nie...begitu mendalam mksudnye bg aku...
walau apepon yg berlaku semalam..harini dan esok..tk guna aku mnyesal..sebab semua yg belaku adalah kehendak aku sendiri....
kalaulaa kite diberi peluang utk menebus kesilapan mase silam...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 05:31 PM | Show all posts
---double post----
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 05:39 PM | Show all posts
aku tgh rindu kat hubby nie....   dia g indon 5 days...sok malam baru balik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 05:45 PM | Show all posts
entah knp, aku rs mcm mau block rs rindu yg bertandang dlm kalbu.. huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 11:53 PM | Show all posts
Originally posted by su_anna at 10-9-2007 17:45
entah knp, aku rs mcm mau block rs rindu yg bertandang dlm kalbu.. huhu..


betol tu...
kadang2 kite kene block jugak andainye rindu itu ...rindu yg terlarang...
huhuhuuhuhuhuhhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 12:45 AM | Show all posts
Andai perpisahan adalah satu perkara yang menentukan takdir kita,
Aku akan redha atas ketentuannya......
Aku akan merelakan andai kau mahukan sebegitu,
Lakukan apa saja sayang.......
Aku ingin kau bahagia
Biarlah rindu ini melanda
Biarlah kasih ini terus membara aku rela
Andai ini takdir cinta kita....
Tuhan yang tahu ketentuanNya
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 03:25 AM | Show all posts
arnab aku rase nk nanges je

bile aku bace posting ko

aku teringat zaman dulu kala
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 09:43 AM | Show all posts
Originally posted by arnabkiut at 11-9-2007 12:45 AM
Andai perpisahan adalah satu perkara yang menentukan takdir kita,
Aku akan redha atas ketentuannya......
Aku akan merelakan andai kau mahukan sebegitu,
Lakukan apa saja sayang.......
Aku  ...


klu kasih syg itu ikhlas.. psti akan ada kesudahan yg baik..
jika tdk sebagaimana yg kita hrp, sesungguhnya Tuhan itu lbh mengetahui yg lbh baik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2007 10:21 AM | Show all posts
UNTUK MERINDUI ZAMAN SILAM.SAATNYA SUDAH TIDAK SESUAI...

aku pun suke ayat nie...tersirat yang teramat sgt...

Tapi dimana jua kite semau berada, dimana jua orang yang kita puja,di mana jua keluarga,sahabat handai kite...

kita TETAP sama...

sebab,

KITA MEMANDANG LANGIT YANG SAMA,

jadi kita tak penah jauhhhhh....


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:56 AM | Show all posts
ahkak rindu nk denga lagu "rindu, rindu serindu rindunya"-nyanyian kumpulan sudu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 11:01 AM | Show all posts
Ada ketikanya anda lemas dan tenggelam. Anda sayu. Perasaan andabagaikan dilayat-layat rindu. Anda bukan tidak tahu anda telah berpunyasekarang ini. Dalam keadaan seperti ini merindui entah siapa-siapa diluar sana tidak patut sama sekali. Anda amat tahu itu.
Yang nyata anda amat rindu...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 01:31 PM | Show all posts
Originally posted by MugMerah at 11-9-2007 11:01
Ada ketikanya anda lemas dan tenggelam. Anda sayu. Perasaan andabagaikan dilayat-layat rindu. Anda bukan tidak tahu anda telah berpunyasekarang ini. Dalam keadaan seperti ini merindui entah siapa-siapa diluar sana tidak patut sama sekali. Anda amat tahu itu.
Yang nyata anda amat rindu...





uhuhuuhuhuhuuhuhuhuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.262939 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list