CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7753|Reply: 28

Graduan Sarawak menjadi penerima PHD termuda di UTM

[Copy link]
Post time 23-8-2007 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Graduan UTM penerima PhD termuda

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh seminggu, rekod Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melahirkan penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) termuda negara, akan dipecahkan apabila Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengadakan Majlis Konvokesyen ke-39 di Johor Bahru, esok.

Pada majlis itu, Dr Sharifah Rafidah Wan Alwi, 25, akan dianugerahkan ijazah PhD, sekali gus mengatasi rekod Siti Norasmah Surip, 26, yang menerima ijazah sama pada konvokesyen UKM minggu lalu.

Sharifah Rafidah, anak kedua daripada empat beradik dilahirkan pada 10 Oktober 1981 di Bintulu, Sarawak dan memulakan persekolahan menengah dari 1993-1998 di Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Mara Banting, Selangor sehingga 2000.

Beliau kemudian mengikuti pengajian di University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan tamat pada 2003. Beliau diterima menjadi tutor di UTM dan melanjutkan pengajian di universiti itu pada peringkat sarjana.

Disebabkan pencapaian cemerlangnya pada tahun pertama pengajian sarjana, UTM bersetuju menaikkan status pengajian beliau ke peringkat PhD pada 2005. Dr Sharifah Rafidah berjaya menamatkan pengajiannya pada Mac 2007.

Beliau sudah menerbitkan lima makalah yang terbit dalam jurnal antarabangsa, tiga artikel majalah antarabangsa, satu jurnal kebangsaan, satu majalah kebangsaan, dua persidangan antarabangsa, tiga persidangan kebangsaan dan tiga paten yang difailkan.

Sharifah Rafidah juga berjaya meraih pelbagai anugerah seperti perkhidmatan cemerlang 2006 (cuti belajar); Pingat Emas Ekspo IPTA mengenai penyelidikan dan pembangunan 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan MSC-IHL, 2005; juara Pertandingan Rancangan Perniagaan UTM-Mara-MDC, 2005; Pingat Perak Ekspo Sains & Teknologi 2004 dan Pingat Perak Inatex 2004.

Sharifah Rafidah kini dilantik pensyarah kanan (gred DS51). Beliau juga aktif menjalankan pelbagai projek penyelidikan menerusi geran penyelidikan yang diperoleh menerusi dua geran E-sciencefund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dua geran pengkomersialan.

- anak kelahiran Bintulu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 06:41 PM | Show all posts
Syabas dan tahniah!!!:flower::flower::flower:

Agi idup agi ngelaban!
Aku nemu jako Iban mit mit....hehe!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 06:59 PM | Show all posts
Bagus! At least orang tau gak UTM ni bukan universiti sembarangan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 07:02 PM | Show all posts
SYabas !!! :pompom: :pompom:
tahni ah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 07:23 PM | Show all posts
this kind of malaysian that we need more!!

syabas!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 07:25 PM | Show all posts
anak sapa ya ooo???
kamek pun org btu juak...
wan alwi??
kelak tanyak bapak kamek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2007 07:25 PM | Show all posts
sapa madah sarawakian tok sik bagus???

tok lah buktinya... lamak tok org mala nganok org sarawak... diam diam ubi berisi mcm tok yg kita maok... yiehaa.... ompuan gik ya!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 09:03 PM | Show all posts

Reply #3 Leybra's post

..frm back in my time n til now i stil think UTM is d leading local uni for science stream students ..esp for engin n CS courses ..ingat mek dulok UTM tok dilabel as uni Tendang Manusia ...cos ramey dropout sik dpt perform ..

cikuci ..btu is small...sure ur dad know one...hehe ...kali2 sedara ktk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 09:30 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 23-8-2007 06:26 PM
Graduan UTM penerima PhD termuda

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh seminggu, rekod Universiti KebangsaanMalaysia (UKM) melahirkan penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) termudanegara, akan dipecahka ...


kenal dirik miak ya Mod???

tumpang bangga dgn anak sarawak...      

kita lagik bangga, apatah lagik org tuanya dan kaum kerabat yg sama waktu dgn nya...

Dpt PhD miak2 lagik....

Tahniah Dr Sharifah Rafidah Wan Alwi & sekeluarga!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 02:14 AM | Show all posts
tahniah...mek kenal ngan miak ya....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 02:16 AM | Show all posts
miak tok sikda kenak mengenak dengan doktor wan ali ka?

nama bapak nya ngan nama doktor wan ali dekat nak sama aie...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 09:10 AM | Show all posts
atleast miak sarawak berjaya dalam bidang pelajaran...bukan bidang nyanyian yg salu di gembar gembur org,bila tiba musim realiti TV,ada jak org nganok org sarawak...syabas org sarawak...proud to be sarawakian...we are the besttt...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 09:28 AM | Show all posts
tahnaih......dan syabas.......sarawak boleh......o-ha....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 10:01 AM | Show all posts
ada forumer mek kenal
nya madah Dr Sharifah Rafidah Wan Alwi tok kacak! n still single



pa tunggu gik Muntz...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2007 03:15 AM | Show all posts

Reply #14 wombat's post

Sikpat lah... nya gik tua daripada aku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2007 03:17 AM | Show all posts

Reply #9 nanamiri's post

Iboh nunggah ku mod indah eh.... tunggah Muntz jak cukup.

Tapi aku sik kenal lar.. aku rasa nya migrate Kuching... sbb org Bintulu tok mun keturunan Awg-Dyg ada lah.. tapi mun Sharifah-Wan belum jumpa gik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2007 03:17 AM | Show all posts

Reply #15 Muntz's post

ya ampunnn...mbak tobat gik sia ehhh......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2007 03:21 AM | Show all posts

Reply #17 adziah's post

Menar bah.. nya lahir bulan Oktober.. aku 2 bulan lepas ya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 03:22 AM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 25-8-2007 03:17 AM
Iboh nunggah ku mod indah eh.... tunggah Muntz jak cukup.

Tapi aku sik kenal lar.. aku rasa nya migrate Kuching... sbb orgBintulu tok mun keturunan Awg-Dyg ada lah.. tapi mun Sharifah-Wan ...


oklah mod...    eehhh Muntz....

naip nama kitak macam nak naip ejaan jak...ya lah suka naip mod...takut tersasul naip

cuma kdit  kenak jayau    

*auk kat Bintulu ramai orang keturunan Awg-Dayang, salah sorang dari ipar kamek pun Dayang.
Mun sebut nama bapaknya semua orang bintulu kenal...arumbulaknya lah...pasal kamek lok sesat nak g umah sidak, mek sebut nama bapaknya...semuaorg tahu cney umahnya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 03:28 AM | Show all posts

Reply #18 Muntz's post

ssoooooo???????????????????????
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.207758 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list