CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11947|Reply: 10

Soalan - Hak Isteri Terhadap Wang Suami

[Copy link]
Post time 25-6-2007 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Saya ingin mengutarakan soalan bolehkah isteri mengambil wang suami, di dalam bekas khas yang disediakan untuk membeli barang keperluan rumah (pasar/barang dapur) tanpa perlu meminta izin terdahulu? Wang yang diambil adalam $10 atau $20 sahaja digunakan untuk menaiki teksi ke tempat kerja (diambil kerana ketika itu isteri tiada wang kecil di dalam dompet). Perlukah isteri membayar semula wang itu sekiranya suami mendapat tau wangnya diambil untuk keperluan lain selain untuk membeli barang keperluan rumah. Suami tuntut wang itu semula.

Suami sentiasa berkira tentang wang kerana pada pendapatnya isteri berkerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Wang untuk perbelanjaan rumah diberi kepada pembantu rumah dan dicatit setiap yang dibeli. Isteri tidak dibenarkan untuk mengambil wang disitu. Suami juga mempunyai kedudukan wang yang kukuh, walaupun tidak pernah menunjukkan buku bank atau memberitahu isteri jumlah wang tersebut.

Jadi adakah isteri berdosa dan dikira mencuri apabila mengambil wang itu tanpa mengembalikannya.

Apakah hak isteri terhadap wang suami, walaupun isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri?

Walaupun keperluan dirumah seperti makanan, bil-bil rumah, persekolahan anak2 ditanggung suami, tetapi suami tidak memberi wang saku untuk isteri, alasannya isteri ada pendapatan sendiri. Adakah ini benar? Kalau tidak, adakah isteri mempunyai hak untuk menuntut wang saku (adakah ini dikira nafkah juga?) sebab suami mampu memberinya.

Minta sesiapa tolong jawabkan soalan saya ini. Terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2007 09:28 PM | Show all posts
Suami patut memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri tu bekerja dan ada pendapatan sendiri. Tapi tak boleh mencuri wang suami. Kalau tercuri kena pulang balik atau minta suami redha.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 12:02 PM | Show all posts

Reply #2 zerozone's post

dari apa yg aku belajar tak ada istilah mencuri kalau utk keperluan
spt bayar teksi/bas, beli makanan, keperluan harian spt sabun/pencuci dsbnya...
cuma ko perlu bagi tau dgn jujur apa yg ko beli...lainla kalo beli brg mewah atau kain baju yg mahal2 atau brg kemas ke.....
tapi mungkin suami ko buat macam nih ada sbb kut
financial planning supaya tak terbabas....
tapi kalau da pendapatan kukuh tak yahla berkira sampai macam tuh..
ni salah satu sbb kenapa perceraian banyak berlaku
suami kedekut tak bertempat
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 01:56 PM | Show all posts
mcm mana plak kalau suami tak bagi duit blanja pd wife yg keje
langsung takder bagi kecuali kalau wife mintak....tu pun sekali mintak bagi la RM 10.00...biler hujung bulan suami plak guna duit wife sementara gaji dia nak masuk... kekadang wife plak yg tension asyik tak cukup duit..

macam mana tu???
pls advise..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by eton at 27-6-2007 01:56 PM
mcm mana plak kalau suami tak bagi duit blanja pd wife yg keje
...


Hidup dalam rumahtangga kena bertolak ansur, saling bantu membantu. Saya ada kawan yang isterinya bekerja dan menanggung semua perbelanjaan keluarga...suaminya memasak dan menguruskan anak2...hidup aman bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 08:56 AM | Show all posts

Reply #5 zerozone's post

betultuh
kena tolak ansur...
eton..dia tak bagi ko mungkin sbb gaji diapun kecik
kenala paham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2007 10:45 PM | Show all posts

Saya tolong paste sebahagian Ustaz Zul....

1. Seorang suami diwajibkan menanggung isterinya mengikut tahap pendapatannya dan kekayaannya. Ini dijelaskan dalam al-Qur'an dan Sunnah. Kewajipan ini disebabkan oleh akad perkahwinan dan diwajibkan sama ada si isteri kaya atau miskin atau mempunyai pendapatan sendiri atau tidak. Seseorang wanita berkahwin tidak diwajibkan untuk menanggung dirinya dari wangnya sendiri.

2. Seseorang isteri boleh mengambil daripada harta suaminya (kekayaan, pendapatan, gaji, dan aset-aset lain) walaupun jika dia tidak ada kebenaran yang jelas dari si suami dengan tujuan untuk membayar apa-apa yang diperlukan untuk perbelanjaan peribadi dan keluarga secara kebiasaan. Ini termasuk dalam memberikan sedekah apabila orang memberikan kepada si miskin dan yang memerlukan apabila berlaku sesuatu peristiwa. Hal ini dijelaskan sekurang-kurangnya dua hadith Rasulullah (SAW) yang menyatakan seorang isteri ialah pengurus rumah dan harta suaminya, dan isteri bertanggung-jawab kepada perbuatannya dan Hadith berkenaan Hindun isteri kepada Abu Sufian [ yang dia meminta kepada Rasulullah (SAW) kebenaran untuk mengambil wang suaminya untuk berbelanja untuk keluarganya tanpa kebenaran suaminya dan Rasulullah (SAW) membenarkan dia mengambil yang seadilnya bersesuaian dengan keperluan keluarganya].

3. Ibu-bapa berhak menerima khidmat dan perbelanjaan daripada anak-anak mereka, yang bujang atau berkahwin, jika mereka memerlukan. Kebaikan kepada ibu-bapa diwajibkan sama ada ibu-bapa dalam memerlukan atau tidak. Ini bermakna anak-anak diwajibkan untuk berbelanja untuk ibu-bapa mereka hanya jika ibu-bapa memerlukan, tetapi jika ibu-bapa tidak memerlukan, anak-anak diwajibkan juga membuat baik dan menghormati kepada ibu-bapanya, dalam kedua-dua hal kewangan dan sosial. Tetapi ibu-bapa tidak boleh mengikut hukum Shari`ah menentukan harta, termasuk gaji, anak-anak dewasa mereka tanpa kebenaran mereka. Ibu朾apa yang tinggal dengan anaknya, dan menerima wang daripada anaknya boleh memberikan sedekah mengikut keadaan mereka.

4. Harta suami dan isteri secara hukum tidak sepatutnya dicampur-aduk sekali.
Ini bermakna setiap orang daripada pasangan bebas daripada segi kewangan daripada yang lain. Suami tiada hak menentukan harta isterinya , isteri atas kehendaknya bebas menentukan apa-apa yang suka dengan hartanya (termasuk hadiah yang diberikan oleh suami), dia tidak perlu meminta kebenaran daripada suaminya, bahkan suami tidak perlu tahu akan hal ini. Tambahan lagi, suami dan ibu-bapa suami tiada hak mencampuri hal ini.

Walaupun lelaki berkahwin dan perempuan berkahwin diwajibkan untuk menolong dan berbakti kepada ibu-bapa mereka, perhubungan antara seorang perempuan dengan mertuanya dan seorang lelaki dengan mertuanya berdasarkan persefahaman dan prinsip umum kebaikan (husn al-mu`asharah). Isteri tidak diwajibkan mentaati atau berbakti kepada ibu mertuanya, dan suami tidak diwajibkan mentaati atau berbakti kepada ibu mertuanya. Tiada hukum dalam Shari`ah kita yang meletakkan kewajipan atas perempuan berkahwin kepada ibu-bapa mertuanya kecuali prinsip umum persefahaman, kebaikan, penghormatan, dan menghormati yang tua.

Terjemahan dari: Rights of a Mother Over Her Son's Salary
Penterjemah: zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2007 07:42 PM | Show all posts
Saya mushkil. Setahu saya mertua kita seperti ibu bapa kita. tak mentaati mereka seperti tidak mentaati ibu bapa kita dan sekali gus akan berdosa lah kita. Tolong clarify kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2007 11:05 PM | Show all posts

Reply #9 smurfet's post

ustazah sy penah kata, isteri kena utamakan suami, kemudian ibu bapa suami dan barulah ibu bapa sendiri.....klau lelaki mestilah ibu dulu baru isteri....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2007 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 28-6-2007 10:45 PM
1. Seorang suami diwajibkan menanggung isterinya mengikut tahap pendapatannya dan kekayaannya. Ini dijelaskan dalam al-Qur'an dan Sunnah. Kewajipan ini disebabkan oleh akad perkahwinan dan diwaji ...


Below contradicts the above explanation. Camno ni? Pening2..

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503545386

In Islam, it is the husband抯 responsibility to provide maintenance and support for his wife. Allah says: 揗en are protectors of women, because of what (strength) Allah has given the one more than the other, and because of what they spend of their property (to maintain them)擺/b] (An-Nisaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2007 12:11 AM | Show all posts
Lagi satu...

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503545386


In Islam, the family is the cornerstone of the society, which constitutes a brick in the huge construction of the Muslim Ummah. Therefore, Islam pays much care to the stability and well-being of the family. The Glorious Qur抋n and the Prophet抯 Sunnah have provided clear-cut proofs that assure this fact.

Marital life dictates mutual rights and obligations for both the husband and the wife. The husband, in principle, is held responsible for the maintenance (Nafaqah) of his wife and children regardlesss of his wife being poor or well-off. However, if the wife is a career woman, she is responsible for the charges and financial requirements of her work, such as transportation, work's dress, etc.

It goes without saying that the salary of the working wife cannot be totally hers, for her work, in one way or the other, infringes upon the rights of the husband. Therefore, we advise the working wife to consult her husband on how to spend her salary in order to maintain love and affection between them both. However, the working wife is allowed to spend a portion of her salary without seeking the permission of her husband but this should be done in a moderate way. She also can spend her money on the children and household.

As for the question in point, we抎 like to cite the following Fatwa issued by Sheikh Ahmad Kutty, a senior lecturer and an Islamic scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada:

揑t stands to reason that the question here is whether the husband is entitled to the entire salary of his working wife or not. The answer to that question is: it is not permissible for the wife to claim the whole salary because basically in Islam it is the duty of the husband to provide for the expenses of his family including the food, shelter and medical expenses according to his means.

If a wife gives her husband from her salary voluntarily, it is totally permissible for the husband to make use of it. But because of the fact that the wife抯 working takes its toll on the husband, the wife should be fair enough to contribute something towards the maintenance of the house and the family.

The reasonable formula would be for her to agree to pay one third of her income towards the family expenses. At no time you, the husband, should claim all of her income unless she gives it voluntarily.

Having said this, I must say that if both the husband and wife have agreed on a formula in the beginning of marital life, they are bound by the terms of the agreement unless it infringes upon the wife抯 fundamental rights.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 1.139471 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list