CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17698|Reply: 33

Masaalah talak 3 sekali gus jatuh talak satu (pandangan mazhab)

[Copy link]
Post time 2-2-2007 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Originally posted by hafiz_alghumari at 2-2-2007 02:49 AM
PENDAPAT IBNU BATHUTAH TENTANG IBN TAYMIYAH..

Di antara fatwa yang sesat yang dikeluarkan Ibnu Taimiyah lagi adalah bahawa talaq 3 yang dijatuhkan sekaligus hanya dianggap satu, pergi ziarah makam Rasul SAW adalah perjalanan maksiat dan lain-lain lagi, kata Ibnu Bathutah.




Aku tak sangka rupa-rupanya, syiah dengan ibnu taimiyyah sama pendapat....

dari www.al-shia.com  dalam isu-isu penting.

Pada pasal "Talak tiga sekaligus" dari bab "Thalak", kitab Shahih Muslim, juz I, halaman 574, dirawikan dari 'Abdullah bin Abbas melalui beberapa rangkaian sanad: Pada masa kehidupan Nabi Muhammad SAWW, kekhalifahan Abu Bakar dan dua tahun pertama kekhalifahan Umar r.a., perbuatan "talak tiga sekaligus" dianggap satu. Kemudian Umar bin Khaththab berkata: "Banyak orang suka tergesa-gesa dalam urusan (talak) yang seharusnya mereka berhati-hati dalam memutuskannya. Maka sebagai pencegah agar mereka tidak tergesa-gesa, sebaiknya kita tetapkan saja seperti yang mereka ucapkan." Berkata Ibn Abbas selanjutnya: Sebab itu, dilaksanakanlah (kehendak Umar) itu atas mereka.***)


Keterangan tersebut di atas juga disebutkan oleh Qasim Amin dalam bukunya Tahrir Al-Mar`ah (Pembebasan Kaum Wanita) halaman 173, sebagai kutipan dari Shahih Al-Bukhari. Juga dinukil oleh Sayid Rasyid Ridha dalam majalah Al-Manar, jilid (bundel) IV, halaman 210, dari riwayat Abu Dawud, Nasa-i, Al-Hakim, Baihaqi. Kemudian Sayid Rasyid Ridha berkata selanjutnya: "Di antara yang menunjukkan bahwa ketetapan Umar itu berlawanan dengan ketetapan Nabi SAWW ialah hadis yang dirawikan oleh Baihaqi dari Ibn Abbas, yang berkata: Seorang laki-laki bemama Rakanah menceraikan istrinya tiga kali sekaligus dalam satu majelis (pertemuan). Atas tindakannya itu ia (Rakanah) menjadi sangat menyesal dan bersedih hati. Setelah hal itu dilaporkan kepada Rasulullah SAWW, beliau bertanya kepadanya: 'Bagaimana cara engkau menceraikannya?' Jawab Rakanah: 'Tiga kali sekaligus.' 'Dalam satu majelis (yakni satu pertemuan)?' tanya beliau. 'Ya,' jawab Rakanah. Maka Rasulullah SAWW berkata: 'Talak seperti itu hanya (dianggap) satu. Rujukilah istrimu itu jika kau ingin.'

[ Last edited by  ibnur at 2-2-2007 09:30 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 02:21 PM | Show all posts
itu sapa yang syiah kena la jawab

[ Last edited by  hafiz_alghumari at 2-2-2007 02:27 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2007 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 2-2-2007 02:21 PM
itu sapa yang syiah kena la jawab




tak perlu tanya syiah sebab rujukan tu rujukan yang ASWJ macam hafiz yang guna jadi rujukan.

Hadith 1420, talak tiga, bab thalaq, jilid 3, sahih muslim
Dari ibnu Thawus r.a. dari bapanya, katanya Abu Shabba' bertanya kepada ibnu Abbas r.a., "Tahukah kamu bahawa talak 3 yang diucapkan sekaligus, pada masa Rasulullah s.a.w. dihukumkan hanya talak1, begitu juga semasa pemerintahan Abu Bakar r.a.  Kemudian pada masa pemerintahan Umar r.a. dinyatakan jatuh 3 kali?" Jawab ibnu Abbas r.a. "Ya, benar begitu".

Hadith 1421 juga meriwayatkan yg sama tetapi dgn tambahan dari ibnu Abbas.... "Soalnya pada masa Umar, org banyak mempermudah-mudahkan talak.  Kerana itu Umar memperlakukan hukum menurut apa yang diucapkan".


2 hadith tu sebagai rujukan.  Saya nak bersangka baik dgn hafiz bahawa hafiz benar paham dan dah kaji pendapat ibnu Batuta.  Sebab itu Hafiz berani bersetuju dgn ibnu Batuta bahawa ibn taimiyyah buat fatwa sesat dlm hal ini.  Saya tak mau bawa fatwa-fatwa lain, biar yg ini saja dahulu.  

Jadi, saya nak minta hafiz_alghumari apa hujah yang kata ibnu taimiyyah sesat bila dia kata talak 3 sekali gus jatuh talak satu sahaja.  Adakah dia tak ikut Rasulullah s.a.w.? Atau ada lain-lain pendapat?  

Harap jgn sampai ada yg kata hafiz ni cuma pandai tiru dan tempel sahaja.   wassalam.

[ Last edited by  ibnur at 3-2-2007 08:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 01:12 AM | Show all posts
erm kata malas nak berbahas dengan saya tuan haji
Ibn taymiah memang telah mengingkari ijmak disini
Habis tu pendapat jumhur yang katakan talak 3 sekaligus jatuh 3
tu tak ikut sunnah ke?jadinya majoriti tu sesat la
sebab tu arab saudi ikut pendapat ibn taymiyah
Saya tak mahu ulas panjang2.Bab ni dah lama disepakati ulama.
TAk perlulah kita persoalkan.
Kalau nak kata gitu mngkin kita pernah terdengar yang yusuf qardawi kata
bomb suicide harus.Saya taknak cerita panjang2.
lagipun saya ni tahu tampal dan tempel sahaja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2007 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 4-2-2007 01:12 AM
erm kata malas nak berbahas dengan saya tuan haji
Ibn taymiah memang telah mengingkari ijmak disini
Habis tu pendapat jumhur yang katakan talak 3 sekaligus jatuh 3
tu tak ikut sunnah ke?j ...



Saya tak menyatakan sesiapa sesat.

Saya hanya minta hujah yang menyatakan fatwa ibn taimiyyah sesat apabila ia menjatuhkan satu talak ke atas talak tiga sekali gus.  Mana hujah yg menunjukkan dia sesat dalam usul ini?  Atau awak hanya pandai tiru dan tempel.  Ikut saja mana yg puas hati awak, tempel aje.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 09:16 PM | Show all posts
kalau dah menyanggah ijmak tu faham2 jer la.
tak payah lah cerita bab ni ataupun nak debatkan.
YAng paling penting ialah bagaimana ibn taymiyah menjisim kan
Allah serupa seperti makhluk.Itu adalah yang paling berbahaya.
TAk ke jadi mujassimah nanti.
Bak kata Syekhul silam Mohamad ibn wahab
"demi menjaga kemurnian tauhid"
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-2-2007 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 4-2-2007 09:16 PM
kalau dah menyanggah ijmak tu faham2 jer la.
tak payah lah cerita bab ni ataupun nak debatkan.
YAng paling penting ialah bagaimana ibn taymiyah menjisim kan
Allah serupa seperti makhluk.Itu a ...



Jadi?  Tak ada jawapan untuk soalan aku?  Tak apa la tu.  Beriya punya tiru tampal tapi tak tau apa hujahnya.  Ni mesti tiru dari website mana yang ulas ibnu batuta.   Buku ibnu batuta dah baca ke belom?  ikutla mana pun, janji sesuai dengan kehendak kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 11:17 PM | Show all posts
Ish nak jugak  
Kalau gitu kita kena rujuk balik kisah Saidina Omar ra

memang zaman Omar ra  tu talak tiga menjadi satu diterima pakai.Masalahnya
orang arab masa tu ternyata juga merujuk isteri sesuka hati sehingga
menimbulkan
banyak perselisihan. Hal ini kerana pemahaman yang sempit terhadap
surah albaqarah Ayat 230. Untuk mengatasi kesulitan ini, Umar bin Khattab
mengijtihadkan
talak tiga sekaligus sebagai talak yang tidak boleh dirujuk.
Sejak itu, kenyataan ini menjadi sebahagian dari syariat Islam.
Imam Syafii menilai bentuk talak tiga diperbolehkan dan merupakan hak suami.
Syafii memakai keputusan Umar bin Khattab yang membolehkan talak tiga kerana
pada saat itu orang semakin suka mempermainkan talak.
Nak rujuk dan talak balik.Macam
orang putus cinta kot,clash sambung balik hehe
Imam Syafii waktu itu menggunakan rumusan "penetapan suatu hukum boleh
berubah sebab perbezaan waktu dan tempat"
Tidaklah menghairankan kerana
sebab pada saat pemerintahannya (Umar ra) ada banyak dasar ditukar.
Dan bukan menyalahi sunnah lagipun atsar sahabat juga.
Kalau gitu ada yang ingin mempersoalkan saidina Omar di sini?(saya faham kenapa

syiah tidak menerima beliau)
Bukankah beliau dijanjikan syurga?

Di riwayatkan dari Abu Musa Al- Asy'ari r.a. : ....... Umar minta izin masuk. Nabi Saw. bersabda,"dipersilakan is masuk dan sampaikan khabar gembira ini padanya bahawi dia akan menjadi penghuni Syurga."......


Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a.: Suatu ketika Nabi Saw. mendaki Gunung Uhud bersama Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman. Gunung itu bergoncang hebat. Nabi Saw. bersabda, "Tenangkah Uhud! Kerana di atasmu berdiri seorang Nabi, juga seorang Shiddiq dan dua orang Syahid". (Shohih Bukhari:1527)

[ Last edited by  hafiz_alghumari at 4-2-2007 11:28 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2007 11:28 PM | Show all posts
La, sape minta dalil?  Orang minta hujah yang kata ibnu tamiyyah buat fatwa sesat talak 3 sekali gus jadi talak satu.  

Kalau dalil tu aku pun boleh taip.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 11:33 PM | Show all posts
berapa kali nak cakap ye pak aji
kan ker dia dah menyanggahi ijmak
kan memang dia suka wat fatwa kontreversi

kayaknya mahu ikut orang mujassimah

Ish bermatian nak pertahankan ibn taymiyah.Takper r.
takperlah,amal kami kepada kami dan amal kamu untuk kamu juga.
wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2007 11:35 PM | Show all posts
Dia menyanggahi ijmak?  habis tu Rasulullah s.a.w. dangan Abu Bakar r.a. macamana pulak?  Tak boleh ikut pulak ye?  Kesian Imam Hanafi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 4-2-2007 11:35 PM
Dia menyanggahi ijmak?  habis tu Rasulullah s.a.w. dangan Abu Bakar r.a. macamana pulak?  Tak boleh ikut pulak ye?  Kesian Imam Hanafi.

Imam Syafii waktu itu menggunakan rumusan
"penetapan suatu hukum boleh
berubah sebab perbezaan waktu dan tempat"


Aku tak kata macam gitu lak kat diorang.

Apa2 hal suka hati hang r nak tafsirkan ayat aku macam mana.
Apa yang hang dapat kalau bahas dgn aku,kan ker buang masa

kan kita lebih baik cerita macam mana nak selesaikan masalah keruntuhan rumah tangga daripada
cerita bab ni.

takperla tuan haji mod.terpulang kat hang kalu nak wat ijtihad sendiri aku tak marah pun.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2007 07:49 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 4-2-2007 11:42 PM

Imam Syafii waktu itu menggunakan rumusan
"penetapan suatu hukum boleh
berubah sebab perbezaan waktu dan tempat"

Aku tak kata macam gitu lak kat diorang.

Apa2 hal suka hat ...



Aku tak tanya pasal imam syafie punya fatwa.  aku tanya fatwa hafiz al-ghumairi yang kata talak tiga sekali gus adalah talak satu sebagai sesat.  paham ke?  itu sahaja soalannya.  dan jawapan fatwa alghumairi yang diberi ialah, kena ikut ijmak, tak payah ikut rasulullah, nanti sesat bukan khilaf.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by hafiz_alghumari at 4-2-2007 11:33 PM
berapa kali nak cakap ye pak aji
kan ker dia dah menyanggahi ijmak
kan memang dia suka wat fatwa kontreversi

kayaknya mahu ikut orang mujassimah

Ish bermatian nak pertahankan ibn taym ...


aku pun nak tau....
kat mana ijmak tu di adakan?
siapa yang hadir masa ijmak tu?
sapa pulak yang endorsedkan keputusan ijmak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 02:32 AM | Show all posts
kita dapat melihat golongan yang dikatakan itu hanyalah menggunakan
kata2 mereka yang rigid dan keras itu dan juga menggesa orang lain
mengikut fahaman mereka.
Orang yang tidak mengikut mereka ini
semuanya dilabelkan ahlulbidaah.
Walhal majoriti ulama telah bersepakat,
tapi muncul pula golongan orang yang merasakan dirinya seperti malaikat,
dan melihat jin dan syaitan di sekelilingnya mungkarat,
kemungkaran dengan membuat bidaah ,membaca qunut,bertahlil,semuanya sesat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2007 09:53 AM | Show all posts
Ijmak menurut ASWJ adalah kesepakatan ulama2 mereka dalam menetapkan sesuatu hukum. Ulama-ulama ini adalah bersandarkan daripada 4 Imam mazhab yang diiktiraf mereka.


Habis tu kalau bab kentut tu pendapat siapa yang kira ijmak?  
Yang sentuh perempuan batal pula ikut ijmak ke idak?
Makan haiwan dua alam tu masuk ijmak ke?
tak makan udang pula ijmak siapa?

Tak sesat ke yg tak ikut ijmak 4 mazhab?  Kalau satu imam kata haram 3 halal....   yang satu tu nak kira sesat ke idak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2007 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 19-2-2007 09:53 AM


Habis tu kalau bab kentut tu pendapat siapa yang kira ijmak?  
Yang sentuh perempuan batal pula ikut ijmak ke idak?
Makan haiwan dua alam tu masuk ijmak ke?
tak makan udang pula ijmak siap ...


Heheh....itulah yang dikatakan kesepakatan ulama boleh menerimapakai mana-mana satu pun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 11:19 PM | Show all posts
Terima kasih kerana jawabkan.
ada  satu hadis.
Dalil untuk orang yang menyalahi ijma` ulama itu ialah :-


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :-



Sesungguhnya Allah Taala tidak akan menjadikan ijma` (ulama ) ummat ku atas
kesesatan. Dan bermula pertolongan Allah Taala beserta ijma`(ulama) ummatku .

Dan barang siapa yang keluar ia daripada ijma` (ulama ) nescaya menuju ke
Neraka.


(H.Riwayat : Imam Tarmizi daripada Ibnu Abbas )

[ Last edited by  hafiz_alghumari at 22-2-2007 11:21 PM ]
Reply

Use magic Report

syamiun This user has been deleted
Post time 23-2-2007 02:32 PM | Show all posts

Reply #64 hafiz_alghumari's post

hmmm...
dalam kita nak perkata2 dan mempertikaikan tentang ijmak dan ulama2 muktabar yg kita dok komen2 tu....kita ni dah cukup ker ilmu>??

ilmu2 alat yang perlu dikuasai tu kita dah betul2 dalami ker??/

bahasa arab nahu sarafnya pun dah jenuh kita nak kuasaai sekarang...jangan la mimpi pandai2 nak meniai2 orang.. nilai2kan diri kita dulu....

tidak ke gitu sedara hafiz_alghumari???
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 05:39 PM | Show all posts
Originally posted by syamiun at 23-2-2007 02:32 PM
hmmm...
dalam kita nak perkata2 dan mempertikaikan tentang ijmak dan ulama2 muktabar yg kita dok komen2 tu....kita ni dah cukup ker ilmu>??

ilmu2 alat yang perlu dikuasai tu kita dah betul ...


syamiun, mgkin bolleh tanya ustaz2 kat sane tu psal talak nih...kesian member2 kat sini...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.077212 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list