CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7491|Reply: 26

Shebby berterusan menyerang Irfan Bakti?

[Copy link]
Post time 14-2-2007 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Serangan berterusan Serbegeth cetus tanda-tanya
Oleh Ahmad Khawari Isa

MOTIF 'serangan' Serbegeth Singh terhadap bekas pengendali Telekom Melaka (TMFC), Irfan Bakti Abu Salim, kini hangat jadi pertikaian menjelang perlawanan kedua kelab berkenaan di bawah kendaliannya menentang Sarawak di Stadium Petaling Jaya, malam nanti.

Serbegeth, kini lebih terkenal dengan panggilan Shebby, memilih secara terbuka mengecam corak latihan Irfan dalam dua sesi temubual bersama dua stesen televisyen berbeza, kebetulan pada tempoh dua hari berturut-turut selepas TMFC kecundang 0-2 kepada Perlis dalam perlawanan sulung kendaliannya, Sabtu lalu.

Namun apa yang mencetus persoalan ialah tindakannya berhabis-habisan 'menyerang' Irfan ketika Shebby sudah hampir pasti tidak berani memikul tanggungjawab berkenaan buat tempoh panjang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2007 12:52 PM | Show all posts
confirm ke shebby coach TMmelaka? dia tak de lesen kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 12:54 PM | Show all posts
Irfan kecik hati dgn kenyataan Shebby smpi merajuk ke Inodonesia kot...hehehe...
By the berita radio pg td ade ttg kenyataan FAM yg suruh Shebby ambik khursus coach  A dulu klu nk train TM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2007 12:56 PM | Show all posts
powderfull jugak sebgegeth nih

and nak pulak indon terima rajuk irfan tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 09:13 PM | Show all posts
takpe nanti kita tgk dan lihat mcm mane hasil latihan shebby ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 10:23 PM | Show all posts
Biasalah MELAYU mana boleh dikritik...mungkin kritikan serbby tersebut tak bersesuaian situasi di MALAYSIA ini .Ini kerana beliau sudah biasa mengendalikan/komen di satu program sukan TV swasta dan mungkin terbawa-bawa attitude tersebut di MALAYSIA.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2007 10:23 PM | Show all posts
setakat bako aku pun boleh..
jadi jurulatih dulu la
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 11:11 PM | Show all posts
  forumer otai2 kat sineh lagik power kaw2 bakor .. shebby kena pun nanges 44 hari..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2007 08:09 AM | Show all posts
Shebby mmg camtu....ckp berapi2.......
Reply

Use magic Report

zmie78 This user has been deleted
Post time 15-2-2007 10:52 AM | Show all posts
pasai tu la pemain malaysia kuat semput, latihan tak besh..
Reply

Use magic Report

Harith This user has been deleted
Post time 15-2-2007 10:52 AM | Show all posts
sebenarnya apa yg shebby komplenkan tu bukan benda baru.

kita sebagai peminat bolasepak adakalanya naik muak dengan cara team2 ni bermain. kata main bola aje kejenya, sepak bola pun taraf team bolasepak sekolah menengah.

sepatutnya shebby bercakap dgn nada yg lebih positif untuk moral pasukannya. ini ibarat menepuk air di dulang.

bcakap senanglah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2007 03:09 PM | Show all posts
apa motif kelab persipura tu ambil irfan? kan mutu bolasepak mereka better than us
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 07:09 PM | Show all posts

Reply #12 kukulangau's post

maybe sbb diaorg bleh kasik gaji lebih sket dari sepatutnye kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2007 09:18 AM | Show all posts

artikel semalam harian metro

Irfan terasa hati

Oleh Lokman Zainal Abidin | lockman@nstp.com.my

BELIAU cukup sedih dan terkilan apabila segala apa yang dicurahkannya ketika melatih skuad Telekom Melaka (TMFC) seolah-olah langsung tidak dihargai malah kaedah pengajaran yang dipraktikkannya sebelum ini diperlekehkan.

Tidak cukupkah dengan jasanya membawa kelab berkenaan menduduki tempat selaku naib juara Liga Super musim lalu hingga apa yang pernah dilakukan Irfan Bakti Salim seolah-olah tidak dipandang oleh Penasihat Pembangunan Sukan TMFC, Serbegth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby.

Irfan kini berada di Irian Jaya, Indonesia dan beliau bersama-sama pembantunya, Raja Isa Raja Akram Shah sedang memikul tanggungjawab melatih kelab yang pernah muncul juara Liga Indonesia 2005, Persipura.

揝aya memang terkilan dan berasa jauh hati apabila beliau (Shebby) mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan corak kejurulatihan yang saya amalkan. Saya sedar bahawa saya tidak sehebat jurulatih kelab Inggeris atau Eropah yang lain.

揝aya bukan seorang pengkritik atau pengulas sukan sepertinya. Nama saya tidak dikenali di ESPN sedangkan beliau sudah terkenal di saluran itu. Jurulatih skuad Piala Dunia pun beliau pernah komen inikan pula saya.

揃eliau mempunyai saluran dan peluang untuk berbuat demikian sedangkan saya tidak. Siapalah saya untuk dibandingkan dengan beliau,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2007 10:17 AM | Show all posts
PJBM persoal wibawa Shebby
Oleh Ahmad Khawari Isa



ANDAI Serbegeth Singh berharap kecamannya terhadap bekas pengendali Telekom Melaka (TMFC), Irfan Bakti Abu Salim mampu dilupakan segera, harapan itu jelas tidak akan dipenuhi.

Semalam, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Ahmad Shafie, pula lantang mempersoalkan wibawa Penasihat Pembangunan dan Pemasaran Sukan Telekom Malaysia itu yang turut berperanan melatih TMFC dalam dua aksi terakhir mereka.

揝ebagai jurulatih, kami ada etika. Kami tidak mengecam jurulatih lain sewenang-wenangnya kerana setiap jurulatih ada pendekatan dan caranya tersendiri.

揝eseorang jurulatih itu melihat dan menilai seorang pemain daripada banyak segi. Tidak semestinya semua jurulatih mesti punya pendapat sama mengenai seseorang pemain.

揅ontoh terbaik ialah Zainal Abidin Hassan. Pada awal kerjayanya, dia bermain untuk Selangor di posisi bek kanan. Tetapi apabila dia berhijrah ke Pahang, Frank Lord mengubahnya menjadi penyerang yang digeruni,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 04:40 PM | Show all posts
I ade tgk sedutan interview yg dimainkan semula oleh TV3...MMg i nmpk macam ade peribadi sikit dr air muka Shebby masa komen psl Irfan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2007 03:16 PM | Show all posts
tu pasal bola sepak malaysia tak maju
yang diatas banyak bercakap dari buat kerja
attitude tu!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 03:36 PM | Show all posts
kena komen sikit semua dah melenting.. apa daaa...

ingatkan player ajer yg manja, juruletih pun lebih kurang sam ajer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 05:32 PM | Show all posts
sheby tu terpengaruh dgn corak di EPL yang takbole dipraktikan di kawasan asean ni.. tak sedar ke sheby?.. jepun pun payah nak tiru EPL.. inikan malaysia.. bola tu bermula dari barat..bukan dari timur.. jadi pikir2kan le...macam sepak takraw. ade ke orang putih main takraw.. sedangkan di asia semua dah main takraw.. dari jepun.. sampai ke arab.. england ada main? sepanyol ada main? kalau ada pun takbole nak beat team2 asia yang mana takraw memang dah sebati dgn asia.. serupa jugak bola..

irfan tu aku rasa dah cukup bagus membawa tmfc dari kelab yang orang tak kenal.. tetiba meletup naik liga super... no.2 dalam liga super.. sheby tu apa ada? dia sebenarnye banyak terpengaruh dgn sistem di EPL tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 12:03 PM | Show all posts
But we cant deny that the way he comments on each EPL matches is very well presented with adequate knowledge.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.482043 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list