CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
Post time 17-1-2007 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 17-1-2007 08:25 AM
DIPUKUL DENGAN PARANG DAN MANGGA STERENG DI JB
SEORANG konsultan teknologi maklumat (IT) terpaksa menggigit jari apabila keretanya yang bernilai sekitar $40,000 dan barangan seperti komputer ri ...

kuang kuang kuang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2007 11:37 AM | Show all posts
Semakin banyak kes jenayah di johor ni laa....
nak balik johor weekend ni macam seram jeee....

Originally posted by iansuryani at 17-1-2007 08:25 AM
DIPUKUL DENGAN PARANG DAN MANGGA STERENG DI JB
SEORANG konsultan teknologi maklumat (IT) terpaksa menggigit jari apabila keretanya yang bernilai sekitar $40,000 dan barangan seperti komputer ri ...
Reply

Use magic Report

Makeupfairy This user has been deleted
Post time 17-1-2007 11:51 AM | Show all posts

Reply #99 iansuryani's post

'Mereka kata: 'Orang Singapura apa awak ini? Pakai kereta dan makan di restoran, tapi tak bawa banyak duit'.'

Kalau dia reply, "Jadi duit yang susah payah saya cari tak senang dirompak oleh sampah masyarakat cam awak bertiga...comprende amigos" Apa akan terjadi agaknya yer...:
Reply

Use magic Report

Makeupfairy This user has been deleted
Post time 17-1-2007 11:57 AM | Show all posts

Reply #102 sutera_abadi's post

Bila balik berhati-hati lah ok.  Avoid memalam...walaupun ada penjenayah yang berani buat kerja siang2 hari. Mungkin kalau bisnes in JB drop giler pasal dah tak ramai orang berani berkunjung....barulah kawalan oleh polis akan diperketatkan. Until that happens I hope Singaporeans would take heed of the crime rise and gi makan kat Haig Road dulu and berbelanja lah kat Sheng Shiong.  If anything happens pun kat negeri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 12:50 PM | Show all posts
Thanks mekapperi...

Originally posted by Makeupfairy at 17-1-2007 11:57 AM
Bila balik berhati-hati lah ok.  Avoid memalam...walaupun ada penjenayah yang berani buat kerja siang2 hari. Mungkin kalau bisnes in JB drop giler pasal dah tak ramai orang berani berkunjung....b ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2007 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 17-1-2007 11:37 AM
Semakin banyak kes jenayah di johor ni laa....
nak balik johor weekend ni macam seram jeee....

take care kak sut and hati hati :love:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2007 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by Makeupfairy at 17-1-2007 11:57 AM
Bila balik berhati-hati lah ok.  Avoid memalam...walaupun ada penjenayah yang berani buat kerja siang2 hari. Mungkin kalau bisnes in JB drop giler pasal dah tak ramai orang berani berkunjung....b ...



:setuju:

my bro's fren kena lagi teruk sey, he kena acu pisau dari belakang.. Best to avoid JB for now..scary..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 03:38 PM | Show all posts
Fuyoooo... maknanya kalau ikut laporan cuma 5 kes aje...
tapi sebenarnya lebih dari tu ehh... kes jenayah di JB berlaku sekarang ni....

Originally posted by skgerl at 17-1-2007 01:44 PM

my bro's fren kena lagi teruk sey, he kena acu pisau dari belakang.. Best to avoid JB for now..scary..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2007 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 17-1-2007 03:38 PM
Fuyoooo... maknanya kalau ikut laporan cuma 5 kes aje...
tapi sebenarnya lebih dari tu ehh... kes jenayah di JB berlaku sekarang ni....



memang banyak cuma orang taknak report.. report pon mkn masa and takde perubahan.. Juz be careful of their version of mat reps yg satu kumpulan dlm 20 org...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 17-1-2007 11:37 AM
Semakin banyak kes jenayah di johor ni laa....
nak balik johor weekend ni macam seram jeee....
pakai ah macam orang mesia.. tudung ikat bawah dagu.. t shirt lengan pendek.. jgn berbual BI..
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 18-1-2007 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 18-1-2007 12:01 AM
pakai ah macam orang mesia.. tudung ikat bawah dagu.. t shirt lengan pendek.. jgn berbual BI..


kecoh... dah mcm ikat reben hadiah eh~~~
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 18-1-2007 08:27 AM | Show all posts
price of oil is down..................but prices are still up
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 08:36 AM | Show all posts

Reply #110 Browneyes's post

huisss.... tak reti laa.....
tak biasa pakai lengan pendek then pakai tudung....
hmmm.... maybe nak kena tukar sket.... pakai purdah... nanti org ingat kita org PAS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 08:39 AM | Show all posts
$14,000 DARIPADA TUKAR BELI KERETA LESAP
Akibat bisnes tanpa hitam putih dengan rakan...

Oleh
Saini Salleh

GARA-GARA wang pelanggan lebih $14,000 bagi tukar beli (trade in) kereta yang disalahgunakan rakan karibnya, seorang bekas broker kereta terpaksa menjawab dan memikul bebannya di mahkamah.

Ini ekoran tindakan pelanggan berkenaan memfailkan tuntutan sivil bagi mendapatkan semula wangnya itu daripada bekas brokernya itu.

Bekas brokernya yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Johan, 46 tahun, ayah tiga anak dan menetap di Tampines, 'mati-mati' mendakwa telah menyerahkan wang tersebut kepada rakannya, yang juga broker kereta.

Rakannya itu, Leman (bukan nama sebenar), mempunyai kepentingan dalam sebuah firma jual beli kereta lama.

Leman juga baru keluar daripada hospital dan kurang pelanggan yang mendapatkan khidmatnya itu.

Tetapi, Encik Johan mengaku silap kerana tidak meminta hitam putih daripada Leman ketika menyerahkan wang tersebut kepadanya.

Wang tersebut adalah bagi pelanggan berkenaan menokok kereta lamanya jenis Proton sebagai tukar beli kereta baru jenis Hyundai Matrix yang dibeli menerusi Encik Johan pada hujung 2003.

Encik Johan mengadukan masalahnya itu ekoran laporan Berita Minggu mengenai broker yang sama, Leman, yang disiarkan 24 Disember lalu.

Dalam laporan itu, tiga pemilik kereta mendakwa Leman telah melanggar kontrak - tidak menguruskan kereta tukar beli yang mereka serahkan kepadanya untuk diselesaikan sepenuhnya dengan pihak syarikat kewangan dan memindah miliknya dalam kejadian tahun lalu.

Akibatnya, mereka terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk menyelesaikan soal kereta lama mereka itu.

Encik Johan berkata: 'Saya serahkan wang tersebut kepada Leman kerana kami dah kenal rapat sejak kecil. Kita ingat tolong dia tapi dia mainkan kita pula!,' kata Encik Johan yang kini bekerja sebagai jurujual sebuah gudang perabot di Jurong.

Menurutnya, pelanggan berkenaan menjadi resah dan marah selepas mendapat surat menyuruhnya segera memperbaharui cukai jalan raya keretanya yang didapati tersadai di East Coast.

Beliau juga mendapat surat saman kesalahan meletak kereta dan surat tuntutan melangsaikan tunggakan ansuran kereta lamanya daripada syarikat kewangan - sama seperti yang dihadapi mangsa-mangsa lain.

Encik Johan menyatakan beliau telah beberapa kali mendesak Leman agar segera selesaikan urusan tukar beli kereta pelanggan berkenaan tetapi dia memberi macam-macam alasan seperti belum dapat pembeli.

Tetapi, usaha Encik Johan dan pelanggan untuk mendapatkan semula wang lebih $14,000 itu tidak berhasil meskipun telah berkali-kali mendesak Leman yang semakin sukar dihubungi.

Kes tersebut akan didengar minggu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 08:39 AM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 18-1-2007 08:36 AM
huisss.... tak reti laa.....
tak biasa pakai lengan pendek then pakai tudung....
hmmm.... maybe nak kena tukar sket.... pakai purdah... nanti org ingat kita org PAS

pakai purdah ni untung ah.. dah lah takde dosa aurat, perampuk nak dekat pun takut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 08:39 AM | Show all posts
DIJEL KERANA TUMBUK DAN ROMPAK DOKTOR
SEORANG bekas penagih dadah heroin dipenjara selama lima tahun dan dikenakan sebatan sebanyak 12 kali atas kesalahan menumbuk dan merompak seorang doktor.

Mahkamah Rendah semalam diberitahu bahawa Ang Chye Seng, 46 tahun, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, mengaku mencederakan Dr Tan Boon Huat pada 30 Ogos tahun lalu.

Ang mengaku mencederakan doktor tersebut semasa merompak Dr Tan, 57 tahun, berjumlah $250 di BH Tan Medical Clinic dekat Bukit Timah Road.

Doktor tersebut juga adalah doktor yang merawat Ang bagi membantunya mengawal ketagihan dan insomnia.

Bagi kesalahan tersebut, Ang boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
Post time 18-1-2007 08:39 AM | Show all posts
ada gambar in straits times kat page 14 pasal banjir in jb.
dorang gantung the sofa set....macam gantung baju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 08:40 AM | Show all posts
POLIS: BROKER MASIH DICARI
BROKER yang dikatakan menyebabkan ramai pemilik kereta menggigit jari kerana urusan tukar ganti kereta yang diuruskkannya 'tersangkut' masih dicari polis.

Polis dalam surat balasnya kepada peguam yang mewakili salah seorang mangsa, mengesahkan broker berkenaan, Leman (bukan nama sebenar), masih dicari polis dan pihaknya telah mengeluarkan gazet polis bagi menangkapnya.

Gazet itu bermakna Leman boleh ditangkap jika ditemui polis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 08:41 AM | Show all posts
PEROGOL DIJEL 40 TAHUN 10 BULAN
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang digelar 'perogol bersiri' dihukum penjara 40 tahun 10 bulan dan sebatan 24 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin selepas mengaku bersalah atas tujuh tuduhan merogol, meliwat dan melakukan seks luar tabii terhadap tiga mangsa termasuk kanak-kanak berusia 13 tahun.

Ismail Shah Abdul Wahab, 24 tahun, diperintahkan menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh jaminan ditarik balik pada 21 September tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Hakim Nursinah Adzmi, berkata perbuatan tertuduh yang hanya ingin memuaskan hawa nafsu tanpa mengambil kira kesan trauma yang dialami mangsa, terutama kanak-kanak berusia 13 tahun.

Menurut beliau, masa depan dua daripada mangsa yang ketika kejadian sedang dalam perjalanan ke sekolah bagi menuntut ilmu menjadi gelap akibat perbuatan tertuduh. Timbalan Pendakwa Raya, Encik Mohd Abazafree Mohd Abbas, berkata dalam ketiga-tiga kes, tertuduh memperdayakan pelajar sekolah berusia 13 tahun, 16 tahun dan seorang wanita berusia 24 tahun dengan bertanyakan arah masjid sebelum 'melarikan' mereka ke rumahnya sebelum merogol, meliwat dan memaksa mereka melakukan seks oral.

'Dia sanggup menggunakan kesucian agama Islam dengan bertanyakan arah jalan ke masjid dan sekolah agama bagi tujuan sem bahyang dan menghantar sejadah.

'Malah, dalam satu kes dia menyamar sebagai anggota polis dan memasukkan pil khayal dalam beg sekolah sebelum mengugut akan dibawa ke balai polis,' katanya.

Ismail juga mengambil gambar bogel mangsa yang dirogolnya dan mengugut akan mengedarkannya jika mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarga mereka. - Utusan Malaysia, BHM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 08:23 AM | Show all posts
KES TUNTUTAN SIVIL NKF

SAKSI DITANYA JIKA RELA BOHONG UNTUK DURAI
Oleh
Khalid Khamis

ADAKAH anda akan berbohong jika majikan anda menyuruh anda berbohong?

Itulah soalan yang diajukan kepada ketua jabatan teknologi maklumat (IT) Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Encik Krishnan Jayaraman, oleh peguam bekas pengarah, Cik Matilda Chua, Encik Cheah Kok Lim, semalam.

Setelah beberapa hari berada di kandang saksi, Encik Jayaraman ditanya:

'Jika T.T. Durai memberitahu anda supaya berbohong kepada pihak pengurusan, adakah anda akan berbuat demikian?'

Tersentak seketika dan teragak-agak untuk menjawab, Encik Jayaraman berkata 'ia untuk NKF'.

Encik Jayaraman terpaksa menjawab soalan bertubi-tubi daripada peguam defendan dan pihak ketiga semalam berkenaan hubungan NKF atau kaitan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NKF, Encik T.T. Durai, dengan Forte Systems, yang dimiliki rakan Encik Durai, Encik Pharis Aboobacker.

Encik Jayaraman menjelaskan beliau diarahkan menulis memo meminta Encik Durai meluluskan bayaran awal kepada Forte Systems pada November 2002.

Ini untuk memberi alasan kukuh dan berbentuk formal bahawa bayaran itu patut diberikan kepada Forte walaupun Encik Durai sendiri sudah membuat keputusan sebelum memo itu ditulis.

Dalam perbicaraan semalam, kesemua peguam defendan cuba mengaitkan Encik Jayaraman kerana tidak memberitahu Jawatankuasa Eksekutif (Exco) tentang masalah dengan Forte Systems dan kelewatan sofwe itu dihasilkan.

Selain Cik Chua, bekas pengerusi, Encik Richard Yong, dan bekas bendahari, Encik Loo Say San, adalah defendan bagi kes tuntutan sivil 'NKF baru' terhadap mereka berjumlah $12 juta.

Peguam bagi Encik Yong dan Encik Loo, Encik Peter Low, ketika menyoal Encik Jayaraman semalam pula mendakwa dokumen-dokumen yang melibatkan bayaran kepada Forte mempunyai tandatangannya.

Encik Low berkata setiap kali dokumen itu dikemukakan di mahkamah, Encik Jayaraman menyalahkan Encik Durai.

Alasannya, beliau hanya mengikut arahan Encik Durai.

Encik Jayaraman dijangka memberi kenyataan sebagai saksi hari ini.

Peguam Encik Durai, Encik Chelva Rajah, hari ini dijangka memberi respons kepada peguam Encik Yong dan Encik Loo, Encik Chia Boon Teck, yang bercadang menamakan Encik Durai sebagai pihak ketiga di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Encik Sundaresh Menon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 3.618139 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list