CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rilistix

CINTA

[Copy link]
Post time 14-11-2006 08:10 PM | Show all posts
nmpk menarik citer nie. mcm nak tgk ajer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2006 09:07 PM | Show all posts
nak tgk citer nie sbb pelakon2 nyer semua bagus w/pun mirip love actually..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 10:19 AM | Show all posts
ok kot citer nih...tgk dolu....baghu komeng...

[ Last edited by  MOONkerBULAN at 15-11-2006 10:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 10:59 AM | Show all posts
mcm menarik la citer nih. tgk website pon dah teruja la. smart betul website die eheh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 02:25 PM | Show all posts
teruja nk tgok..... xsabar2 daaaa..... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 02:28 PM | Show all posts
cam berminat jer nak tgk citer nie...

tgk laman web pun besh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2006 08:07 PM | Show all posts
Originally posted by aisyah_putri at 13-11-2006 01:19 PM
Cinta tragis Que Haidar

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Ramai syak Que, Nanu bercinta

RAMAI tertarik untuk menonton filem Cinta yang akan ditayangkan di pawagam pada 30 Novemb ...


sinopsis yg mengujakan aku:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 11:22 PM | Show all posts
"Bukan senang nak jumpa orang yg boleh terima buruk baik kita....berkorban utk kita....
Isteri bukan hak milik tapi ANUGERAH" -sweet la quotation ni...


[ Last edited by  diyana_faris at 15-11-2006 11:23 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2006 08:18 AM | Show all posts
Cinta filem terbaik tahun ini?
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL



BANYAK faktor yang perlu diambil kira apabila ingin menerbitkan sesebuah filem demi memastikan filem yang diterbitkan itu mencapai tahap kualiti yang boleh dibanggakan.

Jika filem tersebut hanya bersandarkan kepada nama-nama gah pelakon yang membintangi filem tersebut tetapi lakon layarnya pula mengelirukan, maka susah juga untuk filem itu diterima dengan baik.

Malah ada juga filem tempatan yang menampilkan banyak sub plot dalam satu plot dan tidak dikembangkan dengan sebaiknya sehingga mengelirukan penonton.

Justeru apabila filem Cinta arahan Khabir Bhatia, diuar-uarkan menampilkan lima kisah cinta di dalam sebuah filem, hati penulis mula diselubungi kerisauan. Masakan tidak, bimbang filem ini akan menjadi bercelaru dan kacau-bilau sehingga menjejaskan keseluruhan jalan cerita.

Namun, sangkaan itu meleset sama sekali setelah menyaksikan tayangan prebiunya baru-baru ini. Tidak keterlaluan kalau dikatakan Cinta boleh dianggap salah sebuah filem terbaik sepanjang tahun ini.

Skrip dan lakon layarnya digarap dengan begitu baik sekali. Malah, setiap wataknya juga telah dikembangkan dengan baik sehingga menjadikan Cinta sebuah filem yang mengasyikkan. Lakonan 10 bintang di dalam filem itu, begitu mantap dan penuh penghayatan. Percaturan Grand Brilliance Sdn. Bhd., (GBSB) dan Alternate Studio mempertaruhkan konsep sebegini sewajarnya dipuji kerana berjaya menghidupkan Cinta.

*Skrip idea penerbit

Menurut penulis skrip Cinta, Mira Mustaffa, idea untuk menghasilkan Cinta datang daripada penerbitnya yang mahukan sesuatu kelainan dalam filem Melayu.

揚ihak penerbit mahu nenampilkan sesuatu kelainan dan dengan itu, saya cuba menghasilkan lima buah cerita dalam satu filem.

揑dea untuk menghasilkan skripnya pula saya ambil daripada pengalaman saya sendiri dan juga rakan-rakan yang banyak menceritakan tentang pengalaman hidup mereka. Jadi, gabungan itu memberikan saya ilham untuk menghasilkan Cinta,
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 04:48 PM | Show all posts
seb baik shidi dh ckp psl isu die kiss pipi rita....kalo x..erm..
arap2 jgn ar besarkan isu kiss
aku x sabar nk tggu cite ni...kwn2 aku gn ayat "Isteri bukan hak milik tapi ANUGERAH" penuh bermakne tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 06:02 PM | Show all posts
lor .. cium pipi pun isu ker ??? ... BTW .. CINTA mmg best .. tp kalo si shidi tu x der lg besh
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 07:22 PM | Show all posts
promo pasal filem ni  yg buatkan aku rase teruja nak tengok, pastu, dengar lagu 'perpisahan' yg anuar zain utk filem ni , rase syahdu jer...
feedback dari wartawan so far semua bagi good reviews,
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by btho at 13-11-2006 09:50 AM
i suker lagu cinta flop poppy nih.
makin lama dgr makin best....

yup2
summer pun suke dgr gak lagu tu..
'sewaktu dulu'
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 10:17 AM | Show all posts
mcm menarik je cite ni...

td ada intebiu pelakon ni kat MHI...ada nani, que, eizlan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 12:31 PM | Show all posts
hmmm...nak tengok..sumer wayang nak tengok..tapi semua tak tertengok2..errghh..tak sempat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 12:55 PM | Show all posts
soundtrack tajuk sewaktu dulu tu best lah..siapa ntah yg naynyi..aar..?
dgr suara mcm zainal abidin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2006 04:19 PM | Show all posts
Betul le... lagu2 soundtrack utk filem ni best2
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by rinoaheartilly at 17-11-2006 12:55 PM
soundtrack tajuk sewaktu dulu tu best lah..siapa ntah yg naynyi..aar..?
dgr suara mcm zainal abidin..


oo flop poppy

lagu cinta pun ader .. jac ngan misha nyanyi
Reply

Use magic Report

daisyazzuri This user has been deleted
Post time 18-11-2006 12:47 PM | Show all posts
dashyat gak promo citer ni..VC soundtrack selalu tayang kat TV..mmg x missed tgk..hopefully cite nye best la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 01:14 PM | Show all posts
Breathtaking review dari Fadz (http://www.tontonfilem.blog-city.com/cinta.htm)



Cinta- Satu-satunya Filem Cinta Yang Berjaya


Mungkin ada spoiler. (*Nota GAIA : Takde spoiler sangat...malah sangat dialu-alukan utk korang membaca review yg "genius" ini sampai habis)

Filem Malaysia konvensional sudah berjalan sangat-sangat jauh untuk tiba ke sini, dan apabila ia tiba, ia tiba dengan satu dendam dan nikmat yang sungguh memikat. Aku selalunya tidak suka pada filem romantik, lebih-lebih lagi dalam idealisme asyik-mahsyuk dan 'fairy tale' seperti yang kita lihat dalam My Heart. "Cinta", adalah sebuah filem romantik, tetapi ada sesuatu dalam Cinta yang tidak dapat aku tulis sahaja untuk menjustifikasikan ekspresinya. Mungkin satu perkataan sahaja- ajaib. Ya, inilah filem 'cinta' yang kita tunggu-tunggu, malah aku berani berkata, inilah jawapan kita kepada filem-filem romantik Indonesia yang selalu saja mendarat ke bumi kita.

Mungkin ajaibnya filem ini adalah, sakti yang selalu turun kepada Cinderella, Snow white dan Sleeping Beauty dalam mereka memenuhi cinta adalah benda-benda ajaib dan di luar kesanggupan manusiawi- dan inilah kehebatan Cinta, di mana idea 'sakti' ini diubah dengan penyanggupan di luar kemampuan Majnun atau Romeo itu dicurahkan kepada si Layla atau Julietnya (sikap yang serupa diambil oleh Amelie'), melangsungkan efek-efek manusiawi yang tinggi dan mungkin tidak sanggup dibuat dek orang biasa, hanya kerana cinta.

Dan dalam segala sakti itu, ada satu kepentingan yang berjaya diangkat dan disulam cantik oleh pengarah mudanya, Kabir Bhatia, dia tidak lupa akan manusia-manusianya (Kalau diteliti betul-betul, hanya manusia-manusia yang punya jiwa, kemanusiaan dan 'cinta' terhadap semanusia sendiri dipaparkan dengan sepenuhnya dalam filem ini. watak-watak yang tidak akan melangsungkan ikatan atau pertalian manusia dengan watak, akan di'pudar'kan. Dan dengan genius, dengan sengaja, pengarahnya mengambil seorang pelakon bodoh untuk melakonkan watak si Khalif yang tidak menggambarkan cinta, hanya untuk memperkuatkan idea ini- nota fadz: secara seloroh, kalau kamu tak berhati-perut, kamulah pelakon yang bodoh dalam dunia ni).

Cinta adalah sebuah filem romantik komedi 'himpunan para pelakon' yang sama tradisinya dengan Love Actually dan drama Crash di mana himpunan pelakon ini akan secara sengaja atau tidak, akan berkait, berjumpa dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Idea ini bernas, memaparkan dalam dunia penuh besar (KL), ia masih sebesar kampung sahaja dan saling jumpa-menjumpa seperti 6 Degrees of Seperation, idea yang biasa berlaku dalam mana-mana filem soap opera. Dan dalam Cinta, Kabir Bhatia harus diberi tepukan gemuruh kerana berjaya menghimpunkan para pelakon yang sempurna.

Lebih-lebih lagi 10 teraju utamanya yang masing-masing memberi lakonan yang mantap (Que Haidar adalah yang terlemah antara mereka, tetapi tidaklah begitu teruk), malah Eizlan Yusof yang dahulunya aku gelarkan tunggul (yang kini disandang oleh Jehan Miskin) sudah begitu baik, begitu pandai dan begitu sempurna sebagai seorang pelakon, syabas Eizlan. Malah lakonan paling memberangsangkan, datang daripada Pierre Andre yang berjaya membawa watak pendiam yang pesimis tetapi tetap penuh berharap (watak yang sama dilakonkannya dalam Salon) serta Rahim Razali dengan 'timing'nya yang penuh kehebatan, bolehlah dipanggil pelakon hebat kita ini sebagai adipelakon. Fatimah Abu Bakar, Fasha Sandha, Nanu (secara peribadi, aku suka habis lakonan wanita ini, dia ada gaya yang sangat lain daripada mana-mana pelakon biasa kita), Rashidi, Rita dan Armani semua menjalankan kerja mereka dengan sangat baik.

Malah, secara mengejut, 'scene stealer' filem ini haruslah datang daripada 'sidekick' Que, iaitu Shaffi Jikan(?) (dia tidak tersenarai pun di dalam kredit) yang memberi sedikit nafas kepada kita untuk berdekah dalam segala keseriusan filem ini, dan Ngahrizal Ngasri(?) yang mengundang kekuatan sebagai cucu yang menyayangi atuknya.

Ya, filem ini juga serius, malah sebuah 'tearjerker'. Ya, aku memang tak suka pada filem-filem begini, tetapi itulah, filem ini entah bagaimana, aku boleh menangis dalam diam dan haru. Malah penulis skripnya pandai apabila, walaupun memainkan 'mellowness' filem ini, ia tidak melupakan untuk menceriakan adegan yang datang selepasnya (gaya yang lazim dalam filem romantik Indonesia dan Hollywood). Malah, satu adegan 'tearjerking' yang sangat efektif sampai aku menangis secara tiba-tiba berlaku waktu Sharifah memeluk Pierre apabila Pierre memberitahu 'Khilaf' menjawab panggilan sedangkan dia mula menaruh harapan kepada Sharifah- aduh, ironisnya.

Malah, penulis skripnya iaitu Mira Mustaffa dan ARA (Abdul Rahman Ahmad) telah menjalinkan satu skrip yang matang dan penuh sempurna. Beginilah skrip filem seharusnya dibikin, dijalin dan diikat dengan ketat terhadap konteks dunia 'cinta' watak-watak ini, malah mempunyai 'filem reference' yang terbiasa dalam pembikin filem pascamoden (paling tampak- "Walls of Jericho" It Happened One Night dan "I wanna have what she's having" When Harry Met Sally). Tetapi, yang paling memikat adalah penulis-penulis skripnya tidak melupakan mainan wit yang 'subtle' dan tidak dibuat-buat dalam penjalinan cerita. Makna di sebalik setiap perkara di dalam filem ini sungguh memikat (barang-barang "jatuh" pada "jatuh cinta", keretapi, jam tak jalan, kertas melayang, bangunan tak siap [secara berseloroh, kalau ada rumah yang tak siap di KL, bukan kerana ekonomi merundum, tetapi kerana ada orang patah hati], baju kurung, laksa- u guys figure it out urself), malah yang paling 'witty' adalah dialog Rahim Razali tentang "paku tak boleh guna"- bukan hanya memaparkan keadaan 'kepala' Rahim sebagai cikgu Elyas, dan apa yang perlu dilalui oleh Fatimah untuk menyukai Rahim, tetapi secara seksual, menjawab 'gambaran' cinta Rahim dan Fatimah, bukan 'seksual' tetapi 'unik', atau secara senyap, 'platonik'. Mungkin hanya ada satu atau dua dialog yang boleh dinaikkan efeknya, memberi satu 'timing' komedi/sedih yang lebih baik (contoh seperti, Eizlan yang cuba mencari telefon bimbit, kalau untuk kali ketiga dia masuk bertemu Fasha dan telefon bimbitnya berdering, alangkah baiknya), tetapi percayalah, skrip filem ini adalah antara yang tebraik buat tahun ini.

Sinematografnya baik oleh Madnoor Kassim, walaupun kadang-kala terlalu gelap bagi aku (sebenarnya memberi makna terhadap mis-en-scene tentang apa yang akan berlaku, serta bersifat ekspresionistik, kebiasaan filem-filem cinta yang ingin memaparkan 'dunia fairy-tale zaman moden', seperti Vina Bilang Cinta), malah diikat baik dengan suntingannya yang laju (walaupun masih tidak dapat melawan kegeniusan suntingan Gol & Gincu). Dengan kekuatan ini, Kabir Malik dapat mengangkat sebuah dunia penuh warna-warna yang bukan saja indah, 'postcard perfect'(idealisme kita terhadap cinta, iaitu perlu kesempurnaan) dan romantik, tetapi penuh puitis dan simbolik. Antara tangkapan terbaik adalah adegan kubur di mana, dengan secara tulus, Madnoor Kassim telah menggarap sebuah gambaran 'hidup' tentang kematian (dengan pertolongan suntingan serta suara Nanu)- membuak pelbagai intepretasi dan rasa, dan paling tampak adalah, manusia; walau hidup atau mati, manusia menginginkan cinta, dan itu sahaja yang membuat kita semua hidup dan manusia (dan walaupun kita di dalam kubur, untuk idea ini, ia melebihi idea 'kematian' My Heart).

Walaupun ada beberapa babak montaj yang disiulkan dengan lagu bagai Mtv (yang biasa dalam filem-filem Melayu), ia tetap boleh dimaafkan kerana sekurang-kurangnya babak-babak itu memaparkan imej-imej yang bersangkutan dengan cerita. Masalah aku hanyalah terhadap cara pelakonnya bercakap Inggeris, mungkin aku perlukan sarikata untuk DVDnya bila keluar nanti.

Cinta adalah sebuah filem romantik Malaysia yang kita tunggu-tunggu, 'a near-perfect picture'. Ia sebuah filem yang penuh keajaiban. Paling baik, ia bukan sahaja sebuah filem tentang kasih-sayang dan menginginkan orang di samping kita, ia sebuah cerita tentang manusia dan bagaimana interaksi (yang sudah tentu kompleks dan pelbagai) di antara sesama kita yang membuat kita menyambut apa yang manusianya tentang kita, dan itulah yang paling beerti. Cinta adalah filem yang akan mengikuti anda selepas tayangannya habis, rasa suka dan 'feel good' itu yang sememangnya perlu dikongsi di dalam dunia yang penuh dengan kelajuan dan kemajuan ini.

lihat- http://www.cintathemovie.com/


posted 11 Nov 2006


malah yang paling 'witty' adalah dialog Rahim Razali tentang "paku tak boleh guna"- bukan hanya memaparkan keadaan 'kepala' Rahim sebagai cikgu Elyas, dan apa yang perlu dilalui oleh Fatimah untuk menyukai Rahim, tetapi secara seksual, menjawab 'gambaran' cinta Rahim dan Fatimah, bukan 'seksual' tetapi 'unik', atau secara senyap, 'platonik'.


Nota GAIA : Secebis ilmu bahasa filem untuk penonton Malaysia.....Paku atau keris sifatnya mencucuk ke lubang atau meninggalkan lubang.....simbolik kepada perlakuan seksual manusia yg mana lelaki mencucuk wanita....maka dalam bahasa filem paku atau keris akan membawa kepada maksud tersebut.....rasa-rasanya dengan memahami apa itu "paku" anda sudah boleh memahami apa sebenarnya yg cuba disampaikan oleh Fadz dalam tulisannya di atas....


Dan ini adalah komen salah seorang pengujung blog (saudara nazim juga merupakan blogger yg menulis review filem dengan cemerlang - www.romankodian.blogspot.com)

Nazim Masnawi made this comment,
This film looks great. Too bad there are bunch of idiots out there that have been screaming "Love Actually" when they saw the promo. I mean, for f*ck's sake, man?  

comment added :: 13th November 2006, 02:46 GMT

Sengaja aku "paste" kan komen beliau kat sini sebab aku rasa ia lucu sangat ....:lol  Tapi buat mereka yg letak tanggapan ciNta=Love Actually janganlah ambik hati...itu sekadar lontaran pandagan peribadi sahaja....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.066459 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list