CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirza5

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
Post time 14-12-2007 08:20 AM | Show all posts
Laporan Khas

PM batal lawatan helikopter gagal mendarat
TEMERLOH 13 Dis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2007 08:22 AM | Show all posts
Laporan Khas

Bantuan ke Hulu Tembeling
Oleh: HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT 13 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 08:24 AM | Show all posts
Laporan Khas

Pemuda korban ketiga di Pahang
KUANTAN 13 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 08:24 AM | Show all posts
Laporan Khas

Pahang mohon peruntukan lebarkan anak sungai
Oleh: SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN 13 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 08:26 AM | Show all posts
Laporan Khas

Projek tebatan elak banjir
KUANTAN 13 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:22 AM | Show all posts
Petronas hantar gas memasak


KUANTAN: Masalah kehabisan bekalan gas memasak yang dialami penduduk daerah Pekan sejak seminggu lalu selepas laluan utama menghubungkan Pekan-Kuantan ditutup kerana ditenggelami air diatasi apabila Petronas Dagangan Berhad (PDB) mula menghantar bekalan semalam.

Pengurus Kawasan Jualan Timur PDB, Ramli Noor, berkata 350 tong gas dihantar menggunakan tiga bot polis bagi membantu penduduk yang terputus hubungan akibat banjir.

Beliau berkata, penghantaran tong gas dilakukan secara berperingkat mengikut permintaan yang dijangka terus bertambah berikutan banjir yang tidak berubah.



Katanya, PDB terpaksa mendapatkan bantuan polis menyediakan bot untuk memindahkan tong gas sejauh lebih tujuh kilometer iaitu daripada Batu 16 ke Kampung Ubai, di Jalan Kuantan-Pekan.

"Bot hanya mampu memuatkan 20 tong gas bagi satu perjalanan yang mengambil masa kira-kira 30 minit kerana arus kuat melambatkan perjalanan.

"Kita harap bekalan itu dapat menyelesaikan masalah penduduk Pekan, terutama di pedalaman," katanya.

http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2007 11:22 AM | Show all posts
Gempa kecil di Bukit Tinggi 300 tahun lagi


KUALA LUMPUR: Orang ramai di Bukit Tinggi, Pahang dan kawasan berhampiran yang mengalami gegaran gempa kecil baru-baru ini tidak perlu bimbang kerana kejadian gempa sudah berakhir dan diramalkan tidak akan berulang sehingga antara 200 hingga 300 tahun akan datang.

Pakar Geologi merangkap Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Datuk Dr Ibrahim Komo, berkata orang ramai tidak perlu bimbang dan kunjungan ke kawasan tanah tinggi di sekitarnya selamat dan tidak berdepan sebarang risiko tanah runtuh atau gegaran.

揋empa yang berlaku ketika itu hanya pada skala kecil iaitu antara 2.5 hingga 3.5 skala Ricther. Kebiasaannya manusia tidak rasa gegaran bersaiz kecil sebaliknya mesin seismologi yang ditempatkan di stesen gempa akan rasa gegaran dan mengenal pasti saiznya.



揋egaran ini adalah mampatan disebabkan zon subduksi di Sumatera, Indonesia dengan Semenanjung (Malaysia). Mampatan ini yang menyebabkan pembetulan semula sesar (pecahan perbatuan lama pada batu yang tidak bergerak) tidak aktif,
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:23 AM | Show all posts
Putera Umno turut bantu


TEMERLOH: Putera Umno akan terus berusaha meringankan kesulitan dihadapi mangsa banjir di Pahang dengan memberi bantuan pelbagai keperluan untuk mengurangkan bebanan mereka.

Berikutan itu, sekumpulan 200 ahli Putera Umno dikerah membantu mangsa banjir di daerah ini dan mengagihkan keperluan berkenaan dari rumah ke rumah menaiki bot kelmarin.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tumpuan bantuan diberikan kepada daerah yang mengalami banjir besar seperti Temerloh sehingga melumpuhkan perhubungan.



Beliau berkata, pada peringkat permulaan, tumpuan bantuan diberikan kepada mangsa banjir yang masih di rumah dan enggan berpindah walaupun banjir teruk.

"Dalam fasa pertama, kita menyerahkan keperluan harian kepada 300 mangsa banjir di Kampung Seberang dan bantuan sama akan diberikan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan lain," katanya.

Abdul Azeez berkata, selain Temerloh yang dilanda banjir besar, pihaknya akan memberi bantuan kepada mangsa di Maran, Bera, Kuala Krau dan Pekan.

http://www.bharian.com.my/Curren ... 1216232215/Article/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2007 11:25 AM | Show all posts
Laporan Khas

Mangsa banjir bertambah di Pahang, Kelantan


Anggota polis memberikan bantuan menggunakan bot bagi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan di Rantau Panjang, Kelantan, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 16 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:27 AM | Show all posts
20,000 terputus hubungan darat
KUANTAN 16 Dis. - Kira-kira 20,000 penduduk di sekitar Kampung Penor, Kampung Cherok Paloh dan Kampung Ubai terputus hubungan darat selepas sebuah jambatan di Kampung Pantai Sepat di sini terputus dua akibat banjir, lewat petang semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia ke tempat kejadian di sini hari ini mendapati jambatan berkenaan terputus di kedua-dua bahagian hujungnya dan beranjak sedikit mengikut aliran air.

Jambatan itu terletak di laluan alternatif bagi warga Kuantan yang mahu ke Pekan dan Rompin selain melalui jalan utama iaitu Jalan Kuantan-Pekan.

Akibat kejadian itu, penduduk di kampung berkenaan kini seperti berada di sebuah pulau selepas laluan darat di satu lagi bahagian jalan alternatif iaitu berhampiran Kampung Ubai (menuju ke arah bandar Pekan) turut ditenggelami air.

Satu-satunya kaedah pengangkutan untuk ke Pekan atau Kuantan kini adalah menggunakan bot yang disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).

Kejadian terbaru itu juga memutuskan terus laluan darat Kuantan-Pekan kerana laluan utama Jalan Kuantan-Pekan kini masih ditutup akibat ditenggelami air.

Menurut seorang penduduk, jambatan di Kampung Pantai Sepat itu dipercayai runtuh secara tiba-tiba petang semalam akibat arus deras air banjir yang merentasi jambatan berkenaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... as&pg=lk_03.htm
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:30 AM | Show all posts
Laporan Khas

Peneroka Felda Bera dapat bantuan makanan
BERA 16 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:33 AM | Show all posts
Muka Hadapan

Gelombang kedua banjir di Pahang diramal lebih buruk
Oleh ARSHAD KHAN



JAMBATAN di Kampung Pantai Sepat, dekat Kuantan terputus akibat arus deras banjir yang melanda Pahang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:36 AM | Show all posts
Muka Hadapan

Jangan minta bukan-bukan
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:37 AM | Show all posts
double posting

[ Last edited by  Mulan at 17-12-2007 11:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 08:43 AM | Show all posts
Laporan Khas

Mangsa banjir meningkat di Kelantan, Pahang
Oleh Zabry Mohamad, Rohana Mohd. Nawi, Ali Mahmood, Shamsiah Zulkafli, Azran Fitri Rahim dan Opat Rattanachot



Pemandangan dari udara jalan utama Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Ubai yang terputus hubungan akibat banjir hampir seminggu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 08:59 AM | Show all posts
OKU korban baru di Pahang


PEKAN: Jumlah mangsa yang terkorban akibat banjir di Pahang meningkat kepada sembilan orang apabila seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang bergerak menggunakan kerusi roda, ditemui lemas dalam kawasan berpaya depan rumahnya dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Mohd Yuslan Osman, 30, dikatakan berkerusi roda berjalan depan rumahnya di Kampung Serandu tanpa ditemani keluarga, tetapi tergelincir ke dalam paya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Abd Aziz Salleh berkata, jiran yang melihat mangsa terkapai-kapai dalam paya itu, cuba membantu menyelamatnya tetapi gagal kerana arus deras.



Beliau berkata, operasi mencari mangsa akhirnya menemui mayatnya setengah jam kemudian.

"Kawasan rumah mangsa dinaiki air banjir dan ketika berjalan di depan rumahnya, dia tergelincir dan jatuh dalam kawasan berpaya," katanya ketika dihubungi malam tadi.

http://www.bharian.com.my/Curren ... 1217232605/Article/

inna lillahi wainna ilaihi raji'un
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 09:01 AM | Show all posts
Bantuan makanan digugur dari udara




KUANTAN: Buat kali pertama dalam sejarah negara, bantuan makanan untuk mangsa banjir terpaksa digugurkan dari udara selepas semua perhubungan darat terputus manakala jumlah mangsa banjir pula semakin bertambah.

Pelancaran `Ops Murni' oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam, menjadi langkah terakhir dalam usaha memastikan bantuan makanan dapat disampaikan segera kepada hampir 10,000 mangsa banjir yang masih terperangkap di sekitar daerah Pekan sejak lima hari lalu.



Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis C-130 digunakan untuk menggugurkan 32 tan makanan di kawasan lapang Pantai Lagenda Golf Resort dekat Pekan, sebelum diagihkan ke 180 pusat pemindahan.

Pesawat berkenaan melakukan empat penerbangan untuk lapan kali pengguguran, iaitu bagi setiap kali penerbangan, empat tan makanan digugurkan menggunakan dua payung terjun khas.

Makanan yang digugurkan dalam operasi berkenaan termasuk beras, gula, susu, tepung, minyak masak, telur, sardin dan sayur-sayuran bagi keperluan makanan mangsa banjir di pusat pemindahan.

Komander Pangkalan Udara TUDM Kuantan, Kolonel Abdul Malek Zakaria yang mengetuai operasi berkenaan berkata, penghantaran bantuan makanan dengan cara itu lebih pantas kerana jumlah makanan terbabit lebih banyak, berbanding menghantarnya berulang kali melalui helikopter.

"Kaedah ini terpaksa dilakukan kerana jumlah mangsa banjir di Pekan semakin meningkat setiap hari, manakala penghantaran makanan menggunakan jalan darat juga terputus di banyak lokasi akibat ditenggelami banjir, menyebabkan makanan lambat tiba di pusat pemindahan.

"Buat permulaan, operasi dilakukan selama dua hari dengan dua penerbangan sehari, tetapi jika bekalan makanan masih diperlukan di lokasi banjir, ia akan diteruskan lagi.

"Walaupun menerima arahan dalam masa yang singkat untuk melaksanakan operasi ini, namun kecekapan semua anggota ATM dalam tugas kemanusiaan berjaya menyempurnakan Ops Murni sehingga semua makanan jatuh di sasaran dengan selamat," katanya.

Abdul Malek berkata, semua makanan digugurkan dalam operasi ini tidak akan rosak kerana sistem pembungkusan dengan ikatan khas yang digugurkan bersama payung terjun jenis G-12D, mampu menampung berat kontena seberat satu tan pada ketinggian minima 200 meter.

Beliau berkata, seramai 55 anggota ATM daripada Platun 10 Briged Para terbabit dalam operasi berkenaan untuk tugas pembungkusan dengan kontena khas, pemasangan payung terjun dan pemindahan ke pesawat di Pangkalan TUDM Kuantan.

"Platun berkenaan mempunyai kepakaran khusus dalam pelbagai operasi pengguguran barangan ketenteraan termasuk mencipta sejarah apabila berjaya menggugurkan sebuah kereta Proton Wira di Kutub Utara pada 1998," katanya.

http://www.bharian.com.my/Curren ... 1217232649/Article/
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 09:52 AM | Show all posts
Laporan Khas

Premis penduduk Chenor berlumpur
MARAN 24 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 09:52 AM | Show all posts
Laporan Khas

MAS bantu mangsa banjir di Pahang
KUANTAN 24 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 09:53 AM | Show all posts
Laporan Khas

Korporat sumbang RM245 ribu bantu mangsa banjir
KUANTAN 24 Dis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.061371 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list