CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aYuGiLeR

Waris Jari Hantu ~ Suhaimi Baba

[Copy link]
phool This user has been deleted
Post time 29-3-2007 09:31 PM | Show all posts

Reply #80 shanew3stgalz's post

nope... maya tak jadi hantu kali nie.... tak tau lah how gd is the movie... kena tunggu another 2mths baru nak kuar panggung
terbaca 1 blogger review psl movie ni.... dia dpt tgk masa preview/private screening of this movie kat uni dia... dia kata movie ni best... better than phsm1 and 2..... tapi dia tak mention pulak if maya is good or not....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2007 12:18 PM | Show all posts
pada aku phsm 1 & 2 yg buat slack bukan maya, tp ketidak organize-an movie tu dan story line dia lemah... (opening ok, ending mcm mengarut skit). mungkin dr aspek directing kot...? (aku bukan pandai sgt filem ni, tgk pandaila..)
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 02:03 PM | Show all posts
(dipetik dr http://poissondepisces.blogspot.com/)

WJH bagi saya merupakan filem COMEBACK untuk Shumi. Saya merinduitekstura dan rasa dalam SELUBUNG dan kemewahan yang skandalisius dalamRINGGIT KASSORGA. Saya tidak terasa atau disentuh langsung dalamfilem-filem arahan beliau selepas itu (Sedikit dalam Layar Lara) dansetelah PONTY I and II, inilah buah tangan dari Shumi yang benar-benarmenyentuh rasa deria serta sanubari saya.

Isu-isu yangdipaparkan benar-benar berpijak dibumi yang nyata. Susunan plot dansub-plotnya sangat bijak, ibarat menjalin helaian mengkuang danakhirnya terhasil sebuah kelarai yang bermutu dan bernilai tinggi. Hatisaya tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti apakah yang akan berlakuseterusnya. Saya diberi masa untuk mengimbau scene-scene awal WJH untukmendapatkan gambaran yang lebih luas tentang setiap watak danperjalanan filem ini. Walaupun saya merasakan sesetengah karektor tidakdikembangkan serta dipertontonkan dengan baik, namun bagi saya tidakmencacatkan penceritaan dan kesan visualnya.

Pelakon-pelakonyang menyedapkan lagi rasa filem ini juga wajar saya berikan STANDINGOVATION. Berani saya katakan bahawa barisan pelakon bagi WJH SANGATKUAT! Pujian harus diberikan kepada Rusdi Ramli yang membawa watak ARI/ARINA dengan jayanya. Pada awalannya, Rusdi kelihatan agak kaku membawawatak LELAKLEM, namun proses pertukaran diri Ari ke Arina *matilahSPOILER kan?! bak kata Tok Wan, macam baru keluar kepompong, is sotrue. Lakonan Rusdi memang lain dari lakonan beliau sebelum ini. Sayajuga memberi tunduk hormat pada Rusdi kerana berani membawakan watakini. Kalau beliau tidak dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik diPFM 2007, SAYA TATAU NAK KATA APA dah. Azean Irdawaty juga harus diberipujian atas lakonan beliau. Berbaloi sangat lah Primadiva Malaya inisampai lebam-lebam menjayakan WJH. Kasih seorang nenda kepada warisnyasaya dapat rasakan, begitu juga seksanya beliau yang menyimpan sakakeluarga. Pelakon-pelakon lain juga hebat. Nanu sebagai contoh, sayasangat suka lakonan beliau dikala Ari pulang ke kampung. Ketegangan dankekecewaan tidak hanya zahir dari mimik wajah dan bahasa tubuh, namuncara beliau melontarkan vokalnya serta gestur yang halus dibuat, ADUH!menyentuh sekali! Inilah antara filem Melayu yang mengumpulkanpelakon-pelakon hebat. Tahniah kepada jurulatih lakon, Fatimah AbuBakar. Sesungguhnya ketokohan beliau dalam membimbing pelakon untukmemberikan seperti apa yang saya tonton tadi kepada audien SANGATMENYERLAH. Tahniah untuk semua pelakon WJH!

Isu-isu kemanusiaanseperti kekeluargaan, darah daging, identiti diri, seksualiti,perasaan, cinta, kasih dan sayang tak dilupa isu-isu berkenaan denganMELAYU itu divisualkan dan dipersembahkan dengan baik sekali. Sayamengharap, para penonton yang bakal menonton WJH dapat membacadicelah-celah *not u lalat bernama CELAH* visual yang disajikan. Sayasendiri banyak belajar dan mengmuhasabah diri saya sendiri sepanjangmenonton WJH. Saya berharap bagi mereka yang bakal menonton WJH akandemikian juga. Lihatlah diri sendiri, jadilah seorang yang analitikalserta berpendirian untuk menjadi manusia yang berguna. Tataplah visual,dengarkan suara, baukan perasaan, rasalah jiwa setiap karektor danmanfaatkannya.

apa lagi?... *gigih ni*

Sesungguhnya,filem yang mendapat sokongan dari KeKKWA ini menjadi kenangan akanbangsa Melayu yang sering diselubungi oleh hal ehwal dunia ghaib, yangALLAH sahaja tahu akan kewujudannya.

[size=130%]Secara peribadi saya berani memberi 4 bintang untuk filem Waris Jari Hantu.


Iwould really suggest you readers to have time and watch WJH.InsyaALLAH, it would open up your minds about life and being human.Quoting from Sami Yusuf's ALLAHU:

He knows what is apparent and what is hidden
All of the fate of creation has already been written
His Will is always done
And can never be undone
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 02:10 PM | Show all posts
from comment:

when its out at the cinemas, u bet, ill be going to watch it again. Compare to CINTA, i'd much prefer WJH. It's so earthbound.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 02:28 PM | Show all posts

Reply #83 dunkin^donuts's post

x de komen psl lakonan maya pon.. :hmm:

uhh bc review tu makin x sabo ade ar..
Reply

Use magic Report

phool This user has been deleted
Post time 26-4-2007 12:07 PM | Show all posts
Waris Jari Hantu ada kelainan
2007-04-26 11:47:00.0

oleh WAHIDA ASRANI

Ada kelainan pada filem terbaru arahan Shuhaimi Baba ini yang berjaya menarik perhatian penulis untuk setia menonton Waris Jari Hantu (WJH) sehingga tamat.
Walaupun jika dilihat pada barisan pelakonnya, Shuhaimi atau lebih mesra dipanggil Shumi masih mengekalkan nama-nama sama yang pernah diambilnya untuk filem Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 tidak lama dulu, tetapi pengarah tersohor itu nampaknya berjaya memberi sentuhan yang berlainan pada WJH.
Pujian pertama ingin penulis berikan kepada dua tunggak utama filem ini, Maya Karin dan Rusdi Ramli. Berbanding lakonan mereka di dalam Pontianak Harum Sundal Malam 2, kali ini gandingan Maya dan Rusdi dilihat mempunyai chemistry yang lebih 'kuat' dan watak mereka yang memerlukan keakraban sebagai kawan karib memang nampak menarik dan jelas dilihat 'serasi'.

Gandingan Maya dan Rusdi dilihat mempunyai 'chemistry' yang lebih 'kuat' kali ini
Memang jika dinilai dari segi lakonan, tidak banyak perbezaan mahupun kelainan yang ditonjolkan oleh mereka berdua.
Maya masih dengan watak lemah-lembutnya, cuma Rusdi kali ini memerlukan 'kekuatan' yang lebih  untuk watak Ari yang dilahirkan khunsa dan akhirnya memilih untuk menukar jantina.
Bak kata Rusdi sendiri: "Saya letih untuk bawa watak ini. Mungkin nampak senang, tetapi saya pernah putus asa dan menyuruh pihak Pesona Pictures carikan pengganti saya saja.
"Setakat untuk berpenampilan sebagai wanita, saya tidak menghadapi kesukaran sangat. Tetapi apa yang merungsingkan saya ialah bagaimana untuk melihat wanita daripada perspektif berbeza, dari kaca mata lelaki yang ingin menjadi wanita."
Namun, usaha yang berbaloi buat aktor ini apabila lakonannya berserta emosi yang dicurahkan Rusdi di dalam filem ini memang terserlah.  

Walaupun Ari berperwatakan lembut, Tina masih setia berada di sisi Ari dan menyimpan perasaan terhadapnya
WJH berkisar tentang Tina (Maya Karin) dan Ari (Rusdi Ramli) yang berkawan baik di mana mereka bersaudara dengan Tok Wan Rimau (Azean Irdawaty), penjaga harimau saka keluarga Tina yang sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya.
Tok Wan Rimau dan harimau saka melindungi keluarganya dan Pekan Mendekar dari bahaya.
Ari yang berpewatakan lelaki lembut, sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran Mat Kepit dan Mat Patah kerana berperwatakan lembut. Walaupun begitu, Tina masih setia berada di sisi Ari dan menyimpan perasaan untuk berkahwin dengannya satu hari nanti.
Ternyata, Tina sebenarnya adalah pilihan Tok Wan Rimau untuk menjadi pewaris saka sehinggalah Ari yang terlalu sayangkan Tina menawarkan dirinya menjadi pengganti.
Selain tiga tunggak utama itu, WJH juga membariskan pelakon-pelakon hebat lain seperti Nanu Baharudin, Liza Othman, Zahim Al-Bakri, Riezman Khuzaimi, Kavita Sidhu, Rashid Salleh dan Zaidi Omar.

Aksi Tok Wan Rimau ketika menurunkan ilmu saka harimau
Dan jika ingin memperkatakan mengenai aspek lakonan, penulis tidak teragak-agak untuk memberi pujian kepada Azean yang berjaya membawakan karektor Tok Wan Rimau dengan cukup berkesan.
'Kehebatan' Kak Yan merangkak ala-harimau memang menjadi! Berbaloilah dengan usaha Kak Yan yang sanggup membuat kajian yang mendalam tentang ilmu saka ini dengan banyak pihak, termasuklah inisiatifnya bersama Liza Othman untuk duduk di rumah Mak Nani semata-mata untuk mempelajari bahasa Minang dengan baik.
Kelainan pada karya Shumi kali ini ialah garapan jalan cerita yang secara peribadi penulis rasakan 'kena' dan dilakukan dengan cara yang cukup baik oleh Shumi.
Walaupun keseluruhan filem ini berkisarkan kepada elemen mistikal berdasarkan kisah benar mengenai ilmu saka harimau di Negeri Sembilan, Shumi bijak mengolah jalan ceritanya dengan menyelitkan elemen drama untuk memastikan penonton tidak secara terus-menerus disajikan dengan unsur mistik itu.

Salah satu babak di dalam Waris Jari Hantu
Selain kisah Tok Wan Rimau yang ingin mencari pewaris, pengarahnya menggarap jalan cerita sampingan dengan memasukkan kisah lelaki lembut tetapi masih berkaitan dengan keseluruhan jalan cerita yang masih memfokuskan kepada saka harimau itu.
Seperti yang dijelaskan oleh Shumi: "Saya ingin buat penonton berfikir, bagaimana jika waris saka itu diturunkan pada lelaki? Dari situlah timbulnya idea jalan cerita yang saya hasilkan ini."
Olahan yang menarik, cuma mungkin 'drama' yang membabitkan perasaan Tina pada Ari dan gelodak jiwa Ari yang menanam hasrat untuk menjadi wanita agak meleret di pertengahan filem ini sehingga adakalanya terasa seperti menonton filem Hollywood Transamerica.
Cuma, drama itu berjaya diselamatkan oleh penghayatan watak yang baik daripada Maya dan Rusdi terutamanya pada babak pertemuan semula Tina dan Ari setelah Ari pulang dari Singapura selepas menjalani pembedahan penukaran jantina.
Penulis sendiri tidak pasti sama ada isu transeksual ini boleh mencetuskon kontroversi kelak. Tetapi, jika disaksikan daripada jalan cerita, penulis secara peribadi merasakan elemen yang cuba diketengahkan oleh Shumi ini tidak ada salahnya, kerana hasilnya tidak menghampakan.
Atau mungkin juga Shumi mempunyai agenda sendiri untuk memastikan filem ini mendapat sambutan?
Waris Jari Hantu akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan dan Brunei pada 31 Mei depan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2007 12:30 PM | Show all posts
vclip kedua lagu temanya dah ada....

faizal tahir - kasih tercipta
tria - tika

http://www.warisjarihantu.com/themesongBmJH.htm

i like both songs
Reply

Use magic Report

azza_angel This user has been deleted
Post time 26-4-2007 06:24 PM | Show all posts
hmmm...macam best je..nak tgk jugak la...meriahnya industri perfileman malaysia dgn cite2 seram sejak akhir2 ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2007 08:49 PM | Show all posts
cite nih x de preview kt wyg ke?? cam cite phsm dlu.. ade preview sblm tarikh sbnrnye...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 03:11 AM | Show all posts
mcm best jer citer nih..nak tgk lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 01:34 PM | Show all posts
sampai termimpi2 aku ngok cite nih... dlm mimpi aku cite nih x besh lngsung! uwawa... best la ek maksudnye..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by shanew3stgalz at 26-4-2007 08:49 PM
cite nih x de preview kt wyg ke?? cam cite phsm dlu.. ade preview sblm tarikh sbnrnye...


dah ada dah preview kat wayang......
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 10:46 PM | Show all posts
da tgk video klip citer nih..
bleh tahan gak..kat you tube ada
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 08:14 PM | Show all posts
Video klip Kasih Tercipta - Faizal OiAM - http://www.youtube.com/watch?v=UahZqLnP5Ew
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 08:53 PM | Show all posts
lagu Tria nyanyi tu agak merepek dan tak ke mana......
cam lagu Zu Ghairi tawon 80an dulu even then lagu dia tu pon tak kemana
nikan plak sekarang......
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 08:55 PM | Show all posts
frustnye misha x nyanyi lagu tema dia walaupun dijemput oleh suhaimi baba...
x laa tamak sangat misha ni kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2007 03:33 PM | Show all posts
oh, film ni pun ditaja oleh Celcom...

dua2 film Melayu bulan ni ada tajaan oleh Celcom... (Sumolah dan WJH)
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 04:37 PM | Show all posts
wjh bukan digi taja ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 04:39 PM | Show all posts

Reply #98 tipah's post

Celcom...

yg tu PHSM2 kut yg digi taja...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 02:43 AM | Show all posts
Originally posted by peacefrog at 29-4-2007 08:53 PM
lagu Tria nyanyi tu agak merepek dan tak ke mana......
cam lagu Zu Ghairi tawon 80an dulu even then lagu dia tu pon tak kemana
nikan plak sekarang......


i suka lirik lagu faizal lagi..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.090511 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list