CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6791|Reply: 28

D' Banquet - Filem Seni Berskala EPIK ?

[Copy link]
Post time 18-9-2006 12:30 AM | Show all posts |Read mode
"Something is rotten in the ancient China" ~ kata seorang lelaki Belanda bila aku beritahu pasal filem The Banquet yang diadaptasi secara rambang dari Hamlet karya William Shakespeare....pada mulanya aku tak dapat "tangkap" ...then baru tahu yg dlm Hamlet ada ungkapan popular yg berbunya "Something is rotten in the state of Denmark"(cerita Hamlet mengambil latarbelakang kerajaan lama Denmark)

Sebetulnya aku tak berapa ingat tentang Hamlet...penah baca tapi di awal sekolah mnengah dulu....secara blur-blur aku ingat ada hantu raja muncul depan putera mahkota hamlet...sampaikan mesej bahawa dia dibunuh olh saudara lelakinya sendiri yang kemudiannya telah mengahwini permaisuri iaitu ibunya Hamlet....

Maka, apa pula kisahnya dengan The Banquet....sedikit berbeza....

Berlatarbelakangkan abad kesepuluh di China purba...permaisuri Wan(Zhang Ziyi) terpaksa mengahwini maharaja walaupun hatinya terikat kpd putera mahkota Wu Lan yang menjadi teman sepermainan sejak kecil. Putera mahkota akhirnya membawa diri keluar istana, menyertai kumpulan pelakon dan penyanyi teater. Sehingga maharaja mangkat, dan takhta kerajaan dinaiki oleh adik baginda Li, permaisuri Wan yg menyedari muslihat Li mengambil langkah drastik mengahwini maharaja baru semata-mata utk melindungi nyawa dirinya dan juga putera mahkota yg dicintai. Apabila maharaja baru merancang majlis makan malam secara besar-besaran, permaisuri wan dan putera mahkota sedar masanya tiba utk bertindak balas.

Ok...kesimpulanya aku agak menyukai filem ini...mungkin bagi sesetengah org ia slow...dan jangan pula menharapkan ia sebagai satu filem aksi yg penuh lawn2 pedang gaya wuxia....keseluruhan cerita lebih menumpu pada konspirasi dalaman istana, bagaimanapun aksi koreografi dari Corey Yuen memang tak pernah menghampakan...kali ini lebih brutal dengan darah yg bersembur-sembur....pembunuhan pun kelihatan begitu cantik dan berseni...namun biasalah..ada adegan2 yg mungkin diaggap terlalu ganas tu telah dicincang dengan gembiranya oleh badan penafisan filem....

antara babak awal filem ini kita dapat lihat maharaja Li menarik kain putih dari permaisuri wan dan melempar ke lilin...kain itu terbakar....seakan2 menunjukkan maruah(kain putih) permaisuri sedang dibakar.....selain itu banyak lagi simbolik2 visual yg diserap dan disepah-sepahkan sepanjang filem ini...kita mungkin tertanya2 kenapa ramai sangat pelakon2 tambahan yg memakai topeng dlm filem ini....lazimnya topeng dianggap sebagai wajah kepura-puraan manusia....sebagaimana watak permaisuri Wan yg penuh kepura-puraan diluar namun dlm diam licik mengatur rancangan utk menyelamatkan dirinya.....

Oh ya..jangan lupa menhayati alunan musik mempersona yg menghiasi sepanjang filem ini olahan Tan Dun, komposer yg telah memenangi Oscar utk filem Crouching Tiger Hidden Dragon.....

Ada sesetengah babak dlm filem ini aku terasa "very Lord of the rings"....nampak sebijik2 sama...sapa yg turut perasan bende ni sila angkat tangan.....mungkin juga disengajakan sebagai homage utk menghormati epik trilogi yg terkenal itu.....s

Dan ending dia agak menghairankan.....bagi sesetengah org mungkin anggapnya sebagai tergantung tapi taklah begitu ssebenranya, ia disengajakan...sengaja membiarkan kita tertanya2 tanpa jawapan.....konsepnya seakan-akan sama dengan ending filem Akira Kurosawa yg berjudul Warui yatsu hodo yoku nemuru(Bad Sleep Well).....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2006 01:37 AM | Show all posts
aku akan tgk besok... yg pastinye akan menjanjikan cinematografi yg menarik (pendapat aku la bile tgk trailer die)...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 02:10 PM | Show all posts

Hi!!!!!!!!!

mcm mana citanya?....kasik komen banyak boleh tak?


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 09:47 PM | Show all posts
aku mmg minat citer2 camnih....tapi tak tau ler biler nak pegi nengoknyer....hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2006 01:11 AM | Show all posts
Originally posted by mayutaka at 19-9-2006 02:10 PM

Hi!!!!!!!!!

mcm mana citanya?....kasik komen banyak boleh tak?



nak komen camana lagi ya? boleh study hamlet dulu, mungkin tambah syok tgk citer nie...

BTw....kalau perhatikan perbualan antara emperor & emperess memang terasa penuh perangkap...masing2 saling menguji dengan permainan kata......

tgk trailer kat tv tak menarik langsung....aku tonton filem ni pun pasal dah tak ada pilihan masa tu......tapi berbaloi juga pasal ia sebuah filem seni yg best....tgk sekali lagi trailer kat tv aku rasa trailer tu bodoh...dan entah sapalah yg buatnya...buat kelihatan ia seperti filem aksi semata-mata...maklumlah, iklankan mesti ada tarikan komersial.....

[ Last edited by  GAIA at 20-9-2006 01:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 12:57 AM | Show all posts
hehe...adaptasi cter hamlet ye igtkan mmg original almaklum la aku mmg xbaca sastera² ni.tinggi sgt bahasa tu.hmm anyway aku br je tgk cter ni ptg td.

aku cukup setuju yg choreografii tu.mmg cantik btoi la.esp time permaisuri wan n putera wu lan lawan pedang gadis yue (btol ke?) tu.mmg suke btol la.hihihi n aku jgk setuju part ending cter ni.aku expect lain tp lain plak yg jadi n yg bestnye last aku  trus tnye menber aku, sape ek??hmm question mark btol kan..(bg sape yg dh tgk la) tp soalan tu byk jawapannye sbb background cter ni dinasti china dolu².

ape lg yek..:hmm:ha...lagu kt ending cter ni mmg sedap.kt mn nk cari mp3 ye?teringin nk dgr lg.cter ni mmg pasal kuasa,org yg nk berkuasa,org yg gila kuasa n mcm lg pasal kuasa.very the typical zaman dinasti dulu.

tp...cter ni mmg laaaaaaa tersgtttttt slow.1 plot tu mcm 15 minit pehtu bahasa sastera abih la.haha aku suke sbb hero cter ni daniel wu.kakakkaa

[ Last edited by  lionsleepin at 28-9-2006 12:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2006 09:08 AM | Show all posts
aku dah tgk... its a beautiful film
penuh dgn double meaning

aku tak tahu pulak ni adaptasi dari Hamlet sbb aku x penah baca Hamlet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 01:28 PM | Show all posts
kan ! aksi lawan dah mcm tarian...kalah sekejap choreography tarian utk filem2 Bollywood.....

BTW...rumit ke Hamlet tu....boleh baca versi komik lagi.......lagipun kita boleh fokus pada jln cerita sahaja.....aku pun baru tahu ttg penyesuaian citer ni dari Hamlet masa baca review kat cinemaonline....kalau tak tak ingat2 pun cerita Hamlet tu cmana...dah lama sangat dah.....

The Banquet bukanlah remake terus dari Hamlet.....banyak kelainan....dlm Hamlet, Queen dan Prince memang anak beranak yg ada pertalian darah kandung, dlm Banquet Emperess Wan ngan putera anak beranak tiri..malah ada hubungan perasaan lagi.....Pastu dlm Hamlet ada hantu raja yg mati....dlm Banquet tak ada...malah kita tak tahupun siapa yg melayangkan saputangan yg ada gambar pembunuhan maharaja tuh.....mungkin org misteri tu adalah org yg sama yg tidak kelihatan pada ending dia.....

oh yeah....lagu kat ending tu memang sedap juga walaupun x paham sepatah apa pun....entah apa judulnya ya....apa2 pun kebanyakan music yg menghiasi latar filem ni memang sedap2 belaka.....gubahan komposer Tan Dun yg menang Oscar tu.....paling aku ingat ialah music yg mengiringi Zhang Ziyi berpakaian serba putih masuk ke dewan istana masa kredit mula-mula tu......

tapi citer ni tak terasa slow bagi aku.....(PGL tu aku rasa tersiksa gak)....secara diam2 ia penuh elemen thrill dan twist plot yg tak dijangka.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2006 02:23 PM | Show all posts
* review dr A.Wahab Hamzah Utusan Malaysia....bahagian SPoiler sudah di cencored kan



The Banquet antara kuasa, cinta dan dendam

Oleh: A. WAHAB HAMZAH

HAMLET adalah antara drama tragedi karya Shakespeare yang cukup dikenali dan cukup banyak mempengaruhi perkembangan drama dan filem antarabangsa. Kisahnya berkisar mengenai pergelutan jiwa seorang putera iaitu antara keadilan moral dan juga membalas dendam atas kematian bapanya. Ia juga mengisahkan persoalan cemburu dan kisah percintaan tiga penjuru. Tragedi antara dendam dan percintaan ini juga dibalut darah pertarungan dan keharuan emosi yang melodramatik.

Kali ini Hamlet sekali lagi hadir dalam sebuah epik istana yang mengisahkan pergelutan kuasa sebuah kerajaan di China ratusan tahun dahulu. Pengarah Feng Xiaogang dengan bantuan penulis lakon layar Qiu Gangjian dan Shang Heyu menggunakan tragedi Hamlet sebagai kerangka plot untuk melihat sebuah pergelutan kuasa dan perebutan wanita.

Biarpun latarnya telah diubah ke China dan tragedi Hamlet hanya menjadi dasar yang longgar tetapi pengaruh dalam watak-watak utama Hamlet masih kuat. Untuk filem ini Feng Xiaogang turut menggunakan sejumlah nama yang telah sedia popular seperti pelakon Zhang Ziyi, Daniel Wu, pengubah terkenal Tan Dun dan pengarah koreografi seni pertarungan China Yuen Wo-Ping (yang sebelum ini bertanggungjawab dalam koreografi pertarungan filem The Matrix dan Hidden Dragon and Crouching Tiger).

Dengan bajet kira-kira RM68 juta yang dianggap jumlah yang cukup besar dalam standard industri filem China, The Banquet mempunyai misi di festival dan pasaran filem dunia terutama di Asia.

The Banquet mengambil latar sekitar tahun 907, iaitu era China berhadapan dengan pergelutan kuasa istana yang bergolak serta ketidakstabilan negara di utara dan di selatan. Ketidakstabilan istana bermula dengan kematian maharaja akibat daripada komplot jahat adiknya, Li Ge You, yang mahu merampas kuasa. Bukan itu sahaja, Li turut mengambil isteri muda Maharaja yang jelita, Wan (Zhang Ziyi) sebagai isteri dan permaisurinya.

Tetapi dengan adanya anak lelaki maharaja yang lama iaitu Putera Wu Luan (Daniel Wu), kekuasaan Li tidak akan bertahan lama dan atas sebab itu Wu Luan perlu dihapuskan. Atas sebab itu Wu Luan dihantar ke selatan tanah air.

Bagaimanapun, Wan, si ibu tiri Wu Luan, mempunyai perasaan terhadap Wu Luan. Dia tidak gembira dengan arahan Li dan dia berasa cemburu terhadap Qing Nu (Zhou Xun), anak perempuan seorang menteri kanan yang mempunyai hubungan dengan Wu Luan yang mahu mengikut Wu Luan.

Plot filem ini yang bermula dengan komplot pembunuhan Maharaja dan berakhir dengan adegan kematian maharaja Li dan permaisuri Wan memaparkan bagaimana kisah tragedi ini berkembang daripada perebutan kuasa, percintaan dan cemburu kepada membalas dendam. Biarpun filem ini berisi dengan pertarungan secara akrobatik sebagaimana tradisi filem China tetapi Wo Ping membuat koreografi pertarungan yang ganas dan penuh berdarah seakan-akan tarian balet. Gabungan antara gerak balet dan keganasan pertarungan dengan adegan darah yang memancut telah menjadikan adegan pertarungan tersebut kelihatan seperti seni tari indah yang sekaligus mengerikan.

Apakah adegan pertarungan yang menjanjikan kematian tragis itu sesuatu yang indah? Tetapi itulah filem, racun dan maut yang boleh sahaja menjadi adegan yang indah dan puitis. Dalam kisah tragedi seperti ini apa yang kita nantikan adalah perjalanan plot tentang bagaimana akhirnya kematian demi kematian dan tragedi balas dendam itu.

Sebagaimana dalam Hamlet, filem The Banquet juga memastikan adegan berakhir dengan sebuah jamuan besar yang kemudian menantikan sebuah tragedi yang bakal terjadi.

Yang pasti menjadi perhatian utama dalam filem ini ialah Zhang Ziyi, pelakon China yang sudah sedia terkenal di luar negara selain tentunya Gong Li.

Zhang Ziyi sebagai Permaisuri Wan memberikan kekuatan lakonan dengan wajah yang dingin jelita, gerak yang halus tetapi di sebalik kostum dan kejelitaan wajahnya terisi dendam dan kekerasan hati.

Tetapi Feng Xiaogang mengakhiri filem ini dengan adegan yang agak mengelirukan. Siapakah yang menusuk pedang ke dada Wan?

Bagaimanapun, kekeliruan ini barangkali tidak penting dan tidak akan menjejaskan sebuah epik kostum, sebuah filem yang penuh pertarungan umpama seni tari dan pancutan darah yang mewarnai sungai dalam sebuah tradisi China.

Sebuah tragedi yang diadaptasi daripada Hamlet di England telah berpindah ke China untuk akhirnya membuktikan betapa persoalan kuasa, dendam dan cinta itu berada dalam hati setiap manusia di mana jua.

*Filem: The Banquet

*Arahan: Feng Xiaogang

*Lakon layar: Qiu Gangjuian dan Sheng Heyu

*Pelakon: Zhang Ziyi, Ge You, Daniel Wu, Zhou Xun, Huang Xiaoming
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 06:36 PM | Show all posts
wah.. byk kata tumbs up.. ni nak gi tgk nie..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 06:11 PM | Show all posts
Halu semua..

Yes2!!..Citer ni memang BESH GILER2!!!....Memang bbaloi la bayar duit tiket...blanja kkwn tgk skali pun takpe sebab citer ni memang ENTERTAINING!!& bKUALITI....menyentuh prasaan ..semuanye bSENI & PUITIS skali...ni W punye kLEMAHan SUKE sangat tgk filem2 yg mcm ni!!....Scene2 gaduh pulak DAHSYAT skali..ganas tapi artistic...!!...Alunan muziknye pun cukup mengasyik kan...hehehehehks...;D..Oh yea,..1 more thing..pelakon2 filem Banquet ni lawo2 & ensem2.. belaka...tgk jgn tak tgk...!

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 11:36 PM | Show all posts
besh oooo...aku suke cite cenggini...... penuh seni.....x kesah kalau nak g tgk balik......
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 12:18 AM | Show all posts
suke la..rs nanti kuar dvd aku nk beli la.wat koleksi.sbb suke part lawan² ni mmg cantik la choreograf depa ni.patut la lagu background sedap²...komposer penah menang oscar tu.aku pn xsangke akan suke ngn citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 11:55 AM | Show all posts

Hi!!!!!!!!!

petang nih aku nak pi tgk kat CATHAY kul 1.15 ptg...sat lagi nih

hehehehe


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 10:10 PM | Show all posts
Yang saya suka ialah semua watak dipamerkan sebagai tidak bermoral sempurna, suatu ciri yang jarang dijumpai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 08:44 AM | Show all posts

THE BANQUET

memang btolll..Qaseh pun dah tengok semalam..cite dia memang best..sedih pun ada gak...pada saper2 yg lum tgk glah tengok k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 04:54 PM | Show all posts
after bace review korang, x sabar plak nak tengok The Banquet ni...nak beli CD jer la..lagipun my fav actor, Daniel Wu, first time berlakon citer epic.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:28 AM | Show all posts

Hi!!!

dah tgk dah...besh....cuma ending tu jer yg buatkan aku tertanya2x ... sapalah yg lemparkan dagger tu yek?...

antara scene lawan yg mcm tarian ballet waktu ZHANG ZIYI n DANIEL WU kat tmpt kamar beradu Zhang Ziyi....


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 06:20 PM | Show all posts
citer nee 18 sx ke? sebab masa aku tgk macam ada part yang tuttt sikit la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 06:38 PM | Show all posts

Reply #19 skyati's post

tak sure rating kat mesia camner..

tapi mmg aderla scenes2 tu.......[silap2.........aritu aku mmg tgk kat mesia pun.hampeh, dia gi censored some of the stuff.........nk donlod a pas nih]

cite ni mmg sgt sesuai untuk:

1. orang yg berjiwa seni.superb giler.
2. orang yang gilakan si Daniel Wu
3. orang yang gilakan Zhang Zhi Yi

so, dimanakah letaknye kenapa anda tengok citer ni......me? semestinya kesemua sekali :p
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.078796 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list