CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7774|Reply: 28

Faedah mempunyai personaliti yang gedebe/keras/tough/taiko?

[Copy link]
Post time 27-8-2006 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum, I nak tanya forumer semua, korang rasa banyak tak benefits kalau seseorang itu mempunyai personaliti dan reputasi sebagai seorang yang gedebe/keras/tough/otai terutamanya sebagai lelaki? Boleh tak bagi pros and cons korang, dari pengalaman korang ke, apa ke. Sebab I rasa I dah letih berakhlak baik dengan semua orang, orang dok pijak kepala kita pulak. Banyak sangat bertolak-ansur dengan orang lain, kita cakap baik-baik pun dia tak nak dengar. Takkan nak cari gaduh pula, terutamanya dengan kawan2 sendiri. Memang letih berhadapan dengan karenah manusia yang pelbagai ni, terutamanya dengan mereka yang kurang ajar, perasan bagus, bongkak, angkuh dan takbur. Kalau ikutkan hati nak tumbuk dan tempeleng jer, sikap kurang ajar kena balas dengan kurang ajar balik dengan manusia macam ni, tapi tu la, ikutkan hati mati, ikut rasa binasa.
  Sebenarnya I masa kanak2 dulu selalu bertumbuk, asal tak puas hati je terus ajak bertumbuk, one by one la. Tak boleh salah sikit je, I sound direct terus. Bengkeng la kiranya, macam Bruce Lee, garang dan gedebe. Apabila dah banyak sangat kalah dan menang dalam bertumbuk ( biasanya menang jadi arang, kalah jadi abu dan tabiat ini membuatkan I mengumpul banyak musuh ) dan meningkat remaja dan hasil didikan yang berteraskan akhlak Islam, I beransur-ansur berubah akhlak, menumpukan perhatian dalam pelajaran dan berusaha untuk menyempurnakan akhlak sebagai seorang Islam dan Mukmin yang terbaik. Tapi the tough streak of mine still persists, so it's macam berlawan la dalam diri I apabila dah dewasa sekarang ni. Kalau marah je, rasa nak menggelegak, tapi still boleh sabar lagi.
  Kalau kita tengok dalam perspektif Islam, ini bagaikan dua sifat yang berlainan dua orang sahabat yang paling disayangi oleh Nabi Sallallahualaihiwassalam, iaitu Saidina Abu Bakar Assiddiq yang lemah lembut dan penuh berhikmah dan Saidina Umar Al-Khattab yang gedebe, keras dan terlalu tegas.
  Dari pengalaman I sendiri, kalau kita mempunyai personaliti yang gedebe dan keras, walaupun tabiat ini boleh mengumpulkan banyak musuh dan ramai orang tak puas hati dengan kita, kawan pun boleh menjadi lawan, tapi sekurang-kurangnya kita tak simpan perasaan tak puas hati dalam hati. Kalau tak puas hati, sound direct je terus. Hati pun akan rasa lebih puas dan lega. Orang pun akan berfikir dua kali untuk pijak kepala kita, mereka akan lebih berhati2 untuk berbuat sesuatu ke atas kita. Kita pun akan lebih cepat dan pantas untuk menyatakan pendirian dan matlamat kita. Tapi kesannya mungkin teruk la, banyak kali kena fikir....
   Dan dengan berakhlak baik dan lembut dengan orang lain, memang kena banyak bersabar dengan karenah manusia. Orang pun akan mudah2 je pijak kepala kita, tak kira kawan2 ke, strangers ke, kalau tengok kita tak melawan, terus la diorang perangai macam tu dengan kita. Tu yang paling tak boleh tahan tu, orang mudah nak pijak kepala. Tapi not denying la benefits dia memang la banyak, tabiat ini boleh mengumpulkan kawan yang banyak, manusia pun suka dan kasih dengan kita, lagipun itu adalah akhlak utama dalam Islam, bersabar dapat pahala, kemarahan adalah sahabat syaitan, dan ini akhlak Rasulullah Sallalalluhualaihiwasallam dan ulama'2 besar dalam Islam. Tapi kena banyak bersabar la, itu kunci utamanya. Macam ambil masa untuk menyatakan pendirian dan matlamat kita.
  Cuba korang bincangkan pros and cons dua sifat ni dari pelbagai sudut.

[ Last edited by  DanIno at 27-8-2006 08:49 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2006 02:03 AM | Show all posts
Macam perangai aku je...haha...
DanIno, kalau ngkau ni lelaki...munkgin takade masalh sangat dengan perangai macam ni...

Tapi kalau perempuan mcm aku ni...memang habislah asyik kumpul musuh je..
Orang kan selalu kate, perempuan ni kena lemah-lembut, beradab...
Aku tak tahan le...:geram:
Memang le sesetengah tu lemah lembutttt sangat, tapi bile dah belakang orang, mulut lancang betul mengumpat, mengeji, tabur nasi kat periuk orang lain!
Aku pule jenis cakap lepas je... esok luse tengok nama aku jadi top list manusia paling banyak kena mengumpat..
Sabo je le aku...

Sekarang ni keje part-time sambil belajar...banyak jumpe client...
Bile aku tegas, orang kate aku tak berhati perut,
Bile aku lembut, orang kate aku ni miang, nak usha2 client...
Susah tau nak puaskan semua org!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2006 06:33 PM | Show all posts
Kalau korang rasa malas nak baca panjang2, ini ialah versi shortened nya...

    Assalamualaikum, I nak tanya forumer semua, korang rasa banyak tak benefits kalau seseorang itu mempunyai personaliti dan reputasi sebagai seorang yang gedebe/keras/tough/otai terutamanya sebagai lelaki? Boleh tak bagi pros and cons korang. Sebab I rasa I dah letih berakhlak baik dengan semua orang, orang dok pijak kepala kita pulak. Banyak sangat bertolak-ansur dengan orang lain, kita cakap baik-baik pun dia tak nak dengar. Takkan nak cari gaduh pula, terutamanya dengan kawan2 sendiri. Memang letih berhadapan dengan karenah manusia yang pelbagai ni, terutamanya dengan mereka yang kurang ajar, perasan bagus, bongkak, angkuh dan takbur.
  Sebenarnya I masa kanak2 dulu selalu bertumbuk, asal tak puas hati je terus ajak bertumbuk, one by one la. Tak boleh salah sikit je, I sound direct terus. Bengkeng la kiranya, macam Bruce Lee, garang dan gedebe. Apabila dah banyak sangat kalah dan menang dalam bertumbuk ( biasanya menang jadi arang, kalah jadi abu dan tabiat ini membuatkan I mengumpul banyak musuh ) dan meningkat remaja dan hasil didikan yang berteraskan akhlak Islam, I beransur-ansur berubah akhlak, menumpukan perhatian dalam pelajaran dan berusaha untuk menyempurnakan akhlak sebagai seorang Islam dan Mukmin yang terbaik. Tapi the tough streak of mine still persists, so it's macam berlawan la dalam diri I apabila dah dewasa sekarang ni. Kalau marah je, rasa nak menggelegak, tapi still boleh sabar lagi.
        Cuba korang bincangkan pros and cons dua sifat ni dari pelbagai sudut.

[ Last edited by  DanIno at 28-8-2006 06:40 PM ]
Reply

Use magic Report

cherrycherry This user has been deleted
Post time 29-8-2006 01:37 PM | Show all posts
bagi aku,lelaki yg bersifat asyik nak bertumbuk jer ni tak matang. aku nyampah perangai lelaki camni. tahpape.
tapi baik sangat tak best jugak. ko akan sentiasa diambil kesempatan dan dipijak2 kepala lutut.

so, aku lebih suka kalo ko balance. kalau tak suka, ko cakap jer. tapi dengan cara yg berlapik ker..nak terus-terang ok jer tapi ko bagi laa alasan best2 utk diri ko. pastu, ko on jer laa kalo mende2 ko rasa ok jer. so takde hal sangat.

aku suka kalo lelaki yg jenis senang. maksud aku baik, best dan kepala otak boleh masuk. tak poyo sangat n tak de perangai2 mengada nak perhatian sumer. tapi time tak suka, pandai2 tegur. camtulah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 12:42 PM | Show all posts
Aku tak le sampai nak bertumbuk, tapi kalau dah marah tu boleh jadi mcm2 le. Tapi kalau split personality tu ada gak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by ~boolean at 28-8-2006 02:03 AM
Macam perangai aku je...haha...
DanIno, kalau ngkau ni lelaki...munkgin takade masalh sangat dengan perangai macam ni...

Tapi kalau perempuan mcm aku ni...memang habislah asyik kumpul musuh je. ...



wahhhh...kita serupa..:hatdown:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2006 11:05 PM | Show all posts
Gedebe tu boleh...


tapi kena tengok tempat dan situasi.... (cerita tak jelas nih)

Orang yg gedebe pun sebanarnya ramai kawan juga.... sebab kawan datang nak cari tempat berlindung atau share kegedebean...

Tapi aku rasa lebih kita berlemah lembut sahaja... bila orang dah pijak kepala sekali... maka jgn kasi can.. teruskan kegedebean sedara tanpa belas kasihan sebagai mesej kepada orang ramai.. :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 02:35 AM | Show all posts
Originally posted by ~boolean at 28-8-2006 02:03 AM
Macam perangai aku je...haha...
DanIno, kalau ngkau ni lelaki...munkgin takade masalh sangat dengan perangai macam ni...

Tapi kalau perempuan mcm aku ni...memang habislah asyik kumpul musuh je. ...

alhamdulillah aku takde la pulak kumpul musuh. sbb org tgk aku pn cuak semacam je......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2006 06:55 PM | Show all posts
hhhhhmmmmmmmmm.........
Reply

Use magic Report

lady_arviena This user has been deleted
Post time 2-9-2006 02:05 PM | Show all posts
Originally posted by jazim at 30-8-2006 12:42 PM
Aku tak le sampai nak bertumbuk, tapi kalau dah marah tu boleh jadi mcm2 le. Tapi kalau split personality tu ada gak.

tapi ko cakap kat atas tu ko dulu slalu bertumbuk.

aku baca posting ko cam takleh terima jer apa orang cakap.

aku just bagitu ko pros n cons jer.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 04:08 PM | Show all posts
...nak gedebe/keras/tough/otai tu boleh...tapi kena pakai akai gak nak guna tang mana.....mcm tu jugak perasaan marah..bukan boleh main marah membabi-buta.....tapi nak kena pakai akaiii..







Originally posted by DanIno at 27-8-2006 06:31 PM
Assalamualaikum, I nak tanya forumer semua, korang rasa banyak tak benefits kalau seseorang itu mempunyai personaliti dan reputasi sebagai seorang yang gedebe/keras/tough/otai terutamanya sebagai l ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 11:11 PM | Show all posts
Originally posted by DanIno at 27-8-2006 06:31 PM
Assalamualaikum, I nak tanya forumer semua, korang rasa banyak tak benefits kalau seseorang itu mempunyai personaliti dan reputasi sebagai seorang yang gedebe/keras/tough/otai terutamanya sebagai l ...



Assalamualaikum DanIno.  Masalahi ni saya pernah hadapi dan saya dinasihati agar membalas perbuatan mereka yang kurang ajar dan tak beradab tu.  Malangnya peribadi yang agak keras ni tak serasi dengan saya walaupun dulunya saya pun bukan le baik sangat.  Kini saya lebih bersikap lembut tetapi tegas... kita mesti berlembut agar orang tak lari dari kita... namun kita juga perlu tegas agar tidak ditindas atau dipergunakan oleh orang.  Sesungguhnya dalam Islam pun tidak menggalakkan penganutnya merendah diri sehingga dikata lemah...  Bertegas le terutama dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan Agama...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2006 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by lady_arviena at 2-9-2006 02:05 PM

tapi ko cakap kat atas tu ko dulu slalu bertumbuk.

aku baca posting ko cam takleh terima jer apa orang cakap.

aku just bagitu ko pros n cons jer.


I see that ur mistaken? It's not me who posted the above statement...Please read the whole page thoroughly b4 posting, thanks......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2006 10:16 PM | Show all posts
Ok, I want to give a situation here. It goes like this, ada seorang best friend kepada best friend saya ni, dan dia bukanlah best friend saya. Kita namakan dia A. Saya pun bukannya ngam sangat dengan dia ni. But he's always tagging along with my best friend ( we call him B ) whenever I go out with him. Pegi minum2 ke, lepak ke, apa ke. Masalahnya cara percakapan dia ni nampak sangat macam dia dengki kat saya, yer la, mungkin saya ada sedikit kelebihan sebagai seorang lelaki yang tiada padanya, tapi takkan tu pun nak main hasad dengki? Sesama geng plak tu ( walaupun dia bukan benar2 geng saya ). Kita dah dewasa, pandai2 la fikir, bukannya budak2 lagi. Be mature, tapi entahlah, dia nampak sangat kebudak-budakannya.
  Saya dah warning kat B, kalau A masih lagi nampak macam nak mencabar kesabaran saya, saya akan ajak bertumbuk ke, apa ke. Memang dah menggelegak gila ni. Tak tahu la macam mana B bagitau kat A, tapi I baru jer bagi warning kat B tu, so wait and see la. Senang cakap A tu setiap masa cuba untuk mencari kelemahan saya, contohnya kalau dari segi driving saya ada melakukan kesilapan ( ketika travel sekereta bersama2nya ) dia akan condemn habis2an dan sentiasa mengungkit2 kesilapan tersebut. Kalau nampak jer I buat sikit je kesalahan, dia akan attack. Condemn itu la, condemn ini la, padahal kalau nak diikutkan, si A ni bukannya berpelajaran tinggi pun, sekolah setakat SPM je, patut rasa syukur la kitorang yg agak educated ni nak geng dengan dia. Yer la, I pun tak pernah anggap dia sebagai kawan yang sejati, cuma sebab dia seorang kawan baik kepada teman I yang paling rapat, I buat tak kisah semua tu. I pulak jenis yg tak memilih kawan, tapi kalau dah over macam ni memang terbakar la.
  What will u guys do if u guys r in my position?

[ Last edited by  DanIno at 11-9-2006 10:19 PM ]
Reply

Use magic Report

myfriendbiz This user has been deleted
Post time 14-9-2006 09:18 PM | Show all posts
sikit sikit bertumbuk.. sikit sikit bertumbuk......nih perangai budak budak jer nih.....

Setahu aku.... orang yang jenis panas nih.... memang kurang air smayang... Dia smayang.. tapi smayang ikut mood.. nak smayang.. smayang... Ini realiti... Orang jarang kene air smayang nih mudah panas... takleh orang kaco skit... mulalah angin kus kus dia mengamuk...

Sebab tulah.... orang kata.... Kalau tgh nak marah tu... jangan berdiri... tapi duduk.... pastu pi amik ayaq smayang...insya allah.. apa kemarahan tuh akan reda...

takder pekdah pun kalau mudah hot... orang jadi benci kat kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2006 09:21 PM | Show all posts
Bagi la pendapat yg membina sikit.....Cepatlah, I'm waiting.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2006 04:51 PM | Show all posts
x larat nak baca... pedih mata.. panjang2 gitu xde perenggan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 07:52 PM | Show all posts

Reply #1 DanIno's post

malas nak komen panjang2 .. cuma nak tau laaa ...
betul ke .. kalau orang tu nampak tough ... gedebe ... dia sebenarnya nasik di dalam? [lembek]
ade pulak pendapat yg nampak tough tu selalu gay boy je .... ade sape nak komen?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 08:07 PM | Show all posts
org yg perangai gedebe...taiko semua tu buat ogr nyampah jer...zaman2 sekolah  dulu kalo org cam ni memang org lain akan cabar mencabar..pantang salah sikit....

termasukla wa , wa kalo sesama kawan2 memang la buat baik , pasal wa tau prengai cam ni org tak suka, pasal wa pun tak suka org perangai cam nie....

jadi kalo ada org dari grup lain perangai cam ni, dan org tu akan sentiasa dicabar, cth

masa wa sekolah dulu ada seorang budk yg tunjuk taiko, pakai rantai, pastu ckp asyik nak carut jer.....
jadi ramai org nyampah termasuk la wa, jadi satu hari dia dia ada buat salah dgn wa, jadi bertumbuk la dua-dua....dan kena rotan lah dua-dua dgn cikgu disiplin.....wakakakakak itu zaman dulu

hari tu wa jupe jugak mamat ni ( cina ) bila jumpa okay la wa tgk dia pun dah okay, soft spoken, pakai kemas, dan wa plak yg segan pasal wa masa tu rambut panjang, rugged , he..he...tapi dia tu okay, kira kiatorang sembang2 jugak la time tu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2006 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by hainina at 20-9-2006 04:51 PM
x larat nak baca... pedih mata.. panjang2 gitu xde perenggan....


I dah tulis versi shortened. Please refer to the third post, thank you.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.523866 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list