CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4664|Reply: 22

NILAI IMAN - EARTH SCALE

 Close [Copy link]
Post time 10-8-2006 04:26 PM | Show all posts |Read mode
Dunia sementara, akhirat kekal..usahalah sungguh-sungguh untuk kehidupan akhirat mu.













Tuan-puan yang mulia, adakah kita sedar atau tidak sedar, bahawa dalam diri kita ada satu perkara yang sangat berharga, lebih berharga dari emas dan perak, intan, berlian, lebih berharga dari langit dan bumi?

Yaa, perkara itu ialah IMAN, beriman kepada Allah, Rasul, Malauikat, Kitab-kitab, Hari kemudian serta Qadha dan Qadha.
Iman ada 77 cabang, cabang yang paling besar sekali ialah Laailahaillallah, maksudnya yakin dengan jazam bahawa Allah adalah tuhan yang satu, dialah yang menjadikan kita, dialah pemelihara kita, dialah yang memberi rezeki kepada kita, setiap sesuatu yang terjadi semuanya dalam pengetahuannya, 50,000,000,000 juta tahun dahulu Allah sudah mengetahui bahawa apa yang anda perbuat pada pagi tadi, tengahari, dan malam nanti, dan pengetahuan Allah itu adalah azali yakni tidak dapat disukat dengan masa, kerana masa adalah makhluk yang baharu.

Apabila kita sudah benar-benar beriman kepada Allah, maka kita digelar orang-orang yang beriman seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan , mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezki  yang mulia.(Al-anfaal:74)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya  kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang  dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.(Al-Hujuraat:49)

BERAPAKAH NILAI IMAN?

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,(Ali-Imran:133)

Jika seseorang yang mati dalam keadaan beriman kepada Allah, yang imannya hanyalah sebesar zarah dalam hatinya, maka balasannya adalah surga yang luasnya tujuh lapis langit dan 7 lapis bumi, yang mana ia diibaratkan seperti 14 keping kain yang dicantumkan, maka itulah lebarnya surga itu untuk iman yang sebesar zarah. Bayangkan kalau iman sebesar sebiji epal, betapa punya besar surganya.

Oleh itu sesuatu yang berharga maka ada pencurinya, pencuri atau perosak iman adalah syaitan. Syaitan tidak mahu curi kereta, duit kita,  meskipun dia boleh buat sebab kita tak nampak mereka, tetapi mereka nampak kita. Dimana kunci disimpan mereka boleh lihat dan curi, tetapi mereka tidak mahu, mereka  cuma mahu curi iman manusia sahaja, supaya manusia terjun masuk neraka, dan tidak mencuim bau surga yang nilainya tiada taranya.

Syaitan menjanjikan  kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan ; sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia . Dan Allah Maha Luas  lagi Maha Mengatahui.(Al-Baqarah:268)

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah , kami adakan baginya syaitan  maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.(Az-Zukhruf:36)


Kedudukan semua planet-planet dan bintang-bintang semuanya berada dibawah lingkungan langit pertama. Bertapa besarnya langit pertama. Besar lagi langit yang kedua dan seterusnya hingga ketujuh.

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.(Fushshilat:12)

Oleh itu peliharalah iman masing-masing, kalau nak mati, matilah dalam beriman. Kalau nak iman yang yang besar maka berjuanglah dijalan Allah untuk mempertahankan, menegakan dan memperjuangkan Kalimah Allah dimuka bumi. (Dakwah cara nabi)

Allah menganugerahkan al hikmah  kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran .(Al-Baqarah:269)

Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada ALlah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan . Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.(Al-Anfaal:29)

mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya .(Al-Mukminuun:61)

Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, karena itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus".(Ali-Imran:51)

...Wassalam..

[ Last edited by  kuman at 29-8-2006 07:10 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2006 03:27 AM | Show all posts
Iman brmaksud kita percaya kpd sesuatu itu
Contohnya bila kita prcaya pd allah n nabi muhammad , maka kita akan mengamalkan apa yg quran n hadith anjurkan

Caranya ialah dgn mnterjemahkannya dalam prbuatan seharian kita i mean physically , bkn hnya bangga dgn islam way of life , tp amalan seharian jelas brcanggah dgn apa yg islam ajar sedangkan SOLAT ITU MENCEGAH KEMUNGKARAN
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 03:34 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 11-8-2006 03:27 AM
Iman brmaksud kita percaya kpd sesuatu itu
Contohnya bila kita prcaya pd allah n nabi muhammad , maka kita akan mengamalkan apa yg quran n hadith anjurkan

Caranya ialah dgn mnterjemahkannya dal ...

Tanpa iman.. solat tak dapat mencegah kemungkaran..betol ke ni sdr bateesta..?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 12:00 PM | Show all posts
setiap insan yg mengucapkan syahadah...sudah ada iman dlm hati....cuma sebanyak mana...Allah saja yg mengetahui......tanda2 iman lemah.....malas nak buat kebajikan....solat dah luput waktu....dsb....oleh itu setiap insan mesti berusaha utk memantapkan iman masing2....org lain tak boleh nak bantu.....bantulah diri sendiri selagi hayat dibadan...sebelum dijemput kehadrat Illahi....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 01:36 PM | Show all posts
dari apa yg queen lihat kat sini.., queen secara tak langsung nak rumuskan semmmgnya smua ni sdikit sbyk memerlukan ILMU kita.. sebrapa byk ILMU yang kita dpt maka makin byk perkara atau kejadian yang kita boleh lihat&faham dalam muka bumi dan kehidupan kita...
so, lahirlah rasa bersyukur dgn nikmatNya.. dan juga rasa kagum dgn kehebatanNya.. Subhanallah...

[ Last edited by  QuEen_k0iL at 11-8-2006 01:39 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 04:28 PM | Show all posts
BAGAIMAN UNTUK MENYUBURKAN IMAN?

Allah swt telah berikan jaminan kepada manusia bahawa semua rezeki manusia dalam tanggungannya, yakni dijamin. Dari itu semua manusia yang hidup pasti dapat rezekinya sendiri. Apabila seseorang sudah nak maut, maka tidak ada lagi seulas nasi untuknya lagi. Nabi SAW tidak bimbang atas urusan rezeki, sebelum baginda tidur malam, baginda tidak suka ada makanan yang disimpan untuk esok, semuanya mesti dihabiskan dengan bersedekah, esok-esok punya hal, tawakkal baginda 100% Allah bagi rezeki.

Begitu jugalah kita, rezeki yang kita dapat semuanya dari Allah, jika seseorang itu Allah nak bagi rezeki dia mewah, maka diilhamkan kepada ayah bayi itu dengan cita-cita untuk memberinya pelajaran yang tinggi sehingga dia dapat jadi CEO satu hari nanti, apabila dia membesar maka dia diberi pendidikan pelajaran secukupnya, akhirnya dia menjadi seorang yang terpelajar dan menjawat jawatan tinggi dalam syarikat sapu bersih sdn. bhd. gajinaya 50,000.00 sebulan. Jadi semua rezekinya adalah dari Allah swt, pelajaran yang ada pada dirinya hanyalah sebab sahaja, jika Allah mahu beri rezeki, tanpa pelajaran pun dia akan dapat gaji 50,000.00 sebulan. Allah maha berkuasa.

Bagaimanapun Iman adalah sesuatu yang tidak dijamin, tidak semua orang boleh dapat iman, dan tidak semua orang islam yang memiliki iman yang tulin, iman ini ada masa boleh naik dan ada masa boleh turun, diakhir zaman seperti sekarang iman bagi sesetengah orang ada masa keluar dan ada masa masuk. Nauzubillah. Kadang-kadang dengan sebab masalah papa seseorang itu boleh terkeluar dari islam contohnya apabila disogok dengan duit oleh pendakyah kristian maka org tersebut boleh jadi tukar agama. Nauzubillah

Iman malaikat dalam keadaan mendatar(stabil), iman nabi sentiasa naik menegak keatas, iman sahabat sentiasa terus naik.

Dimasa orang islam dalam keadaan nazak(hampir mati), datang lagi dugaan iman, dimana orang tersebut akan didatangi oleh syaitan berombongan-berombongan, ada yang menyerupai ayah atau ibunya yang telah mati, dia datang dan memberitahu bahawa "agama selain islam itulah yang betul nak", mak dah pergi sekarang mak dalam neraka sebab mak dulu islam", so kau masulah agama lain, senang saja kalau kau nak masuk agama lain, yakin sahaja dalam hati bahawa tuhan itu ada dua(contoh), inilah dugaan iman, jika iman lemah maka dia akan mati kufur dan kekal selamanya dalam neraka, jika dia mempunyai iman yang teguh maka semuanya itu tidak dapat mempengaruhinya. Syaitan tidak akan berputus asa, dia cuba lagi dengan membawa air, pada masa sakaratul maut semua orang akan dahaga, syaitan akan mengumpan dengan air tersebut supaya si nazak menjadi kufur dengan tipu helahnya.

Bagaimanapun bagi orang-orang yang berbakti kepada Allah maka Allah akan membantunya, yang mana janji Allah bahawa barang siapa yang membantu agamanya maka dia akan membantunya pula(pendakwah yaitu nabi dan sahabat-sahabat dan orang yang ikut jejak mereka.), sesiapa yang ingat kepada Allah waktu senang, Allah akan ingat kepadanya waktu dia susah. Diwaktu nazaknya maka datanglah malaikat mengahalau sekalian syaitan-syaitan, kemudian dia diajar untuk mengucap kalimah Laailahaillallah. Seterusnya dia dijemput kembali oleh Allah.

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.(Al-Fajr:27-30)


Untuk menyuburkan iman, maka kita bolehlah umpamakan kita menanam satu biji benih dalam beg plastic, tanah mestilah gambut, ada sedikit baja, mula-mula kita perlu siram supaya biji benih basah, kemudian tumbuh tunas, semasa ini siput babi sangat suka makan tunas benih, anda perlu awasi, semasa tunas naik maka ia amat sensitif, jika terpikak oleh kaki kucing pun dia boleh patah, kemudian apabila besar sedikit dia perlukan cahaya matahari, tetapi tak boleh terdedah terlalu lama, nanti hangus, kemudian kita perlu bagi tanah nya sentiasa gembur, siram tiap-tiap hari, cabut rumpai-rumpai sekelilingnya, jika kita biarkan dia tumbuh dalam semak maka dia akan jadi bantut, kerana pucuknya ada masalah nak naik dan dibelit oleh pokok kekacang. Bila besar lagi maka boleh jadi musuhnya lembu atau kerbau, sekali ragut sahaja boleh bersih daun-daunnya, pucuk yang lembut itulah yang paling disukai lembu dan kambing. Awas, setelah melepasi beberapa tempoh sukar maka menjadilah ia sebatang pokok yang mempunyai teras, waktu ini anda tak perlu jaga lagi kerana dia sudah kuat, cuma awasi dari pencuri yang boleh menokek batang atau mengupas kulit atau mematahkan dahan-dahannya. Diwaktu ini anda akan senang hati kerana batangnya sahaja 6 pemeluk, kukuh, pucuknya jauh keatas, akarnya jauh kedalam tanah mencari makanan, tiap-tiap tahun berbuah.

Begitu jugalah iman, mula-mula nak tanam banyak musuh, tapak perlu baik, ada sumber ilmu, apa pemimpin, memang lemah dan perlu kepada bantuan jamaah untuk kawal, perlu kepada suasana yang sesuai, pendek kata bila sudah kukuh insyaallah... selamat.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?(Al-Ankabuut:2)

Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya ni'mat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi ni'mat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.(Az-Zumar:49)
Reply

Use magic Report

Follow Us
sauber This user has been deleted
Post time 11-8-2006 04:52 PM | Show all posts
Mungkin ayat-ayat dari surah Alhujuraat dapat membantu pemahaman kita tentang iman,

Terjemahan

[14] Orang-orang "A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[15] Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

http://quran.al-islam.com/Targam ... p;nAya=14&t=mal
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 07:34 PM | Show all posts
Semoga Allah mematikan aku dalam keadaan orang yang beriman kelak..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2006 02:30 AM | Show all posts
Originally posted by kuba4 at 11-8-2006 03:34 AM

Tanpa iman.. solat tak dapat mencegah kemungkaran..betol ke ni sdr bateesta..?

Bg aku , org yg solat tu msti briman psl dia percaya

Yg dia buat kemungkaran psl dia x terjemahkan apa yg dia percaya atau psl dia hanya mengikut apa yg org2 yg trdahulu dia percaya tnpa mngkajinya terlebih dahlu, wallahu alam
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 12-8-2006 02:30 AM

Bg aku , org yg solat tu msti briman psl dia percaya

Yg dia buat kemungkaran psl dia x terjemahkan apa yg dia percaya atau psl dia hanya mengikut apa yg org2 yg trdahulu dia percaya tnpa mngka ...

jadi mereka2 yg tak beriman tu solat dapat apa?apa yg diorang sembah?atau sekadar dinding saje yg disembah..?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 12:39 PM | Show all posts
Thread yg bagus utk dibincangkan..
rata2 para cerdik pandai kat sini lebih bernafsu utk berdebat pegangan siapa yg paling betol,pegangan siapa yg lebih islam..baik sunnah,syiah,wahabbi,gah dan lain2 lagi sedangkan mereka lupa bahawasanya islam tanpa iman tak berguna satu sen pon..mereka lupa barangkali bahawasanya iman ini lah bekal kita bagi kehidupan di akhirat kelak..mungkin bagi mereka aku islam maka tempat aku di akhirat besok adalah syurga..



teruskan sdr kuman...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by kuba4 at 14-8-2006 12:26 PM

jadi mereka2 yg tak beriman tu solat dapat apa?apa yg diorang sembah?atau sekadar dinding saje yg disembah..?

Laaaaaaaaaaaaa:geram:
Kan aku dah ckp , sepatutnya , org yg solat msti beriman
Iman makksudnya percaya..faham x ?

Kalau kau x caya pd allah n nabi muhammad maksudnya kau x beriman psl x prcaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 03:56 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 14-8-2006 02:11 PM

Laaaaaaaaaaaaa:geram:
Kan aku dah ckp , sepatutnya , org yg solat msti beriman
Iman makksudnya percaya..faham x ?

Kalau kau x caya pd allah n nabi muhammad maksudnya kau x beriman psl x prcaya

yg solat tapi masih melakukan  perkara mungkar tu plak camner..?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 05:10 PM | Show all posts
solat tak sempurna selagi ada melakukan kemungkaran

sentiasalah menghisab diri, memperbaiki diri, lakukan dgn ikhlas, redha dan tawakal kpd Allah

belajar, menuntut ilmu  dunia & akhirat sampai ke liang lahad

ilmu utk pertahanan diri, iman

-------------------------------------------------

ada satu citer
seorang abid selalu solat di masjid, dan dlm perjalanan tu, adalah org2 kampung bising pasal pokok tu yg menghalang jalan org ramai, jadi, abid tu buat keputusan sendiri nak kapak & tumbangkan pokok tu

jadi, adalah sorang org tua ntah mana muncul, dtg cakap kat si abid ni,
kata janganlah potong pokok tu, si abid tu nekad tak boleh tidak ndak jugak tumbangkan pokok tu
sampai berlawan gusti dgn org tua tu, dan sampai orang tua tu hampir kalah lawan gusti

jadi, org tua tu nak buat deal dgn si abid ni,
dia kata, 'tiap2 pagi, bawah bantal kau tu ada duit syiling emas, aku bagi kat kau, tapi dgn syarat kau jgn kapakkan pokok tu'
si abid tu setuju, hari pertama-dapat duit emas spt dijanjikan oleh org tua tu, sama juga hari ke 2
tapi, hari ke 3 , abid tu mengamuk
sebab--tak der duit syiling kat bawah bantal dia

si abid tu nekad, nak tumbangkan pokok tu, tak boleh tidak
jadi org tua tu dtg, tanya kenapa nak tumbangkan pokok tu?
abid tu ngamuk nak juga tumbangkan pokok tu

jadi, terjadilah episod gusti-bergusti antara si abid tu dgn org tua tu
abid tu kalah
abid tu minta jgn dibunuh, dan heran, tanya  org tua
kenapa dulu dia kuat & dpt kalahkan org tua tu?

jadi org tua tu ngaku dia tu setan,
setan tu cakap, masa tu,  iman abid tu kuat sebab niat dia kerana Allah
itu sebab setan tu hampir kalah

tapi sekarang, abid tu lemah sebab dia nak tumbangkan pokok tu bukan sebab Allah
sebab, setan tu tak bagi dia duit lagi,
kerana duit itulah si abid tu lemah iman

itulah citer si abid
tak silap saya, abid ni, org yg patuh  mengerjakan ibadat, tapi dia bukan wali

------------------------------------------------------
ni lagi ada satu citer
tak silap saya dari  citer syed kadir al jalani

dia berjalan pergi ke satu tempat, dlm perjalanan tu ada org tua tu cakap,
aku halalkan apa yg haram bagi kamu,
syed tu tak pedulikan org tu
jadi org tu heran, kenapa kau tak pedulikan kata2 aku?
syed tu kata

Aku tau kau tu Setan!
Allah Ta'ala berfirman, yang haram tetap haram, yang halal tetap halal, dah termaktub
mana ada haram jadi halal, halal jadi haram or ada grey area

-------------------------------------------------------------

itulah, kuatkan iman dgn ilmu, gunakan akal
beza kita dgn binatang ialah akal
kalau tak guna akal
samalah dgn binatang tu ada nafsu sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:04 PM | Show all posts
Originally posted by kuba4 at 14-8-2006 03:56 PM

yg solat tapi masih melakukan  perkara mungkar tu plak camner..?

Tu la kau , aku dah tulis , tp kau x nak baca, sedangkan ayat pertama quran ialah ikraq iaitu bacalah:nerd:

Org yg solat tp masih buat bnda mungkar psl dorang x faham sbnarnya kegunaan solat tu  , tp dorang prcaya solat tu wajib n suruhan agama islam , so dorang berimanlah

Kat luar solat tu , dorang dah x menhayati ajaran quran psl dorang igt dorang dah prcya , so its ok atau dorang solat tu pun psl ikut2 , byk kemungkinan n condition tu kalau nak applied


Org yg x buat solat dorang x prcaya tp mungkin dorang faham n x faham, maksudnya dorang x prcaya , tp di luar dorang mengamalkan ajaran islam yg dianjurkan quran

So aku pun x tau nak ckp sape yg betul , psl aku bkn tuhan , hanya manusia lemah , sama mcm manusia2 lain kat mukabumi allah ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by dory_ann at 14-8-2006 05:10 PM
solat tak sempurna selagi ada melakukan kemungkaran

sentiasalah menghisab diri, memperbaiki diri, lakukan dgn ikhlas, redha dan tawakal kpd Allah

belajar, menuntut ilmu  dunia & akhirat sampai ke liang lahad

ilmu utk pertahanan diri, iman


Solat sempurna x smpurna bkn keje kita nak judge , takut kita rasa ujub nanti tunding jari ckp solat kita je betul , last solat kita yg x diterima allah akhirnya , who knows , byk kita x tau psl khidupan ni sbnarnya

Pesanan ni aku ckp global je , x tuju pd sesape ya :lebai:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 09:41 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 14-8-2006 09:04 PM

Tu la kau , aku dah tulis , tp kau x nak baca, sedangkan ayat pertama quran ialah ikraq iaitu bacalah:nerd:

Org yg solat tp masih buat bnda mungkar psl dorang x faham sbnarnya kegunaan solat t ...

org yg tak solat atau lebih tepat org yg meninggalkan suruhan agama mmg sah tidak beriman..
tapi bagaimana org yg mengikut suruhan agama tapi tidak beriman..itu maksud saya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by kuba4 at 14-8-2006 09:41 PM

org yg tak solat atau lebih tepat org yg meninggalkan suruhan agama mmg sah tidak beriman..
tapi bagaimana org yg mengikut suruhan agama tapi tidak beriman..itu maksud saya..

Percaya dan taat ialah 2 bnda brbeza
Tu yg aku buat analogi org solat n x solat
Ada org prcaya tp dia x  taat
Ada org x prcaya tp dia taat

Yg bagusnya ialah org yg percaya dan taat

Sbb org yg percaya tp tak taat ini ialah sebab x fahamlah apa yg dianjurkan dlm quran n sunnah nabi tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 14-8-2006 09:06 PM


Solat sempurna x smpurna bkn keje kita nak judge , takut kita rasa ujub nanti tunding jari ckp solat kita je betul , last solat kita yg x diterima allah akhirnya , who knows , byk kita x tau ps ...

yess...bukan keje kita..yg ni aku setuju..tapi digariskan olehNYA bagaimana nak menyempurnakan segala suruhannya..
disinillah pentingnya ilmu..
oh ya..kalu waktu solat asyik teringat kat girlpren,kat keta,kat lembu dipadang.etc..adakah ini dikatakan kesempurnaan dalam solat..kalu ini yg terjadi..adakah lembu atau girlpren atau keta atau ALLAHswt yg kita sembah..?
solat org yg beriman tidak cam ni bro..!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 12:33 AM | Show all posts
Nak dapatkan khusyuk yang sebenar2nya dan juga merasai akan nikmatnya/manisnya dalam solat ni serupa apa kuba4 katalah.....pentingnya ilmu

Segala-galanya kena bersih, panjang cerita
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.069791 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list