CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3623|Reply: 14

Lapisan ozon

[Copy link]
Post time 1-8-2006 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Wikipedia

Lapisan ozon
Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Bagaimanapun sekiranya ozon terhasil di permukaan bumi seperti melalui asap kenderaan, ozon boleh membahayakan kesihatan. Sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu ramai orang merasa bimbang apabila terdapat laporan wujudnya lubang pada lapisan ozon di kutub utara dan kutub selatan.

[Sunting]
Kegunaan lapisan ozon
Ozon didapati dengan banyaknya pada aras stratosfera, dalam kawasan yang juga dikenali sebagai lapisan ozon. Di sini ozon menapis cahaya lampau ungu dari sinaran matahari yang merbahaya kepada kehidupan di bumi. Cara standard mengukur jumlah ozon di atmosfera ialah dengan menggunakan unit Dobson. Ozon digunakan dalam perkilangan diukur dengan ppm (parts per million - bahagian per sejuta) (sebagai contoh dedahan OSHA), dan peratus berat.

[Sunting]
'Lubang' Ozon
Lubang ozon di Antartika disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud tertentu seluruh Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap tahun sejak sedekad yang lalu. Pembentukan 'lubang' tersebut berlaku setiap bulan September dan pulih ke keadaan normal pada lewat musim bunga atau awal musim panas.

Dalam bulan Oktober 1987, 1989, 1990 dan 1991, lubang ozon yang dalam telah diperhati bagi seluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan paras lubang pra-ozon. Dalam Oktober 1991, paras terendah atmosfera ozon yang pernah direkodkan telah berlaku di seluruh Antartika.

Terdapat dua sebab utama bagi 'lubang' ? peningkatan CFC dikesan di atmosfera, dan keunikan persekitaran kajicuaca pada musim sejuk seluruh Antartika.

Antara altitud tertentu di Antartika, suhu stratosfera yang sejuk membenarkan kristal ais terbentuk. Dalam awan tersebut, molekul klorin dibebaskan dari CFC semasa kegelapan kutub sejuk. Molekul klorin ini bertindak balas dengan O3 (Ozon) dengan itu menguraikan Ozon dan menipiskan lapisan Ozon. Apabila sinaran matahari bermula pada bulan September di seluruh Antartika, bilangan molekul-molekul klorin ini akan berkurangan akibat tindakan ultra-lembayung (uv) kerana pembentukan atom klorin pemusnah-ozon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2006 04:51 PM | Show all posts
Kitaran ozon
Jumlah ozon dalam atmosfera berubah mengikut lokasi geografi dan musim. Ozon disukat dalam unit Dobson (Du) yang mana, sebagai contoh, 300 Du setara dengan 3 mm tebal lapisan ozon yang tulen jika dimampat ke tekanan paras laut.

Sebahagian besar ozon stratosfera dihasilkan di kawasan tropika dan diangkut ke latitud yang tinggi dengan skala-besar putaran atmosfera semasa musim sejuk hingga musim bunga. Umumnya kawasan tropika memiliki ozon yang rendah.

Molekul ozon juga tidak stabil dan apabila terkena sinaran lampau ungu, ozon akan terurai kepada molekul O2 dan satu atom oksigen, proses berkekalan yang dikenali sebagai kitaran ozon-oksigen. Kitaran ini mampu dihentikan oleh atam klorin, florine, atau bromin dalam atmosfera; bahan ini di dapati dalam sebatian stabil terutamanya kloroflorokarbon yang mampu sampai ke stratosfera dan terurai oleh sinaran lampau ungu. Kitaran NOx bagi pembentukan ozon juga boleh diganggu oleh air di paras atmospherik, menukar NOx kepada bentuk yang lebih stabil.

[Sunting]
Kerosakan lapisan ozon
Kerosakan lapisan ozon dipercayai disebabkan gas buatan manusia, iaitu hidrokarbon di halogenate yang sangat stabil dan boleh sampai pada lapisan ozon. Hidrokarbon di halogenate akan menguraikan molekul ozon dan menghasilkan klorin.

Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan kloroflorokarbon (CFC) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan beransur-ansur dalam paras ozon global. CFC digunakan oleh masyarakat moden dengan pelbagai cara, sama ada dalam peti sejuk, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik.

Hayat bagi CFC bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan. Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 ? 50 km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 ? 25 km, kurang uv diserap oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan sinaran uv, dan membebaskan atom klorin. Atom klorin ini juga berupaya untuk memusnahkan ozon dan menghasilkan lubang ozon.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 10:29 PM | Show all posts
emmm... nak komen apa nie ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 04:16 PM | Show all posts
camne yek rupa ozon tu....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 09:45 PM | Show all posts
Originally posted by iTUISi at 2-8-2006 04:16 PM
camne yek rupa ozon tu....


rupa ozon ke lapisan ozon ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 10:43 PM | Show all posts
Originally posted by iTUISi at 2-8-2006 04:16 PM
camne yek rupa ozon tu....


rupa sbonar ozon tu adalah spt. bila miker ambil tiga zarah?? oksigen dan miker cantumkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2006 12:31 PM | Show all posts
Setiap yang Allah jadi pasti ada gunanya, begitu juga ozon... namun akibat kerakusan manusia, lapisan ozon semakin menipis dan telah pun berlubang.   Ini akhirnya akan membawa bencana kepada manusia... benar lah, sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari manusia itu sendiri.... kita sebagai khalifah gagal mentadbir dan memakmurkan bumi ini...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 12:13 PM | Show all posts

Reply #7 ct_og's post

setuju... tapi bknke sket masa dahulu ade saintis mengatakan yang lubang lapisan ozon tu dah kembali bertaut. Camne bleh bertaut kembali?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2006 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by Nakabu at 6-8-2006 12:13 PM
setuju... tapi bknke sket masa dahulu ade saintis mengatakan yang lubang lapisan ozon tu dah kembali bertaut. Camne bleh bertaut kembali?


uraikan ozon dan letak di kawasan lubang tadi.... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by rudz at 6-8-2006 10:41 PM


uraikan ozon dan letak di kawasan lubang tadi.... hehehehe


Macam mana nak uraikan ozon dan tampal kat lubang tu?  Kalau dah boleh tampal maka masih ada ke lagi masalah ozon kini?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 11:12 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 7-8-2006 10:07 PM


Macam mana nak uraikan ozon dan tampal kat lubang tu?  Kalau dah boleh tampal maka masih ada ke lagi masalah ozon kini?


Seperti dinyatakan di artikel di atas;

Ozon digunakan dalam perkilangan && sebahagian besar ozon stratosfera dihasilkan di kawasan tropika dan diangkut ke latitud yang tinggi dengan skala-besar putaran atmosfera semasa musim sejuk hingga musim bunga

Bolehkan...kan...kan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 03:05 AM | Show all posts
patut la makin panas cuaca
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 12:05 AM | Show all posts
yg ku taw lapisan atm0sfera.
huhuh
same kew ngan lapisan ozon ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by gelupur at 9-8-2006 03:05 AM
patut la makin panas cuaca


Rasanya ozon tak ada kaitan dengan pemanasan global....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2007 01:42 PM | Show all posts
Lapisan ozon makin nipis.betul ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.068900 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list