CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: fleurzsa

Budaya Membaca

[Copy link]
Post time 26-9-2007 09:07 AM | Show all posts
Membaca, ni ler hobi favourite saya. Tiap-tiap hari saya mesti nak baca sesuatu sampaikan kertas suratkhabar yang menjadi pembungkus pada nasi lemak tu pun saya baca. Sekarang ni bila nak ke pejabata waktu pagi pun membaca juga, papan tanda dan ITIS. (seiapa yang dok kat kl tu tahulah...)

Tempat yang paling tak dapat dielakkan adalah kedai buku, belinya tidak tapi habis semua buku kalau tak dibelek2 mesti nak di baca secara 'gratis' . Hadia buku, hmm saya nalk kata saya ni pandai memang angkat bakul sendiri, tapi dari darjah 1 lagi saya pernah menang hadiah buku sains (sekarang ni tak tau kat mana) sempai tingkatan 5.  Walaupun begitu semasa tingkatan 1 hingga tingkatan 3 saya tak pernah dapat apa2 pun sebab mungkin 'transition' period kot???

Masa kat UTM semua buku kena beli sendiri...

Hmm, buku yang saya suka baca, saya akan membaca apa yang saya nampak didepan mata saya walaupun ianya adalah majalah pornografi. Masa kat UK pernah tengok bible dalam laci bilik hotel yang dicetak oleh Gidgeon Books. Jadi saya pun membaca bible tu sebab sengaja nak tahu sahaja. Tapi saya pun dah lupa isi kandungannya  sebab tak ambil berat sangat.  

Sesuatu yang saya dapati di UK budaya membaca masyarakat di sana amat berbeza dengan penduduk di sini. Kalau ke perpustakaan dan kedai buku sampai susah nak cari tempat duduk untuk membaca & no wonder ramai yang kena berdiri. Buku-buku di sana majoriti berkulit keras & tebal  serta mempunyai cetakan berkualiti tinggi tak macam di sini kebanyakkannya berkulit nipis dan jenis 'paper back' (kualiti suratkhabar).

Hmmm, satu lagi pasal membaca adalah meminjam buku di perpustakaan universiti. Selalunya susah betul nak dapat pinjam buku favourite & kita hanya boleh dapat bila nak penghujung semester aja, kenapa ek?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2007 09:14 AM | Show all posts
Teknologi bunuh budaya membaca?
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my


BUKAN sesuatu yang luar biasa apabila minat membaca di kalangan generasi muda semakin merudum.




Ada yang berkata kebanjiran teknologi moden seperti Internet, video dan televisyen menyebabkan remaja di seluruh dunia malas membaca.

Peperangan di antara keperluan akademik dan kemasyarakatan menyebabkan wujud kecelaruan sehingga masyarakat seluruh dunia terutama generasi muda enggan menjadikan amalan membaca cara hidup.

Pakar pendidikan juga buntu mencari penyelesaian untuk merangsang masyarakat supaya minat membaca tetapi hasilnya masih mengecewakan.

National Education Association (NEA) yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai kajian terhadap kepentingan pendidikan di seluruh dunia, berpendapat 'peperangan' atau kecelaruan itu wajar dihentikan segera bagi memberi peluang masyarakat membina semula sistem budaya mereka.

Menurutnya, jika semua pihak sentiasa berbalah, hasrat mencetuskan minat membaca akan gagal.

"Pelik apabila perbalahan itu terjadi kerana sesuatu punca yang baik. Sepatutnya ia mendapat sokongan bukannya semakin menambahkan konflik.

"Jurang yang pada mulanya kecil menjadi besar kerana masing- masing cuba menegakkan pendapat sedangkan membaca satu keperluan bukan paksaan.

"Perbalahan itu wajar dihentikan kerana ia akan 'membunuh' minat yang sudah atau baru tumbuh," katanya.

Kajian NEA mendapati hanya 17,000 kalangan dewasa berusia 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat benar-benar minat membaca sepanjang tempoh 20 tahun sejak 1982.

Itupun terhad kepada bahan seperti novel, cerita pendek dan sajak. Bahan ilmiah berbentuk serius dan berat kurang mendapat perhatian dan jatuh 28 peratus dalam tempoh itu.

Kajian itu turut mendedahkan hanya 57 peratus penduduk di negara maju minat membaca.

Baki yang tidak berminat terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan terpinggir, berpendapatan rendah dan sudah berusia.

Kajian itu turut mendapati setiap tahun, kejatuhan sebanyak empat peratus di kalangan pembaca di negara maju dan senario itu semakin membimbangkan berikutan tiada peningkatan peratusan bagi pembaca baru.

Pengerusi NEA, Dana Gioia, berkata sesiapa yang sukakan sastera atau menimbangkan nilai budaya dan intelektual pasti bimbang dengan situasi ini kerana bahan bacaan bercetak sudah tidak mendapat tempat di hati masyarakat.

Menurutnya, kebanyakannya beralih kepada hobi menonton televisyen, Internet dan pelbagai permainan video berbanding membaca bahan bacaan bermutu walaupun untuk tempoh yang singkat.

"Ini natijahnya apabila teknologi mula menguasai dunia.

Namun, menyalahkan teknologi bukan penyelesaian kerana kita perlu bersedia menerima perubahan dunia.

"Kita tidak boleh memaksa seseorang untuk suka membaca, ia harus datang sendiri dan ikhlas. Ramai pihak keliru kerana beranggapan membaca sesuatu yang wajib dilakukan sedangkan tabiat itu bukan paksaan.

"Siapa, bagaimana bentuk bacaan atau tujuannya tidak penting sebaliknya kesedaran dan keinginan membaca itu perlu ditekankan," katanya.

"Transaksi ilmu bukan berlaku dalam tempoh yang lama.

Justeru, jika tiada usaha untuk menambah pengetahuan, ia akan terhenti dan menyumbang kepada kegagalan.

"Kesannya, bukan saja ditanggung satu generasi malah berterusan melainkan ada perubahan kepada generasi berikutnya.

"Bayangkan apa yang bakal berlaku jika generasi berkenaan terus leka, tidak mahu menambah ilmu atau tiada ruang menambah pengetahuan," katanya.

Kebimbangan itu turut melanda golongan cendekiawan terutama kecenderungan membaca bahan bacaan kurang bermutu.

Profesor di Bennington College and New York University, David Lehman, berkata masyarakat harus membuka minda dan melihat kepentingan membaca sebagai menu utama kehidupan.

Menurutnya, tanpa bahan bacaan bermutu, budaya atau warisan sesebuah masyarakat akan terasing dan segala usaha termasuk pengajian ilmu di sekolah hanya membuang masa.

"Membaca dapat membantu seseorang melihat dunia dan kehidupan secara keseluruhan dan memahami keinginan masyarakat luar.

"Masyarakat tanpa mengira usia, latar belakang atau kedudukan perlu menggunakan peluang itu menambah pengetahuan dan meningkatkan harga diri," katanya.

Bagi penyunting buku kanakkanak, Leonard Marcus, kaedah memupuk minat membaca perlu diubah kepada cara lebih menarik dan tidak membosankan.

"Ramai di kalangan pelajar menganggap membaca sesuatu yang membosankan kerana hanya tertumpu kepada konsep pemahaman, mengingati jalan cerita dan susunan ayat.

"Bagi golongan muda, mereka mahu bahan bacaan bertenaga, penuh ilustrasi dan mampu memberi kepuasan.

"Bagi mempertingkatkan minat golongan dewasa, anjakan sama perlu dilakukan kerana bacaan sarat dan berbelit kini kurang mendapat perhatian," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 07:31 AM | Show all posts
suka baca buku teks hahahaha! esp time2 exam nih. hohoho. kira budaya waktu exam wat.

manga takde dlm list!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 12:25 AM | Show all posts
msalah inilah yang tidak membantu industri perbukuan negara. tidak hairan juga jumlah kadar penerbitan buku di negara kita juga jauuuuuhh lebih rendah!

fleurzsa; sorry, edited.

[ Last edited by  fleurzsa at 16-12-2008 08:06 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 02:04 PM | Show all posts

Reply #62 Syd's post

ini alasan jer.
patutnye dgn teknologi ilmu lebih bertambah. lagi accessible utk mendapat ilmu lagi senang kite alpa dgn kemudahan yg ada. ntahla..susah betul manusia ni. dah senang pun tak buat, dah susah tu beralasan memanjang....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 03:57 PM | Show all posts

Reply #51 Syd's post

sekarang tgh giler dok kumpul enyd blyton series..tapi beli kat kedai bundle jek..walaupun kinda usang but still in gud condition..
anak lak tetiba cenderung sungguh baca buku2 misteri nih..

even kat bundle, byk mags arch & Id yg best..murah lak tu
nak buat collection boleh sgt laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2009 10:21 AM | Show all posts

Reply #66 ninoZ's post

saya pun suka baca buku2 ni balik
wpun dah bangka

tingat zaman sekolah2 rendah dulu

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 4-8-2006 04:38 PM



kak zsa,
majalah seumpama tuh 'diharamkan' kat umah saya
abislah abah belasah kitorang kalau dia nampak..

hehe majalah kartun ngan majalah hiburan mmg tak leh langsung beli

sampai s ...


you're such a sweet guy, Syd.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060851 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list