CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49373|Reply: 372

Menyatukan Sunni dengan Syiah

 Close [Copy link]
simplelife This user has been deleted
Post time 6-12-2005 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Kadang-kadang terfikir jugak kenapa puak Sunni dengan Syiah ni asyik bergaduh....
Orang Sunni mengkafirkan orang Syiah....
Orang Syiah pulak mengkafirkan Sunni...
Sedangkan Zaman Kekhalifahan sudah lama berlalu...
Kenapa kita tidak satukan sahaja ajaran Sunni dengan Syiah?
Apa masalahnya??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


viper This user has been deleted
Post time 6-12-2005 04:44 PM | Show all posts
Akum,

Adakah anda merasakan kedua-duanya betul??? Sekiranya ya, atas dalil apa??? Adakah anda menyokong kedua-duanya???

[ Last edited by viper at 6-12-2005 04:52 PM ]
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 6-12-2005 04:57 PM | Show all posts
Wsalam,

Kedua-duanya didokong oleh para Sahabat yang turut berjuang bersama Rasulullah (S.A.W) menegakkan syiar Islam di Tanah Arab..

Syiah : (Saidina Ali, Ibn Abbas, Salman Al-Farisi,...)(r.a)
Sunni : (Abu Bakar, Umar, Uthman, Abu Hurairah,....)(r.a)

Kedua-dua pihak bertelagah kerana soal kepimpinan Khalifah. Mereka semua adalah orang yang dihormati oleh umat Islam, dan soal kepimpinan tidak wujud lagi, maka kenapa lagi asyik bertelingkah?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
Post time 6-12-2005 05:50 PM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 6-12-2005 04:57 PM
Wsalam,

Kedua-duanya didokong oleh para Sahabat yang turut berjuang bersama Rasulullah (S.A.W) menegakkan syiar Islam di Tanah Arab..

Syiah : (Saidina Ali, Ibn Abbas, Salman Al-Farisi,...)(r. ...



terdapat perbezaan yang ketara dalam kedua-dua pendapat ini. Cara solat yang berlainan, hukum2 yg berlainan dan pegangan yg berlainan juga.

Sbg contoh, Syiah mengakui bahawa para Imam 12 adalah ma'som dan terpelihara dari sebarang kekotoran sesuai dengan surah al-ahzab, ayat 33. Maka mereka mengikuti segala apa yg di ajar oleh Rasul dan Para Imam sehingga kini. Mazhab Imam 12 hanyalah satu.

ASWJ pula berpegang kpd Khalifah Pertama hingga Keempat dan juga berpecah pada 4 Mazhab setelah 360 tahun(approx) wafatnya junjungan. Di sini ASWJ mengikuti Imam Shafiee.

pertelingkahan tidak akan habis kerana masalahnya ada yang taksub sangat dengan mazhab mereka sehingga kan tidak nampak kebenaran. mana mungkin semua mazhab itu betul apabila banyak percanggahan dalam hukum hakam.

Di dalam Quran kita dituntut untuk mendatangkan dalil sekiranya kita rasa kita betul. Maka apa dalil anda untuk menyatukan kedua-dua Mazhab ini...?

Cuba renungkan sejenak, sekiranya selama ini mazhab yg kita pegang itu benar, maka alhamdulillah. Tapi kalau salah, bagaimana??? lagilah kalau campurkan yg salah dgn yg benar. bahaya tu... dah jadi mazhab baru...

Keyakinan itu bukanlah kebenaran... Mengapa mahu satukan kedua-duanya, tak boleh ke pilih salah satu yang benar.. ASWJ pun tak leh ikut empat2 mazhab serentak kan...?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 6-12-2005 06:17 PM | Show all posts
Al-Ahzab ayat 33? Bukankah ayat itu menerangkan tentang isteri-isteri nabi? Kenapa pula dikaitkan dengan Imam 12?

Mengenai penyatuan sunni-syiah;
Bukankah Uthman (r.a) dahulu memushafkan Al-Quran kerana wujudnya kepelbagaian qiraat pada zamannya. Akhirnya dengan adanya Al-Quran yang standard ini telah mengelakkan berlakunya pelbagai versi Al-Quran seperti yang berlaku kepada kitab-kitab suci sebelumnya.... Maka kenapa pula perkara seperti ini tidak boleh diaplikasikan kepada mazhab? Bukankah kita sebenarnya berasal dari ajaran yang sama?

Penyatuan ini amat penting kerana akibat perpecahan inilah musuh Islam berjaya memecahkan perpaduan kaum2 daalm negara Islam dan menyebabkan mereka senang ditakluki seperti yang berlaku di Iraq....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
Post time 6-12-2005 07:28 PM | Show all posts
033.033

YUSUFALI: And stay quietly in your houses, and make not a dazzling display, like that of the former Times of Ignorance; and establish regular Prayer, and give regular Charity; and obey Allah and His Messenger. And Allah only wishes to remove all abomination from you, ye members of the Family, and to make you pure and spotless.

PICKTHAL: And stay in your houses. Bedizen not yourselves with the bedizenment of the Time of Ignorance. Be regular in prayer, and pay the poor-due, and obey Allah and His messenger. Allah's wish is but to remove uncleanness far from you, O Folk of the Household, and cleanse you with a thorough cleansing.

SHAKIR: And stay in your houses and do not display your finery like the displaying of the ignorance of yore; and keep up prayer, and pay the poor-rate, and obey Allah and His Messenger. Allah only desires to keep away the uncleanness from you, O people of the House! and to purify you a (thorough) purifying.

http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/033.qmt.html

Pada awal ayat tersebut memang mengisahkan tentang isteri nabi. namun jika anda tahu bahasa arab dan meneliti betul2, bahagian akhir ayat itu menggunakan kata ganti nama lelaki. ahlul bayt pula adalah keluarganya Nabi, bukan isteri.

Logiknya adalah sekiranya anda menceraikan isteri anda, adakah beliau masih dianggap keluarga??? maka ahlul bayt di dalam ayat tersebut adalah merujuk pada keluarga Rasul SAW, bukan isteri dan perkara ini dipersetujui kedua-dua pihak ASWJ dan Syiah.

Penggunaan Mushaf Uthmani tidak sama dengan perbezaan mazhab. Anda mengambil contoh yang tidak relevan. Al-Quran telah dipersetujui dan diendorsedkan Tuhan bahawasanya Kitab suci itu terpelihara sampai bila2. Manusia tidak(kecuali yg telah di sucikan). Maka tidak menjadi masalah mazhab2 yg lain menggunakan Mushaf yg sama sebab Al-Quran itu terpelihara.

Adakah anda bermaksud dengan menyatukan Mazhab ini Iraq akan tidak bergolak seperti hari ini? Kalau ya, apa jaminannya.....?

Selagi mana wujud manusia yang mementingkan pangkat dan harta nescaya pergolakan akan berlaku. Dan pergolakan bukan shj di Iraq, di negara2 lain yg beragama selain Islam juga bergolak. Adakah disebabkan agama mereka pun patut di satukan mazhab2nya..?

Kita tidak boleh menerima sesuatu yang salah dan mengatakan benda itu betul. Kalau salah, salahlah, kalau betul, betullah. Betul tak??? masalahnya susah untuk org mengaku salah. Boleh anda mengaku yg sebenarnya anda salah???

Kalau nak lagi best, satukan semua agama. Bolehkan semua agama jadi takdelah perpecahan. tak gitu...?

Wassalam:cak:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2005 08:28 PM | Show all posts
salam...

Originally posted by simplelife at 6-12-2005 06:17 PM
Al-Ahzab ayat 33? Bukankah ayat itu menerangkan tentang isteri-isteri nabi? Kenapa pula dikaitkan dengan Imam 12?


simplelife.. anda sendiri telahpun menjawab persoalan.

Originally posted by simplelife at 6-12-2005 06:36 PM
hubungan dengan suami bila2 masa saja boleh putus, tetapi hubungan dengan anak2, sampai mati pun akan kekal, jadi jagalah hak2 anak kerana tu tanggunjawab ibubapa dan taatilah suami selagi tidak melanggar batas2 syariat...


Hal ini bermakna, warisan Rasullah s.a.w. adalah pada jalur mereka yang berada di dalam "kisa'" sepertimana ayat 33:33.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 6-12-2005 10:14 PM | Show all posts
Logiknya adalah sekiranya anda menceraikan isteri anda, adakah beliau masih dianggap keluarga??? maka ahlul bayt di dalam ayat tersebut adalah merujuk pada keluarga Rasul SAW, bukan isteri dan perkara ini dipersetujui kedua-dua pihak ASWJ dan Syiah.


Bukankah Rasulullah tidak dibenarkan untuk menceraikan isteri baginda selepas berlakunya perselisihan faham Rasulullah dengan isteri-isteri baginda. Baginda juga tidak dibenarkan untuk kahwin lagi. Hatta selepas kewafatan Rasulullah (S.A.W) pun Ummul Mukminin tidak dibenarkan kahwin lagi... tetapi kalau sudah disahkan mungkin juga ia betul:stp:

Mushaf Uthman hanya sebagai contoh kerana ia telah berkesan untuk menyatukan seluruh Muslim menggunakan satu Al-Quran sahaja, walaupun masih dipertikai oleh puak Syiah.
Sekiranya Sunni-Syiah bersatu, mungkin masih berlaku pertelingkahan  tetapi rasanya mungkin tidak seteruk sekarang yang melibatkan pertumpahan darah kerana berbeza pendapat.

Dalam menentukan kebenaran ke-2-2 puak, tidakkah boleh diadakan Mesyuarat Mufti2 seluruh dunia untuk menentukan apa yang hak dan yag batil dalam ajaran kedua-dua pihak dengan hati terbuka, sama seperti perbincangan mengenai halal-haramnya dividen bank dsb? Lagipun Mazhab Hambali dengan Shafie tidak pernah berperang, maka apa salhnya disekalikan dengan Syiah pula?

Hal ini bermakna, warisan Rasullah s.a.w. adalah pada jalur mereka yang berada di dalam "kisa'" sepertimana ayat 33:33.

Jalur mana maksud pipi?

[ Last edited by simplelife at 6-12-2005 10:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


viper This user has been deleted
Post time 6-12-2005 11:46 PM | Show all posts
Bukankah Rasulullah tidak dibenarkan untuk menceraikan isteri baginda selepas berlakunya perselisihan faham Rasulullah dengan isteri-isteri baginda. Baginda juga tidak dibenarkan untuk kahwin lagi. Hatta selepas kewafatan Rasulullah (S.A.W) pun Ummul Mukminin tidak dibenarkan kahwin lagi... tetapi kalau sudah disahkan mungkin juga ia betul


Contoh yang diketengahkan viper tu bukan untuk membuktikan Nabi menceraikan Isterinya, tapi untuk pengetahuan simplelife bahawa ahlul bayt di dalam al-Quran bukanlah merujuk kpd isteri2 baginda.

mengapa tak skali kan Hanafi dan Maliki?? Kan lebih meriah begitu?? Cuba renungkan ayat berikut:-

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan". Dan:"hadapkanlah muka (dirimu) disetiap solat dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ketaatanmu kepadaNya. Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu di permulaaan (demikian pulalah) kamu akan kembali kepadaNya. Sebahagian diberi petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan2 pelindung selain Allah, dan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk. (Surah Al-A'raf:29-30)


Sebagaimana air tidak boleh bercampur dengan minyak maka begitu juga Kebenaran dan Kebatilan. Apakah kita yakin selama ini apa yang diajarkan pada kita adalah kebenaran????? Atau kita hanya mengikut???? Kalau begitu apa gunanya akal??? Percanggahan terjadi kerana salah satu pasti salah dan satu lagi pasti betul. Persoalannya yang mana?

Bagaimana untuk bersatu, simplelife sendiri sukar memperakui apa yang viper bentangkan. Itu baru dua org. Umat Islam ada berapa ramai??? Selagi mana kita yg mengaku Islam tidak belajar untuk menilaikan kebenaran, kita akan termasuk ke dalam ayat di atas...

Wasalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 6-12-2005 10:14 PM


Bukankah Rasulullah tidak dibenarkan untuk menceraikan isteri baginda selepas berlakunya perselisihan faham Rasulullah dengan isteri-isteri baginda. Baginda juga tidak dibenarkan untuk kahwin l ...


pipi tolong tunjukkan jalan.

p/s: cermin mata pipi juga turut pecah. Nak kena tunggu "gaji" baru boleh mendapatkan yang baru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 01:39 PM | Show all posts
viper ni kira org syiah terbaru lah yer kat cari ni. ahlan wasahlan.
Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
Post time 7-12-2005 02:02 PM | Show all posts
akum..

mengapa nahzaluz berkata demikian....??? orang sunnah pun mengakui ahlul bayt apa??? apa2 pun tq

[ Last edited by viper at 7-12-2005 04:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 02:06 PM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 6-12-2005 04:13 PM
Kadang-kadang terfikir jugak kenapa puak Sunni dengan Syiah ni asyik bergaduh....
Orang Sunni mengkafirkan orang Syiah....
Orang Syiah pulak mengkafirkan Sunni...
Sedangkan Zaman Kekhalifahan su ...


salam
selamat berkenalan Viper, semoga dirahmati ALlah selalu.

simple life,
perpecahan berlaku kerana meninggalkan kebenaran.

persoalan anda mengenai AHlul Bait telahpun kami jawab di sini. Pipi dah pun menunjukkan linknya. Adapun mengenai perpaduan umat Islam, ianya boleh berlaku sekiranya saudara Sunni kami  berhenti  mengkafirkan kami dan menerima kami sebagai pengikut sebuah mazhab Islam. (lrefer situasi di Malaysia di mana pengamalan Syiah tidak dibenarkan).

p/s: pipi (feifei), boleh suruh boss sponsor spek baru, macam boss ambil tiket.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 02:07 PM | Show all posts
salam...

Originally posted by viper at 7-12-2005 02:02 PM
akum..

mengapa nahzaluz berkata demikian....??? orang sunnah pun mengakui ahlul bayt apa???

:setuju:

hehehehe.. orang wahabi mengaku orang sunnah...   tapi, orang ASWJ tak mengaku wahabi orang mereka. mungkin orang2 wahabi "kesepian" tiada teman.

tapi, kritik wahabi sikit je, boleh dituduh syiah. kritik je secoit, syiah. Maknanya seperti :

Sesiapa KRTITIK wahabi = Syiah != ASWJ = wahabi
Reply

Use magic Report

giler This user has been deleted
Post time 7-12-2005 02:15 PM | Show all posts
a'kum

alangkah damainya kalau semuanya dapat bersatu dari segi fekah, solat, puasa, zakat, haji..............

ini boleh berlaku kalau semuanya mengambil dari sumber yg sama iaitu ahlul bait. tidak kisahlah walau apapun nama mazhab itu asalkan ianya dari ahlul bait.

tetapi penyatuan ini adalah mustahil kerana org2 yg menolak, menentang dan membenci ahlul bait adalah kerana di hati mereka ada penyakit.

mereka ini adalah ibarat org2 yg ada penyakit yg boleh berjangkit.

bolehkah org2 ini bercampur dengan org2 yg sihat?

mereka perlu dirawat terlebih dahulu iaitu dengan berjumpa doktor (ajaran ahlul bait)

rasa2nya hanya org tgh saja yg boleh menyatukannya.

iaitu kemunculan yg sedang dinanti2kan, Beliaulah yg akan menyatukan umat manusia........

w'salam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2005 02:28 PM | Show all posts
salam dan selamat datang kepada giiler ke sini. kami bukannya orang yang bertanggung jawab unuk menyambut setiap baru yang hadir, sekadar menjadi wakil (bukan secara lantikan)kepada semua ahli forum .

semoga dapat berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar kepada kami di sini.

wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2005 02:34 PM | Show all posts
salam...

kata-kata peransang dan semangat.... terima kasih kerana berkongsi...  insan yang dapat menyatukan kesemua umat manusia di bawah satu penguasaan yang jitu dan adil. Hak akan kembali, Batil akan pergi. Selamat tinggal BATIL, sealamat kembali HAK. semoga pemulanganmu di sisi manusia dapat dimanfaatkan dan dititikberatkan.
Reply

Use magic Report

giler This user has been deleted
Post time 7-12-2005 02:39 PM | Show all posts
atau dgn perkataan lain kembali kita pada fitrah........
Reply

Use magic Report

giler This user has been deleted
Post time 7-12-2005 02:43 PM | Show all posts
a'kum

terima kasih mr.billionaire, semoga bersama kita dapat berkongsi ilmu

w'salam
Reply

Use magic Report

viper This user has been deleted
Post time 7-12-2005 02:48 PM | Show all posts
Akum Mr. Billionaire, Pipi dan Mr. Giler.....

Harap kita semua dapat berkongsi ilmu

wasalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.154009 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list