CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: jerai

3 MAC 1924 - SEJARAH HITAM UMAT ISLAM

[Copy link]
Post time 23-11-2006 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 24-4-2006 02:33 PM
Tapi kalau aku baca masa kerajaan Uthmaniah dah hujung2 tu takde la 'baik' sangat......



walaupun kerajaan tu pada hujungnya takdela  baik sangat dan lemah tetapi rakyat turki telah menukar harimau yang berkurap dan sakit (last khalifah) dengan anjing gagah yang jelas najis(Mustafa kamal al Tkutuk) dengan bantuan barat.maka najis itu telah menyelaputi sistem Pemerintahan Turki sampai ke hari ini.walaupun Perdana Menterinya sekarang cuba menyamak semula najis anjing tu namun pihak tentera(pihak pemerintah sebenar)menghalang sekeras-kerasnya usaha murni beliau.Kita hanya mampu berdoa agar TAYIP ERDOGAN berjaya membawa semula Turkey ke jalan yang betul.Rakyat Turkey mesti melakukan perubahan kerana kemenanagan TAYIP dlm piliharaya menunjukkan Rakyat Turkey mahu sistem Islam kembali ke Turkey.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2006 06:10 PM | Show all posts
saya ade satu lagu berkaitan ngan peristiwa ni ........... [/color]

http://winamp05.multiply.com/music/item/200
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 02:36 AM | Show all posts
Originally posted by zy at 25-7-2006 12:48 AM



Huhuhu...jangan senang melancarkan kata-kata kuffar kepadanya sebab kita pun tidak hidup dizaman tu..sejarah yg anda baca adalah hasil dari tulisan barat. berhati-hati!



saya baca dari buku hasil tulisan orang turki sendiri .... "osmanli history" by mehmed meksudoglu ... then buku islam di asia barat moden by prof fadlullah jamil, pastuh baru saya make the conclusion ... for me ... sistem khilafah terhenti sampai kat abdul hamid II sahaja

lagipong kuffar yang saya maksudkan bukan nye khalifah after abdul hamid II ... tapi kuffar yang saya maksudkan itu ialah british
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 24-6-2006 11:03 PM



aku tak setuju ngan pendapat kau nehh ... ~ :pmuka:



setuju ngan ko......
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 12:13 PM | Show all posts


Dokumentari


An Out Cry To Islamic Ummah : For How Much Longer Part 1

http://www.youtube.com/watch?v=pOhAOVaXCVE


An Out Cry To Islamic Ummah : For How Much Longer Part 2

http://www.youtube.com/watch?v=OEukbia0HjY&mode=related&search=


An Out Cry To Islamic Ummah : For How Much Longer Part 3

http://www.youtube.com/watch?v=0rxdgWnID_w&mode=related&search=


An Out Cry To Islamic Ummah : For How Much Longer Part 4

http://www.youtube.com/watch?v=uXKHpo6ZdG0&mode=related&search=


An Out Cry To Islamic Ummah : For How Much Longer Part 5

http://www.youtube.com/watch?v=JVfBfDycKO4&mode=related&search=


Jamaah Hizbut Tahrir

http://www.youtube.com/watch?v=_JHMzfNhGe4&mode=related&search=

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 08:12 PM | Show all posts

Reply #1 jerai's post

Tak dinafikan...lama sebelum kita merdeka dulu seluruh umat Islam satu dunia berjuang dibawah bendera Khilafah Turki Uthmaniyah sebagai kesinambungan dari Khulafa Ar-Rasyidin, Umaiyah dan Abbasiyah dan lain-lain kekhalifahan kecil spt Mamluk, Fatimiyah etc.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2007 09:06 PM | Show all posts
saya rasa hairan pula kenapa golongan pembangkang/tentera di turki begitu fobia sekali dengan Islam. Bukankah datuk nenek moyang mereka (Empayar Osmaniyah) digeruni kerana keislaman mereka (mempertahankan Islam).....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 03:13 AM | Show all posts

Reply #27 keep88's post

Bagi orang luar cam kita mungkin tak faham....tapi serba sedikit kite kena akui yang Khalifah ade terbuat silap dengan membawa Turki join Perang Dunia Pertama dulu...Bila pakatan Paksi yang dianggotai Turki kalah dan Turki mengalami kerugian yang teruk, rakyat Turki menyalahkan Khalifah atas keputusan terburu-buru join Perang Dunia Pertama tuh...di sini laa Musthapa Kamal Attaturk memasukkan benih kebencian rakyat turki ke atas Khalifah....

Rakyat Turki pada masa tuh menentang keras keputusan Khalifah menyertai Jerman dan Itali dalam Pakatan Paksi....tak dinafikan...Khalifah juga tersilap percaturan pada masa tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2007 07:50 PM | Show all posts

Reply #2 HangPC2's post

setuju. btw utk sesiapa yg taktau, tak silap aku mayat kamal attartuk ni tak diterima bumi. so mayat die ni di'display'kan kot kat mane ntah. aku dapat info ni pun pasal org lain forward email.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 12:46 AM | Show all posts
saya pun ada dengar yg mayatnya x diterima bumi, mayatnya telah dipreserved utk kunjungan tourist..tu la buat jahat lagi! menyesatkan keturunan derang je..yg penduduk turki ni pun 1, apesal la x nak amik iktibar dan pengajaran ttg kemahsyuran khalifah zaman terdahulu, i mean bukan yg the last caliph yg badut tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 01:03 PM | Show all posts
Boleh pakai tudung di universiti - Parlimen



ANKARA 9 Feb. - Parlimen Turki hari ini telah mengundi menarik balik pengharaman pemakaian tudung di universiti dalam keputusan yang tidak pernah berlaku sebelumnya, ketika terdapat bantahan besar-besaran daripada golongan berfahaman sekular.

Pindaan perlembagaan itu telah diluluskan dengan undian 411 menyokong berbanding 103 menentang oleh Parlimen yang dikuasai secara majoriti oleh Parti AK.

''Cadangan pindaan telah diluluskan. Saya berharap ia dilakukan demi kepentingan Turki dan dilaksanakan atas semangat toleransi dan tanda perdamaian,'' kata speaker Parlimen, Koksal Toptan kepada ahli-ahli Parlimen selepas pengundian dijalankan.

Sementara itu, berpuluh ribu rakyat Turki mengibarkan bendera mereka dan melaungkan slogan sekular sebagai protes terhadap perubahan berkenaan hanya beberapa kilometer dari Parlimen di tengah Ankara.

Perdana Menteri Tayyip Erdogan dari Parti AK, berkata, pengharaman pemakaian tudung merupakan satu penafian yang tidak adil terhadap hak asasi individu dan kebebasan beragama di Turki yang mana dua pertiga wanitanya menutup kepala mereka.



- Agensi / Utusan Malaysia -















Parlimen Turki sokong tarik larangan bertudung



ANKARA: Parlimen Turki semalam mengundi menyokong pindaan perlembagaan bagi menarik balik larangan memakai tudung di universiti, walaupun dibantah keras kumpulan sekular negara itu.

Undian 411 menyokong dan 103 menentang membolehkan pindaan perlembagaan dilakukan dengan menambah satu paragraf menyatakan setiap orang mempunyai hak mendapat layanan sama rata dan tiada siapa boleh dihalang daripada mendapatkan hak untuk pendidikan lebih tinggi.

Pindaaan itu perlu dipersetujui Presiden Abdullah Gul, seorang Muslim yang taat dan dijangka tidak mempunyai masalah untuk menandatangani pindaan itu.

Berpuluh ribu rakyat Turki menunjuk perasaan di Ankara membantah pindaan itu dan menggesa kerajaan memerintah meletak jawatan.

Seorang ahli parlimen menyifatkan penarikan balik larangan itu sebagai hukuman mati kepada republik sekular itu dan bakal menimbulkan kekecohan di universiti.

Pemakaian tudung sejak sekian lama dilarang di unversiti di Turki yang mempunyai majoriti penduduk Muslim tetapi kuat berpegang kepada sistem sekular.


Bagaimanapun Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menyifatkan larangan itu sebagai ujian kepada wanita Islam yang terpaksa membuka tudung ketika memasuki universiti.



-  AP / Berita Harian -


Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.089410 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list