View: 3093|Reply: 4
|
[Sabah]
Mayat mangsa baham buaya di sungai Kg Serudung Laut ditemui
[Copy link]
|
|
TAWAU: Mayat seorang wanita yang hilang di sungai kampung Serudung Laut kelmarin ditemui dipercayai dibaham buaya kira-kira jam 8 pagi, di sini hari ini.
Mayat mangsa Fosanih Nasel,22, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai dibaham buaya.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 8.19 malam kelmarin.
“Seramai lima pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bersama empat anggota sukarelawan bomba digerakkan ke lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa ditangguhkan atas risiko kawasan kejadian,”katanya.
Katanya, mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang turut membantu dalam operasi SAR kira-kira jam 8 pagi sebelum meminta bantuan pasukan bomba mengambil mayat mangsa.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.27 pagi,”katanya.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
Hebat penduduk kampung.. Mesti ada cara dorang cari kan.. Call Bomba tolong amik mayat yang dorang jumpa.. |
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah ...
tu la dengan usaha mereka sendiri ...
atau atas sebab mereka "kenal" tempat tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 11-10-2021 08:31 AM
ha`ah ...
tu la dengan usaha mereka sendiri ...
Ya tentulah "kenal" kan.. Pernah baca ada juga pawang buaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan jadi macam pawang MH370 udah la
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|