CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2148|Reply: 0

[Perlis] Tinggal 23 guru di Perlis enggan divaksin

[Copy link]
Post time 7-10-2021 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Tinggal 23 guru di Perlis enggan divaksin[size=0.8]Aizat Sharif - Oktober 7, 2021 @ 4:38pmbhnews@bh.com.my


- Hiasan. FOTO NSTP



ARAU: Hanya tiga daripada 26 guru di Perlis yang enggan menerima vaksin sebelum ini mengubah pendirian mereka untuk menerima vaksin COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) negeri, Rozieana Ahmad berkata, setakat ini usaha memujuk dan berunding supaya guru terbabit mengubah pendirian mereka masih dijalankan.

"Pada cikgu yang belum mengambil vaksin itu, kita masih memberi ruang dan saya yakin Jabatan Pendidikan Perlis dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengubah fikiran (mengambil vaksin).

"Tinggal 23 orang guru saja yang masih belum mengambil vaksin," katanya kepada media hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) melaporkan terdapat 26 guru di seluruh Perlis enggan menerima vaksin COVID-19 kerana pelbagai alasan termasuk masalah kesihatan.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054393 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list