CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22527|Reply: 83

TAEGUKGI : The Brotherhood of War - Epik Perang KOREA

[Copy link]
Post time 15-9-2004 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Citer ni tengah tayang kat us sekarang dan dapat pujian dari pengkritik filem di us!!! Pelakon utama terdiri dari Won Bin dan Jang Dong Gun!

After independence, Korea is full of hope for a better future. Family of Jin-tae is none different. Jin-tae lives with his mother, younger brother Jin-seok, and fianc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2004 02:18 PM | Show all posts
citer ni tengah tayang kat m'sia jugak sekarang ni...
gi la tengok...
aku tak tengok lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2004 04:47 PM | Show all posts
Kat tgv dah start main kerr??
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 01:16 PM | Show all posts


Limau pun minat ngan Won Bin nie.... drama dia yang paling Limau suka ialah Ad Madness...

Citer mengenai gelagat pelajar Universiti... mahal CD nie tapi limau beli jugak, maklumlah dah minat sangat..

Nanti ada masa nak pegi tengok jegak lah..kat TGV dah tayang  rasanyalah.

[ Last edited by limau on 16-9-2004 at 01:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 01:28 PM | Show all posts
bagus lah...ada juga filem2 Korea selain yg seram masuk sini...filem epik perang pulak tuh....sure boley tarik penonton2 pompuan walaupun citer perang pesal ada muka hero2 meltop kat TV kan.....Jang Dong Gun ngan Won Bin.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2004 03:12 PM | Show all posts
weh...saper dah tengok citer nie ? citer skit.....aku nak tengok sesangat citer nie, tapi masih blom berkesempatan lah...kena ada cukup masa n duit juga.....mesti best giler kan....epik perang dengan durasi 2 jam 30 minit tuh.......Saving Private Ryan versi ASIA kot.....

agak2 boley meletop tak citer nie kat sini ? aku rasa boleh kots...pesal nilai komersial dia tinggi...
  • Ia sebuah epik perang - pasti ramai yg suka, dan nampak macam agak dramatik juga....mungkin sarat emosi juga.....kisah 2 beradik dalam perang Korea tahun 1950.....
  • Ia ada 2 hero TV yang meletop, Jang Dong Gun dari siri drama Korea All About Eve ngan Won Bin dari siri Autumn in my heart dan Friend (utk peminat drama Korea memang aku takyah cakap sebenarnya...just selit2 info utk mereka yg tak ikut siri K-Drama jer)...harap2 dgn 2 nilai komersial ni, filem ni dapat menarik seramai mungkin "cik2 adik" yg tak berapa sukakan genre epik-perang...


[ Last edited by GAIA on 17-9-2004 at 03:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2004 03:54 PM | Show all posts
cam best je citer nih....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2004 03:58 PM | Show all posts
tapi babak pertempuran dia hebat tak.....? boleh bit SPR....?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2004 05:30 PM | Show all posts
Mamat 2 orang ni nampak cool dan bergaya laa.... tak ader lahh nampak jambu jer...
Reply

Use magic Report

J
Post time 17-9-2004 06:25 PM | Show all posts
neat  :ah:
at last a story that is different from those horror & lovey-dovey flicks
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2004 10:23 AM | Show all posts
kalau ada kesempatan..win juga akan pi tengok...nampak cam best... tambah plak won bin ngan JDG berlakon...!! :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2004 02:29 PM | Show all posts
Cerita ni tayang kat korea dapat box office mengalahkan filem Silmido.  Banyak duit masuk kat poket Won bin buat filem ni. Kalau tak silap lepas ni dia kena
melaporkan diri untuk berkhidmat untuk negara selama  dua tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2004 09:38 PM | Show all posts
aku tengok making filem ni td.. mmg macam bestla..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2004 10:50 AM | Show all posts
tengoklah cerita ni.. boleh buat orang menangis...sediakan tisu tau

walaupun ada cerita perang tapi banyak memainkan perasaan kita sebagai penonton..

perang bukan element utama tapi kasih sayang dia antara abang dan adik, keluarga itu main cerita dia.

sara belum tengok tapi dah tengok the making, and mv, clip, preview..

memang best..but sara akan pergi tengok.

because of JDG and Won Bin tapi juga because of jalan cerita dia.

tengoklah...bukannya sellau movie korea masuk malaysia ni. kalau ada pun cerita seram je yang dia bawa. bosan asyik2 seram

cerita ni serentak dengan tayangan Into The Mirror..

jom ramai2 pi tengok
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2004 11:45 AM | Show all posts
jom...jom...aku nak tngok sat lagi...kol 2 petang nie kalo jadi.....nak kena bawak tishyu ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2004 10:13 AM | Show all posts
dah tgk !!! sedeyyyyy sangat sangat ... suma pompuan dalam panggung nangis!!
smlm tgk kat gsc..penuh gak !! mula mula citer happy je... bila dah start askar datang... babak sedey dah mula ...

citer nih ada unsur loya sket...hehehe !! kalau rasa geli..baik makan sebelum masuk tgk...

memang berkesan lakonan dong gun ngan won bin !! besttt ..tak sangka muka comey cam won bin bleh berlakon citer perang ...tabik kat dia ... hehehe

** saper rasa nak tgk.. baik pi !! kang dah habis tayangan ..nyesal tak sudah!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2004 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by Kimmy at 18-9-2004 02:29 PM:
Cerita ni tayang kat korea dapat box office mengalahkan filem Silmido.  Banyak duit masuk kat poket Won bin buat filem ni. Kalau tak silap lepas ni dia kena
melaporkan diri untuk berkhidmat untuk  ...


bukan dier dah masuk khidmat negara korea ker maser dalam citer Drama     '' Friend''
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2004 09:17 PM | Show all posts
BEEEESSSSTTTT sangat citer nie....antara movie of the year ako....antara filem yg paling Memorable aku pernah tonton dalam tahun ini.....filem nie mix-up banyak filem latar perang yg lain....kata kawan aku ia lebih baik dari Saving Private Ryan....dicampur dengan element weepy yg mampu setanding filem Titanic......sesekali aku teringat filem The Pianist...dengan elemen2 holocaust dia...sesekali aku ternampak filem Paloh....sesekali aku ternampak Black Hawak Down dlm filem nie dan ada ketikanya aku nampak Cold Mountain.....walaupun filem ini penuh resah....ceritanya memang beautiful....aspek teknikal sangat cermerlang....aku sukerrr sangat.....special effect superb nak mampos.....CGI pun bagus.....dan melodrama dia berjaya buat aku 2-3 kali menangis..........sarat dengan pengajaran....

Tak seperti biasanya filem2 perang yg suka tunjuk side baik dan side jahat...filem ini sebaliknya....bila perang berlaku...kedua2 side digambarkan hitam dengan cara tersendiri...bila manusia mul berbunuhan kerana perbezaan idealogi...tiada apa lgi yg baik tertinggal....semuanya jahat dan membawa kepada kemusnahan...keganasan anggota tentera K.Selatan tiada bezanya dengan komunis......

Filem ini juga secara jujur tunjukkan kengerian perang itu sendiri....diorang tunjuk terang2 perut cedera yg berulat.....otak bersepai setelah kepala ditembak....mayat2 yg terbakar dengan ngeri dsb....elemen2 ini sedaya upaya cuba tunjukkan bahawa perang itu sesuatu yg sangat2 ngeri...sangat2 sukar dan menyusahkan...ia merupakan sesuatu yg perlu dilekkan oleh manusia.....

Bestt sangat....tak terkata lah......nanti aku pastekan review kawan aku nanti bila dia dah siapkan tulisannya.....

[ Last edited by GAIA on 20-9-2004 at 09:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2004 02:09 PM | Show all posts
Taegukgi: Adik-Beradik Peperangan

Oleh Fadz (www.tontonfilem.blog-city.com)[

Genre Weepies dan War selalunya tidak boleh bercantum.  Steven Spielberg cuba membuatnya dalam Saving Private Ryan. Oliver Stone cuba membuatnya dalam Platoon. Micheal Bay cuba membuatnya dalam Pearl Habour. Ketiga-tiganya adalah filem penuh efek khas yang tinggi, aksi peperangan penuh artistik, jalan cerita penuh cabaran dan seru, gore dan cinta. Dalam perkataan yang senang, filem-filem itu berjaya mengajak penonton mempersoalkan rasionalisasi peperangan (antara anti-perang dengan kenapa manusia berperang, juga patriotisme), tetapi bagaimana hati yang memunggah?

Aku tidak pernah menangis menonton sebuah filem perang. Mungkin hanya The Thin Red Line arahan Terence Malick dan filem lama All Quiet On The Western Front (kedua-duanya berfalsafah anti-peperangan, menonjolkan manusianya diajak secara mentaliti atau pemaksaan memasuki satu gelanggang yang tidak pernah diingini). Taegukgi (Be Lovers- Jadilah Kekasih) sangat lain, dan sangat baru. Menontonnya, ia seakan membentuk cara baru dalam pembuatan filem-filem perang (mungkin juga, ini kali pertama remaja lelaki boleh membawa teman wanitanya bersama menonton). Mungkin juga, ia pernah dibuat dalam Braveheart; mencampuri keganasan yang eksplisit disamping elemen-elemen 'soap'. Tidak pernah disedari, penguasaan melodrama boleh menyelusup dalam filem perang. Menonton filem ini seakan menonton Titanic dan Black Hawk Down (cara penggambaran yang dibuat dalam aksi perang, sangat dekat dengan filem arahan Ridley Scott ini) pada satu masa, satu mis-en-scene. Malah Taegukgi adalah jawapan suara Asia terhadap Titanic.

Filem ini dihidupkan dengan perjalanan watak abang Jong Dong Gun dan adiknya Won Bin, bagaimana kasih-sayang adik-beradik (yang pada mulanya boleh disalah ertikan sebagai jalinan yang sangat homoerotik) ini mengatasi segala ideologi, kebencian, kehancuran, tidak mempercayai dan roh peperangan itu sendiri. Waktu awal-awal filem ini, aku dapat rasakan 'mellowness' keakraban adik-beradik ini seakan diangkat dari drama bersiri Korea. Tetapi pada pertengahan hingga ke hujung filem ini, aku baru sedar, merasa hiba dan kasih sayang adik-beradik ini, sungguh jernih dan tulus. Contohnya pada babak panggil-memanggil adik beradik itu. Pada mulanya ia nampak keanak-anakan. Dalam pertengahan filem ini, ia berlaku lagi dengan ketakutan kerana aktiviti itu sahajalah yang penonton sedar menyatukan kedua watak itu dalam kancah adegan perang yang berlaku antara mereka. Dan pada babak akhir, ia meresahkan, kerana penonton sedar, kedua adik beradik itu sudah berlainan kumpulan- maka hanya dengan suara itu, mungkin dapat menyatukan kembali adik beradik itu. Adik-beradik itu mengangkat persoalan humanisme paling senang dan paling jelas, iaitu 'sayang antara satu sama lain'. Perkara ini tidak pernah dibuat dengan baik sekali, sekurang-kurangnya selepas The Thin Red Line. Mungkin orang akan mempersoalkan, tahap keganasan yang digunakan dalam filem ini agak tinggi. Tetapi peliknya, kerana itu juga (lebih-lebih lagi bila aksi perang tidak lagi tembak menembak, tapi tumbuk menumbuk, menyimbolkan pergaduhan dalam bentuk yang paling asas dan tertua dalam sejarah manusia) dan mungkin cara pengarahnya menggunakan emosi pelakon yang celaru dalam peperangan untuk menceritakan kenapa keganasan itu diterima sebagai 'jalan keluar' chaos yang berlaku disekelilingnya, ia membentuk sebuah pemahaman baru tentang rasionalisasi peperangan. Semangat yang pada mulanya pasif dan pacifist boleh bertukar kerana sistuasi yang buruk. Malah pengarahnya menjawab soalan yang sangat asas tentang manusia- manusia berbuat dan mencapai sesuatu kerana mereka kelaparan.

Kang Je-gyu, seorang pengarah yang terkenal dengan Shiri dan filem-filem aksi (seperti Michael Bay) patut diberi penghormatan. Beliau tahu mengimbangi keganasan dengan kasih-sayang (walaupun sesetengah orang akan benci dengan cara ini), hingga ia membentuk satu melodrama-peperangan yang sangat terasa dan sangat manipulatif.

Ada beberapa babak 'rehat' tiba-tiba meluncur ke suntingan dan babak peperangan yang tragis menakutkan, dibuat secara tiba-tiba, membentuk tema layar luas filem ini yang menonjolkan peperangan/malapetaka boleh sahaja berlaku dengan tiba-tiba. Maka pengarahnya ingin berkata, kemanusiaan/cinta yang sepatutnya, yang menyelusur dalam filem ini seperti ular, menjadi roh sebenar manusia dalam waktu-waktu sebegini dan bukan kebencian dan saling membunuh. Tema ini dikuatkan lagi apabila, dalam pertengahan filem ini, kasih antara adik beradik itu mula menjadi hubungan epikal Cain dan Abel. Lebih menyerukan, apabila kompleksnya sejarah peperangan Korea Utara dan Korea Selatan (bagaimana perpecahan blok itu berlaku, dan bagaimana kuasa luar antara komunis dan Barat ingin masuk campur). Menariknya lagi, filem ini cuba hilangkan segala persoalan politik yang boleh dikemukakan (walaupun ia disentuh secara ringkas), tetapi menguatkan masalah mikro yang berlaku pada penduduknya. Kita hanya akan lihat keperitan manusia secara gambaran total, manusia yang bersesak-sesak meninggalkan kampung halaman, manusia yang riang kerana kemenangan. Emosi-emosi komuniti yang diperbesarkan, dan bukan persoalan 'kenapa semua ini berlaku' dari kerajaan (seperti Cold Mountain dan The English Patient, bila ideologi dan keinginan untuk perang disamarkan dengan emosi dan perasaan manusianya). Filem ini menonjolkan, seorang saudara boleh sahaja menjadi musuh dan musuh boleh sahaja menjadi saudara. Ia membuka alegori perang Korea Utara Selatan itu sendiri, yang juga membandingkan abang dan adik itu sebagai satu saudara yang terpisah dan bermusuhan kerana situasi. Persoalan Armageddon Rasulullah s.a.w. terjawab apabila baginda berkata, "Saudara memakan daging saudara sendiri" (walaupun ini simili untuk orang mengumpat), filem ini menonjolkan kebobrokan apa jua pegangan ideologi, patriotisme yang membentuk dinding kebencian (yang sebenarnya ia sesuatu yang boleh dihalangi dengan pemahaman bersama). Persoalan ini memang susah sebenarnya untuk dijawab dalam realiti. Tetapi sekurang-kurangnya Kang mempercayai idealisme 'kasih-sayang melangkaui kebencian' dan menunjukkannya dengan penuh kekuatan dan perasaan.

Pen dalam filem ini, juga watak Won Bin adalah simbul ketamadunan, kebenaran dan segala yang Kang percaya patut ada dalam kemanusiaan. Maka itulah, babak akhirnya, abangnya yang akan memegang 'pen' itu disisinya. Pada babak-babak akhir inilah, aku tidak berhenti menangis dan menangis (waktu aku menulis ini, aku terasa hibanya). Aku masih boleh teringat kasih sayang abang kepada adiknya supaya adiknya boleh pergi sebelum diserang pihak komunis. Antara babak paling kuat dalam filem ini. Pada saat itu juga, Kang melakukan flashback pada Jong Dong Gun menyimpan sesuatu di dalam bilik sembahyang, dan kemudiannya Won Bin membuka tempat simpanan itu. Kita teringat akan bagaimana tempat sembahyang arwah itu, hanya diberi laluan kepada 'ahli keluarga' sahaja, dan bagaimana segala yang intimasi, antara keluarga ini dan ayahnya dikongsi, tidak didengari oleh orang lain. Intimasi ini yang ingin Kang kongsi dengan kita. Penontonnya diminta oleh Kang, menjawab doa dua watak adik-beradik tadi dengan satu harapan yang lebih baik. Kerana akhir babak ini, ia menunjukkan, adik-beradik ini yang sudah melalui pelbagai keperitan, akhirnya masih terjalin perasaan kasih-sayang itu, dan kita sedar, dari awal lagi, abangnya tidak pernah membohonginya tentang kasih-sayang terhadap adiknya.

Selepas Taegukgi, filem peperangan akan bertukar rupa.

posted 21 Sep 2004
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2004 02:45 PM | Show all posts
The cruelties of war reach their limit in TAEGUKGI : The Brotherhood of War!

The full impact of brotherly love is shown in this touching Korean blockbuster that teams up superstars Jang Dong Gun (ALL ABOUT EVE) and Won Bin (AUTUMN IN MY HEART). Its tale revolves around two brothers who are enlisted in the army by force during the outbreak of the Korean War in the 50's. Jang Dong Gun makes every effort to excel in his duties in order to achieve an early release from the military services for his younger brother (Won Bin). Unaware of his older brother's good intentions, the misunderstandings between the two involuntary soldiers keep on accumulating until the younger brother unintentionally comes across an un-posted letter to his family and makes a fateful decision ...

Breaking a new record in the history of Korean movies, TAEGUKGI devoured a production cost of $12.8 million. However, the expenses seem to have paid off well as it continued to become a week-long nationwide success selling no less than two million tickets in merely five days.

link http://global.yesasia.com/en/Prd ... -all/section-videos
ada trailer...


ps. my faberet Korean actors...:love: kena tengok wo...:cak:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.077299 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list